Minggu 5 Gymnastrada

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

EDU 3525

GIMNASTIK

SEM 1 SESI 2007/2008

KUMPULAN KURSUS 1

TAJUK: GYMNAESTRADA

PENSYARAH PN. ROXANA DEV OMAR DEV

PENUNJUK AJAR EN. MOHD JAMALUDIN GHAZALI

NAMA : RAYNALD AHLAI @ ERIC NO MATRIK : 139312

Isi kandungan

Tajuk

Muka surat

Pengenalan

Asal usul & sejarah

Objektif

Aspek keselamatan

3-4

Prinsip latihan

5-6

Corak gerakan

6 - 15

Gubahan Pergerakan Untuk Koreografi

16

Latihan-latihan dalam Gymnaestrada

17 - 19

Lampiran

20

Rujukan

21

GYMNAESTRADA

Dalam konteks pertubuhan Gymnaestrada sedunia, kumpulan gymnaestrada merupakan acara yang sangat istimewah. Ia melibatkan keseluruhan acara yang terdapat dalam gimnastik dimana akan dibawa bersama semasa melakukan atau berlangsungnya sebarang pertunjukan. Ia juga dikenali sebagai pesta gimnastik dan acara ini memerlukan setiap orang dalam kumpulan gymnaestrada turut bergiat cergas. Gymnaestrada mempunyai banyak pengertian atau makna : gymna berasal dari perkataan inggeris Gymnastic atau Gimnastik dan Strada membawa maksud berdiri atau menyangga. Daripada perkataan ini dapat dilihat matlamat sebenar apakah itu Gymnastrada. Pada masa sekarang banyak program pembangunan untuk mencari kumpulan gimnastik yang akan menceriahkan lagi sukan gimnastik khususnya dalam acara Gymnaestrada. Gymnaetrada juga lebih dikenali sebagai General Gymnastics (Gimnastik Umum). Gimnastik umum mula bergerak di Eropah dan hanya untuk suka-suka. Gimnastik umum adalah berbeza dengan Artistik dan Rhythms Gymnastics (Gimnastik berirama) kerana ia memerlukan kumpulan besar untuk membantu persembahan individu seseorang. Tugas ini memerlukan kekuatan atau kerjasama daripada setiap peserta dalam kumpulan. Setiap kumpulan peserta boleh terdiri daripada kumpulan kecil seramai 10 orang dan juga kumpulan besar yang hingga boleh mencapai ribuan peserta. Keindahan gimnastik umum ini adalah apa-apa sahaja yang diterima dan dilakukan dengan selamat oleh peserta melalui kretiviti dan daya imaginasi kumpulan tersebut. Gimnastik umum sebenarnya banyak menyatukan berbagai unsur gimnastik artistic, gimnastik berirama, sorak, tarian dan apa-apa sahaja yang boleh dimasukkan mengikut kretiviti kumpulan. Ia merupakan persembahan semua jenis gimnastik umum. Gymnaestrada diwujudkan bukan untuk pertandingan. Ia hanya untuk pertunjuakan dan keseronokan.

ASAL USUL DAN SEJARAH

Sebelum acara gimnastik beramai-ramai ini dipanggil Gymnaestrada. Ia hanya dilakukan sebagai acara atau pesta semata-mata. Gymnaestrada sedunia telah mengesan gymnaestrada telah wujud sekitar pertengahan abad ke-19 di Negara seperti Sweden, Norway, Austria, Germany dan Swezerland. Ia dikenali sebagai Pesta Gimnastik Nasional yang bercorak kebangsaan. Ia serupa dengan acara pada pesta Sokol pada masa kini di Czechoslovakia. Pesta ini bermula dengan acara suci dan kemudiannya berubah setelah terdapat pengaruh luar. Idea untuk membentuk atau menganjurkan Pesta Gimnastik antarabangsa yang pertama wujud pada tahun 1939 dimana 12 negara telah menyertainya dan dikenali sebagai Lingiade yang pertama. Pada Lingiade ke-2, 14 negara menyertai yang melibatkan 110 kumpulan. Kedua-dua Lingiade ini telah dianjurkan di bawah pengendalian SGA (Swedish Gymnastics Association). Namun pada tahun 1949, pada satu pertemuan pegawai FIG (Federation International Gymnastic) JHF Sommer dari Belanda mencadangkan bahawa pesta gimnastik ini dibawa kepada kendalian FIG. Perubahan yang besar telah berlaku pada tahun 1950 iaitu di pertemuan pegawai FIG, mereka telah sepakat menyatukan pesta gimnastik antarabangsa kepada acara resmi yang dipanggil Gymnaestrada. Gymnaestrada yang pertama telah berlangsung di Rottedan pada tahun1955 seterusnya pada tahun 1957 di Zagreb diikuti Stuttgaut pada tahun 1961, 1965 Vienna, 1969 Basel, tahun 1975 di Barlin, 1982 di Zurich, 1987 Herning. Namun perubahan telah berlaku pada namanya, sekarang ini ia dikenali sebagai World Gymnestrada iaitu pertama kalinya berlangsung di Amsterdam pada tahun 1991 kemudiannya di Barlin 1995 seterusnya tahun 1999 di Gatebong. Pada awal abad ke 21, ia telah berlangsung di Lisbon pada tahun 2003 iaitu telah ditetapkan penganjurannya adalah beritma 4 tahun sekali. Gymnaestrada sedunia mempunyai tradisinya tersendiri yang lebih menguntungkan dan lebih berkepentingan.

OBJEKTIF WORLD-GYMNAESTRADA

Gymnaestrada bertujuan untuk membuat penilaian, kecenderungan dan kecekapan peserta dalam pelbagai lapangan dalam kumpulan gimnastik dan dikenali di serata dunia. Ia juga bertujuan untuk membangunkan minat orang ramai kepada minat dalam pergerakan dan pelbagai aktiviti sukan. Apa yang berlaku sekarang, penemuan terbaru dalam pembangunan kumpulan gimnastik terus berlaku dan bukannya semakin berkurangan. Keadaan ini menunjukkan bahawa ahli gimnastik lelaki dan wanita sememangnya telah bersama-sama menyumbang lebih pemahaman antara manusia atau rakyat keseluruhannya. Menurut matlamat penubuhannya, Gymnaestrada bertujuan untuk memajukan atau meningkatkan kesihatan, keafiatan (fitness) dan perpaduan kepada semua pesarta atau yang menyertainya.

ASPEK KESELAMATAN

Risiko kecederaan dapat dielak atau dikurangkan sekiranya kita mengikuti setiap peraturan yang ditetapkan. Aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil perhatin adalah seperti berikut: i) Melakukan aktiviti pemanasan badan yang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Bagi menjalankan aktiviti gymnaestrada yang memerlukan setiap peserta menggunakan seluruh otot dan sendinya maka, aktiviti pemanasan atau regangan harus melibatkan keseluruhan otot dan sendi seseorang peserta. Tumpuan juga harus ditumpukan kepada otot-otot besar yang banyak memainkan peranan dalam melakukan sebarang aksi gymnaestrada khasnya. ii) Meningkatkan kemahiran secara progresif.

iii)

Menyelaraskan kemahiran yang dipelajari mengikut kemampuan atlit gimnastik.

iv)

Meletakkan tilam-tilam keselamatan di sekeliling kawasan aktiviti dijalankan dan memastikan ketebalan tilam sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. (tumpuan harus kepada kumpulan gimnastrada yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini)

v)

Memastikan kawasan serta alatan yang hendak digunakan dalam keadaan selamat dan bebas daripada halangan.

vi)

Memastikan kuku jari dalam keadaan pendek. Ini mengelak dari melakukan kecederaan kepada rakan sepasukan kerana segala pergerakan seseorang atlit harus melibatkan ahli kumpulannya.

vii)

Tidak memakai aksesori seperti jam tangan, cincin, rantai (kaki, tangan atau kaki) dan sebagainya. Ini mengelak dari melakukan kecederaan atau mendatangkan bahaya kepada ahli kumpulan lain mahupun diri gimnas itu sendiri.

viii)

Berdisiplin sepanjang latihan dan mendengar serta memahami arahan yang diberikan.

Gimnastik artistik sangat memberi penekanan terhadap seni pergerakan manusia. Pendidikan gimnastik artistik dapat membentuk disiplin diri, keyakinan diri, kerjasaman dalam kumpulan, kreativiti dan meningkatkan kemahiran motor individu khasnya. Selain itu gimnastik artistik juga memberi kefahaman tentang prinsip-prinsip pergerakan dan apresiasi terhadap nilai setiap pergerakan dalam kehidupan ini.

PRINSIP LATIHAN GYMNAESTRADA

Setiap gimnas muda yang menjalankan latihan gymnaestrada memerlukan pengtahuan pada semua pergerakan asas gimnastik bertujuan untuk mencapai tahap kelembutan, kekuatan dan daya tahan yang tinggi. Pada masa yang sama perlu diberikan penekanan dalam usaha memperbaiki dan memperkemaskan kemahiran-kemahiran asas sebelum mencuba pergerakan yang lebih sukar. Dengan cara ini, akan dapat mengurangkan risiko berlakunya kecederaan atau persembahan yang kurang bermutu. Penglibatan gimnas di peringkat awal akan dapat membantu mereka dalam membina kekuatan kaki dan pergerakan badan yang lembut. Oleh sebab itu penerapan awal kepada kanak-kanak tentang sukan ini adalah amat penting. Di negara-negara maju terutamanya kanak yang berusia sekitar 5 tahun sudah didedahkan kepada pelbagai kemahiran asas gimnastik. Jadi tidak hairanlah mengapa sukan ini sangat terkenal dan berkembang pesat di negara-negara barat terutamanya. Oleh kerana gymnaestrada memerlukan pelbagai kemahiran asas gimnastik maka corak pergerakan dominan seperti mendarat (landing), posisi statik (static potation), gerakedar (locomation), hayunan (swing), putaran (rotation) dan pantulan perlu dikuasai oleh setiap peserta gimnastik dan gymnaestrada terutamanya. Asas latihan gymnaestrada juga berkaitan secara langsung dengan latihan disiplin gimnastik lain iaitu perlu menerapkan unsur prinsip ansur maju. Daripada pergerakan kasar kepada pergerakan halus (Coarse Refine)

Daripada pergerakan ringkas kepada gerakan kompleks (Simple Complex)

Daripada pergerakan mudah kepada pergerakan susah (Easy Diffcult)

Kejayaan sesuatu gimnastik umum juga banyak bergantung kepada para instruktur dan bukan hanya kepada prinsip latihan. Untuk mencapi objektif sesuatu latihan gimnastik umum, para instruktur perlukan pengtahuan tentang; i. ii. Pengtahuan teori dan praktikal dalam Gimnastik Umum Tahap kebolehan motor, perkembangan sosial, kognitif, emosi dan fasa-fasa pertumbuhan dan perkembangan individu termasuklah latar belakang, norma dan nilai individu tersebut. iii. iv. v. vi. Bagaimana menentukan dan melaksanakan objektif pengajaran. Interaksi sosial Motivasi Kepimpinan

CORAK GERAKAN DOMINAN

Mendarat

Mendarat merupakan teknik yang sangat penting dalam mana-mana lakuan gimnastik atau gymnaestrada. Ia perlu untuk mengurangkan atau mengelak dari berlaku kecederaan kepada gimnas. Momentum yang tinggi semasa mendarat perlu diserap pada jangka masa yang lama. Terdapat beberapa cara mendarat seperti mendarat menggunakan tangan, kaki, badan dan juga putaran.

Posisi Statik

Pada posisi ini, ia sangat menekankan prinsip mekanik yang berkaitan dengan letaknya pusat graviti. Semakin luas tapak, semakin stabil posisi statik. Ini kerana pengtahuan ahli gimnastik tentang titik pusat bagi kesimbangannya akan memudahkan beliau melakukan pergerakan dengan lancar dan teratur.

Antara posisi statik yang sering digunakan oleh ahli gymnastrada adalah sokong (support) dan imbangan (balance)

Imbangan

sokongan rajah 1

Gerak edar

Corak pergerakan ini juga mengaplikasikan prinsip mekanik. Antara gerakan yang sering digunakan adalah seperti gerakedar atas kaki dan gerak edar dengan posisi sokong. Ia dapat dijelaskan melalui pergerakan yang memindahkan pusat gravity lalu menghasilkan ketidakstabilan ke satu arah.

Putaran

Hayunan adalah putaran melalui paksi di luar. Manakala putaran pula adalah gerakan melalui paksi didalam badan. Gerakan ini adalah gerakan yang dominant dalam sukan gimnastik. Oleh sebab itu, ia sering ditunjukkan dalam aksi gymnaestrada. Gerakan ini juga mengaplikasikan prinsip mekanik. Terdapat 3 paksi pada badan:

i. ii. iii.

Transverse axis (putar depan dan belakang) Longtitudinal axis Anterior-posterior (ke sisi kiri atau kanan)

Pantulan

Pantulan merupakan gerak edar yang melibatkan layangan (flight). Lompat dan lonjak sama ada dengan kaki atau pun tangan. Gerakannya juga menggunakan prinsip mekanik iaitu apabila daya luar dikenakan ia akan menghasilkan daya kearah yang berlawanan. Dalam gimnastik biasa ia sering dikaitkan dengan springboard dan trampoline. Tetapi dalam gymnastrada ia memerlukan bantuan rakan kumpulan dan biasanya menggunakan tangan. Terdapat 2 jenis pantulan iaitu pantulan dari kaki dan pantulan dari tangan.

Antara aksi pantulan yang ditunjukkan oleh kumpulan gymnastrada. Rajah 2.

Rajah 2

Gymnaestrada merupakan satu pergerakan yang unik. Ia juga dikenali sebagai pergerakan kreatif yang membawa maksud menginterprestasikan idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan. Unsur gerakan kreatif ialah pergerakan tubuh badan, ruang , masa dan daya.

Antara tiga perkara yang akan dijelaskan dalam gerakan kreatif adalah seperti berikut: a. Kesedaran kumpulan b. Farmasi dalam kumpulan c. Kualiti ekspresif dalam pergerakan

Rajah 3: pergerakan kreatif melibatkan unsur pergerakan tubuh badan, ruang , masa dan daya.

a) KESEDARAN KUMPULAN

Kesedaran kumpulan menekankan kerjasama dalam kumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama. Dalam gymnaestrada penglibatan dalam berkumpulan sangat dititik beratkan. Kumpulan tidak akan berkesan jika seorang daripada kumpulan tersebut tidak menunjukkan minat atau tidak mempunyai tujuan yang sama. Oleh itu, ahli kumpulan mempunyai peranannya mereka sendiri sama ada sebagai ketua atau pengikut kumpulan tersebut dalam membentuk sebarang pergerakan.

Memimpin dan Menyesuaikan

Ahli dalam kumpulan mempunyai peranannya sendiri sama ada sebagai ketua atau pengikut. Peranan boleh dimainkan apabila seseorang dilantik sebagai ketua. Ahli kumpulan akan meniru pergerakan ketua. Kebiasaanya ahli kumpulan akan bergerak berpandukan kepada ketua kumpulan. Oleh sebab itu, kita sering melihat seseorang akan berada di hadapan, tengah atau sisi kumpulan besar dengan melakukan aksi terdahulu sebelum dilakukan bersama-

sama oleh ahli dalam kumpulan. Pergerakan yang dilakukan boleh disesuaikan mengikut peranan masing-masing.

Meniru Lakuan Kumpulan

Ahli-ahli kumpulan boleh bergerak dengan cara meniru pergerakan seseorang. Selain meniru pergerakan, gambar atau visual lain juga boleh digunakan. Ahli kumpulan akan melihat gambar, contohnya seperti sekuntum bunga raya yang berbentuk bulat yang mempunyai kelopaknya. Kumpulan akan bergerak bersama untuk membentuk formasi seperti bunga raya tersebut.

Rajah 4: Ahli kumpulan bergerak membentukl formasi

Kesatuan Kumpulan

Satu lagi tema dalam kesedaran kumpulan ialah kesatuan kumpulan. Terdapat beberapa aspek yang diberi penekanan dalam kesedaran kumpulan iaitu aspek pengaturan masa, ruang, beban dan aliran.

Aspek pengaturan masa Aspek pengaturan masa adalah pergerakan yang melibatkan kawalan sama ada sesuatu pergerakan itu dilakukan secara serentak atau berturut-turut, perlahanlahan atau pantas. Contohnya seperti gambar rajah 5.

Rajah 5: Melakukan lompat bintang secara serentak.

Aspek ruang Aspek ruang menjelaskan penggunaan kawasan untuk mempersembahkan sesuatu idea dan perasaan. Setiap orang bebas menggunakan kawasan yang ada untuk bergerak ke arah yang sama atau berlainan untuk mencapai tujuan kumpulan. Contohnya seperti pada gambar rajah 6.

Rajah 6: Aspek ruang

Aspek beban Aspek beban memperlihatkan hubungan antara ahli kumpulan melalui cara sentuhan untuk membentuk formasi. Contohnya seperti pada rajah 7 dibawah.

Rajah 7: Formasi pyramid manusia

Aspek aliran Aspek aliran adalah pergerakan yang dilakukan untuk melahirkan idea dan perasaan sesuatu kumpulan seperti aliran pergerakan secara terus atau berhenti-henti.

Rajah 8: Aspek aliran

b) FORMASI DALAM KUMPULAN

Pergerakan yang membentuk formasi dalam kumpulan terhasil daripada gerakan-gerakan yang dilakukan dalam kumpulan. Terdapat dua formasi dalam kumpulan iaitu; i. ii. Formasi sebentuk Formasi tidak sebentuk

i. Formasi sebentuk

Formasi sebentuk memerlukan ahli kumpulan membentuk formasi melalui pergerakan. Formasi sebentuk penting kerana pergerakan seseorang akan dijadikan pergerakan sekumpulan. Mereka boleh menunjukkan: a. Formasi garisan lurus dengan pemimpin berada di hujung atau di tengah.

Rajah 9: Formasi garisan lurus

b. Formasi bulat tanpa pemimpin.

Rajah 10: Formasi bulat tanpa pemimpin

c. Pergerakan pelbagai formasi

ii. Formasi tidak sebentuk

Dalam formasi tidak sebentuk semua ahli akan bergerak secara spontan. Ahli bergerak dengan spontan sendiri tetapi masih tertumpu pada pergerakan pemimpin. Pergerakan akan diteruskan sehingga menghasilkan satu formasi yang sebentuk. Hasil formasi banyak bergantung kepada kreativiti individu dalam kumpulan. Biasanya muzik dan alat perkusi boleh digunakan sebagai rangsangan tambahan.

Rajah 11: Formasi tidak sebentuk

Contoh-contoh formasi

- Pergerakan bebas dalam ruang

- Bulatan

- Bulatan luar dan bulatan dalam

- Barisan menghadap

- Kumpulan menghadap

- Barisan menuju

c) KUALITI EKSPRESIF DALAM PERGERAKAN

Kualiti ekspresif dalam pergerakan terhasil daripada gabungan kemahiran yang telah dipelajari dalam pergerakan kreatif. Aspek yang perlu diberi perhatian dalam kualiti ekspresif adalah seperti berikut; Idea atau perasaan yang akan disampaikan. Perkaitan dalam pergerakan. Perbezaan antara pergerakan. Idea dan perasaan dapat menentukan aspek pergerakan seperti badan, ruang, daya dan beban. Bagi melahirkan kualiti ekspresif dalam pergerakan ini, mood juga berperanan penting dalam menentukan hasil pergerakan berdasarkan daya kreatif sesebuah kumpulan.

ii

iii

iv

Rajah 12: Hasil kualiti ekspresif dalam pergerakan

Gubahan Pergerakan Untuk Koreografi

Formasi boleh terbentuk hasil daripada gabungan pergerakan ahli kumpulan untuk menyampaikan masej. Antara langkah pembentukan tersebut adalah; Ahli kumpulan berada di sekitar kawasan Ahli kumpulan mula bergerak bebas Ahli akan bergerak ke satu tempat sama ada di tengah atau di tepi kawasan aktiviti. Setiap ahli akan menggunakan beberapa cara pergerakan yang menunjukkan kualiti pergerakan yang ekspresif. Gabungan semua ahli akan membentuk suatu formasi tertentu yang boleh menggambarkan bentuk yang ingin dihasilkan oleh setiap ahli. Alat muzik boleh digunakan bagi menambah mood semasa aktiviti ini.

Rajah 13: Formasi boleh dihasilkan untuk mengambarkan bentuk tertentu hasil gabungan setiap ahli.

Pergerakan gymnaestrada yang memerlukan banyak pergerakan kreatif akan memberi peluang kepada atlit yang terlibat melahirkan perasaan mereka melalui pergerakan-pergerakan badan. Mereka boleh melahirkan mood atau idea melalui pembentukan formasi dengan menggunakan kreativiti mereka sendiri. Kerjasama ahli dalam kumpulan dapat dilihat apabila atlit bersama-sama membentuk pergerakan.

Latihan-latihan dalam Gymnaestrada

Latihan kesimbangan i ii i

Seperti pada rajah, berdiri dengan rapatkan kaki dengan kaki rakan. Pegang lengan kawan seperti pergerakan kemudiannya tangan dibengkokkan untuk merapatkan badan seperti pada situasi ii. Badan pada ketika ini perlulah lurus. Selepas itu, secara perlahan-lahan luruskan tangan. Pada masa yang sama pastikan kecondongan rakan dan anda adalah sama bertujuan untuk melahirkan situasi seimbang sehingga situasi i terbentuk.

Kesimbangan berdiri pada tangan. Langkah 1: Rakan seorang dalam keadaan baring dengan kaki tegak manakala tangan berada di sisi kepala. Rakan yang berada diatas memegang kaki rakan. Langkah 2 & 3: Berat badan rakan atas ditampung oleh rakan yang berada dibawah. Kemudian rakan dibawah akan menegakkan sikunya untuk menbentuk posisi 3. Langkah 4: Rakan yang berada diatas akan melepaskan pegangan pada kaki rakannya kemudian berdiri dengan tegak, kemaskan kedudukan badan manakala rakan yang berada dibawah akan mengawal kesimbangan.

Rajah: latihan kesimbangan ke belakang atau ke hadapan.

Rajah: Latihan kesimbangan bahu

Rajah: Latihan kesimbangan dirian pada lutut.

Rajah: Latihan kesimbangan dirian pada bahu.

Latihan Kelenturan

Gambar a

Gambar b

Gambar c

Gambar d

Gambar e

i Gambar f

ii

iii

ii

iii

iv Gambar g

ii

ii

iii

ii

iii

iv

Coret-coret world gymnaestrada

Rajah: Kejohanan World Gymnaestrada 2007

Gymnastrada ke-13 Dornbirn, 2007

Dalam kejohanan ini menyaksikan seramai 24,000 dunia ribu peserta akan menyertainya yang terdiri daripada seluruh. Ia merupakan kejohanan yang terbesar selepas Olimpik. Ia berlangsung dari 8 hingga 14 Julai 2007 yang melibatkan 4 negara terbesar eropah iaitu Austria Switzerland Germany Liechtenstein. Ia berlangsung di Dornbirn ,Vorarlberg, Austria.
Sumber : http:///www.gymnastrada\Gymbrooke Sports NewsWorld Gymnaestrada.htm

RUJUKAN
1. Http:///www.worldgymnaestrada.htm 2. The Complete Book Of Gymnastics 3. Http:///www.gymnastrada\Gymbrooke Sports NewsWorld Gymnaestrada.htm 4. USA Gymnastics OnlineTechnicque

You might also like