Sejarah Awal Pendidikan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

2.

SEJARAH AWAL PENDIDIKAN Sebelum kedatangan British di tanah melayu, pendidikan yang penting pada ketika itu

ialah pendidikan Islam di mana mula berkembang dengan kewujudan sekolah-sekolah pondok dan madrasah sebagai tempat mendapat pendidikan Islam. 2.1 Sekolah Agama

Pada zaman British, sekolah agama terus berfungsi tanpa sebarang campur tangan. Ini adalah kerana pihak British tidak ingin campur tangan dalam hal-hal agama dan adat resam orang-orang Melayu. Dengan itu, pihak British tidak terlibat dalam pengolahan dan pengendalian sekolah-sekolah agama. Sekolah agama yang ditubuhkan pada zaman British adalah lebih kemas pengelolaannya. Sekolah ini lebih dikenali sebagai madrasah atau sekolah agama yang moden. Ia dipelopori oleh golongan muda. Kurikulum sekolah agama moden ini merangkumi ilmu keduniaan dan ilmu akhirat. Madrasah banyak ditubuhkan di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Sekolah-sekolah agama moden seperti ini dapat menandingi sekolah-sekolah Melayu yang disediakan oleh pihak British. Ini adalah kerana mutu pendidikan yang disediakan oleh setengah-setengah sekolah agama moden ini baik. Ini terbukti apabila pelajar-pelajar lepasan sekolah-sekolah agama itu dapat meneruskan pelajaran di Universiti Al-Azhar di Mesir dan Universiti-universiti lain di Asia 2.2 Sekolah Vernakular

Sekolah Vernakular bermakna sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dasar pemerintahan British di tanah Melayu ialah pecah dan perintah. Dengan itu sikap seperti ini telah menyebabkan empat lagi sistem persekolahan wujud, selain dari sekolah agama. Sistem-sistem persekolahan tersebut ialah

sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah vernakular Inggeris. Selain daripada sikap pihak British, juga tidak terdapat satu dasar pelajaran kebangsaan pada masa itu. Sikap kedaerahan yang diwarisi oleh setiap kaum juga mendorong sistem persekolahan yang berlainan. Sekolah vernakular Melayu, Cina, dan India mempunyai kepentingan tersendiri, terutama untuk kaum tertentu, iaitu sekolah Melayu untuk kepentingan orang Melayu, sekolah Cina untuk

kepentingan orang Cina, dan sekolah Tamil untuk kepentingan orang India, tetapi British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa. 2.3 Sekolah Inggeris

Sewaktu zaman penjajahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Hal demikian memberi cabaran dan halangan terhadap bangsa Melayu ketika itu kerana majoriti masyarakat Melayu tidak mahir untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan baik. Hal ini pula ditambah dengan dasar yang dibuat oleh pihak British untuk menyekat kemasukan pelajar-pelajar Melayu untuk belajar di sekolah Inggeris kerana mereka bimbang jika orang-orang Melayu belajar dengan pandai, ia akan membuat kedudukan Inggeris tergugat. Hanya pelajar-pelajar Melayu yang terdiri dari kelas atasan sahaja yang diberi peluang untuk belajar di sekolah Inggeris.

You might also like