Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI Kaum utama di negara kita mempelajari seni pertahanan diri sejak dahulu lagi.

Antara yang terkenal hingga kini ialah silat, wushu, dan silambam. Karate dan tae kwon do pula berasal dari Jepun dan Korea. Silat merupakan warisan budaya kaum Melayu. Silat terbahagi kepada dua jenis: silat tradisional dan silat olahraga. Antara senjata yang digunakan dalam seni silat ialah keris, tombak, tongkat, tekpi, pedang, dan parang. Wushu ialah seni pertahanan diri masyarakat Cina. Seni ini memang berasal dari negara China. Wusyu mempunyai lima gaya persilatan. Gaya-gaya tersebut ialah

Changquan (tinju utara), Nanquan (tinju selatan), Daoshu (seni parang), Jiangshu (seni pedang), dan Qiangshu (seni tombak). Silambam pula dibawa ke Negara ini dari India oleh kaum India. Silambam

bermaksud pertempuran dengan menggunakan tongkat. Namun begitu, mereka juga diajar menggunakan pednang, kayu, serta tombak. Sebenarnya, seni pertahanan diri ini memerlukan pergerakan yang tangkas. Seni ini dipelajari untuk kesihatan selain untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh. Selain daripada itu juga seni mempertahankan diri ini juga boleh dijadikan sebagai satu senaman ringan pada waktu lapang. Pergerakan yang dihasilkan semasa berlatih seni mempertahnkan diri ini mampu membuatkan seseorang mengeluarkan peluh dan meningkatkan lagi tahap kecergasan individu tersebut.

You might also like