Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 60

Asas grafik Pismp 4.

07

ASAS GRAFIK
NORSYHIDA BINTI SULAIMAN NUR RABIATUL HUSNA BINTI ISMAIL NURNASUHA BINTI ESA SITI AISHAH BINTI ZABA PISMP 4.07

PENGENALAN
Grafik: berasal dari perkataan Greek (Graphikos) bermaksud lukisan. Grafik ialah kombinasi ilustrasi, kapsyen, simbol, angka dan lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea oleh pereka terhadap hasil karyanya. Hamzah Hurmin (1992): sebuah lukisan, percetakan, gambar dan huruf yang dihasilkan dengan media tertentu seperti pen, pensil atau komputer.

Sambungan..
Contoh bahan grafik untuk pengajaran dan latihan: lukisan, carta, graf, poster dan kartun.

Kesimpulan: grafik ialah satu seni yang menggabungkan tulisan dan lukisan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas dan lebih konkrit daripada lisan.

PRINSIP-PRINSIP GRAFIK
KESATUAN PENEGASAN PERGERAKAN

KESEIMBANGAN

KONTRA

HARMONI

1. KESATUAN
Wujud pada suatu gubahan yang semua unsur di dalamnya sama tema atau idea. menunjukkan hanya satu item atau maklumat yang jelas dalam visual. Wujud apabila keseluruhan unsur seni, ruang, prinsip seni dan ruang dihasilkan menepati kehendak tema dan tajuk. Fungsi: menghasilkan karya yang lebih lengkap, teratur dan sempurna.

Kesatuan warna, objek dan rupa

Kesatuan tema objek, jenis dan warna

2. PENEGASAN
Boleh ditafsirkan sebagai pusat tumpuan atau fokus utama. Ia ditampilkan dengan jelas agar dapat dilihat dan difahami oleh audien.

Antara cara untuk mencapai penegasan: warna dan bentuk yang kontras, saiz lebih besar, menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama.

OBJEK BANGUNAN DI TENGAH MENIMBULKAN PENEGASAN

3. PERGERAKAN

Pergerakan ialah keadaan yang bergerak seperti beralun, bergetar, bergoyang dan memancar.
Bertujuan untuk memberi nyawa kepada rupa dan bentuk visual dalam seni tampak 2D, menimbulkan imej yang lebih hidup dan menjadikan gambar kelihatan lebih menarik.

CONTOH PERGERAKAN

4: Keseimbangan
Keseimbangan adalah mengagihkan keberatan visual objek, warna, tekstur dan ruang. Jika rekaan diberikan skala, elemen keseimbangan ini membuatkan rekaan mempunyai kestabilan.

Keseimbangan Formal

Keseimbangan Tidak Formal.

Keseimbangan Formal
Elemen keseimbangan digunakan di satu sisi rekaan yang sama dengan sisi rekaan yang satu lagi.

Keseimbangan Tidak Formal


Sisi antara satu sama lain adalah berbeza tetapi kelihatan stabil

5: Kontra
Kontra terjadi apabila wujud 2 elemen yang berbeza. 4 kaedah yang lazim digunakan untuk mewujudkan kontra ialah: saiz, nilai, warna dan fon yang berbeza-beza. Kaedah lain untuk menghasilkan kontra adalah dengan memasukkan penggunaan jalinan, bentuk, penjajaran, arah dan pergerakan.

Kontra dari segi bentuk.

Kontra dari segi warna.

Tujuan Penggunaan Kontra


1) Menjadikan perbezaan-perbezaan itu nampak ketara. 2) Kontra menjadikan sesuatu rekaan lebih ceria dan menarik. 3) Cara membuktikan kepentingan sesuatu hasil karya itu atau menjadi tumpuan pembaca. 4) Dapat menunjukkan perkara yang penting dengan memencilkan elemen-elemen kecil dan ringan dan membuat elemen lain menjadi tumpuan.

Cara Penggunaan Kontra


a) Penggunaan bentuk gambar yang lebar dan tidak menentu boleh menambah tarikan visual pada sesebuah susun atur yang mengandungi ruangan teks yang panjang dan tirus. b) Sebuah gambar yang mengandungi satu siri imej yang statik dan menunjukkan pergerakan akan menarik penumpuan kita kepada imej yang dikontra. c) Jajarkan teks ke sebelah kiri tetapi subtajuk itu hendaklah diarahkan penjajarannya ke sebelah kanan dalam ruang yang bersebelahan.

6: Harmoni
Dalam istilah bahasa: harmoni bermaksud aman dan damai. Dalam istilah seni: harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang. Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna.

Harmoni dari sudut garisan.

Harmoni dari sudut bentuk.

Harmoni dari sudut rupa.

Reka Bentuk Visual


Reka bentuk grafik merupakan satu seni atau pekerjaan berkomunikasi secara visual yang menggabungkan imej, perkataan dan idea bertujuan penyampaian maklumat kepada penonton. Contoh reka bentuk grafik ialah logo, laman web, iklan, reka bentuk buku, kad ucapan dan sebagainya. Beberapa elemen grafik biasanya digabungkan dalam membuat sesuatu reka bentuk.

Garisan Warna Rupa

Reka Letak

ElemenElemen Grafik
Ilustrasi Ruang

Bentuk

Huruf

Jalinan

Garisan
Merupakan satu siri titik-titik. Dengan sambungan titik-titik maka wujudlah garisan. Unsur melukis yang paling asas. Terdapat pelbagai jenis garisan: garisan halus, garisan tebal, garisan zig-zag dll.

Fungsi umum: - digunakan untuk pembahagian ruang. - mencipta bentuk organik dan geometri. - digunakan dalam susun atur majalah, surat khabar dan sebagai pemisah. - menunjukkan pergerakan. - menjadi motif corak. Fungsi dalam reka bentuk: - untuk menghubungkan bersama-sama elemen visual. - untuk mengarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan.

Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Asas utama reka bentuk grafik. Terdiri daripada angka dan bentuk yang menjadi logo, ilustrasi dan elemen-elemen yang tidak terkira bilangannya. Reka bentuk yang berjaya: penggunaan rupa yang betul. Ruang positif dan ruang negatif membawa impak pada reka bentuk. - Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. - Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.

Rupa Organik

Rupa Positif

Rupa Negatif

Rupa berbentuk logo

Ciptaan Rupa dalam Reka Bentuk Grafik Moden

Perisian Grafik: Adobe Illustrator - alatan grafik yang berguna dalam penghasilan dan pengendalian rupa. - program-program di dalamnya boleh menghasilkan rupa yang lebih kompleks dan dimensi yang tidak terbatas. - sifat rupa boleh diubahsuai dengan mudah.

Bentuk
Mempunyai struktur jisim dan isi padu. Mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D). Terbina apabila elemen grafik seperti garisan, jalinan, ruang dan warna disatukan. Contoh: sebuah kotak dihasilkan daripada cantuman 6 rupa segi empat sama.

Jenis-Jenis Bentuk
Bentuk Konkrit
-bersifat 3 dimensi - dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut. Contoh: batu, kayu, meja, kereta.

Bentuk Ilusi
dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dll. dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata Bersifat dua dimensi

tidak dapat disentuh, hanya dinikmati melalui deria penglihatan.

Seni origami

Bentuk Konkrit- bola

bentuk ilusi : teknik komputer grafik

Bentuk ilusi: teknik catan

Jalinan
Merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda atau penzahiran visual sesebuah reka bentuk. Contoh: kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain. Jalinan pada benda buatan manusia dan benda ciptaan Tuhan memberi kesan tampak yang berbeza. Setiap objek yang berjalinan, mempunyai fungsi dan nilai-nilai yang tersendiri.

Lapisan grafik yang mantap dapat menghasilkan jalinan visual yang mencerminkan jalinan sebenar. Fotografi, ilustrasi dan seni halus apabila digabungkan dengan elemen grafik boleh membantu menzahirkan rupa bentuk jalinan.

Warna
Satu elemen reka bentuk grafik yang sangat menarik. Fungsi: - untuk menyerlahkan sesuatu imej. - menunjukkan capaian teks pada laman web. - menyemarakkan emosi. Kepentingan: - untuk menarik perhatian orang yang melihat. - menunjukkan bahan-bahan yang lebih penting.

Jenis-Jenis Warna
Warna Premier: merah, kuning, biru Warna Sekunder: hijau, jingga, ungu
Warna Utama Warna Utama Warna Sekunder

Warna Tertiar: kuning-jingga, merah-jingga, merahungu, biru-ungu, biru-hijau, kuning-hijau.


Warna Utama Warna Sekunder Warna Tertiar

Warna Analog: 3 warna yang bersebelahan dalam 12 bahagian roda. Warna Komplementari: 2 warna yang bersebelahan secara terus. Menghasilkan warna yang paling kontras dan seimbang.

Sifat-sifat Warna

Hue

Kekuatan (ketepuan)

Pemeringkatan (nilai)

RGB - Warna tambahan.

Red

- Digunakan oleh alatan yang memancarkan cahaya .Contoh: televisyen, monitor

Green
Blue Cyan

Model Warna CMYK - Warna penolakan. - Tidak memancarkan cahaya.

Magenta

Yellow
Black

Jenis Grafik Komputer


Raster (bitmap)
Contoh: JPEG

Vector
EPS (Encapsulate PostScript) Fungsi: Boleh menyokong imej-imej vector dan bitmap Fungsi: Boleh mengawal pengasingan warna

TIFF (Tagged Image File Format)


Menyokong imej-imej bitmap dan kawal pengasingan warna.

Ruang (Space)
Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Susunan objek-objek yang dapat menimbulkan jarak dan kedudukan dari segi visual pada satu rekaan. Eg : jarak antara perkataan

Jenis Ruang

Ruang Positif/Imej/Perkataan ruang yang digunakan

Ruang Negatif/Putih ruang yang kosong

Ruang negatif

Ruang positif

Ilustrasi

Seni yang menggambarkan idea dan kata-kata dalam bentuk gambar

Biasanya membawa penceritaan, membantu idea-idea dan menarik perhatian penonton.

Clip art ilustrasi-ilustrasi kecil yang tidak dilindungi oleh hak cipta.

Boleh dihasilkan dalam bentuk lukisan pensel, lukisan pen, kolaj, atau menggunakan warna (cat air/cat akrilik)

Pada zaman dahulu ilustrasi digunakan untuk merakamlagenda dan peristiwa bersejarah.

Albert Durer, Hans Burgkmair, Altorfer dan Hans Holbein adalah tokoh ilustrasi ukiran.

Pemilihan fon, saiz, warna dan penjarak penting untuk mencapai komunikasi yang berkesan.

Muka taip set fon yang terdiri daripada lebih satu huruf, lebih saiz fon.

Huruf

Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf.

Boleh menghasilkan pelbagai gaya.

Muka taip serif/berekor


Muka taip hiasan

Muka Taip

Muka taip sans serif/tidak berekor

Muka taip sans serif

Muka taip serif

Karya yang berasaskan rupa muka taip

Muka taip hiasan

Ilmu/kemahiran yang digunakan untuk meletak dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik.

Reka Letak

Keupayaan meletak dan menyusun elemen media yang baik dan berkesan memberi kesan yang positif terhadap persembahan.

Prinsip Asas Reka Letak


C A S
Contrast Alignment Simplicity Proximity Emphasis Repetition

P
E R

KONTRAS (CONTRAST) :
Untuk mengelakkan unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama Salah satu cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan dan tumpuan terhadap sesuatu reka bentuk

Kontras berkait dengan imej, warna dan tipografi

Contoh : kontras di antara saiz fon, garisan, warna, tekstur dan grafik Kreativiti menggunakan elemen kontras ini menjadikan reka letak kita lebih representatif dan mesej yang hendak disampaikan lebih mudah

Apabila hendak membuat slaid, teks dan latar belakang haruslah sangat kontras

Contoh : latar belakang berwarna gelap, teksnya harus sangat berwarna terang Contoh kontras warna yang baik:- kuning pada ungu, hitam pada putih, kuning pada biru tua

ALIGNMENT : tiada sesuatu item perlu diletakkan di atas sesuatu muka surat secara sendiri. Setiap item sama ada teks, imej atau kedua-dua teks dan imej, harus mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain pada setiap paparan. Reka letak yang memuatkan teks dan grafik di mana-mana sahaja ada tempat kosong dalam sesuatu paparan tanpa memikirkan item lain menyebabkan alignment menjadi bercelaru.

SIMPLICITY (SIMPLE) : Sesuatu bahan grafik perlu nampak mudah (simple) Bahan grafik yang disediakan hendaklah kelihatan mudah difahami walaupun oleh pelajar yang lembam. memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Kegemaran sesetengah guru memasukkan banyak grafik animasi dalam persembahan multimedia boleh menyebabkan tumpuan pelajar terganggu terhadap mesej utama yang hendak disampaikan.

PROXIMITY (PENYATUAN) : Kumpulan (group) item yang berkaitan bersama, gerakkan mereka secara fizikal supaya berdekatan antara satu sama lain supaya item yang dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah. Satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.

Contoh: jarak antara teks, jarak antara grafik, dan jarak antara teks dengan grafik perlu diimbangkan.

EMPHASIS : Reka grafik harus fokus kepada item utama sahaja. mesti dominan daripada item-item lain. Item tersebut menjadi pusat penumpuan, boleh dibaca atau boleh menarik minat. Pereka letak boleh melakukannya dengan beberapa cara:
Warna dan bentuk yang kontras Pencahayaan yang sempurna

Saiz yang lebih besar

REPETITION :
Tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu. Contoh: reka letak dan reka bentuk slaidslaid perlulah konsisten sepanjang persembahan. Namun, elakkan terlalu banyak repetition kerana boleh menyebabkan grafik tidak menarik dan tidak dapat menyampaikan mesej asal.

Peralatan Penghasilan Grafik


Perkakasan komputer Tetikus Pengimbas Tablet grafik dan pena Pencetak Pemplot Perisian grafik Penyunting grafik Penyunting foto Permorfan Pemandang grafik

Kamera digital Projektor LCD

You might also like