Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pakaian suku temuan Kehadiran rombongan kami disambut mesra dan diperkenalkan dengan Puan Soeb Miah (Yau)

dan lima penganyam. Kami sungguh terpegun dan teruja melihat hasil anyaman yang begitu halus dan cantik. Antara produk yang dihasilkan ialah Lopa (dompet panjang berbutang) dan pouch. Selain itu, etnik Temuan yang juga dahulu dikenali sebagai kaum Belandas ini juga menghasilkan pakaian daripada kulit kayu yang sering digunakan dalam upacara tarian Sewang. Rombongan kami juga telah dibawa ke kawasan penanaman daun pandan dan mengkuang di kawasan rumah mereka, selain mendapatkan bekalan dari kawasan yang berhampiran. Buat pengetahuan semua, Puan Yau atau lebih mesra dipanggil Mak yang kini berusia 60 tahun adalah tonggak utama bagi aktiviti anyaman Orang Asli di sini. Kepakaran beliau dalam menghasilkan anyaman ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Menurut Cik Rieta, dalam kumpulan Orang Asli di sini, beliau adalah antara salah seorang penganyam terbaik anyaman gila (sejenis seni anyaman) yang boleh menghasilkan produk seperti pouch. Kumpulan ini rupanya mempunyai pelbagai kemahiran. Selain menganyam dompet, mereka juga boleh menganyam ketupat besar berbagai bentuk seperti ketam, ikan, burung, sotong dan lain-lain. Anyaman origami bentuk lembu juga boleh dibuat. Suami Puan Yau pula pandai membuat sumpit buluh. Menurut Cik Rieta, produk yang dihaslkan oleh kumpulan wanita kaum Temuan ini memang sentiasa laris dan tidak mencukupi untuk jualan di promosi yang disertai oleh Gerai OA. Walaupun pendapatan aktiviti menganyam ini tidak lumayan, namun mereka tetap gigih. Ditanya kenapa? spontan keluar jawapan daripada bibir mak dan anak perempuannya Watie, KERANA MINAT.Penuh bersemangat mereka menyatakan, mereka juga menjaga nama suku Temuan, supaya ada kemahiran yang dapat diwariskan kepada generasi akan datang dan mereka bangga, anyaman yang diusahakan mereka itulah akan mereka tinggalkan sebagai warisan! Pengalaman, kepakaran, budaya, bahasa, hobi dan lain-lain antara topik utama perbualan kami. Suasana ceria dan gembira terpancar setiap wajah penganyam di sini setiap kali kami memuji kehalusan anyaman dan kepakaran mereka menghasilkan produk. Cik Rieta akan mengelaskan produk kepada tiga kategori iaitu biasa, halus dan sangat halus bagi menentukan harga produk jualan mereka. Jutaan terima kasih buat Cik Rieta Rahim dari Gerai OA dan kumpulan wanita suku Temuan Kampung Paya Rumput, Sepang. Tulisan beliau mengenai masyarakat Orang Asli boleh dirujuk menerusi laman web ini

http://www.malaysiadesignarchive.org . Juga tidak lupa Mak, semoga sejahtera dan diberi kesihatan yang baik dalam usaha memartabatkan seni anyaman Temuan yang indah dan halus buatannya. :)
http://cawanganselangor.blogspot.com/2011/05/kerana-minat-anyaman-indah-warisan.html

You might also like