Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

1.0 PENGENALAN Apabila mengkaji tentang fonetik dan fonologi, semestinya berkait rapat dengan bidang linguistik.

Linguistik ialah bidang kajian tentang bahasa secara saintifik. Hal ini bermakna kajian bahasa itu merupakan satu kajian yang sama seperti bidang kajian sains lain yang memerlukan peraturan dan syarat tertentu. Terdapat beberapa cabang ilmu linguistik termasuk etimologi, fonologi, leksikologi, mofologi, semantik dan sintaksis serta

sosiolinguistik. Setiap bidang ini meneliti aspek tertentu dalam bidang bahasa. Secara umumnya, bahasa merupakan suatu sistem lambang bunyi yang arbitrari yang dipakai oleh manusia untuk tujuan komunikasi. Bunyi merujuk kepada kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku apabila udara daripada paru-paru keluar daripada pita suara ke rongga tekak kemudian terus keluar ke rongga mulut atau rongga hidung. Semasa udara keluar dari rongga tekak dan rongga mulut atau rongga hidung, mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin tidak. Udara yang keluar dalam bentuk gelombang itu mengenai bahagian gegendang telinga dan terhasillah bunyi. Oleh yang demikian bunyi bahasa dikaji dalam bidang fonetik. Kajian bunyi-bunyi yang dilakukan adalah untuk membantu manusia mengenalpasti bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ manusia dan bagaimana sesuatu bunyi dapat diklasifikasikan. Hal ini demikian kerana, kajian fonetik mendapati bahawa setiap bunyi yang dikeluarkan oleh manusia itu berbeza-beza antara satu dengan yang lain malah kajian ini juga turut membantu pendengar mengenali bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh penutur lain. Bidang fonetik dan fonologi adalah satu bidang yang saling berkait dan sentiasa memerlukan antara satu sama lain. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Biasanya, kajian fonologi terbahagi kepada dua bidang iaitu fonetik dan fonemik. Kajian bunyi bahasa dari segi pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya dikenali sebagai fonetik manakala fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan.

2.0 TEORI FONETIK DAN FONOLOGI 2.1 Takrifan Kajian Fonetik Menurut Abdullah Hassan (2006), fonetik ialah kajian tentang bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. Fonetik amnya ialah kajian terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi. Irdirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006) menyatakan bahawa fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia .Bunyi bahasa itu adalah bunyi-bunyi yang digunakan dalam bahasa untuk berkomunikasi. Bunyi-bunyi lain yang tidak digunakan dalam sistem komunikasi manusia tidaklah menjadi bahan kajian fonetik. Marsono (1986) pula berpendapat bahawa fonetik ialah ilmu yang menyelidiki bunyibunyi bahasa tanpa melihat fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa. Faridah Nazir dan Maridah Alias (2013) berpendapat bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan sesuatu bentuk ucapan. Oleh yang demikian, kajian fonetik yang dilakukan ditunjukkan oleh rajah 1 dibawah :

Alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi

sifat bunyi atau fonetik akustik

KAJIAN FONETIK

Pendengaran iaitu bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori

Rajah 1 : Kajian Fonetik oleh Faridah nazir dan Maridah Alias

Menurut Adrian Akmajian (1995) pula dalam bukunya yang bertajuk Linguistik : Pengantar Bahasa Dan Komunikasi yang diterjermah oleh Aishah Mahdi dan Azizah 2

Hussein mentakrifkan fonetik sebagai bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan(dituturkan) dalam saluran suara yang dikenali sebagai bidang fonetik artikulasi dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (fonetik akustik). Perkataan fonetik berasal daripada bahasa Greek yang disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara) iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia yang memberi tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan. Fonetik menyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. ( Siti Hajar Abd Aziz (2008). Awang Had Salleh (1958) pula berpendapat bahawa perkataan fonetik berasal daripada perkataan Inggeris phonetics iaitu satu kajian bunyi pertuturan bahasa. Kajian ini tertumpu pada panjang pendek, keras lembut, tekanan, intonasi dan irama bagi bunyi dalam satu-satu bahasa. Menurut beliau lagi, kajian foneti dapat dibahagikan kepada beberapa segi tertentu yang sebahagian besarnya dapat dipecahkan kepada 3 iaitu : 1. Kajian dari segi gerakan alat-alat yang menghasilkan bunyi atau fonetik artikulasi 2. Kajian dari segi pendengaran bunyi yang keluar dari mulut atau fonetik auditori 3. Kajian dari segi sifat bunyi atau fonetik akustik

Fonetik Artikulasi Mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian artikulator yang terlibat dalam penghasilan bunyi serta mengkelaskan alat tutur seperti bibir, lidah, lelangit keras dan lembut, anak tekak dan sebagainya,.

Fonetik Auditori Mengkaji tentang cara bunyi ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan oleh otak. Proses yang paling kompleks kerana proses ini bersifat semula jadi.

Fonetik Akustik Mengkaji tentang sifat fizikal bahasa iaitu bunyi unjuran yang dihasilkan pita suara. Gelombang bunyi dapat diukur dengan menggunakan alat osiloskop dan spectogram

Rajah 2 : Tiga bahagian Kajian Fonetik Secara kesimpulannya, fonetik merupakan bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Ia adalah asas kepada kajian fonologi tetapi tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia serta tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.

2.2 Takrifan Kajian Fonologi Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. Bunyi-bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Menurut Siti Hajar Abd Aziz (2008), fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Kajian fonologi adalah satu kajian yang umum kerana ianya sukar dikaji dan merangkumi aspek-aspek yang meliputi fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam konteks yang lebih luas, fonologi merujuk kepada anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut. Oleh yang demikian, bidang fonologi termasuklah cara standart untuk merakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan symbol-simbol khusus.

F. Parker (1974) memberikan pengertian fonologi sebagai suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. Manakala Harimurti Kridalaksana (1984), memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Bagi Adrian Akmajian (1995), fonologi ialah subbidang linguistik yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang mengawal penyebaran bunyi tersebut. Dari segi lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal sistem bunyi bahasa semula jadi. Secara ringkasnya, fonologi ialah kajian yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Fonologi turut melihat cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta mendapatkan satu cara yang tepat untuk menyebut sesuatu bunyi bahasa.

2.3 Banding Beza Kajian Fonetik dan Fonologi Asas kepada kajian fonologi ialah fonetik. Meskipun banyak pendapat tokoh yang berkaitan dengan kajian fonetik dan fonologi ini, namun dapat dirumuskan bahawa fonetik dan fonologi mempunyai sedikit sebanyak perbezaan walaupun kedua-dua kajian ini merujuk kepada kajian bunyi-bunyi bahasa. Fonetik mengaji fenomena bunyi atau pertuturan

manusia seluruhnya, manakala fonologi mengkaji sistem-sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Seperti yang sedia maklum, fonetik menjadi asas kepada kajian fonologi supaya bidang fonologi dapat menjadi input kepada kajian linguistik pada aras yang lebih tinggi iaitu morfologi dan sintaksis. Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik atrikulasi, dan fonetik auditori, manakala kajian fonologi adalah berkaitan dengan hubungan antara butir-butir lekasikal dengan butir-butir lekasikal lain yang membentuk ayat. Fonologi mengkaji bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik iaitu struktur bunyi bahasa yang diujarkan. walaubagaimanapun, kajian fonologi sering didahului oleh fonetik kerana bidang fonetik membekalkan maklumat yang diperlukan untuk dianalisis iaitu lambing-lambang huruf vokal dan konsonan.

Perbezaan lain antara kedua-dua kajian ini ialah fonetik merupakan subdisiplin linguistik yang mengkaji tentang bunyi sebagai fenomena dalam dunia fizikal, fisiologi, anatomi, neurologi dan psikologi manusia yang menghasilkannya. Fonologi pula adalah subdisiplin linguistik yang mengkaji bunyi bahasa iaitu tentang fungsi, perlakuan, dan organisasi bunyi sebagai item linguistik. Sifat-sifat semulajadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan berada di bawah kajian fonetik. Fonologi pula mengkaji system bunyi sesuatu bahasa dan sifat-sifat semulajadi sistem tersebut secara umum iaitu merujuk segala yang berkaitan dengan sistem dalam bahasa iaitu pasangan terkecil, fonotaktik dan sebagainya. Kebiasaannya, transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa dihasilkan oleh kajian fonetik manakala fonologi berfungsi untuk menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa. Persamaan bagi kedua-dua bidang ini ialah ianya meliputi bidang bagaimana bunyibunyi bahasa Melayu itu dihasilkan atau dituturkan, misalnya bagaimanakah bunyi-bunyi vokal dan konsonan dan diftong dalam bahasa Melayu dihasilkan. Secara kesimpulannya, walaupun kedua-dua bidang ini iaitu fonetik dan fonologi saling berkait dan melengkapi antara satu sama lain namun bukan mudah untuk menguasai aspek fonologi kerana aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang fonetik barulah sistem bunyi bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna.

2.4 Artikulasi dan Artikulator Menurut Kamus Dewan edisi Keempat (2005), artikulasi bermaksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dgn jelas. Menurut Abdullah Hassan (1993), alat artikulasi merupakan alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi. Artikulasi atau disebut sebagai alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Sebenarnya, alat-alat ini mempunyai tugastugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh yang demikian, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Terdapat banyak alat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat

dalam sistem udara keluar dan masuk paru-paru untuk menghasilkan bunyi. Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Alat utama yang menghasilkan bunyi di mana ia dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan disebut sebagai artikulator. Contoh artikulator ialah hujung lidah, bibir, lelangit dan sebagainya. Daerah artikulasi atau daerah pengeluar pula merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai oleh artikulator seperti gigi atas, gusi dan lelangit keras. ARTIKULASI ARTIKULATOR

Merupakan alat-alat yang digunakan dan Merupakan organ yang menghasilkan bunyi terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa. bahasa

Bersifat statik kerana tidak boleh digerak- Tidak bersifat statik kerana boleh digerakkan gerakkan Bahagian yang disentuh oleh articulator daerah pengeluar iaitu tempat-tempat yang dapat dicapai oleh articulator Contoh alat ialah, gusi, lelangit , gigi atas Contoh artikulator seperti lidah, bibir , gigi bawah Rajah 3 : Banding beza artikulasi dan artikulator

Rajah 4 : Organ artikulasi

3.0 ANALISIS HURUF DAN SIMBOL BAHASA MELAYU 3.1 Huruf dan simbol fonetik Secara umumnya, Bahasa Melayu mempunyai tiga golongan bunyi iaitu vocal, konsonan dan diftong. Pertama ialah golongan bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam mulut yang disebut sebagai bunyi vokal. Vokal ialah bunyi yang dihasilkan apabila udara dari paruparu keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit.Bunyi tersebut hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Bunyi konsonan pula merupakan golongan kedua dalam golongan bunyi. Bunyi konsonan dapat dihasilkan apabila wujud gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga laluan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara tersekat atau dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut atau rongga hidung. Golongan yang seterusnya ialah bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai diftong. Peralihan satu vokal kepada bunyi vokal yang lain dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

3.1.1 Huruf Vokal Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan.Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Vokal juga merupakan bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Vokal juga merupakan bunyi-bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan.Penggetaran pita suara itu tidak menghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi bersuara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan. Bunyi bunyi vokal dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu : 1. Vokal Hadapan 2. Vokal tengah 3. Vokal belakang

Rajah 5 : Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu

Setiap bunyi vokal akan dikeluarkan sama ada di hadapan, tengah atau belakang. Ia boleh berlaku dalam keadan sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas bergantung kepada bentuk bibir dan kedudukan lidah sama ada dinaikkan atau diturunkan. 3.1.1.1 Vokal Hadapan Vokal hadapan sempit [i] Hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya udara keluar menggetarkan selaput suara.Contoh kata: Awal Ilham Tengah Sikat Akhir tali

Vokal Hadapan Separuh Sempit [e] Hadapan lidah berada di tengah, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara dirapatkan. Contoh kata:

Awal ela?

Tengah pera

Akhir tempe

Vokal Hadapan Separuh Luas [] Hadapan lidah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara bergetar. Contoh kata

Awal mak

Tengah lbah

Akhir -

Vokal Hadapan Luas [a] Terletak jauh di bawah, mulut hampar dan terbuka luas. Hadapan lidah dinaikkan sedikit kea rah lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung, pita suara bergetar. Merupakan vocal paling banyak digunakan dalam Bahasa Melayu. Contoh kata: Awal ahli Tengah naka Akhir mana

3.1.1.2 Vokal Tengah Vokal tengah [] Bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah antara lelangit keras dan lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya suara bergetar apabila udara melaluinya. Vokal ini hanya terdapat di awal dan tengah suku kata sahaja. Awal ma? Tengah prahu Akhir -

3.1.1.3 Vokal Belakang Vokal Belakang Sempit [u] Belakang lidah dinaikkan kea rah lelangit lembut untuk menyempikan rongga mulut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan, pita suara bergetar Awal umbut Tengah bulu Akhir rabu

10

Vokal Belakang Separuh Sempit [o]

Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung, pita suara digetarkan.

Awal Oleh

Tengah Tolol

Akhir solo

Vokal Belakang Separuh Luas [] Belakang lidah dinaikkan separuh luas kea rah lelangit lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan suara digetarkan. Merupakan vokal yang paling luas sekali dalam Bahasa Melayu. Contoh kata: Awal ra Tengah tlak Akhir blt

3.1.2 Huruf Konsonan Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal. Sekiranya bunyi vokal itu adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan udara keluar terus-menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi, maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan semasa penghasillannya, pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paru-paru, contohnya, [b], [d] dan [g]. Konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara seperti [p], [t] dan [k]. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan iaitu : 1. Konsonan asli 2. Konsonan pinjaman Penghasilan konsonan-konsonan bahasa melayu melibatkan daerah artikulasi tertentu seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glottis, rongga hidung dan lain-lain. Berikut diberikan carta konsonan asli bahasa Melayu dan daerah artikulasi dan cara penyebutannya sekali :

11

Rajah 6 : Carta konsonan asli bahasa Melayu 3.1.2.1 Konsonan Letupan (plosif) Ada sembilan konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat. Konsonan yang dihasilkan dengan cara ini dipanggil letupan.

Letupan bibir [p] dan[b] Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini diberi nama letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b]. Rajah 7 menunjukkan bunyi letupan dua bibir.

12

Rajah 7 : Konsonan letupan [p] dan [b] Contoh : Awal Paku Batik Tengah Lapik Rabun Akhir Atap adab

Letupan gusi [t] dan [d] Udara bukan sahaja boleh tersekat dengan merapatkan dua bibir,tetapi juga dengan menggunakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, terdapat bunyi [t] letupan gusi tak bersuara. Jika pita suara digetarkan, terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d]. Rajah 8 menunjukkan bunyi letupan gusi :

Rajah 8 : Konsonan letupan [t] dan [d] Contoh : Awal Telur Dacing Tengah Batas Tanduk Akhir Padat abad

Letupan lelangit lembut [k] dan [g] Bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara[k] dan letupan lelangit lembut bersuara[g]. Untuk menghasilkkan bunyi [k], belakang lidah dirapatkkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g] 13

caranya sama seperti bunyi konsonan[k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara. (rujuk Rajah 9)

Rajah 9 : Konsonan [k] dan [g] Contoh : Awal Kasut Garam Tengah Makan Pagar Akhir Tamak Dialog

Letupan pita suara/hentian glotis [?] Hentian glotis terhasil dengan cara lelangt lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara udara menyebabakan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan. Contoh : Awal Tengah Akhir buda?

3.1.2.2 Konsonan Letusan (afrikat) Konsonan [c] dan [j] Bunyi letusan dihasilkan dengan merapatkan alat artikulasi sehingga udara tersekat. lelangit lembut dinaikkan untuk menutupi rongga hidung. Udara kemudiannya terhalang, iaitu disekat dan dilepaskan perlahan-lahan pada bahagian lelangit keras. Maka terhasillah fonem [c] di mana pita suara tidak bergetar. Apabila pita suara bergetar, bunyi suara yang dihasilkan ialah konsonan letusan lelangit keras bersuara [j]. Contoh : Awal Cawan Jalan Tengah Baca Baja Akhir -

14

3.1.2.3 Konsonan sengauan (nasal) Konsonan sengauan terhasil apabila udara keluar dari peparu disekat dalam rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung dan seterusnya menghasilkan bunyi sengauan. Terdapat empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu, iaitu sengauan dua bibir bersuara [m], sengauan gusi bersuara [n], sengauan lelangit keras bersuara [n] dan

sengauan lelangit lembut bersuara [n]. Perbezaannya bunyi-bunyi ini berlaku apabila daerah udara disekat dalam rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. [m] dua bibir dirapatkan. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan dua bibir

bersuara [m]. [n] - hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan gusi bersuara [n]. [n] - tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara []. [n] - belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. bunyi sengauan lelangit lembut bersuara []. Bunyi yang dihasilkan dinamakan

3.1.2.4 Konsonan Geseran (frikatif) Konsonan [s] dan [h[

Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara diregangkan tanpa bergetar, terhasillah bunyi [s] iaitu bunyi geseran tidak bersuara. Apabila udara melalui pita suara yang renggang, rongga mulut seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal , bunyi [h] pun terjadi, iaitu geseran glotis tidak bersuara. Contoh:

Awal Saya Halwa

Tengah Masa Suhu

Akhir Hampas Sabah

15

3.1.2.5 Konsonan Getaran (Tril) Konsonan [r]

Bagi menghasilkan [r], hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah, gusi serta lidah bergetar, lelangit lembut pada masa ini dinaikkan. Ini dinamakan getaran gusi bersuara.

Rajah 10 : Konsonan getaran [r] 3.1.2.6 Konsonan Sisian (lateral) Konsonan [l]

Untuk bunyi [l] hujung lidah dinaikkan ke gusi dan menyekat udara. Lelangit lembut ditinggikan dan pita suara bergetar. Udara keluar di tepi-tepi lidah. Bunyi yang dihasilakn dinamakan bunyi sisian gusi bersuara.

Rajah 11 : Konsonan sisian [l] 3.1.2.7 Konsonan separuh vokal Konsonan [w] dan [y[

Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal,kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak membuat luncuran. Terdapat dua jenis separuh vokal iaitu [w] lidah mula-mula seperti membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara. [y] pula kedudukan lidah seperti membunyikan [i], kemudian bergerak kedudukan vokal lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara.

16

3.1.2.8 Konsonan Pinjaman Selain konsonan-konsonan yang dinyatakan di atas, ada juga konsonan yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu melalui kata-kata asing yang dipinjam. Banyak konsonan dalam kata pinjaman telah digantikan dengan konsonan Melayu seperti bunyi-bunyi daripada bahasa Arab dalam bunyi [th] menjadi [s]; [gh] menjadi [g]; [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Walau bagaimanapun, ada bunyi yang asal digunakan terus dalam banyak kata dan masih diguna pakai sehingga kini. Bunyi-bunyi tersebut ialah bunyi-bunyi geseran. Contohnya ialah [f] dan [v]- Bunyi bunyi ini terhasil dengan merapatkan bibir bawah atas sehingga apabila udara melalui terdapat geseran. Lelangit lembut dinaikkan. Pita suara tidak bergetar untuk membunyikan [f] iaitu bunyi geseran bibir gusi tidak bersuara. Berbeza pula untuk membunyikan [v] yang mana pita suara bergetardan ini menghasilkan bunyi geseran bibir gusi bersuara .

3.2 Fonem Suprasegmental Unsur-unsur bahasa ialah unsur-unsur segmental kerana tiap-tiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada pertuturan. Kita menuturkan segmen-segmen dengan berbagai tekanan dan nada. Kadang-kadang kita berhenti sebentar sehingga terdapat kumpulan kata. Kata-kata itu diucapakan sama ada sama rata atau mendatar sahaja. Ada enam unsur bahasa yang perlu diperhatikan iaitu tekanan, nada , jeda dan panjang pendek. Unsur-unsur inilah dinamakan suprasegmental. 3.2.1 Ciri-ciri suprasegmental Tekanan

Tekanan merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata Biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Di dalam bahasa Melayu, tekanan berlaku dalam vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Lazimnya, ia berlaku dalam suku kata yang kedua seperti kita, bapa dan satu dan seumpamanya. Bagi bahasa Inggeris, tekanan boleh membezakan makna. Nada

Nada ialah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1(rendah), 2 (biasa), 3(tinggi), 4(tinggi sekali). Ayat

17

penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik apabila ada tekanan dan turun hingga 1. Contoh : 2^ saya hendak 3^ balik. Dalam bahasa Melayu juga dinyatakan nada tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem. Kepanjangan

Kepanjang juga disebut sebagai pendek bunyi yang merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan panjang pendek ini juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, tetapi tidak membezakan makna Bahasa Melayu.Ia ditanda dengan tanda titik dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik, kepanjangan bunyinya setengah mora dua titik kepanjangan satu mora, dan jika empat titik :: kepanjangan ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan digunakan. Sebagai contoh, sitbermaksud duduk dan si:t bermakna tempat duduk. Jeda

Jeda disebut persendian. Unsur jeda digunakan untuk memisahakan elemen linguistik seperti kata, rangkai kata dan ayat. Dalam ujaran atau pertuturan jeda berperanan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [=].Sebagai contoh lihat ayat berikut: 1. [= saya makan daging kambing =] (Bermakna orang yang bercakap itu memberi tahu dia makan daging kambing) 2. [= saya makan daging = lkambing] (Bermakna orang yang bercakap itu memberitahu orang yang dilawan bercakap, iaitu lkambing bahawa dia makan daging) Lambang jeda untuk memisahkansuku kata atau perkataan ialah [+] . Dalam bahasa Melayu lambang ini berfungsi membezakan makna. Contohnya: Berikan: ber + ikan (bermaksud mempunyai ikan) beri + kan (bermaksud menyerahkan)

18

Intonasi

Intonasi juga disebut sebagai lagu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai iontonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat Tanya pula meninggi apabila di akhir ayat. Sebenarnya semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda dan tona secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan digunakan dalam pertuturan seharian. Tona

Tona merupakan satu bentuk gelombang naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa mempunyai tona dan ia mengubah makna.Terdapat dua jenis tanda yang berbeza digunakan untuk membezakan tinggi rendah sesuatu perkataan.Pertama menggunakan tona mendatar seperti ibu. Kedua tona meninggi seperti guni. Manakala tona ketiga iaitu tona turun naik, contohnya perkataan kuda dan akhir sekali tona menuruh seperti dalam perkataan marah. Terdapat juga pemakaian tanda nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan tona. Tona yang tinggi (keras) menggunakan satu, tona sederhana tinggi (keras) menggunakan dua, tona rendah (lemah) menggunakan nombor tiga dan tona sangat rendah (sangat lemah) menggunakan nombor empat.Oleh itu, intonasi tona samada turun naik nada suara itu digunakan dalam pengucapan ayat atau frasa

19

4.0 TRANSKRIPSI PETIKAN 4.1 Petikan Tajuk : Jenayah Buang Bayi salah siapa? Sumber : Utusan Malaysia Apa yang tidak kena dengan masyarakat kita apabila bayi dibuang sesuka hati dan ia kian menjadi-jadi? Kes demi kes membabitkan insan tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa ini seolah-olah memberi gambaran masyarakat kita yang kononnya berbudaya, bertatasusila dan berbudi bahasa sebenar kejam serta tidak berperikemanusiaan. Bagi masyarakat luar, tanggapan itu pasti terlekat diminda mereka apabila membaca kisah-kisah tragis membabitkan bayi yang baru lahir di negara ini. Malah perbuatan kejam dan gila itu mudah sangat dilakukan. Bayi boleh dibuang di mana-mana. Dalam tandas sekolah, longkang, tong sampah dan depan masjid dan surau. Apa yang ditinggal mati dengan penuh siksa kerana kelaparan atau digigit haiwan dan serangga. Ada pula yang dibunuh sebelum dibuang. Malah ada yang dibakar. Semua ini memberi gambaran betapa kejamnya segelintir rakyat Malaysia. Tetapi siapa yang harus dipersalahkan? Ke mana jari hendak dituding? Adakah beban kesalahan ini perlu ditanggung oleh kerajaan semata-mata? Hakikatnya gejala ini sukar dibendung. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Anak sesiapa sahaja boleh terlibat dengan perbuatan keji ini. Membaca kenyataan itu mungkin ada yang 'singsing lengan' kurang setuju. Jawapannya, tidak mustahil. Umum mengetahui seks bebas bukan lagi eksklusif kepada pekerja seks dan bohsia sahaja. "Pelajar sekolah tanpa segan silu mengakui berpasangan.Bermula dengan pegang tangan, 'ringan-ringan' seterusnya bercium.

20

4.2 Transkripsi

21

22

5.0 RUMUSAN Sebagai rumusannya, fonologi sebagai bidang khusus dalam linguistik iaitu pengamatan terhadap bunyi-bunyi bahasa menurut fungsinya untuk membezakan makna leksikel. Untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa beberapa unsur dan alat sebutan terlibat secara tidak langsung. Alat-alat sebutan ini amat penting bagi penghasilan bunyi yang betul dan difahami. Bunyi yang bermakna itulah bunyi bahasa. Melalui bunyi bahasa manusia lebih mudah berinteraksi sesama sendiri. Kajian tentang bahasa memberi kefahaman yang lebih mendalam terhada penghasilan dan penggunaan bahasa itu sendiri dari sekecil-kecilnya seperti penglibatan fonem yang telahpun dijelaskan dalam tugasan ini. Namun demikian apabila fonem berada di dalam ayat ia akan melalui beberapa proses khususnya intonasi, nada ,jeda, tekanan dan panjang pendek. Bunyi-bunyi bahasa ini juga mempunyai lambang-lambang tertentu yang menggambarkan sebutan. Akhirnya penglibatan suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan amat penting sebagai satu cara penyampaian maklumat. Penggunaan unsur-unsur suprasegmental dalam kemahiran mendengar dan bertutur perlu difahami dan dititikberatkan kerana sesuatu maklumat itu mungkin akan disalahertikan hanya kerana silap jeda atau intonasi penyampaian.

23

REFLEKSI Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya memperoleh berbagai-bagai pengalaman dan pengetahuan melalui pembacaan dan kajian terhadap unsur bunyi. Seperti yang sedia maklum, bunyi bukanlah sesuatu yang asing dengan hidup kita kerana bunyi-bunyi yang berlaku disebabkan adanya pelbagai fungsi. Misalnya, kita bercakap adalah dengan menggunakan bunyi-bunyi bahasa untuk melaksanakan suatu proses interaksi. Tanpa

bunyi yang bermakna yang dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi, kita tidak akan dapat memberikan makna atau membolehkan pendengar memahami apa-apa yang kita cuba sampaikan. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah menghadapi pelbagai masalah. Antara ialah saya menghadapi kesukaran mencari bahan rujukan dan sumber bacaan. Seperti yang diketahui, aspek fonetik dan fonologi walaupun dilihat sesuatu topik yang mudah, namun ianya memerlukan pembacaan dan penelitian yang menyeluruh. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah berbincang dengan rakan untuk sama-sama berkongsi bahan rujukan kerana sumber dan buku diperpustakaan sangat terhad. Selain itu, saya turut menghadapi masalah memahami aspek banding beza antara konsep fonetik dan fonologi. Hal ini kerana, jika kita teliti, aspek fonetik merupakan aspek kajian dibawah kajian fonologi dan pebezaan antara kedua-dua aspek ini sangat kurang dan boleh dikatakan sangat berkait. Oleh itu, saya telah meminta pandangan rakan dan pensyarah untuk menjawab persoalan yang rumit ini. Selain itu, kajian tentang bunyi bahasa yang merangkumi aspek fonetik dan fonologi ini banyak membantu saya memahami dan mendalami ciri-ciri sesuatu unsur bunyi itu sendiri. Sebagai contoh, saya memahami bagaimana bunyi vokal [i] menjadi bunyi [e]. Melalui kajian ini juga, saya lebih memahami mengapa aspek fonetik dan fonologi ini penting dalam bidang linguistik. Aspek fonetik dan fonologi sememangnya banyak membantu dan diperlukan dalam sesuatu penulisan mahupun pertuturan. Tanpa simbol-simbol fonetik, makna sebenar penutur yang ingin disampaikan akan tidak difahami dan menyebabkan berlakunya kekeliruan. Berdasarkan tugasan ini, saya lebih mengetahui organ atau alat-alat pertuturan yang dikenali sebagai alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu bunyi fonetik. Sebelum ini, saya hanya tahu bercakap dan bertutur tanpa mengetahui bagaimana suatu fonem itu dihasillkan, organ yang terlibat dan cara penghasilan bunyi fonem yang ingin disebut. Saya turut mempelajari dan dapat membezakan huruf-huruf konsonan yang sebelum ini dianggap telah wujud dalam bahasa Melayu sejak dahulu walhal konsonan tersebut adalah konsonan pinjaman daripada bahasa lain. Misalnya konsonan z adalah 24

konsonan pinjaman yang biasanya dipinjam daripada bahasa Arab seperti perkataan dzalim yang menjadi zalim. Penghasilan tugasan ini turut membolehkan saya mempelajari mengapa sesuatu pertuturan itu memerlukan unsur-unsur suprasegmental seperti jeda, intonasi, panjangpendek dan tona. Unsur-unsur ini dikaji kerana supaya saya dapat mengaplikasikan dalam kehidupan dan semasa bertutur. Hal ini demikian kerana, apabila sesorang itu bertutur menggunakan intonasi dan nada yang berbeza, maka maksudnya akan berbeza daripada tujuan asal penutur. Bukan sahaja di dalam kontek pertuturan sahaja unsur-unsur suprasegmental ini digunakan malahan bidang penulisan juga banyak menggunakan unsurunsur suprasegmental seperti penggunaan tanda baca. Tambahan pula, kajian ini banyak mengajar saya cara untuk mentranskripsi sesuatu perkataan dengan tepat dan betul. Mentraskripsi perkataan menggunakan simbol-simbol fonetik tertentu bukan sesuatu perkara mudah kerana fonem dan huruf sangat berbeza walaupun pada dasarnya ianya adalah huruf yang sama. Contohnya, huruf vokal e terdiri daripada huruf e -aling dan e-pepet yang mewakili dua bunyi vokal berbeza. Semasa mentraskripsi, saya perlu peka sama ada sesuatu perkataan itu diwakili simbol fonetik yang sesuai. Perkara ini perlu diteliti disebabkan mentranskripsi merujuk kepada sebutan perkataan bukannya huruf dalam perkataan. Kesimpulannya, kajian fonetik dan fonologi ini penting dan perlu diberi perhatian dalam memperkayakan huruf-huruf bahasa Melayu disamping dapat mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa dunia. Ilmu transkripsi perlu dipelajari oleh setiap manusia kerana ilmu ini bukan mudah untuk dipelajari meskipun dilihat sebagai suatu perkara yang senang.

25

RUJUKAN Abdullah Hassan (2005). RENCANA LINGUISTIK. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hassan (1993). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Adrian akmajian et al (1995). LINGUISTIK : Pengantar Bahasa dan Komunikasi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Had Salleh (1958).Sepintas lalu tentang fonetik. Dalam Abdullah Hassan. Rencana Linguistik.(40-45).Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Faridah Nazir dan Tuan Jah Tuan Yusof (2013). Fonetik dan fonologi Bahasa Melayu. Puchong : Penerbitan Multimedia sdn. Bhd. Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar (2006). FONETIK dan FONOLOGI. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Marsono (1986). Fonetik. Yogyarkarta. Gadja Madah University Press Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1 untuk PPISMP. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn.Bhd.

26

You might also like