Pusat Tusyen

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

JABATAN PERANCANG BANDAR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

GARIS PANDUAN PUSAT TUISYEN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Jabatan Perancang Bandar DEWAN BANDARAYA KUALA L UMPUR

GARISPANDUAN PUSAR TUISYEN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JABATAN PERANCANG BANDAR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENDAHULUAN 1.1 1.2 TUJUAN OBJEKTIF

1 1 2

2.0

SKOP GARISPANDUAN

3.0

DEFINISI

4.0

DASAR DAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG 4.1 DASAR PELAN STRUKTUR KUALA LUMPUR (PSKL 2020) 4.2 4.3 DASAR PERANCANGAN SEMASA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

4 4 4

5.0

GARISPANDUAN PERANCANGAN PUSAT TUISYEN

6.0

PENUTUP

GARISPANDUAN PUSAR TUISYEN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JABATAN PERANCANG BANDAR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

1.0

PENDAHULUAN

Kepesatan bidang pendidikan telah mewujudkan pelbagai jenis pusat tuisyen seperti pusat komputer, pusat bahasa, pusat latihan perdagangan, pusat latihan kemahiran (Vokasional) dan sebagainya. Pertumbuhan pusat tuisyen di merata tempat telah menimbulkan kacauganggu kepada penduduk sekitar, kemudahan yang tidak mencukupi, suasana yang tidak selesa dan ciri-ciri keselamatan yang lemah.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sukar melaksanakan kawalan perancangan terhadap pembangunan ini supaya beroperasi di kawasan yang sesuai, menyediakan kemudahan yang mencukupi dan menyediakan suasana yang selesa dan selamat memandangkan tiadanya satu garis panduan yang khusus mengenai pusat tuisyen.

Oleh itu, penyediaan garis panduan pusat tuisyen adalah penting dalam memastikan aktiviti tersebut dijalankan di lokasi yang sesuai, menyediakan kemudahan yang mencukupi, selesa dan selamat. 1.1 Tujuan

Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan dalam mengemukakan dan menilai permohonan pusat tuisyen serta memberi ulasan untuk pertanyaan-pertanyaan mengenai pusat tuisyen di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) supaya selaras dengan kehendak-kehendak yang ditetapkan di dalam akta dan keperluan jabatan berkaitan.

GARISPANDUAN PUSAR TUISYEN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JABATAN PERANCANG BANDAR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

1.2

Objektif

i.

Memastikan pusat tuisyen beroperasi di kawasan yang sesuai dengan mengambilkira ciri-ciri keselamatan dan menyediakan kemudahan yang mencukupi.

ii.

Mewujudkan satu garis panduan yang dapat membantu JPRB memproses dan menilai permohonan perancangan pusat tuisyen yang memenuhi kriteria yang ditetapkan .

iii.

Memberi

kefahaman

dan

panduan

kepada

pihak

awam/pemohon terhadap perkara-perkara yang diambilkira oleh pihak DBKL dalam menimbangkan permohonan pusat tuisyen.

2.0

SKOP GARIS PANDUAN

2.1

Garis panduan ini meliputi pusat tuisyen, pusat komputer, pusat bahasa / komunikasi, pusat latihan perdagangan, pusat latihan kemahiran (Vokasional), pusat bimbingan dan pusat perkembangan seperti Smart Reader, Kumon dan sebagainya.

2.2

Garis panduan pusat tuisyen ini meliputi aktiviti yang dijalankan di dalam bangunan kedai pejabat, kompleks membeli-belah, bangunan pejabat, bangunan-bangunan institusi dan di bangunan free standing aktiviti tersebut.

2.3

Garis panduan ini tidak terpakai bagi aktiviti yang dijalankan di bangunan kediaman kecuali ruang khas telah disediakan di dalam kelulusan bangunan kediaman tersebut.

GARISPANDUAN PUSAR TUISYEN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JABATAN PERANCANG BANDAR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

2.4

Garis panduan ini terpakai bagi aktiviti pusat tuisyen yang tidak memerlukan pengemukaan permohonan perancangan iaitu yang mempunyai luas lantai kurang daripada 8000 kaki persegi (kp) pada bangunan sedia ada dan pusat tuisyen yang memerlukan

pengemukaan permohonan perancangan iaitu yang mempunyai luas lantai melebihi 8000 kp.

3.0

DEFINISI

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan

peraturan-peraturan

terpilih

mendefinisikan pusat tuisyen sebagai sesuatu institusi pendidikan yang khusus memberi pendidikan bimbingan atau membantu seseorang murid sesuatu sekolah atau seseorang murid yang sedang belajar di sesuatu institusi pendidikan swasta bagi menyediakan murid itu menduduki peperiksaan.

GARISPANDUAN PUSAR TUISYEN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JABATAN PERANCANG BANDAR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

4.0

DASAR DAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

4.1

Dasar Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL 2020)

EC7 : DBKL

akan

menggalak,

mempromosi

dan

memudah

pembangunan pendidikan dan kesihatan sebagai perkhidmatan yang boleh dipasarkan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi dasar bagi pembangunan pendidikan, melalui perundingan dengan pihak

berkuasa dan agensi yang berkaitan, melaksanakan program bagi menggalak, mempromosi dan memudah pembangunan pendidikan sebagai satu perkhidmatan yang boleh dipasarkan.

Pembangunan

perkhidmatan

pendidikan

telah

menjadi

aktiviti

ekonomi yang semakin penting yang boleh dipromosikan secara agresif sebagai perkhidmatan komersial untuk pasaran eksport dan tempatan.

4.2

Dasar Perancangan Semasa

Penggunaan institusi pendidikan dibangunan rumah kedai yang tidak melebihi 8000 kp tidak memerlukan mengemukakan permohonan perancangan.

4.3

Peruntukan Undang-Undang

i.

Kaedah-kaedah

(Perancangan)

(Kelas-kelas

Kegunaan)

Bandaraya Kuala Lumpur 1980.

Pembangunan pusat tuisyen adalah termasuk dibawah zon gunatanah pelajaran.

GARISPANDUAN PUSAR TUISYEN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JABATAN PERANCANG BANDAR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

ii.

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-peraturan terpilih.

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan Peraturan-peraturan diwartakan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan juga bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan isu pembangunan pendidikan. Bahagian 8 akta ini, menerusi Seksyen 79, memperuntukan supaya setiap institusi pendidikan (pusat tuisyen) yang ditubuhkan perlu didaftarkan dengan Ketua Pendaftar di Jabatan Pendidikan.

Akta ini diwujudkan bagi menyelaraskan dan menjamin perkhidmatan yang disediakan di institusi-institusi pendidikan khususnya pusat tuisyen memenuhi standard minimum yang boleh diterima dari segi keselamatan dan keselesaan

penghuninya.

GARISPANDUAN PUSAR TUISYEN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JABATAN PERANCANG BANDAR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

5.0

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PUSAT TUISYEN

Garis panduan perancangan pusat tuisyen ini melibatkan perkara-perkara seperti berikut : BIL. 1. PERKARA Lokasi pusat tuisyen ii. i. GARIS PANDUAN Kawasan perdagangan di pusat tempatan, pusat kejiranan, pusat daerah dan pusat bandar Tidak terletak berhampiran atau sebaris pada bangunan rumah kedai dengan pusat hiburan, tempat perjudian, karaoke dan cybercafe. 2. Jenis bangunan i. Rumah kedai

ii. Kedai pejabat iii. Kompleks perdagangan Pusat membeli belah Kompleks pejabat

iv. Ruang khas yang disediakan dalam skim perumahan v. Ruang khas yang disediakan dalam tapak/bangunan institusi seperti balairaya, dewan orang ramai, pusat keagamaan dan sebagainya. vi. Bangunan untuk tujuan pusat tuisyen. 3. Keluasan lantai i. Tidak perlu mengemukakan permohonan

perancangan : Luas lantai cadangan pembangunan tidak melebihi 8000 kp pada bangunan sedia ada. ii. Perlu mengemukakan permohonan perancangan : Luas lantai cadangan pembangunan melebihi 8000 kp. Nota: Bangunan yang dikhaskan untuk pusat tuisyen tidak terpakai

GARISPANDUAN PUSAR TUISYEN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JABATAN PERANCANG BANDAR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

4.

Kemudahan

Pusat tuisyen luas lantai tidak melebihi 8000 kp: i. ii. iii. Tandas berasingan bagi lelaki dan perempuan Ruang untuk berehat/menunggu minimum 100 kp Bilik darjah / kelas hendaklah dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin Pusat tuisyen luas lantai melebihi 8000 kp: i. ii. iii. iv. Tandas berasingan bagi lelaki dan perempuan Ruang untuk berehat/menunggu minimum 100 kp Bilik rujukan/perbincangan minimum 100 kp *Bilik sembahyang berasingan bagi lelaki dan perempuan minimum 100 kp (bagi setiap ruang solat lelaki dan perempuan), disertakan tempat wudhuk di dalamnya v. Bilik darjah / kelas hendaklah dilengkapi dengan kemudahan penghawa dingin

5.

Rekabentuk bangunan

i.

Alat

penghawa

dingin

dilindungi

daripada

pandangan ii. Mempunyai semulajadi pencahayaan dan pengudaraan

6.

Syarat kelulusan

i.

Mematuhi kehendak Jabatan Bomba seperti berikut: - Menyediakan 2 buah tangga keselamatan bagi aktiviti pusat tuisyen di tingkat atas yang mematuhi syarat-syarat Bomba. - Tangga berbentuk spirel tidak dibenarkan. yang ditetapkan oleh Jabatan

ii.

Mematuhi Bangunan

kehendak

Undang-Undang

Kecil

iii.

Memastikan

aktiviti

yang

dijalankan

tidak

menimbulkan kacauganggu

NOTA : Tanda * kemudahan ini disediakan mengikut kesesuaian pusat tuisyen dari segi bilangan pelajar dan agama

GARISPANDUAN PUSAR TUISYEN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JABATAN PERANCANG BANDAR DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

5.0

PENUTUP

Penyediaan garis panduan pusat tuisyen ini akan dapat membantu pihak DBKL dan pemohon mewujudkan satu pusat tuisyen yang selamat, selesa dan terancang.

GARISPANDUAN PUSAR TUISYEN DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

You might also like