Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

STRUKTUR SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN

Terdiri daripada protoplasma sel (sitoplasma dan nukleus) dan membran sel. Protoplasma ialah bahan separa pepejal atau bahan berupa jeli. Nukleus ialah jasad berbentuk bujur atau bulat yang berada di tengah-tengah sel. Sitoplasma merupakan bahan yang berada di sekeliling nukleus. Ianya lebih nipis dan berair daripada nuklues. Sitoplasma didefinisikan sebagai bahan yang berada di antara membran sel (membran palsma) dan pembalut nukleus.

Kebanyakan sel tumbuhan berbentuk segi empat tepat. Sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang tegar dan dibina daripada sejenis karbohidrat yang dikenali sebagai selulosa. Terdapat juga bahagian sel tumbuhan yang tidak mengandungi sitoplasma. Ianya dikenali sebagai vakuol dan mengandungi sap sel yang merupakan larutan gula dan garam yang sangat cair. Sel tumbuhan mempunyai kloroplas yang mengandungi klorofil iaitu sejenis pigmen hijau yang hanya dijumpai dalam sel tumbuhan sahaja. Klorofil sangat penting dalam proses fotosintesis bagi tumbuhan membuat makanannya sendiri. Fungsi klorofil adalah untuk memerangkap tenaga matahari

Bahagian sel Nuklues Sitoplasma Membran sel Dinding sel

Fungsi Mengawal semua aktiviti sel. Menyimpan bahan terlarut. Melindungi sel dan mengawal masuk dan keluar bahan terlarut melaluinya. Melindungi dan memberi bentuk tetap kepada sel. Mengandungi klorofil untuk proses fotosintesis. Klorofil menyerap cahaya matahari dan menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia (makanan). Mengandungi sap sel yang terdiri daripada bahan terlarut

Kloroplas

Vakuol

You might also like