Refleksi Experiment

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

8.

14am bermula Nama murid: 2mins for induksi: mengenal magnet Setiap murid cuba menarik 2 benda 1st murid tarik mangga ttp tak blh angkat krn berat Tarik blok kayu ttp murid jawab krn berat Guru jelaskan krn magnet tidak blh tarik kayu Selepas itu, dia tarik syling and kepingan besi 2nd murid tarik 3rd murid tarik 4th murid tarik Kesimpulan: magnet tarik besi ttp murid menyimpulkan magnet tarik magnet 8.21 am Permainan berlumba 1st & 2nd murid berlumba 3rd & 4nd murid berlumba Fakura menang & alai menang Fakura menang Refleksi (experiment) -experiment mesti hand on (guru demo saja, murid buat) -patut organisasi dulu (cari murid dulu & berkenalan dulu) -perlu membuat persediaan dahulu (sediakan bahan yang lebih & agih tugas) -guna bahan yang senang membezakan (cth: tak nak guna gula & garam, susah membeza) -jangan mengulangkan experiment yg telah diajar (murid akan bosan) -jangan menggunakan istilah yg susah (timbul & tenggalam/ *experiment,permukaan murid susah faham ) *terikat dgn RPH (tak tengok persekitaran, patut menggunakan konsep dekat jauh) *menarik perhatian murid (murid akan ajak kawan) *tidak dalam persekitaran yg kondusif (kurang alatan *meja) *perlu bagi masa untuk murid berjawab -terlalu banyak bahan (*10 rasa) -fokus kepada objektif tertentu saja, tak payah merangkumi semua (*hanya manis & masin)

http://cikguazuraupsi.blogspot.com/2013/04/blog-post.html

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK : TUNJANG SAINS (DEFINISI AWAL SAINS)


PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TUNJANG SAINS DEFINISI AWAL SAINS Umumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut Joseph Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif yang dialami secara terus membantu peningkatan kanakkanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang. Merujuk kepada pendidikan sains awal, ia menfokuskan dengan perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains. Definisi Sains awal adalah subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais, menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu. Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka. Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu atau inkuisitif. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian mereka. Soalan-soalan ini biasanya berkaitan dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui proses ini, kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubung dengan fonomena yang dialami. Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan pembelajaran. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik. Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat memberi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi ruang dan peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri dengan bantuan guru. Harlan & Rivkin (1996), antara tujuan pendidikan sains adalah : Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak. Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sistematik dalam membuat penakulan. Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.

You might also like