Manfaat Dan Keburukkan Internet Kepada Pelajar

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Manfaat dan Keburukkan Internet Kepada Pelajar 1.

1 PENGENALAN Perkembangan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa kesan dan perubahan yang besar dalam budaya hidup semua masyarakat dunia. Revolusi tersebut telah mengubah dan meningkatkan kuasa daya pengkomputeran dalam penyampaian dan penyebaran informasi secara global. Salah satu penggunaan

komputer yang paling popular dewasa ini ialah penggunaan internet yang dikatakan sebagai gedung maklumat dalam proses komunikasi dan penyebaran maklumat (Baharuddin, Jamalludin dan Zaidatun, 2001).

Zainuddin (2001) dalam bukunya yang bertajuk Memahami Internet telah mentakrifkan internet sebagai satu rangkaian global yang terdiri daripada rangkaianrangkaian komputer yang lebih kecil. Rangkaian sejagat ini menghubungkan berjutajuta komputer di pelbagai negara di seluruh dunia yang terdiri daripada komputer peribadi sehinggalah ke komputer kerangka utama menggunakan satu set aturan atau piawaian pemindahan data. Perkembangan pesat teknologi maklumat ini turut Perkembangan teknologi

mempengaruhi bidang pendidikan di negara Malaysia.

maklumat semakin berpengaruh dalam dunia pendidikan dewasa ini. Penggunaan internet dalam kalangan pelajar berkait rapat dengan keperluan mereka dalam mencorak dan menjana minda selaras dengan perkembangan dunia masa

kini. Aplikasi internet dalam pendidikan memberi pengalaman kepada para pelajar untuk turut serta dalam pembelajaran secara terus dan pantas dengan dunia luar. Pengalaman seperti itu akan melahirkan pelajar-pelajar yang bukan sahaja tahu mengendalikan peralatan teknologi maklumat, malah tahu untuk mengakses maklumat yang diingini daripada sumber-sumber yang disediakan dalam internet. Laporan ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa perkara yang berkaitan dengan kesan penggunaan internet dalam kalangan pelajar. Ini termasuklah manfaat dan keburukkan yang bakal diperoleh oleh para pelajar akibat daripada penggunaan internet dalam pembelajaran mereka. Tidak dapat dinafikan, internet berupaya untuk menyalurkan banyak informasi yang bermanfaat dan bertindak sebagai sumber pembelajaran, penyelidikan, analisis dan juga sumber rujukan kepada para pelajar. Para cendekiawan

seperti penyelidik, guru dan pelajar institut pengajian tinggi merupakan beberapa golongan yang menerima manfaat hasil daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang melanda dunia dan tanahair. Walau bagaimanapun, disebalik semua manfaat dan kebaikan yang diperoleh, terdapat juga kesan yang boleh memudaratkan hasil daripada perkembangan teknologi internet. Penggunaan internet yang tidak terkawal boleh memberikan kesan yang negatif kepada pengguna dan masyarakat. Oleh itu, penggunaan internet secara bijaksana dan beretika perlu diwujudkan agar keharmonian sosial dapat dikekalkan serta memaksimumkan penggunaan internet ke arah yang lebih positif.

1.2 Manfaat-manfaat Internet Kepada Para Pelajar Menurut penyelidikan yang telah dibuat oleh ID Research pada tahun 2009, pengguna internet di Malaysia telah menjangkau 16 juta orang dan angka tersebut dijangka akan melonjak kepada 20.4 juta orang pada tahun 2012

(http://www.cybersecurity.my).

Daripada perangkaan tersebut, pelajar merupakan

antara pengguna teramai internet di Malaysia. Hasil daripada satu kajian yang telah dibuat oleh Sharifah Mariam Alhabsi (2005) di 13 pusat siber kafe di Bandar Kota Baharu, Kelantan dan 14 buah kafe siber di Bandaraya Kuala Lumpur mendapati, 41 peratus pengguna di Kota Baharu dan 63 peratus pengguna di Bandaraya Kuala Lumpur adalah golongan pelajar. Memang tidak dapat dinafikan, internet memberi banyak manfaat kepada pengguna terutama pelajar di sekolah menengah dan juga pelajar di institusi pengajian tinggi. bawah. Manfaat-manfaat tersebut akan dibincangkan di

1.2.1 Pembelajaran Interaktif Dalam Talian (e-learning) Generasi pelajar dalam dekad ini merupakan golongan yang amat beruntung dengan wujudnya perkhidmatan internet. Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya OUM, UNITAR, UiTM dan UPSI yang menyediakan akaun internet untuk para pelajarnya. Para pelajar bukan sekadar menggunakan internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Mereka mengambil soalan tugasan, menjawab kuiz dan menduduki

ujian hanya melalui internet. Kemudahan internet membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. Pembelajaran dalam talian atau e-learning didukung oleh kemajuan teknologi dan inovasi telefon, audio, videotape, transmisi satelit, komputer dan sebagainya. Elearning membolehkan proses pembelajaran berlaku di mana sahaja dan pada masa yang dikehendaki oleh para pelajar. Ini bermakna pembelajaran secara maya

membolehkan para pelajar menguruskan masa dan kos pengajian mereka secara efektif dan sistematik. Pembelajaran interaktif dalam talian memberikan ruang dan peluang kepada para pelajar meneroka dan mengakses maklumat baru menerusi perpustakaan digital (e-library), melibatkan diri dalam pentas-pentas perbincangan menerusi EduksiNet, menggunakan kemudahan pindahan fail (FTP), telesidang video dan sebagainya. Menurut Che Zainab Abdullah et. al (2009) komunikasi yang berkesan antara pelajar yang belajar dalam mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dengan Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) adalah melalui e-PJJ iaitu satu rangkaian komunikasi yang menggunakan internet sebagai satu alat perhubungan untuk menyampaikan maklumat mengenai pelajaran dan latihan-latihan yang berkaitan dengan pantas dan menjimatkan kos. Pembelajaran secara e-learning memberikan impak yang positif terhadap para pelajar. Para pelajar diberi peluang yang luas untuk melibatkan diri secara aktif, interaktif dan kolaboratif dalam pembelajaran mereka. Internet merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang sarat dengan ilmu pengetahuan dan boleh diakses oleh pelajar tanpa batasan dan had untuk mencapai matlamat pembelajaran mereka. Konsep pembelajaran e-learning yang menekankan kepada konsep kendiri menggalakkan proses pembelajaran seumur hidup dalam diri pelajar. 1.2.2 Sekolah Bestari Sekolah Bestari merupakan institusi pendidikan yang diurus dan ditadbir secara sistematik serta mengamalkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi dan jaringan teknologi maklumat iaitu internet. Menurut Wan Mohd Zahid (dalam Omar Zakaria et.al, 2008), sekolah bestari diwujudkan dengan ciri-ciri berbeza berbanding sekolah sedia ada. Sekolah Bestari dihubungkan dengan jaringan kawasan tempatan (LAN) yang membolehkan perkongsian maklumat serta menggalakkan kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran.

Sekolah ini dihubung melalui jaring kawasan luas (WAN) yang

menyediakan sumber-sumber melalui on line untuk membolehkan guru-guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah. Guru berperanan sebagai fasilitator yang bertanggungjawab menyediakan situasi yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri secara berdikari. Sekolah bestari ialah institusi yang mempunyai pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mencabar minda dan memberi ruang kepada pelajar untuk berfikiran secara kritis dan kreatif. Corak pembelajarannya, akan dapat melahirkan individu yang mempunyai kemahiran dalam bidangnya, sentiasa menyumbang idea, berpegang teguh dan mengamalkan nilai-nilai murni. Jika dibuat perbandingan sekolah masa kini dan sekolah bestari, terdapat beberapa perbezaan yang jelas khasnya dari segi gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya. Di sekolah masa kini, gaya pembelajaran adalah berasaskan guru yang memberi tumpuan kepada hafalan dan

pengetahuan. Sementara di sekolah bestari, gaya pembelajarannya lebih kepada berasaskan pelajar serta bebas tetapi bergantung kepada teknologi iaitu tumpuan kepada maklumat, berdaya fikir, kreativiti, penyayang dan berliterasi teknologi.

1.2.3 Sumber Maklumat Para pelajar boleh menjadikan internet sebagai sumber maklumat dan rujukan. Internet menyediakan banyak informasi berguna serta menarik untuk diaplikasikan dalam pembelajaran. Maklumat-maklumat berupa dokumen, video, audio, imej dan

sebagainya boleh diperoleh dengan pantas dan percuma. Maklumat-maklumat yang terkandung dalam internet meliputi pelbagai kategori dari seluruh dunia dan sentiasa dikemaskini agar relevan dengan perkembangan semasa. World Wide Web, juga digelar Web atau WWW adalah aplikasi internet yang berfungsi menggabungkan grafik dan teks dalam satu dokumen atau antara muka pengguna yang sama. Web mampu menggabungkan audio, video dan juga animasi dalam satu dokumen yang sama. Oleh itu, dokumen Web boleh dianggap sebagai sebuah dokumen multimedia. Dokumen di dalam Web juga dikenali sebagai dokumen

hiperteks kerana ia mengandung pautan ke dokumen-dokumen lain atau lokasi lain dalam sebuah dokumen yang sama. Informasi yang boleh diakses memudahkan guru dan pelajar mencari maklumat untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Guru yang

kreatif boleh membina blog sendiri bagi memudahkan para pelajar mengaksesnya untuk tujuan pembelajaran. Perlaksanaan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan memberi kesan kepada pencapaian objektif pembelajaran, motivasi dan hubungan antara pelajar. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Knezek (dalam Zakaria et.al, 2008) mendapati pelajar menunjukkan kemampuan berfikir pada tahap kognitif yang lebih tinggi semasa belajar menggunakan komputer dan internet. Mereka mampu menganalisa masalah, melakukan penilaian kendiri dan mengemukakan persoalan-persoalan yang relevan. Para pelajar juga mempunyai keupayaan

membentuk strategi untuk berkerjasama dengan rakan-rakan serta bermotivasi, berminat dan lebih yakin dengan diri mereka. 1.2.4 Alat Komunikasi Penggunaan teknologi dan inovasi baru dalam teknologi termasuklah internet telah memberikan sumbangan besar dalam bidang pendidikan. Kemajuan internet telah membawa perubahan positif kepada cara guru mengajar dan pelajar bekerja, belajar, berkomunikasi dan bermain. Revolusi internet bukan sahaja mencari maklumat secara global malah dapat menjalin dan merapatkan hubungan sesama manusia untuk berkomunikasi. Salah satu aplikasi dalam internet yang memberikan kebaikan kepada para pelajar dan boleh digunakan untuk berkomunikasi ialah mail elektronik atau lebih dikenali sebagai e-mel. Aplikasi e-mel merupakan antara perkhidmatan internet yang digunakan secara meluas. Sesiapa sahaja boleh berkomunikasi antara satu sama lain dengan

menggunakan komputer yang dihubungkan dengan internet. Dalam bidang pendidikan, penggunaan e-mail membolehkan guru dan pelajar berkomunikasi dengan

menubuhkan kumpulan perbincangan untuk sesi bersoaljawab, membincangkan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sesuatu isu pembelajaran serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Guru ataupun tenaga pengajar di sesebuah sekolah atau institusi pengajian tinggi boleh mengaplikasikan e-mel untuk berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama rakan sekerja, ibu bapa, para pelajar dan juga pihak jabatan atau kementerian untuk mendapatkan khidmat nasihat serta bantuan

teknikal. E-mel membolehkan tenaga-tenaga pengajar berkomunikasi dan bertukartukar idea sesama mereka berhubung dengan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Para pelajar juga boleh menggunakan e-mel untuk berkongsi pengetahuan, idea dan pengalaman mengenai sesuatu projek dengan pelajar dari sekolah-sekolah yang lain. Mereka juga boleh berkongsi pendapat dan berbincang dengan rakan-rakan dari latar belakang budaya dan negara yang berbeza mengenai pelbagai isu

semasa.

Komunikasi melalui e-mel boleh membantu para pelajar untuk menguasai

bahasa Inggeris terutama kepada mereka yang mempunyai rakan daripada luar negara.

1.3 Keburukkan-keburukkan Internet Kepada Para Pelajar Memang tidak dapat dinafikan mengenai peri pentingnya internet dalam kehidupan para pelajar pada dekad ini. Hampir semua isu yang berkaitan dengan pembelajaran pelajar boleh dicapai dan dimuat turun dari internet. Walau bagaimanapun, di sebalik semua kebaikan tersebut masih terselit beberapa keburukkan yang boleh memudaratkan para pelajar. Keburukan-keburukkan tersebut akan dibincangkan di bawah.

1.3.1 Masalah Hak Cipta dan Plagiarisme Perkembangan dan kemajuan dalam teknologi perkomputeran dan internet telah memudahkan proses-proses penyalinan maklumat dengan hanya menggunakan arahan file: save as pada pemapar web. Pada kebiasaanya, maklumat dalam internet boleh diperoleh secara percuma. Walau bagaimanapun, adalah menjadi satu

kesalahan daripada sudut undang-undang apabila seseorang individu menyiarkan semula sesuatu maklumat tanpa kebenaran bertulis daripada penulis asalnya. Dewasa ini terdapat ramai individu yang menyalin dan menggunakan maklumat dan gambar grafik yang dimuat turun dari internet tanpa menghiraukan undang-undang hak cipta. Plagiat didefinisikan sebagai perbuatan mencedok idea atau penulisan orang lain, kemudian menggunakannya sebagai karya sendiri (Zulkipli Abu Bakar, 2009).

Menurut Steve Jones et. al (2008) hampir 46 % pelajar di seluruh dunia mengemukakan tugasan yang disalin ataupun ditiru daripada bahan-bahan di internet dan mengakuinya sebagai hasil kerja mereka sendiri. Ini sesuatu yang amat

mendukacitakan kerana seseorang pelajar sepatutnya membuat tugasan dengan jujur berdasarkan idea dan daya kreativiti mereka sendiri. Pelajar boleh merujuk kepada internet untuk mencari bahan dan fakta mengenai sesuatu isu pembelajaran dan mengolahnya semula ke dalam tugasan mereka secara kreatif. Sekiranya plagiarisme tidak dibendung, maka akan lahirlah golongan pelajar yang malas untuk berfikir dan kurang daya kreativiti dalam menghasilkan sesuatu karya. Kesan negatif akibat

daripada kegiatan plagiat bukan hanya terhadap pelajar, malah universiti dan negara selain tiada lagi penerokaan ilmu baru yang mampu menjana kecemerlangan pendidikan pada pada masa hadapan. Fungsi asas bagi sesebuah institusi pengajian ialah sebagai tempat meneroka dan menjana ilmu. Sekiranya ilmu itu dipertaruh atau digadaikan dengan perbuatan plagiat maka pelajar dan institusi pengajian akan kehilangan integriti dan kredibiliti. 1.3.2 Pornografi Internet merupakan ruang maya yang sarat dengan informasi. Dengan wujudnya

rangkaian World Wide Web, individu dan organisasi boleh memaparkan sebarang maklumat dengan senang. Sesiapa sahaja boleh mengakses dan memuat turun

informasi tersebut dengan bebas tanpa sekatan. Informasi yang tidak bertapis akan memudaratkan pelajar kerana mereka merupakan salah satu golongan yang paling ramai menggunakan internet. Terdapat banyak informasi yang tidak sesuai dan

bercanggah dengan nilai-nilai murni yang diamalkan di Malaysia seperti isu-isu seks atau pornografi. Che Wan Badrul Alias (dalam Johari Hassan & Raja Shahrina Raja Abdul Rashid, 2012), menyatakan laman web seks dan pornografi kekal di tempat tertinggi, iaitu pada tempat keempat dan kelima daripada 100 laman web yang kerap dikunjungi oleh kanakkanak dan remaja sepanjang 2009. Di Malaysia, kajian yang dijalankan oleh Pengarah Institut Pengajian Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia, Professor Dr Md Salleh Hassan (dalam Mazlina Abdul Majid, 2010), mendapati bahan pornografi yang mudah

dibeli dan diakses menerusi internet menjadi punca utama remaja Melayu terjebak dalam gejala ponteng sekolah. Carian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan porn mendapati sebanyak 86, 000, 000 laman web menyediakan informasi yang berkaitan dengan pornografi. Pornografi mendatangkan kesan negatif kepada semua peringkat sama ada kepada orang dewasa, remaja mahu pun kanak-kanak. Dr Victor Cline

(dalam Nor Azah Abdul Aziz, 2011), pakar psikoterapi di University Utah, dalam menangani masalah ketagihan seks menyatakan, jika penggunaan pornografi dilakukan secara berterusan dan jika dibiarkan akan membawa kepada ketagihan yang lebih teruk. Beliau juga menyatakan pornografi juga boleh membawa tingkah laku seksual yang buruk dan tidak normal. Hal ini berlaku kerana penonton pornografi akan cuba beraksi berdasarkan kepada apa yang dilihat, berfantasi dan berakhir dengan keputusan atau hasil yang merosakkan atau menghancurkan kehidupan seseorang.

1.3.3 Budaya Kuning Dan Hedonisme Kesan daripada ledakan globalisasi dunia serta pendedahan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi), khususnya internet kepada para pelajar sama ada di sekolah, rumah atau di kafe siber telah meletakkan pelajar ke dalam dunia tanpa sekatan. Belum

sempat kita merealisasikan impian melahirkan generasi yang mampu mengisi keperluan cabaran negara, segelintir remaja kita telah tenggelam dalam arus perkembangan era teknologi ini. Kemudahan internet telah disalahgunakan oleh Aktiviti

segolongan pelajar untuk mengakses laman-laman web yang tidak sihat. seumpama ini telah memberikan kesan yang negatif kepada diri mereka sendiri.

Hussein Ahmad (2001) telah membincangkan persoalan mengenai pergolakan moral dan kehidupan sosial yang semakin membimbangkan di kebanyakan negara terutamanya dari segi budaya songsang, remaja liar, dan bentuk-bentuk kelakuan ganas yang meliputi kes membuli, pergaduhan sesama pelajar, vandalisme, mencuri, membunuh dan sebagainya. Kes-kes tersebut dikatakan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Malahan, hasil penelitian laporan pihak UNESCO terhadap beberapa buah negara seperti Jordan, Colombia, Habsyah, Israel, Slovakia, El

Salvador, Guatemala, Nicaragua dan Peru menunjukkan kes-kes keganasan pelajar bagi negara-negara tersebut telah mencatatkan bilangan peningkatan kes dari setahun ke setahun. Malaysia, sebagai sebahagian daripada komuniti kehidupan global pada realitinya juga tidak terlepas dari menghadapi kemelut sosial yang sedang melanda masyarakat dunia masa kini. Dunia tanpa sempadan yang menyebabkan kebanjiran maklumat, akses yang mudah kepada dunia hiburan dan kehidupan alam siber yang menjadi trend masyarakat menjadikan gejala negatif yang dominan di luar batasan moral masyarakat setempat sukar dipintas dan ditapis. Laman-laman web dari barat biasanya menampil dan menganjurkan idea, gaya hidup bebas dan hedonisme sebagai satu cara kehidupan dalam abad ini. Kehidupan perlu dinikmati sepuas-puasnya dengan berseronok, berfoya-foya dan juga seks bebas. Idea tersebut kemudian diterima, dipraktik dan diamalkan oleh segelintir

remaja kita yang tidak matang untuk menilai tentang baik buruk sesuatu perkara serta mudah terikut-ikut dengan budaya asing. Hasil daripada penyebaran budaya kuning melalui internet maka saban hari kita akan didedahkan mengenai salah laku para pelajar dan remaja menerusi media-media masa. Isu-isu seperti seks rambang, hamil luar nikah, membuang bayi, minuman keras, dadah, lepak siber, lumba motor haram, kegiatan pelacuran dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dan sebagainya yang melibatkan remaja dan pelajar sering menghiasi dada-dada akhbar dan media-media elektronik di negara kita. 1.3.4 Pelajar Menjadi Pasif dan Kurang Berkomunikasi Pelajar yang selalu mengakses internet lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial sama ada dalam keluarga atau

masyarakat.

Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang

berkomunikasi apabila berhadapan dengan orang ramai; sedangkan untuk menjadi seorang pelajar yang berdaya saing, mereka sepatutnya berkeupayaan untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantap dan

mengembangkan kerjaya mereka kelak. Melayari internet secara berlebihan juga menyebabkan individu suka duduk bersendirian sepanjang masa. Penggunaan laman web sosial mengurangkan interaksi

secara bersemuka. Golongan muda tidak lagi suka berbicara secara berdepan dan menyebabkan mereka tidak sensitif dengan perasaan, tidak endah reaksi rakan dan orang lain (Donald, 1994). Hubungan secara cyber telah berleluasa sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka. Laman rangkaian sosial seperti Facebook, Tagged, Myspace dan Friendster merupakan aplikasi yang sering dilayari oleh remaja terutama para pelajar pada masa kini. Hampir separuh pelajar (47 %) melayari laman rangkaian sosial pada setiap hari. Hal ini disebabkan hampir semua rumah mempunyai jaringan internet, bahkan pelajar yang mempunyai telefon bimbit pintar juga berupaya melanggan akaun Facebook melalui telefon bimbit mereka. Dapatan ini selari dengan Mohd Effendi (2010), yang mendapati pelajar mempunyai tahap ketagihan yang tinggi terhadap Facebook iaitu sebanyak 54 %.

KESIMPULAN Dunia pendidikan di Malaysia pada masa kini sedang melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Ini terkesan daripada kesedaran dan minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Masyarakat pada masa kini sangat prihatin dan mengikuti setiap perkembangan pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan pendidikan anak-anak

mereka. Kesedaran tersebut adalah hasil daripada keinginan untuk memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Para pendidik dan pelajar di sekolah dan juga di institusi pendidikan tinggi perlu melihat ke hadapan dengan pandangan paradigma baru di mana pendidikan dalam era globalisasi ini perlu ditafsirkan secara holistik. Melayari internet memang mempunyai risiko kerana para pengguna terutama remaja dan pelajar terdedah kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan jiwa mereka. Walau

bagaimanapun, tidak dapat dinafikan penggunaan internet dalam kalangan pelajar adalah amat diperlukan. Perkembangan dalam bidang teknologi mengubah cara manusia belajar. Proses pembelajaran kini melampaui ruang fizikal bilik darjah, bersifat globalisasi dan sepanjang hayat. Internet bukanlah masalah, yang menjadi masalah adalah penyakit yang menular di dalam masyarakat itu sendiri. Ini adalah petikan kata Dr Mohamed Awang Lah (dalam Nor Azah Abdul Aziz, 2011) apabila ditanya oleh wartawan Utusan Malaysia tentang jenayah siber di Malaysia. Kata-kata beliau ini memang sinonim dengan kegilaan masyarakat terhadap bahan-bahan pornografi. Internet dan segala peralatan komunikasi yang canggih hanyalah medium komunikasi. Yang menentukan hala tujunya ialah pengguna. Maka penggunalah yang perlu dididik agar dapat

memanfaatkan teknologi ke jalan yang diredhai Allah.

You might also like