Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Persediaan Sebelum Program BIG Sesi Pertama Dijalankan

Pada 10,11 12,dan 13 September 2013 kami perlu menghadiri program BIG fasa pertama. Kami telah diberikan taklimat sebelum menghadiri perkhemahan ini.Taklimat disampaikan oleh pensyarah yang bertugas pada hari Isnin 9.9.2013. Dia telah memberikan kami maklumat berkenaan kawasan yang bakal kami berkhemah serta aktiviti yang bakal kami jalankan. Pada hari Ahad kami bersama-sama kumpulan yang lain seramai 39 orang telah berkumpul di dewan terbuka untuk diberikan taklimat serta sesi pengagihan alatan yang bakal kami gunakan. Semua perkara yang kami lakukan adalah secara bekerjasama dan semua pihak terlibat dalam menyiapkan alatan yang kami perlukan.Kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan dibahagikan seramai 9 atau 10 orang ahli.Semua ahli kumpulan terdiri daripada kumpulan Bimbingan dan kaunseling dan Matematik. Pada 10.9.2013 kami bersiap dan berkumpul di blok I untuk menaiki bas ke Teluk Gorek.Kami telah berkumpul di sana pada 7.45am dengan membawa beg dan keperluan persendirian yang telah dinyatakan pada hari taklimat yang lalu. Setelah selesai berkumpul kami diberikan sedikit taklimat ringkas dan kami bertolak dari kampus pada pukul 8.30 pagi.Perjalanan mengambil masa selama tiga jam sehingga kami sampai di Teluk Gorek. Kami memunggah barang daripada bas. Setibanya kami disana kami telah diberikan taklimat berkenaan keadaan tempat perkhemahan yang kami akan tinggal.Bahan makanan juga telah diagihkan dan setiap kumpulan diberi tugasan sepanjang perkhemahan yang dijalankan.

You might also like