Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN AKTIVITI MORAL BAHASA TAMIL 1(PISMP SEM 2)

SEBELUM Bagi menjalankan aktiviti moral ini ketua unit kami berjumpa dengan pansyarah pembimbing aktiviti moral bagi memilih tajuk untuk slot moral kelas kami. Kami diberi tajuk kebudayaan kaum india dalam kalangan remaja. Selepas pemilihan tajuk, ketua unit kami berbincang dengan para guru pelatih kelas kami bagi menentukan aktiviti-aktiviti yang akan dipersembahkan. Setiap orang memberikan pandangan masing-masing. Selepas itu, sebuah jawatankuasa kerja ditubuhkan bagi mengahihkan tugasan. Setiap ahli jawatankuasa telah menjalankan tugasan yang diberikan kepada mereka secara jayanya. Selepas pengagihan tugas ketua unit kami telah menempah balai ilmu sehari sebelum aktiviti moral agar majlis berlangsung tanpa halangan. Jawatankuasa jemputan pula memberikan kad jemputan kepada semua ketua kelas dan pensyarah sehari sebelum slot tersebut. SEMASA Pada hari program tersebut, kehadiran para guru pelatih telah dicatatkan. Selepas kehadiran pensyarah pembimbing ,majlis kami bermula pada pukul 12.45pm. Majlis bermula dengan doa dan ucapan pengaluan dari guru pelatih kelas kami Sivaruben dan ketua unit kelas kami Gayathirie. Para guru pelatih kelas kami telah mempersembahkan satu drama bagi memperkenalkan tajuk majlis kami pada hari berkenaan. Selepas persembahkan drama guru pelatih Ashwini telah mengsimpulan isi-isi yang kami telah sampaikan melalui persembahan drama berkenaan. Selepas itu, pertandingan menjawab soalan dijalankan oleh guru pelatih Raj dan Thiviyen. Hadiah menarik disampaikan kepada pemenang oleh pensyarah pembimbing Pn. Kumutha. Majlis pada hari berkenaan berakhir dengan ucapan pensyarah pembimbing Pn.Kumutha. SELEPAS Laporan majlis disampaikan kepada setiausaha persatuan Bahasa Tamil.

You might also like