Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

ANALISIS KESILAPAN BAHASA PADA PAPAN TANDA ATAU IKLAN DI PREMIS PERNIAGAAN BERDASARKAN STRUKTUR LINGUISTIK.

Penggunaan imbuhan yang betul pada perkataan merbahaya ialah berbahaya.

Kesalahan ejaan perkataan pelancung, ejaan yang betul ialah pelancong.

Kesalahan ejaan perkataan letrik, ejaan yang betul ialah elektrik.

Kesalahan ejaan perkataan kelinik, ejaan yang betul ialah klinik.

Kesalahan penggunaan perkataan bahasa Inggeris parking, perkataan yang betul ialah meletak kenderaan.

Kesalahan ejaan perkataan warong, ejaan yang betul ialah warung.

Kesalahan penggunaan perkataan bahasa Inggeris parking, perkataan yang betul ialah tempat meletak bas.

Kesalahan perkataan alatulis yang ditulis menjadi satu perkataan, ejaan yang betul ialah alat tulis.

Kesalahan ejaan perkataan perabut, ejaan yang betul ialah perabot.

Kesalahan penggunaan perkataan baru, perkataan yang betul ialah baharu.

Kesalahan rangkai kata goreng pisang, perkataan yang betul ialah pisang goreng.

Kesalahan penggunaan kata depan di yang ditulis rapat dengan kata arah, perkataan yang betul ialah di sini.

Kesalahan struktur ayat, ayat yang betul ialah Nasi Campur Kak Nor.

Kesalahan ejaan perkataan rilek, ejaan yang betul ialah rileks.

Kesalahan ejaan tengahari dan mee. Ejaan yang betul ialah tengah hari dan mi.

Kesalahan penggunaan subjek dan ejaan bunga kobis, perkataan yang betul ialah kubis bunga.

Kesalahan penggunaan perkataan bahasa Inggeris, perkataan yang betul ialah aksesori.

Kesalahan ejaan perkataan jagong, ejaan yang betul ialah jagung.

5.0 Rumusan.
Melalui perbandingan antara linguistik tradisional dan linguistik moden, didapati linguistik tradisional telah melahirkan tatabahasa tradisional yang telah diterima daripada sumber Greek dan Rome kuno. Aliran ini digunakan bagi menyatakan konsep atau idea tentang struktur bahasa yang dikemukakan oleh masyarakat barat. Istilah ini digunakan bagi membezakan idea tersebut daripada linguistik yang sezaman dengannya. Linguistik tradisional berusaha untuk menghuraikan sesuatu bahasa, menganalisis dan menjelaskan konstituen ayat yang dibentuk dengan baik. Aspek kajian terrtumpu pada struktur permukaan dan bukan makna ayat. Tatabahasa ini memberikan pemahaman asas kepada mereka yang belajar bahasa tentang binaan bahasa.

Ilmu linguistik moden mengaplikasikan pragmatik dalam kajian bahasa dengan berdasarkan sudut pandangan penggunan bahasa terutama dari segi bagaimana pilihan yang dilakukan oleh pengguna bahasa, kekangan yang terpaksa dihadapi oleh mereka apabila menggunakan bahasa dalam interaksi sosial dan kesan penggunaan bahasa itu terhadap orang lain dalam sesuatu aksi perbualan. Dari segi kepentingan linguistik kepada guru Bahasa Melayu, Wilkins (1972) mengatakan kita jangan harus menerima sahaja hasil linguistik dan terus mencari kegunaannya. Apa yang patut dilakukan ialah kita mengenali semua masalah pengajaran bahasa dan kemudian baru melihat jawapannya dalam linguistik. Inilah sumbangan besar linguistik kepada pengajaran bahasa, iaitu memberi maklumat tentang bahasa itu. Kalau seorang guru bahasa itu gagal mencapai tujuan sesebuah rancangan mengajarkan bahasa itu, maka harus ada banyak sebabnya. Misalnya, kegagalan mengajarkan bahasa Malaysia di sekolah itu boleh disebabkan oleh banyak hal. Kekurangan pengetahuan linguistik memangnya menjadi satu sebab. Latihan guru bahasa Malaysia juga menjadi sebab, iaitu guru yang tidak terlatih mengajar bahasa Malaysia. Guru yang tidak mahir dalam bahasa Malaysia ditugaskan mengajarkan bahasa Malaysia. Guru-guru seperti ini tidak akan berjaya. Ada banyak sebabnya dan kita tidak harus menyalahkan mana-mana satu pihak sahaja.

BIBLIOGRAFI Hashim Hj Musa(2006)Pengantar Falsafah Bahasa.Dewan Bahasa dan Pustaka KualaLumpur. Siti Hajar Abdul Aziz(2009) Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II.Oxford Fajar Sdn.Bhd Sanat Md. Nasir (1998), Konsep Penting dalam Pengajian Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1998), Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama dan Kedua Ditinjau dari Sudut Pendekatan dan kaedah Pengajaran, Kertas Projek Ilmiah. Universiti Putra Malaysia, Serdang

You might also like