NNNN

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEK KEB BANDAR TASIK PUTERI, 48000 RAWANG , SELANGOR MINIT MESYUARAT PBS / KSSR BIL : 3 TAHUN 2012

Tarikh Masa Tempat Kehadiran : : : : 9 Ogos 2012 12.15 tengah hari. Bilik Gerakan SKBTP

Pn Noraini bt Din ( Guru Besar ) Pn Noriah bt Mohd Nor ( PK Pentadbiran ) Pn Rahmah bt Ahmad ( PK Petang ) Pn Aina bt Abd Rahman Pn Ellah bt Senui Cik Diyana bt Ramli Pn Faridah bt Abdul Rahman Cik Fazrina Suhara bt kamaruddin Pn Hasmida bt Halim En Hasni b Abu Hassan En Hasrul b Hassan Pn Johasnizal bt Nordin Cik Levinia anak Tong Keng En Mazly Shah b Muhammad Jamil Pn Mazni bt Osman En Mekah b Jais Pn Noor Sharmila bt Mohd Noor Pn Norahafizah bt Abd Razak Pn Norhidayu bt Ali Musa Pn Norshahawati bt Hanafi Pn Norsharkhiah bt Muhammad Shahimi Pn Nurita Azlena bt Ahmad Pn Nurul Fitri bt Sapingi Pn Rafidah bt Kassim Pn Rohana bt Man Pn Rosfadilah bt Abdul Khalid Pn Roslina bt Dan Pn Rosnah bt Shafii Pn Rosnah bt Arifin Pn Ruhaiza bt Mohd Salim Pn Ruzina bt Amrun Pn Saadiah bt Husni Pn Salasiah bt Amran Pn Saliman @ Salimah bt Ismail Cik Salsabila bt Masri En Shahrizal b Shahjan
1

Cik Siti Adibah bt Mat Rabi Cik Siti Fatimah @ Siti NorAlina bt Hj Ibrahim Cik Siti Surfina bt Mohd Subki Pn Surtini bt Bashri Pn Uzairena bt Kee Yahya Pn Zainam bt Hashim Pn Zaini Sahawati bt Mat Zin Pn Zalina Bt Ghazali Pn Zamzamaizah bt Ismail Pn Rohana bt Man Pn Suhaizon bt Zainal Abidin

Tidak hadir : En Azlan b Salehon (bersebab) Cik Intan Shahrini bt Shaffie (bersebab) Pn Jaliza bt Hj Mohamed ( cuti bersalin ) Pn Mazlina bt Abdul Rahim ( CTG ) En Mohd Safrin b Jamel (bersebab) Pn Noorhuda bt Abd Samad ( CTG ) Pn Norlee bt Dollah (bersebab) Cik Norsyahida bt Mohd Zainuddin(bersebab) Cik Sh. Nur Khalilah bt Syed Abu Bakar(bersebab)

1.0

UCAPAN PENGERUSI 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 1.11 Pn Noraini bt Din (Guru Besar) memberi ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru tahap 1. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Sedikit teguran diberikan tentang perjalanan mesyuarat iaitu setiap kali mesyuarat, mesti disediakan agenda mesyuarat terlebih dahulu.. Semua guru tahap 1 dikehendaki mengikut dasar yang telah ditentukan oleh kerajaan. Diharapkan agar semua guru tahun 1 & 2 telah memahami apa yang terkandung dalam KSSR / PBS. Guru-guru tahun 3 pula dalam proses memahami sistem KSSR / PBS. Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru tahun 3 yang telah menghadiri kursus KSSR. Guru-guru tahun 3 yang terpilih diwajibkan menghadiri kursus tersebut dan tidak boleh diganti dengan guru yang lain. Selepas balik dari berkursus, guru-guru tersebut dikehendaki membuat kursus dalaman kepada semua guru sebelum cuti akhir tahun. Guru Besar meminta guru-guru terlibat membuat persiapan dan menyediakan bahan-bahan untuk kursus dalaman secara formal. Semasa cuti akhir tahun nanti, standard prestasi dan bahan-bahan yang berkaitan hendaklah diperbanyakkan untuk diedarkan kepada guru-guru yang lain. Semua pentaksiran termasuk merancang, membina, ujian, merekod dan laporan hendaklah dibuat oleh guru Pentaksiran tersebut dilaksanakan dalam bentuk formatif dan sumatif. 1.13.1 Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pembelajaran dan pengajaran. 1.13.2 Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit/semester tersebut. Pentaksiran boleh dibuat di dalam kelas. di padang atau di mana-mana sahaja. Murid-murid tidak boleh gagal dalam KSSR kerana boleh di ulang semula sehingga berjaya. Guru-guru diingatkan agar memasukkan markah dalam sistem SPPBS dalam kadar segera. Hadiah untuk Hari Anugerah Cemerlang pada akhir tahun nanti berdasarkan pencapaian murid dalam SPPBS. Jika ada ibu bapa yang ingin mengetahui pencapaian anak mereka, guru dikehendaki menunjukkan laporan formatif kepada ibu bapa tersebut. Pn Mazni menyuarakan masalah , guru-guru perlu memasukkan sekurangkurangnya dua kemahiran untuk memperolehi sesuatu laporan dalam sistem SPPBS . En ZayyatAqbal juga menyuarakan masalah iaitu beliau telah memasukkan enam kemahiran tetapi hanya satu pernyataan sahaja yang keluar. Guru-guru disarankan agar menyuarakan masalah mereka ke dalam laman website NKRA KPM .

1.12 1.13

1.14 1.15 1.16 1.17 1.18 1.19

1.20 1.21

Tindakan
2

: Guru Tahun 1 & 2

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Pn Mazni binti Osman mengesahkan minit mesyuarat dan disokong oleh Pn Zainam bt Hashim. Tindakan : Makluman

3.0

PERKARA BERBANGKIT 3.1 3.2 3.3 Pengisian data SPPBS sebanyak lima kali setahun. Pengisian SPPBS dilakukan pada bulan Februari, April, Jun, Ogos dan Oktober 2012. Semua guru tahun 1 dan 2 dikehendaki mengemaskini fail PBS / KSSR. Tindakan : Guru Tahun 1 & 2.

4.0

PERKARA-PERKARA BAHARU 4.1 Sistem PBS. 4.1.1 Pn Nurul Fitri menyarankan agar guru-guru yang ingin bertanya tentang segala masalah mengenai sistem SPPBS boleh menghantar emel ke dalam laman web PBS. Jika guru tersalah daftar murid terutamanya murid Islam/Moral, guru boleh membuat surat atau menghantar fax kepada En Zaironi.Ikut format lampiran pembetulan. Jika murid LINUS yang tidak mencapai kemahiran, tidak perlu masukkan markah ke dalam sistem, hanya memadai dengan setakat mana pencapaian yang mereka perolehi sahaja. Hari Selasa telah ditetapkan untuk guru-guru dari Selangor memasukkan markah ke dalam sistem PBS. Boleh masukkan markah ke band 6 jika murid tersebut layak. Jika murid sudah lama tidak hadir ke sekolah, pentaksiran di ambil kira dari awal. Murid yang baru masuk sekolah pula, jika tiada rekod dari sekolah lama, mulakan dengan band 1 .

4.1.2

4.1.3

4.1.4 4.1.5 4.1.6 4.1.7

4.2

Sistem fail. 4.2.1 Guru yang mengajar murid disleksia dikehendaki mengumpul dan mencari maklumat dari guru Bahasa Malaysia. 4.2.2 Laporan formatif bulan 2,4,6,8 dan 10 hendaklah dimasukkan ke dalam fail portfolio murid. Laporan tersebut hendaklah disimpan dalam bentuk hardcopy dan sofcopy. 4.2.3 Fail showcase untuk semua guru hendaklah diwujudkan untuk menggantikan fail showcase mata pelajaran. 4.2.4 Guru Besar mencadangkan agar laporan dan eviden terbaik sahaja yang dimasukkan ke dalam fail portfolio murid. 4.2.5 Latihan murid tidak boleh ditanda pangkah. Ulang semula latihan eviden tersebut sehingga murid boleh menguasai sesuatu kemahiran. 4.2.6 Pada akhir tahun beri semua eviden kepada murid semula. 4.2.7 Fail tersebut akan dibawa ke tahun berikutnya. Tindakan : Guru tahun 1 dan 2
3

4.3

Fail portfolio untuk guru. 4.3.1 Pn Nurul Fitri menerangkan setiap guru mesti ada fail portfolio. Dalam fail tersebut dikehendaki mengandungi beberapa perkara iaitu : 4.3.1.1 4.3.1.2 4.3.1.3 4.3.1.4 4.3.1.5 4.3.1.6 4.3.1.7 4.3.1.8 4.3.1.9 4.3.1.10 4.3.1.11 4.3.2 4.3.3 Maklumat guru. Carta organisasi. Jadual waktu mengajar. Senarai nama murid ( kelas yang diajar) Dokumen Standard Prestasi. Contoh instrumen. Surat perlantikan sebagai guru PBS. Jadual perlaksanaan. Dokumen Standard Kurikulum. Surat Pekeliling. Panduan pentaksiran berasaskan sekolah.

4.3.4

4.3.5 4.3.6

Masukkan laporan keberkesanan program 2011 ke dalam fail guru. Guru yang mengajar mata pelajaran dikehendaki membuat TOV. 4.3.3.1 Ketua fail showcase mata pelajaran dikehendaki membuat TOV dan serahkan kepada Pn Nurul fitri di akhir tahun . Guru Besar akan mengadakan bengkel untuk membuat pelan strategik. 4.3.4.1 Setiap panitia mata pelajaran dikehendaki membuat pelan strategik . Keputusan akhir tahun akan dimasukkan sebagai TOV. Guru Besar mengingatkan guru-guru bahawa pemantauan bermula bulan Julai yang lalu. Guru perlu bersedia dan lengkapkan fail portfolio murid. Tindakan : Guru Tahun 1 dan 2

5.0

Hal-hal lain 5.1 Peti kecemasan perlu diadakan di bilik gerakan PBS / KSSR. 5.2 Perbanyakkan bahan-bahan eviden murid. 5.3 Pn Noriah binti Mohd Nor mengingatkan guru-guru tahun 3 yang telah mnngikuti kursus KSSR dikehendaki membuat kursus dalaman untuk semua guru. Tindakan : Semua guru

6.0

Ucapan penangguhan 6.1 Pengerusi amat berharap agar semua perkara yang dirancang dan dibincangkan dapat dijalankan dengan baik dan mendapat kerjasama dari semua pihak demi untuk meningkatkan prestasi sekolah. 6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh : Setiausaha SPPBS /KSSR SKBTP 2012

You might also like