Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan PBS 1.

KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

S: Apakah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)? J: PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS ini mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning. PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). S: Adakah PBS sesuatu yang baharu? J: Tidak, PBS telah dilaksanakan oleh guru di sekolah seperti Penilaian Kerja Amali (PEKA), Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS), Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), projek, kuiz, soal-jawab, persembahan dan lain-lain. S: Bilakah penambahbaikan PBS mula dilaksanakan? J: Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 dan Tingkatan 1 pada tahun 2012. Penambahbaikan UPSR pada 2016 dan penambahbaikan PMR pada 2014. S: Apakah komponen PBS? J: Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala kategori bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). S: Apakah penambahbaikan dalam PBS? J: KPM telah membuat beberapa penambahbaikan antaranya melaksanakan Pentaksiran Rujukan Standard, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan perekodan penguasaan murid dalam aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS). PBS bertujuan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. 130

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

S: Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada? J: PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning. Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: boleh memantau perkembangan murid secara berterusan; boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid; lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid; mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi. S: Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan? J: Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui: Pementoran Penyelarasan Pemantauan Pengesanan Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan

131

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. S: Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka? J: Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base). S: Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid? J: Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik. Maklum balas yang memberi \ makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan. S: Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS? J: PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh. S: Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai? J: Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi S: Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS? J: Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

132

PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)

S: Apakah Pentaksiran Sekolah (PS)? J: PS dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru. Guru menjalankan pentaksiran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. PS dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses PdP. Manakala pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). S: Apakah pentaksiran rujukan standard? J: Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard bagi setiap mata pelajaran. Pernyataan standard ini ditetapkan mengikut tahap-tahap penguasaan seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dalam pentaksiran ini, standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. S: Apakah kelebihan pentaksiran rujukan standard? J: Pentaksiran Rujukan Standard melaporkan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. S: Apakah Dokumen Standard Prestasi (DSP)? J: Dokumen Standard Prestasi (DSP) mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Dokumen ini merangkumi band, pernyataan standard, deskriptor dan evidens. S: Apakah yang dimaksudkan dengan band, pernyataan standard, dan deskriptor? J: Band adalah tahap penguasaan murid. Band 6 adalah band tertinggi manakala Band 1 adalah band terendah. Pernyataan Standard adalah prestasi atau tahap penguasaan murid secara umum dalam pembelajaran. Deskriptor adalah pernyataan tentang tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. S: Bilakah DSP digunakan? J: DSP digunakan untuk mentaksir murid semasa proses P&P. Dokumen Kurikulum digunakan oleh guru untuk mengajar.

133

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

S: Apakah fungsi DSP? J: DSP dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. S: Adakah murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum menguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu? J: Boleh, murid boleh ditaksir pada band yang lebih tinggi walaupun dia belum menguasai setiap deskriptor dalam band terdahulu kerana guru mengajar berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum (DSK)/Sukatan Pelajaran. Walau bagaimanapun, murid perlu menunjukkan evidens lisan atau bertulis atau bahan yang membuktikan bahawa murid telah menguasai deskriptor dalam band yang terdahulu. Evidens boleh dikemukakan dalam bentuk bahan atau murid itu sendiri. S: Adakah sekolah perlu melaksanakan PEKA, PLBS/ULBS dan kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 1? J: PEKA dan PLBS/ULBS perlu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada PS. Kerja kursus bagi KHB tidak perlu dilaksanakan di Tingkatan 1 mulai tahun 2012. S: Adakah LINUS boleh digunakan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah? J: Tidak boleh kerana LINUS merupakan satu program untuk mengenal pasti murid yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). PBS pula ialah satu sistem dan dalam PS murid ditaksir berdasarkan kehendak standard pembelajaran yang terdapat dalam mata pelajaran berkenaan. S: Perlukah Ujian Bulanan dan Peperiksaan Akhir Tahun diadakan? J: Bergantung kepada keperluan / objektif / tujuan ujian tersebut diadakan. Sekiranya bertujuan mendapatkan kedudukan murid, skop ujian boleh merentasi semua konteks dan konstruk (pengetahuan dan kemahiran yang diukur) dalam mata pelajaran tersebut. Sekiranya JK PBS sekolah memutuskan untuk mendapatkan kedudukan bagi murid-murid dalam band-band tertentu, soalan atau tugasan ujian tersebut hendaklah berdasarkan evidens dalam dokumen standard prestasi. S: Adakah murid yang belum menguasai kemahiran/pengetahuan dalam PS perlu ditaksir semula? J: Murid perlu ditaksir semula sehingga murid menguasai pengetahuan/kemahiran dalam PS. S: Bolehkah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) menjadi pentaksir? J: Boleh, kerana GSTT telah dilantik untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pentaksiran hendaklah dijalankan oleh guru yang mengajar. Soalan Lazim Berkaitan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) S: Apakah itu Dasar MBMMBI? J: Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan be\

S: Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI? J: Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah. Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebngsaan Tamil. S: Bagaimanakah Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah? J: Dasar MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik, meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam p&p S: Mengapakah Dasar MBMMBI diperkenalkan? J: Kajian yang dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan. Hasil kajian juga mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan. Kajian KPM juga menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan p&p sains dan matematik dalam bahasa Malaysia. S: Bagaimanakah pendekatan soft landing dilaksanakan di sekolah? J: Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021. S: Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI? J: KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan

138

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut: Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG; Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris; Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT; Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 5. BPG juga mengendalikan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi mata pelajaran BM dan BI: Latihan untuk bahasa Malaysia: i. ii. iii. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI) KDP 4 Minggu Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Latihan untuk bahasa Inggeris: i. ii. iii. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggeris Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggeris Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris

S: Bagaimanakah kita memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang berkualiti? (BPG/ELTC/IPGM) J: Institut Pendidikan Guru a. IPG akan memantau prestasi / penglibatan guru-guru baru ini selama 6 bulan selepas tamat pengajian dan di tempatkan disekolah. b. Teacher Study untuk guru-guru bagi memastikan prestasi mereka di sekolah. c. Lengkapkan guru pra perkhidmatan dengan kemahiran pedagogi yang sesuai dengan pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran murid. d. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ada komponen Amalan Professional, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan Praktikum. Bagi PBS, pelajar akan mengikuti setiap semester pengajian. Praktikum 3 kali praktikum : a. Semester 5 4 minggu b. Semester 6 8 minggu c. Semester 7 12 minggu

139

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Semester 8 pelajar akan menjalani internship di mana kajian permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini dapat membantu pelajar ini di sekolah sebagai guru permulaan. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) telah dibangunkan sebagai satu inisiatif ELTC untuk membantu guru-guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan professional mereka serta memberi petunjuk untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. Selain itu, ianya juga boleh dijadikan panduan dalam merancang, mereka bentuk dan mengurus program pembangunan profesionalisme untuk guru-guru bahasa Inggeris. Di samping itu, instrumen PSELT yang berunsur self-evaluative juga telah dibina dan akan dapat diakses secara atas talian oleh guru bahasa Inggeris untuk mengenalpasti keperluan latihan profesional serta memohon untuk mengikuti kursus yang diperlukan untuk pembangunan profesionalisme secara berterusan. S: Bagaimanakah KPM memastikan guru bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris mencukupi bagi menampung penambahan waktu pengajaran matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris? J: ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini merupakan kursus tambah opsyen. BPG melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan tersebut: Program Intervensi Tambah Opsyen guru-guru Sains dan Matematik sekolah menengah yang telah berkhidmat antara 1 5 tahun Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara dari seluruh negara S: Apakah peranan guru penutur jati dalam membantu meningkatkan pencapaian Bahas Inggeris? J: Pada tahun 2008 KPM telah bersetuju untuk mengambil penutur jati bahasa Inggeris sebagai pakar atau mentor kepada guru dan pensyarah Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara ini. Keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Penutur Jati Bahasa Inggeris mulai 2011 hingga 2013. Petunjuk Prestasi Utama Program Penutur Jati adalah untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1800 buah sekolah rendah dan pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI, iaitu: IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah IPG Kampus Dato Razali Iamail, Kuala Terengganu, Terengganu IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur, dan English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur Peranan Training Fellows (TF) yang ditempatkan di setiap PKBI adalah untuk menjadi mentor dan coach kepada pensyarah Bahasa Inggeris dengan tujuan membantu dalam pembangunan profesionalisme pensyarah tersebut. Selain itu, TF juga bekerjasama dengan pensyarah dalam membangunkan program latihan. Tugas yang dilaksanakan oleh TF adalah sejajar dan selaras dengan keperluan dan kehendak institusi. 140

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Mentor yang terlibat di sekolah rendah adalah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam aspek seperti berikut: a. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru Bahasa Inggeris; b. Pengendalian program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon c. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon d. Perkhidmatan pakar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum e. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran f. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai g. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program h. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi di dalam kalangan guru sekolah S: Apakah bahan yang dibekalkan untuk menjayakan Dasar MBMMBI? J: English Language Teaching Centre (ELTC) telah menyediakan bahan bagi meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru: a. Pedagogy Standards for English Language Teaching (PSELT) Untuk pembangunan profesionalisme guru bahasa Inggeris, ELTC telah menerbitkan buku Pedagogy Standards for English Language Teaching yang membolehkan guru bahasa Inggeris mengenalpasti keperluan latihan profesional mereka. b. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) Buku Panduan Guru OPS-English yang membolehkan guru melaksanakan P&P untuk pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 dalam kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih berkesan. CD Audio-Video (Teachers CD) yang membolehkan guru melaksanakan pengajaran kemahiran bertutur dan berkomunikasi dengan lebih efektif. OPS-ENGLISH Students Handbook untuk pelajar. Bahagian Teknologi Pendidikan telah menyediakan dan membekalkan bahan digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Bahan tersebut merupakan bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Bahan digital ini berbentuk CD Stand-alone yang dapat dijalankan di semua komputer. Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur di samping menitikberatkan kemahiran berbahasa. S: Bagaimanakah penggunaan makmal bahasa dapat membantu dalam penguasaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris? J: Makmal bahasa merupakan salah satu inisiatif ICT yang menjadi agenda utama dalam pelaksanaan dasar MBMMBI. Infrastruktur makmal bahasa akan dilengkapi dengan alat pandang dengar, perisian kawalan murid dan perisian interaktif Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang lebih menitikberatkan dalam penguasaan berbahasa.

141

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

S: Bagaimanakah pentaksiran dilaksanakan di sekolah? J: Pentaksiran di sekolah akan dilaksanakan dalam dua bentuk iaitu; Pentaksiran Formatif iaitu pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran (pentaksiran pembelajaran atau assessment for learning) Pentaksiran Sumatif iaitu pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari (pentaksiran tentang pembelajaran atau assessment of learning) Pentaksiran formatif memberi tumpuan bukan semata-mata kepada membuat ujian, memeriksa, merekod skor murid dan membuat analisis kepada skor malahan yang lebih penting ialah melihat perkembangan pembelajaran murid dan aktiviti memberi maklumbalas kepada sesiapa sahaja yang memerlukan terutama murid sendiri. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir. Pentaksiran sumatif dilaksanakan dengan guru membuat pertimbangan tentang tahap penguasaan murid dalam pembelajaran menggunakan pelbagai maklumat (kuantitatif dan kualitatif) yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti pentaksiran. Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid di semester atau tahun berikutnya. Sekali lagi guru tidak perlu membandingkan murid dengan murid yang lain sama ada secara kuantitatif atau kualitatif. S: Adakah soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau dwibahasa? J: Selaras dengan soft-landing MBMMBI, soalan peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan bagi kedua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam Bahasa Malaysia. Ini adalah selaras dengan hasrat MBMMBI. S: Bagaimanakah Dasar MBMMBI akan membantu murid menghadapi cabaran dari segi bahasa pengantar dalam pembelajaran Matematik dan Sains di peringkat prauniversiti? J: Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah. Oleh itu, pelaksanaan Dasar MBMMBI diharapkan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bagi membantu mereka meneruskan pengajian di peringkat prauniverisiti mahupun universiti.

Soal Jawab Berkaitan 1M 1S S: Apa Itu Dasar 1Murid 1Sukan? J: Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Setiap murid dikehendaki melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. S: Kenapa Dasar 1M 1S Ini Diwujudkan? J: Dasar 1M 1S diwujudkan untuk memberi akses kepada semua murid untuk;1) Mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; 2) Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; 3) Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. S: Siapakah Yang Harus Terlibat Di Dalam Pelaksanaan Dasar 1M 1S Ini? J: Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Manakala murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M 1S. S: Bagaimanakah prestasi murid dinilai? J: Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:1. Kehadiran; 2. Jawatan Serta Sumbangan; 3. Penglibatan; dan 4. Pencapaian.

Soalan Lazim berkaitan S: Apakah yang dimaksudkan aliran teknikal? J: Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR). Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan dan ekonomi rumah tangga). S: Apakah pula makna aliran vokasional? J: Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang pencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak pekerjaan (vocational). Komponen pembelajaran adalah seimbang teori dan amali. Objektif aliran ini ialah membantu melahirkan pekerja separa profesional seperti juruteknik/ pembantu teknik.

151

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

S: Maksud aliran kemahiran? J: Manakala aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian PMR yang rendah tetapi berminat kepada pembelajaran amali (hands-on). Objektif aliran ini apabila tamat kursus akan menjadi tenaga mahir di industri atau bekerja sendiri. Kandungan kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Mereka yang berjaya mengikuti kursus ini akan dianugerah dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). S: Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? J: Perubahan ini diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan. Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini. Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan adalah mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa kemahiran teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan bulanan. Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan. Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh meningkat di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlah pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan. Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini. Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020. Program Asas Vokasional (PAV) Program Asas Vokasional Di 15 Sekolah Harian Terpilih Mulai 2013. Program Asas Vokasional (PAV) yang dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga 3 akan dilaksanakan mulai tahun 2013 dalam usaha menjadikan vokasional sebagai pendidikan arus perdana, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. 152

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Beliau berkata PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional (MPV) yang sedang diajar di sekolah harian dan ia adalah sejajar dengan proses transformasi pengajian teknik dan vokasional. "Pelajar lepasan PAV di peringkat menengah rendah kita akan benarkan melanjutkan pelajaran di kolej-kolej vokasional, sebab kita juga akan melaksanakan transformasi dengan mengubah Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional. Ini yang kita usahakan supaya vokasional akan menjadi pendidikan arus perdana setaraf Sijil Pelajaran Malaysia," katanya kepada pemberita di sini Ahad. Katanya PAV akan dilaksanakan di kesemua 15 sekolah harian yang terpilih sebagai sekolah rintis untuk program itu di seluruh negara serta para pelajar yang lulus dalam PAV akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap I dan II apabila tamat. Beliau berkata lanjutan daripada PAV, antara pendekatan yang diambil kerajaan adalah sama ada dengan kerjasama swasta melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) iaitu penubuhan kolej vokasional baru oleh mereka atau kementerian menghantar pelajar ke kolej vokasional sedia ada. Mohd Puad berkata antara kaedah yang akan digunakan kementerian untuk memilih pelajar di sekolah rendah khususnya Tahun 6 bagi mengikuti PAV di peringkat menengah adalah menggunakan penilaian psikometrik. "Kita memilih pelajar antaranya melalui penilaian psikometrik di sekolah rendah untuk melihat minat mereka...bukan menggunakan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PAV ini mempunyai penilaian psikometrik tersendiri," katanya. Beliau berkata Kementerian Pelajaran juga akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia mengenai tahap kelulusan pelajar yang melanjutkan pelajaran selama tiga tahun di Kolej Vokasional sama ada tahap Diploma atau SKM Tahap IV. Katanya pelajar lulusan PAV sewajarnya meneruskan pengajian di kolej vokasional dan ia adalah matlamat transformasi pendidikan teknik dan vokasional walaupun mereka mempunyai pilihan untuk kembali meneruskan pengajian dalam aliran sekolah biasa. "Masalah pendidikan vokasional di negara ini, komponennya adalah 55 peratus vokasional dan teknik (Voktech) manakala 45 peratus lagi akademik, sedangkan di negara-negara maju komponen pendidikan vokasionalnya 70 peratus Voktech dan hanya 30 peratus akademik," katanya.

153

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Mohd Puad berkata sekiranya selepas PAV mereka hanya mengikuti kursus dua tahun di kolej vokasional, ia adalah tidak mencukupi kerana di negara-negara maju sekurangkurang perlukan tiga tahun termasuk 'job training' yang penting bagi melahirkan graduan berkemahiran tinggi. Terdahulu, beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran menutup 'Perak Expo for Young Scientis' bertemakan 'Innovation of Science and Technology for Environmental Sustainability' yang berlangsung tiga hari berakhir Ahad. Ekspo anjuran bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Jabatan Pelajaran Negeri Perak, K-Perak Implementation and Coordination Corporation (KPerak), Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi antaranya bertujuan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi di kalangan pelajar dan orang ramai ke arah mengurus serta mengekalkankesejahteraan alam. Transformasi Pendidikan Vokasional lahir tenaga Mahir Pendidikan teknikal dan vokasional sememangnya memerlukan satu anjakan baru yang bukan sahaja membolehkan pelajar memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun, malah dijangka mengubah lanskap pendidikan negara untuk mengarusperdanakan pendidikan vokasional serta mengubah komposisi modal insan daripada berorientasikan lepasan akademik kepada lepasan aliran vokasional sejajar amalan di negara maju. Justeru, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menstruktur semula sistem pendidikan ini menerusi Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) yang akan dikuatkuasakan pada 2013 kena pada masanya bagi mengangkat martabat pendidikan vokasional sebagai aliran pendidikan yang akan menjadi pilihan pelajar. Apabila transformasi ini dilaksanakan, maka aliran vokasional tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua. Apa yang pasti, rancangan penstrukturan semula sistem pendidikan vokasional ini, sudah tentu ditunggu-tunggu oleh pelbagai pihak yang ingin melihat bidang ini menjadi teras utama dalam sistem pendidikan negara. Untuk itu, persepsi umum terhadap pendidikan vokasional harus diubah. Jika selama ini, ramai menganggap pelajar vokasional tergolong dalam kalangan yang lemah atau dikategorikan dalam kelas kedua maka transformasi besar-besaran ini diharap mengubah stigma masyarakat umum bahawa tanggapan sedemikian tidak lagi berasas. Jika halangan persepsi sebegini dapat di atasi, tidak mustahil pendidikan vokasional menjadi rebutan pelajar sebagaimana yang berjaya dilaksanakan di negara Eropah. Kemajuan pesat dalam sektor industri negara yang rancak berjalan sekarang sudah pasti akan mengalami gangguan sekiranya tenaga mahir secukupnya tidak dapat disediakan. Malah, harapan seterusnya dapat memberi ruang dan peluang lebih besar kepada pelajar untuk memiliki keupayaan dan tahap kemahiran luar biasa bagi memenuhi permintaan pasaran. Secara langsung juga, langkah kerajaan mengarusperdanakan pendidikan vokasional turut terkandung dalam Bab 5, Rancangan Malaysia ke-10. 154

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

Pendidikan dan latihan vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup penting dalam menyediakan laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi seterusnya menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara. Untuk itu, kualiti kurikulumnya perlu dipertingkat dan disesuaikan dengan keperluan industri. Justeru dalam konteks ini, TPV yang diperkenalkan itu akan membabitkan dua aspek penting iaitu program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan Kolej Vokasional (KV) sebagai laluan dalam usaha mencapai matlamat berkenaan. Malah, la akan dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011 hingga 2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu fasa lonjakan dari 2011 hingga 2013, fasa Peningkatan (2014 hingga 2016) clan fasa pemerkasaan (2017 hingga 2020). Sehubungan itu, bagi memanntap dan melestarikan penerimaan keseluruhan sistem serta kurikulum di bawah TPV, maka mulai sesi persekolahan 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan projek rintis PAV di 15 sekolah harian atau sekolah menengah kebangsaan (SMK), di samping menaik taraf 15 sekolah menengah vokasional menjadi KV, masingmasing di setiap negeri. PAV akan menggantikan mata pelajaran vokasional yang ketika ini diajar di sekolah harian clan akan ditawarkan kepada pelajar menengah rendah seawal tingkatan satu sehingga tingkatan tiga, khusus kepada lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cenderung kepada pendidikan bercorak amali. Dalam aspek ini, sistem PAV akan dilaksanakan selama tiga tahun di SMK terpilih itu berdasarkan beberapa tahap sejajar proses transformasi pengajian teknik dan vokasional. Lepasan PAV dibenarkan menyambung pelajaran di KV atau ke institusi kemahiran awam dan swasta. la akan dilaksanakan sepanjang tempoh empat tahun sehingga peringkat diploma mengguna pakai sistem semester dengan kurikulumnya berasaskan kepada kemahiran tertentu. Kurikulum KV mempunyai dua komponen membabitkan 70 peratus kemahiran clan 30 peratus akademik bagi memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan.

Malah, kurikulum ini akan merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk persijilan yang diiktiraf pihak industri dan pada akhir tahun keempat, pelajar sudah memperolehi Diploma Kolej Vokasional, iaitu selari dengan kepatuhan SKM Tahap 4. Dalam merancakkan pendidikan vokasional, pembabitan sektor swasta (industri) turut dipelawa bersama -sama menjayakan transformasi ini. Tanggungjawab yang boleh dimainkan oleh sektor ini ialah menyediakan tenaga pakar industri sebagai tenaga pengajar jemputan di kolej vokasional. Menerusi kaedah ini, pendedahan dan maklumat langsung berkaitan industri semasa dapat disalurkan kepada pelajar. Malah, sektor swasta digalak untuk membangunkan institusi vokasional berdasarkan kurikulum yang dipersetujui bagi menampung kemasukan pelajar berpotensi tajaan Kementerian. Hakikat betapa penting pelan ini perlu dilaksanakan juga merujuk kepada keperluan negara yang memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 155

Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

tahun akan datang bagi menampung kehendak industri tempatan. Tidak terkecuali, transformasi sedemikian perlu diketengahkan berikutan penyertaan pelajar peringkat menengah dalam bidang vokasional masih rendah. Ketika ini, enrolmen pelajar Malaysia dalam bidang ini hanya mencapai lima peratus. la jauh ketinggalan berbanding negara maju yang rata-rata mencatat paras lebih 50 peratus. Malah negara serantau seperti Indonesia dan Thailand mengatasi jumlah peratusan berbanding Malaysia dengan jumlah pelajar yang mengambil aliran ini menjangkau 40 hingga 60 peratus. Pendidikan teknikal dan vokasional dianggap sebagai satu daripada kekuatan utama dalam sistem, pendidikan di German, Hampir 60 hingga 70 peratus daripada pelajarnya iaitu melebihi 1.6 juta orang memasuki sekolah vokasional. la merangkumi kira-kira 340 jenis pekerjaan dan sangat popular di kalangan lepasan sekolah di negara itu. Pendekatan ini berjaya mengurangkan kadar pengangguran siswazah dalam tempoh setahun selepas tamat pengajian kepada tiga peratus sahaja. Sementara di Austria, 78 peratus pelajarnya memasuki bidang vokasional dan hampir 60 peratus mereka yang bekerja mendapat pendedahan dalam bidang itu. Berdasarkan pelbagai usaha bersungguh-sungguh yang dilaksanakan kerajaan bagi memperkasa pendidikan teknik dan vokasional, diharap mampu meningkatkan peratusan pelajar aliran berkenaan kepada 20 peratus menjelang 2015. Apa yang jelas, pelan transformasi vokasional ini bukan sekadar memberi satu alternatif dalam sistem pendidikan negara, tetapi antara pendekatan bagi merealisasikan hasrat kerajaan dalam mengisi perancangan dan keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

You might also like