Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BMM3104

Pendekatan

pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca Murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan

Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral, interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, muridmurid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecam tulisan yang dibacanya.

Pengalaman

mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Pada peringkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.

Sebagai

contoh, jika murid-murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan soal pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkan pengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan.

Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada muridmurid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain; Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka; Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep; Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca.

You might also like