Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SITI AISHAH BINTI ABDUL LATIFF (D 20081032348)

Perkataan ICT atau Information and Communication Technology pada hari ini
menjadi semakin sinonim terutamanya di sekolah-sekolah. Pada asasnya, penggunaan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menjadi semakin penting dan
perlu untuk dilaksanakan oleh setiap guru sama ada sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. Penggunaan ICT pada hari ini merupakan salah satu strategi kerajaan ke
arah mencapai Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi meningkatkan kualiti
pendidikan di Malaysia sekaligus melonjakkan kecemerlangan Institusi Pendidikan.

Sebagai usaha untuk menaikkan taraf pendidikan kebangsaan, kerajaan telah


memperuntukkan belanja yang sangat tinggi supaya hasrat negara dalam menghasilkan
modal insan ‘Minda Kelas Pertama’ ini dapat dicapai secara maksimum dan
menyeluruh. Ramai dalam kalangan masyarakat hari ini yang mula menganggap
bahawa kaedah pengajaran menggunakan kemudahan ICT adalah cara yang baik dan
perlu dilestarikan. Namun, masih ramai yang belum menyedari bahawa pelaksanaan ini
mampu mendatangkan kesan yang buruk akibat daripada kekangan-kekangan yang
wujud secara sedar mahupun tidak.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan ICT dalam P&P memerlukan
kos yang sangat tinggi. Hal ini menimbulkan kebimbangan apabila memikirkan setakat
manakah keberkesanan penggunaan alat ICT ini dalam P&P di sekolah. Persoalan ini
timbul kerana tidak semua guru yang mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan
alat-alat ICT tersebut. Secara tidak langsung, kerajaan bakal menanggung kerugian
sekiranya alat ICT tersebut dibiarkan sepi tanpa dimanfaatkan sebaik mungkin.

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, pelbagai kursus dan latihan


telah dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi melahirkan
guru yang berkemahiran dalam ICT. Kursus dan latihan yang dijalankan ini bukan
sekadar percuma, tetapi kerajaan perlu mengeluarkan belanja yang bukan sedikit bagi
membolehkan semua guru mahir dalam menguruskan alat bantu mengajar yang
canggih ini. Malahan, seperti yang kita sedia maklum, profesion keguruan hari ini lebih
banyak dipelopori oleh golongan yang dianggap berumur. Rata-rata dalam kalangan
mereka yang kurang mahir menenai ICT disebabkan kurangnya pendedahan mengenai
penggunaan ICT kepada mereka. Oleh itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa mereka
sememangnya memerlukan kursus dan latihan akibat daripada evolusi pendidikan yang
berlaku secara mendadak pada hari ini. Justeru, sekiranya guru tetap tidak
menggunakan kemudahan yang disediakan ini, usaha keras kerajaan yang dijalankan
selama ini dianggap sia-sia.

Apabila kita melihat dari sudut pandangan pelajar, penggunaan ICT di sekolah
terutamanya di kawasan bandar mungkin dapat memahaminya secara mudah
memandangkan mereka sering didedahkan dengan alat-alat yang canggih dan
berteknologi tinggi saban hari seperti komputer dan permainan video. Namun,
bagaimana pula dengan pelajar-pelajar di pedalaman? Mereka kurang didedahkan
dengan alat-alat teknologi dan secara langsung hal ini bakal menimbulkan sedikit
masalah dalam pelaksanaannya di sekolah. Malahan, tanpa disedari, hal ini bakal
menambahkan lagi jurang perbezaan antara pelajar bandar dengan pelajar luar bandar
memandangkan pendedahan tersebut membuatkan pelajar di bandar maju lebih jauh
sekaligus meninggalkan pelajar luar bandar ke belakang.

Tambahan pula, penggunaan ICT juga boleh menyebabkan penyalahgunaan


sekiranya tidak dipantau oleh guru secara menyeluruh. Pelajar mula bebas untuk
menggunakan ICT untuk tujuan yang tidak baik seperti melayari internet untuk bermain
permainan video, atau menonton video lucah. Oleh itu, bagi mencapai objektif yang
telah digariskan dalam rancangan pendidikan negara, guru seharusnya memainkan
peranan yang terbaik dalam memastikan keberkesanannya di samping memanfaatkan
penggunaan ICT ke arah sesuatu yang lebih baik dalam sistem pendidikan negara.

Selain itu, sebagai warga pendidik generasi masa hadapan, guru-guru


seharusnya cuba memperkayakan diri dengan kemahiran ICT supaya kemudahan yang
disediakan oleh kerajaan ini mampu memberikan banyak kesan yang positif kepada
masyarakat. Malahan, guru seharusnya membuktikan kepada masyarakat bahawa
walaupun masih terdapat kesan negatif dalam perlaksanaan penggunaan ICT, namun
kesan positif lebih memberi impak kepada dunia pendidikan masa kini. Justeru, guru-
guru dan bakal warga pendidik perlu melengkapkan diri dengan ilmu ICT supaya institusi
pendidikan negara seiring dengan kemajuan pendidikan masa kini.

You might also like