Imam Hanafiah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

1

1.1. PENGENALAN Melalui tugasan ini, kami akan membincangkan perkara berkaitan dengan latar belakang, manhaj beserta mazhab Abu Hanifah. Penekanan yang diberikan dalam tugasan ini adalah perkara berkaitan hukum fiqh yang dipelajari oleh beliau. Beliau juga merupakan ulama yang alim dalam ilmu berkaitan fikh. Imam Shafii pernah berkata : Orang-orang yang mempunyai masalah dalam perkara fiqh, akan merujuk kepada Abu Hanifah . Kaedahkaedah yang digunakan dalam mengistinbat hukum ialah melalui Al-Quran, Hadis, Kata-kata Para Sahabat, Ijtihad, Al-Qiyas, Istihsan dan pelbagai lagi.

Tugasan ini juga lebih mengkaji perkara berkaitan manhaj yang dipegang oleh Imam Abu Hanifah beserta tahap penyebaran mazhabnya pada zaman dahulu sehingga sekarang. Selain itu, kami juga mengaitkan perkara berkaitan metod yang digunakan dalam mengistinbat hukum fikh. Akhir sekali, murid dan fuqaha terkenal beliau juga telah dibincangkan dengan lebih jelas di dalam tugasan ini.

2.1

LATAR BELAKANG IMAM ABU HANIFAH 2.1.1 Riwayat Hidup Imam Abu Hanifah

Nama sebenar Imam Abu Hanifah ialah Al-Nukman bin Thabit bin Zutial-Tamimi. Beliau dikatakan mempunyai hubungan keluarga dengan Imam Ali k.r.w.. Beliau dilahirkan pada 80 Hijrah iaitu 699 Masihi di Kufah semasa zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Mawan. Imam Abu Hanifah berketurunan bangsa Parsi. Beliau meninggal dunia pada 150 Hijrah iaitu 767 Masihi dalam penjara sewaktu umurnya 70 tahun dan dikebumikan di Baghdad. Beliau digelar sebagai Abu Hanifah kerana sering membawa bekas yang berisi dakwat (Tinta) untuk mencatat ilmu pengetahuan yang dipelajarinya. Selepas berkahwin, beliau dikurniakan seorang anak yang bernama Hanifah. Oleh sebab itu, beliau diberi gelaran Abu Hanifah. Beliau merupakan pengasas kepada mazhab Hanafi.1

Imam Muhammad Abu Zahrah, Imam Abu Hanifah Salasilah Perjalanan Hidup, Pendapatan dan Kefakihannya Dalam Memahami Syariat, Jasmin Publications, Selangor, 2011.

2.1.2

Sifat-Sifat Peribadi Abu Hanifah

Abu Hanifah memiliki tubuh badan sederhana, tidak terlampau tinggi dan tidak pula rendah. Warna kulitnya sedikit gelap kemerahan. Beliau adalah sebaik-baik manusia dalam bahasa percakapan, bentuk badannya cantik dan pakaiannya selalu berbau harum sehingga beliau dikenal dengan baunya. Beliau amat gemar kepada bau-bauan yang harum dan pemurah. Beliau sangat suka menjaga pakaian sehingga Abu Yusuf pernah menceritakan tentang kasutnya : Beliau sangat menjaga kebersihan kasutnya sehingga tidak ternampak sedikit pun kotoran. 2 Abu Hanifah merupakan seorang yang sangat tampan, ucapannya fasih, sopan-santun, sangat cerdas, berwibawa, pendiam dan kata-katanya bagaikan mutiara.3 Beliau juga mempunyai ilmu pengetahuan yang amat tinggi dalam ilmu yang telah dipelajarinya. Beliau juga berani menghadapi segala bentuk cabaran untuk menegakkan kebenaran. Contohnya, beliau pernah berdebat dengan Dahri (ad-Dahriyyun) yang merupakan golongan atheis dibawah naungan maharaja Rom. Selain itu, beliau juga suka menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan tanpa mengira usia, pangkat dan darjat. Imam Abu Hanifah juga merupakan seorang yang rajin berusaha dan bercita-cita tinggi dalam hidupnya. Beliau juga seorang yang bertakwa kepada Allah sw.t., warak, qanaah dan tidak tamak pada harta kekayaan. Beliau juga seorang yang abid yang kuat beribadat dan berpegang teguh pada ajaran Islam.4 2.1.3 Sumbangan Dan Jasa Imam Abu Hanifah

Abu Hanifah rajin dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang ramai terutamanya dalam bidang agama. Imam Abu Hanifah juga seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis sehingga beliau dapat membezakan Antara hadis yang sahih dan hadis yang tidak sahih. Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli fikir dalam Islam kerana beliau banyak menggunakan akal fikiran dalam memutuskan sesuatu hokum apabila perkara tersebut tidak terdapat dalam al-Quran atau Hadis Nabi.

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Istilah-istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Selangor, 2013. 3 Muhammad Said Mursi, Tokoh-tokoh Islam Sepanjang Sejarah, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta, Indonesia, 2007. 4 1 IBID ( )

Berbekalkan kebolehan yang dimilikinya dalam menghuraikan hukum-hukum fikah, beliau menyusun ilmu tersebut sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat sekarang. Beliau juga telah menyusun kitab Al-Faraid (harta pusaka) dengan lengkap. Antara hasilhasil karya peninggalan Imam Abu Hanifah yang terbesar termasuklah : 1. Fikah Akbar 2. Al-Alim Wal-Mutaalim 3. Masnad. Fikah Akbar dan lain-lain5

3.1

METODOLOGI ISTINBAT HUKUM

Abu Hanifah mempelajari aliran pemikiran Syiah, Khawarij, Marjiah, Jabariah, Muktazilah dan Ilmu Kalam. Namun begitu, beliau tetap berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah6.

1. Al-Quran Sumber perundangan utama Beliau tidak menggunakan kaedah lain sekiranya hukum telah dinyatakan di dalam Al-Quran.

2. Al-Sunnah Sumber kedua dalam perundangan Islam. Hadis digunakan untuk menjelaskan hukum yang terdapat di dalam Al-Quran. Antara kaedah dalam pengambilan Hadis : i. Beliau meneliti para perawi Hadis sama ada thiqah atau tidak dan menolak hadis tersebut sekiranya perawi diragui. ii. Beliau juga memahami makna Hadis dan menolak Hadis yang menyalahi Al-Quran dan syariat serta sunnah Nabi yang masyhur. iii. Beliau hanya mengambil Hadis Mutawatir atau Hadis yang mashyur sahaja untuk dijadikan sebagai sumber hukum dan tidak

5 6

IBID ( ) 1 IBID ( )

menerima Hadis-hadis Ahad kecuali ianya diriwayatkan oleh perawi-perawi yang thiqah (dipercayai atau tidak). iv. Abu Hanifah juga hanya mengambil 17 Hadis yang dilihatnya benar daripada puluhan ribu yang diteliti olehnya sehingga beliau dituduh membelakangi Hadis dan lebih mengutamakan Ar-Rayu (fikiran) dan al-Qiyas. v. Beliau juga berani menjustifikasi7 beberapa perawi Hadis yang lemah hafalannya dan membantah atas kethiqahannya yang dianggap adil oleh para imam ilmu Hadis, seperti Ibnu Main, Abu Daud, Ibnu Al-Madiniy dan Syaab.

3. Pendapat-pendapat Sahabat. Para sahabat merupakan orang yang pernah bersama Rasulullah dalam menyaksikan penurunan ayat-ayat Al-Quran. Mereka juga mengetahui sebab-sebab berlaku percanggahan di antara ayat AlQuran dan Hadis. Mereka juga merupakan pewaris kepada ilmu Rasulullah s.a.w. dan menjadi ikutan kepada orang yang terkemudian. Abu Hanifah juga berpegang kepada fatwa atau ucapan (pendapat) yang dinyatakan oleh para sahabat seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab. Beliau tidak mengambil pendapat Tabiin kerana mereka adalah generasi yang tidak berkesempatan bersama Rasulullah.

4. Ijtihad. Abdullah bin Masud iaitu guru kepada Abu Hanifah sendiri menurut salah satu sumber riwayat, dalam berfatwa, lebih mengutamakan jalan ijtihad daripada bersandar pada Hadis-hadis yang diragui kesahihannya. Mereka berijtihad apabila berlaku peristiwa-peristiwa baru yang tidak pernah terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. Hal ini kerana, ketika itu perluasan kekuasaan negara Daulat Bani Abbas.

Justifikasi bermaksud memberi hujah atau pendapat yang kuat disebabkan oleh perkara tertentu. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007.

Selain itu, banyak masalah baru yang rumit berlaku dan memerlukan pemecatan hukum seperti aktiviti perdagangan dan kemasyarakatan.

5. Qiyas. Qiyas digunakan apabila tidak terdapat hukum dalam al-Quran, al-Sunnah atau pendapat sahabat. Beliau banyak menggunakan kaedah Qiyas dalam menentukan sesuatu hukum sehingga digelar () . Metod Qiyas bukanlah bidah sayyiah seperti yang dituduh oleh pihak lawan. Beliau telah menqiyaskan masalah baru dengan masalah yang telah ada ketetapan hukumnya berdasarkan persamaan illah antara keduanya dan dikembalikan kepada Al-Quran. Al-Sunnah dan Ijmak Sahabat8. Imam Abu Hanifah berkata : Bila engkau menghadapi kesukaran, kembalilah kepada Al-Quran, Sunnah dan Ijma. Jika engkau menemukan kejelasan mengenai maslah itu, amalkanlah. Jika kejelasan itu tidak engkau temukan, kembalilah kepada masalah yang hampir serupa, dan berpijaklah pada ketentuan hukum pokok (ushul), kemudian ambillah mana yang lebih mendekati dan lebih mirip dengan ketentuan hukum pokok itu.9 6. Istihsan. Menolak kehendak qiyas yang zahir atau nyata untuk terima hukum yang lain yang berlawanan dengannya. Hal ini kerana hukum yang lahir dari qiyas yang zahir tersebut bertentangan dengan kepentingan yang dimaksudkan atau yang dikehendaki oleh nas atau ia bertentangan dengan ijmak atau uruf (kebiasaan) 7. Ijmak Ulama Kesepakatan para mujtahid di dalam sesuatu zaman berkaitan dengan sesuatu hukum fiqh.

Abdurrahman Asy-Syarqawi, Riwayat Sembilan Imam Fiqh, Pustaka Hidayah, Bandung,Indonesia, 2000. IBID ( )
8

8. Al-Uruf Amalan kebiasaan umum masyarakat Islam yang tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah atau amalan para sahabat.

Tujuan beliau ialah untuk mengeluarkan sesuatu hukum itu dari kesempitan tanpa mengurangkan kewibawaan hukum tersebut.

4.1

TEKNIK PENGAJARAN

Di

dalam

memberi

pengajaran

kepada

murid-muridnya,

Abu

Hanifah

tidak

memperdengarkan sahaja ilmmu secara langsung tetapi beliau membentangkan sesuatu permasalahan hukum fiqh kepada mereka. Di samping itu, beliau akan menerangkan asas perundangan Islam bagi sesuatu hukum tersebut. Kemudian beliau memberi peluang kepada murid-muridnya untuk berhujah serta berdialog dan masing-masing akan mengemukakan pendapat mereka. Ada sebahagian daripada mereka bersetuju dan ada yang menentang. Jika mereka bersetuju dengan satu pendapat, maka salah seorang daripada mereka akan menulisnya dan jika sekiranya terdapat perselisihan pendapat antara mereka dan gurunya, lalu pandangan tersebut dicatat dan disebut perselisihan pendapat yang berlaku. Maka bermulalah bentuk mazhab kolektif (berkumpulan) yang berdasarkan syuruk dan bertukar-tukar pandangan serta membincangkannya. Kemudian pada akhirnya, beliau akan mematahkan hujah pendapat murid-muridnya seorang demi seorang sehingga semuanya bersetuju dan menerima pendapatnya yang logik itu. Teknik pengajaran yang digunakan oleh Abu Hanifah ini telah berupaya membentuk keperibadian murid-muridnya dan dengan tunjuk ajar serta didikan yang diberikannya itu membolehkan mereka membuat kajian dan penyelidikan berkenaan dengan sesuatu permasalahan itu. Dengan ini, mereka mampu menggunakan akal fikiran dalam berijtihad walaupun pada masa itu mereka masih lagi dalam suasanan pembelajaran.10 Cara pengajaran Abu Hanifah juga berpandukan kepada beberapa kepada beberapa dasar atau kaedah yang telah lepas dan juga yang akan disebutkan. Antaranya : i. Kemudahan di dalam ibadah dan pekerjaan harian. Contohnya, kemudahan dalam ibadah: Hukum menyuci kain atau baju yang terkena najis. Abu
10

Muhammad Abu Zahrah, Hayatuhu, waAsruhu, wa Arahu, wa Fighuhu, Darul Fikr Arab, Kaherah Mesir, 1997.

Hanifah mengharuskan menyucikannya dengan menggunakan air mawar, cuka dan sebagainya. Asalkan penyuci itu berbentuk cairan dan tidak hanya tertentu kepada air sahaja. ii. Menjaga hak-hak fakir miskin. Contohnya, zakat pakaian, emas dan perak adalah wajib, dan tidak wajib zakat kepada orang yang hutang. iii. Mengakui peradaban hidup manusia. Contohnya, ialah pengakuan keIslaman anak-anak yang belum baligh sebagai seorang Islam yang sempurna, sama seperti orang dewasa juga. iv. Memelihara kehormatan dan perikemanusiaan. Contohnya, diharuskan anakanak perempuan yang sudah cukup umur untuk mencari pasangan hidup tanpa kebenaran wali. Perkahwinan secara paksa bagi anak perempuan tersebut tidak sah sekiranya dia menolak. v. Memberi kuasa penuh kepada kerajaan dan ketua-ketua Negara. Contohnya, kerajaan atau orang yang berkuasa berhak mengendalikan kekayaan negara, seperti tanah dan sebagainya untuk kepentingan umum. Kerajaan atau orang yang berkuasa berhak juga memberi hadiah-hadiah kepada pejuang atau perajurit tanah air sebagai galakan kepada mereka.11 MURID-MURID DAN FUQAHA TERKENAL

5.1

Imam Abu Hanifah mempunyai murid yang sangat ramai. Ada sesetengah daripada mereka yang belajar dan mendengar daripadanya dalam beberapa tempoh masa yang tertentu kemudian kembali ke negara masing-masing selepas mengambil manhaj dan jalan mazhabnya. Seramai 28 orang daripada mereka adalah layak untuk menjadi qadhi dan enam orang daripada mereka pula layak untuk memberikan fatwa. Manakala dua orang lagi iaitu Abu Yusuf dan Zufar adalah layak untuk mengajar adab kepada qadhi dan memberi pimpinan fatwa. Antara murid beliau yang masyhur adalah seperti berikut: 1. Imam Abu Yusuf rhm. Beliau ialah Yakub ibnu Ibrahim ibnu Habib al-Ansori rhm. yang dilahirkan pada tahun 113H dan wafat pada tahun 186H. Beliau hidup selama 32 tahun selepas kematian Abu

11

IBID ( )

Hanifah. Beliau hidup dalam keadaan miskin. Pada awal kehidupannya, beliau bergiat dalam meriwayatkan hadis-hadis Rasulullah SAW seperti meriwayatkan daripada Hisyam bin Urwah, Abi Ishaq al-Syaibani, Ata bin al-Saib dan ulama-ulama yang sezaman dengan mereka. Pada mulanya beliau belajar ilmu fiqh dengan Ibn Abi Layla dan kemudian berpindah pula kepada Abu Hanifah. Beliau dianggap murid Abu Hanifah yang paling kanan sekali dan menjadi pembantu kepada gurunya. Imam Abu Hanifah rhm. mendapati bahawa beliau seorang yang cerdik lalu Imam Abu Hanifah rhm. menghulurkan bantuan kewangan kepadanya dan beliau menghabiskan hidupnya dengan menuntut ilmu. Beliau adalah seorang yang alim, pintar dan banyak menghafal hadishadis Rasulullah SAW. Beliau juga dianggap oleh Abu Talhah sebagai orang yang paling pandai pada zamannya, bijaksana, berpengaruh dan masyhur. Beliau meupakan seorang yang sangat tekun dan tabah di dalam menuntut ilmu. Perkara ini diceritakan sendiri oleh beliau dengan berkata: Seorang anak saya telah meninggal dunia, lalu saya pun meminta orang menguruskan pengkebumiannya. Sementara saya sendiri tidak dapat meninggalkan pengajian yang disampaikan oleh Abu Hanifah kerana bimbang akan ketinggalan satu hari nanti. Imam Abu Yusuf juga merupakan seorang yang hafiz hadis dan telah mempelajarinya dengan mendalam. Walau bagaimanapun, apabila hubungannya dengan Abu Hanifah menjadi begitu rapat, beliau lebih cenderung pula kepada pendapat peribadi dan mengikuti jejak langkah gurunya. Pada waktu tertentu pula, didapati beliau menentang Abu Hanifah dan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tidak pernah dikeluarkan oleh gurunya. Beliau pernah mengunjungi Imam Malik di Madinah dan mempelajari hadis dan fiqh daripadanya. Oleh sebab itu, kadang-kadang pendapat yang dikeluarkannya diambil daripada Imam Malik dan kebiasaan penduduk Hijaz. Beliau telah berusaha memperdekatkan di antara dua aliran iaitu aliran rayu dan aliran hadis serta dapat menghilangkan perasaan permusuhan di antara orang-orang Iraq dan Hijaz.

2. Muhammad ibnu Hasan as-Syaibani. Beliau ialah Muhammad ibnu Hasan ibnu Farqod as-Syaibani. Beliau dilahirkan di Wasit, Iraq pada tahun 132H dan dibesarkan di Kufah. Kemudian beliau berpindah ke Baghdad yang terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan tamadun. Beliau meninggal dunia pada tahun 189H di al-Rayy ketika berkunjung ke sana bersama-sama dengan khalifah Harun al-Rasyid.

Beliau telah mempelajari bagaimana cara-cara mengeluarkan hukum daripada Abu Hanifah tetapi tidak lama kerana Abu Hanifah telah meninggal dunia ketika beliau masih remaja. Walau bagaimanapun beliau berguru pula dengan Abu Yusuf dan telah mencapai kedudukan yang standing dengan gurunya itu sehingga menjadi tempat rujukan sedangkan gurunya masih ada. Beliau mempunyai kecerdasan yang luar biasa sebagaimana disifatkan oleh Ibn al-Imad al-Hanbali bahawa beliau adalah orang yang paling cerdas di dunia. Abu Ubaid berkata: Aku tidak pernah berjumpa dengan orang yang lebih alim tentang kitab Allah selain daripadanya. Manakala Imam Syafii pernah berkata: Kalaulah aku boleh mengatakan bahawa al-Quran itu diturunkan dengan bahasa Muhammad bin al-Hasan, nescaya boleh aku mengatakan begitu kerana lidahnya yang fasih. Jika tidak kerananya nescaya ilmu itu tidak terbuku kepada aku sebagaimana yang telah berlaku. Muhammad bin al-Hasan pernah mengunjungi Imam Malik di Madinah dan berguru dengannya selama tiga tahun. Beliau telah mendengar dan belajar kitab al-Muwatta karangan Imam Malik dan mempunyai riwayat yang khusus dalam kitab tersebut. Kemudian beliau berjumpa pula dengan Imam Syafii di Baghdad semasa Imam Syafii berkunjung ke sana. Imam Syafii telah membaca buku-buku karangannya dan mengadakan perbincangan dengannya. Perjumpaan beliau dengan Imam Malik dan Imam Syafii telah banyak meninggalkan kesan terhadap ijtihad dan istinbatnya. Beliau adalah seorang tokoh yang sangat berjasa besar di dalam usaha membukukan mazhab Hanafi. Buku-buku karangannya menjadi pegangan guru-guru dan pengikutpengikut mazhab tersebut sehingga ke hari ini. Beliau dianggap orang yang sebenarnya memindahkan fiqh Abu Hanifah dan fiqh Iraq kepada ulama yang datang kemudiannya.

3. Imam Zufar. Beliau ialah Abu al-Hazil Zufar ibnu al-Hazil al-Anbari al-Basri. Beliau dilahirkan pada tahun 110H dan wafat pada tahun 157H atau 158H. Beliau bersahabat dengan Imam Abu Hanifah lebih awal daripada Abu Yusuf dan Muhammad. Pada awalnya beliau adalah seorang ahli hadis tetapi kemudiaanya berpindah menjadi ahli al-rayu kerana cenderung kepada gurunya Abu Hanifah. Beliau merupakan orang yang mahir di dalam kaedah qiyas dan murid Abu Hanifah yang paling banyak menggunakan kaedah tersebut. Beliau merupakan orang yang sangat warak, zuhud, boleh dipercayai (thiqah), menuntut ilmu dan mengajar serta menyebarkannya. Beliau hidup dalam keadaan sedemikian sehinggalah meninggal dunia dan dikatakan ketika beliau meninggal, beliau

10

tidak mempunyai apa-apa di rumahnya melebihi tiga dirham sahaja. Ini kerana beliau pernah berkata: Aku tidak akan meninggalkan sesuatu pun selepas aku mati kerana aku takut dengan perhitungannya nanti.

4. Al-Hasan ibnu Ziad Nama sebenar beliau ialah al-Hasan bin Ziyad al-Lului al-Kufi yang meninggal dunia pada tahun 204H. Beliau ialah Maula al-Ansar dan murid kepada Imam Abu Hanifah, Abu Yusuf,dan Muhammad. Pada mulanya beliau belajar dengan Abu Hanifah dan kemudiannya belajar pula dengan Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hasan. Walau bagaimanapun, kedudukannya tidaklah setanding dengan kedudukan mereka berdua. Beliau merupakan seorang yang pintar, faqih, menghafal riwayat-riwayat daripada Abu Hanifah dan cintakan hadis.

Keempat-empat murid Imam Abu Hanifah di atas merupakan orang yang paling banyak berjasa di dalam mengembangkan mazhab Hanafi terutamanya Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hasan. Mereka semua merupakan mujtahid dan tidak semata-mata berpegang dengan pendapat guru mereka. Oleh sebab itu, di dalam permasalahan fiqh kadang-kadang pendapat mereka berlawanan dengan pendapat Abu Hanifah da nada ketikanya di dalam mazhab Hanafi mempunyai empat pendapat yang berbeza. Walau bagaimanapun mereka tidak terkeluar dari lingkungan mazhab Hanafi dan perbezaan pendapat tersebut sebenarnya memperkukuhkan lagi kedudukan mazhabnya dalam masyarakat. Selain daripada mereka, terdapat ramai fuqaha mazhab Hanafi yang berjasa dalam mengembang dan mempertahankan mazhab mereka. Antaranya: o Yahya bin Akhtam bin Muhammad bin Qatn al-Tamimiyy al-Marwaziyy. Beliau dilahirkan pada tahun 159H dan meninggal dunia pada tahun 242H. Beliau merupakan seorang yang sangat terkenal dan pernah dilantik sebagai qadhi di Basrah pada tahun 202H oleh al-Makmun dan kemudiannya dilantik menjadi ketua qadhi di Baghdad. o Hilal bin Yahya bin Muslim al-Basri atau lebih dikenali dengan gelaran Hilal al-Rayi kerana keluasan ilmunya, banyak menggunakan kaedah qiyas dan kuat ingatan. Beliau merupakan seorang pakar perundangan mazhab Hanafi. Beliau menuntut ilmu terutamanya ilmu fiqh daripada Abu Yusuf dan Zufar, kemudian beliau menjadi guru dan mengajar masyarakat tentang ilmu ini. Beliau meninggal dunia pada tahun 245H.

11

o Abu Abdullah Muhammad bin Shuja al-Thalji atau lebih dikenali dengan Ibn al-Thalji. Beliau dilahirkan pada tahun 181H dan meninggal dunia di Baghdad pada tahun 266H. Beliau merupakan murid kepada al-Hasan bin Ziyad. Beliau adalah seorang pakar perundangan di Iraq pada zamannya. Ibn al-Thalji adalah seorang yang warak, soleh dan banyak membaca al-Quran. Beliau meninggal dunia di Baghdad ketika sedang sujud dalam sembahyang Asar. o Ahmad bin al-Hasan Abu Said al-Bardai. Beliau merupakan seorang pakar perundangan mazhab Hanafi dan pandai berhujah. Beliau berguru dengan ulama-ulama Hanafi di Baghdad seperti Abu al-Hasan al-Kharki dan Abu Tahir al-Dabbas. Beliau meninggal dunia pada tahun 318H di Mekah. o Muhammad bin Musa bin Muhammad Abu Bakr al-Khawarizmi. Beliau merupakan seorang yang thiqah (boleh dipercayai), fasih dan menjadi pemimpin mazhab Hanafi di Baghdad. Al-Khawarizmi telah dilantik menjadi pengajar dan pemberi fatwa serta pernah ditawarkan jawatan qadhi tetapi beliau menolaknya. Beliau tidak pernah menerima pemberian atau hadiah daripada orang ramai. Beliau meninggal dunia di Baghdad pada tahun 403H. o Ala al-Din Muhammad bin Ahmad bin Abi Ahmad al-Samarqandi. Beliau merupakan seorang pakar perundangan mazhab Hanafi dan pengarang kepada kitab yang terkenal iaitu Tuhfah al-Fuqaha dan al-Lubab. Beliau meninggal dunia pada tahun 539H. o Ala al-Din Abu Bakr bin Masud bin Ahmad al-Kasani. Beliau merupakan murid kepada Ala al-Din Muhammad bin Ahmad al-Samarqandi dan berkahwin dengan anak perempuan gurunya. Beliau merupakan pengarang kepada kitab Badai al-Sanai yang menjadi rujukan kepada pengikut-pengikut mazhabnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 587H. o Muhammad Amin bin Umar bin Abd al-Aziz al-Dimashqi atau lebih dikenali dengan nama Ibn Abidin. Beliau dilahirkan di Damshiq pada tahun 1198H dan meninggal dunia di sana pada tahun 1252H. Beliau merupakan seorang hafiz al-Quran dan amat luas pengetahuannya dalam pelbagai bidang ilmu. Hal ini kerana beliau mempelajari semua ilmu termasuk usul al-Fiqh, kaedah bahasa Arab, hadis, tafsir, tasawuf, faraid, ilmu hisab dan lain-lain.

12

6.1

PEMBUKUAN KITAB MAZHAB HANAFI

Imam Abu Hanifah dikatakan tidak pernah menulis serta menyusun sebarang kitab dalam bidang ilmu fiqh sebagaimana yang ada pada hari ini melainkan beberapa risalah kecil dalam bidang ilmu kalam dan dakwah. Contohnya seperti al-Fiqh al-Akbar, al-Alim wa alMutaalim dan risalah-risalah yang ditulis kepada Uthman al-Bittiy (meninggal tahun 132H) serta risalah-risalah yang menolak pendapat Qadariyyah. Namun demikian, murid-muridnya telah memainkan peranan penting dalam memindah dan menulis semula pendapat serta riwayat beliau. Antara murid beliau yang terkenal dalam usaha ini ialah Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hassan al-Syaibani yang dikenali sebagai al-sahiban yang bermakna dua orang sahabat.12

Antara karangan dan kitab yang masyhur dalam Mazhab Hanafi hasil karya Abu Yusuf ialah:

a) Kitab al-Athar: mengandungi riwayat-riwayat yang ditulis oleh beliau dari bapanya yang diambil daripada Imam Abu Hanifah. Kitab ini juga mengandungi riwayat daripada Rasulullah s.a.w, dan mana-mana sahabat atau tabiin yang diterima oleh Imam Abu Hanifah sendiri. Selain itu, kitab ini turut mengandungi sebahagian besar fatwa-fatwa fuqaha tabiin yang berada di Iraq dan ia merupakan kumpulan hukum fiqh yang menggambarkan bentuk kesimpulan hukum (istinbat) dan ijtihad yang dibuat oleh Imam Abu Hanifah.

b) Kitab ikhtilaf Abi Hanifah wa Ibn Abi Laila: buku ini adalah merupakan sebuah kitab yang menghimpunkan segala permasalahan yang menjadi perselisihan antara Imam Hanifah dan Ibn Abi Laila. Kitab ini turut diriwayatkan oleh Imam Shafii dalam kitab al-Umm. c) Kitab al-Radd Ala Siyar al-Awzai. Buku ini menjelaskan tentang penolakan Abu Yusuf terhadap pendapat Imam al-Awzai yang menyalahi Abu Hanifah dalam perbincangan mengenai hubungan di antara orang islam dan bukan islam ketika berperang serta mengenai perkara yang berkaitan dengan jihad. Buku ini turut

12

K.H. Munawar Khalil, 1983, Biografi Empat Serangkai Imam Mazhab, P.T Bulan Bintang, Jakarta,Indonesia.

13

dimuatkan dengan pendapat Abu Yusuf yang menyokong pandangan pandangan ulama Iraq.

d) Kitab al-Kharaj. Pada asalnya buku ini ditulis dan ditujukan kepada Harun al-Rashid berkenaan dengan khazanah negara dengan mengambil dalil dan hujah daripada alQuran, hadith dan fatwa sahabah. Menurut pengulas sejarah Islam, buku ini adalah hasil karya Abu Yusuf yang terbaik. Buku ini dimuatkan dengan penerangan mengenai sistem kewangan negara islam dengan menyatakan tentang perkara yang tidak dipersetujui oleh beliau terhadap pendapat gurunya beserta alasannya secara jujur. Selain daripada kitab-kitab diatas, masih ada kitab-kitab lain yang ditulis oleh Abu Yusuf tetapi telah lenyap. Antaranya ialah kitab yang berkaitan Usul, kitab al-Salah, kitab al-Zakah, kitab al-Siyam, kitab al-Faraid, kitab al-Buyu, kitab al-Hudud, kitab al-Radd ala Malik bin Anas dan lain-lain lagi.13 Manakala karya Imam Muhammad bin al-Hassan al-Syaibani dalam fiqh merupakan hasil penulisan yang lengkap dan terulung dengan mencakupi setiap persoalan yang timbul. Antara kitab beliau yang termasyur dalam aliran Mazhab Hanafi ialah:

a) Kitab al-Mabsut atau al-Asl. Kitab ini merupakan kitab pertama yang ditulis oleh Muhammad bin al-Hassan al-Syaibani. Di dalam kitab ini, beliau telah mengumpulkan permasalahan-permasalahan yang pernah difatwakan oleh Imam Abu Hanifah serta khilaf di antara Abu Yusuf dan Muhammad sendiri. b) Kitab Jami al-Saghir. Kitab ini telah diriwayatkan oleh beliau daripada Abu Yusuf. c) Kitab Jami al-Kabir. Kitab ini merupakan salah satu kitab yang paling penting kerana mengandungi himpunan permasalahan-permasalahan fiqh yang dibincang secara mendalam.

13

Mohd. Nasran Mohamad. Anwar Fakhri Omar. Mohd Zamri Muda. ect, 2001, Metodologi Fiqh, Penerbit Uneversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor,.

14

d) Kitab Siyar al-Saghir. Kitab ini banyak membincang dan menerangkan tentang hukum jihad, pedamaian, ghanimah, fidyah, serta perkara-perkara yang boleh dan tidak dibolehkan ketika perang. e) Kitab Siyar al-Kabir. Kitab ini merupakan kitab yang terakhir karya Muhammad bin al-Hassan. Kitab ini ditulis ketika berlakunya percanggahan pendapat antara beliau dan Abu Yusuf. Justeru, di dalam kitab ini beliau tidak menyebut nama Abu Yusuf bahkan menggantikannya dengan gelaran al-Thiqah. Kitab ini mengandungi hujah daripada al-Quran dan Hadith serta hal-hal berkaitan peperangan Rasulullah s.a.w. f) Kitab al-Ziyadat. Kitab ini dinamakan sedemikian kerana ianya mengandungi persoalan dan permasalahan tambahan daripada kitab-kitab yang terdahulu daripadanya.

Semua kitab-kitab di atas dikenali sebagai Zahir al-Riwayah kerana menghimpunkan riwayat-riwayat yang sahih dan boleh dipercayai. Di samping itu, terdapat dua buah kitab beliau yang lain yang mempunyai mutu penulisan yang sama iaitu kitab al-Athar dan kitab al-Radd ala Ahl Madinah (turut diriwayatkan oleh Imam Shafii dalam al-Umm).14 Selain itu, banyak lagi kitab-kitab yang dikatakan sebagai hasil penulisan Imam Muhammad al-Hassan tetapi tidak dapat dipastikan dengan jelas tentang kesahihannya. Oleh yang demikian, kitab-kitab ini telah dinamakan sebagai Ghayr Zahir al-Riwayah atau kitab al-Nawadir. Antara kitab tersebut ialah:

a) al-Kisaniyyat b) al-Haruniyyat c) al-Jurjaniyyat d) al-Ruqiyyat e) al-Ziyadah al-Ziyadat

Di samping karya Abu Yusuf dan Imam Muhammad al-Hassan, terdapat banyak lagi kitabkitab lain dalam Mazhab Hanafi yang ditulis oleh ulamak-ulamak lain selepas daripada mereka. Antaranya ialah kitab al-Kafi (Imam Abu al-Fadl Muhammad al-Maruzi), kitab al-

14

IBID ( )

15

Nawazil (Abu al-Layth Nasr al-Samarqandi), kitab al-Tarifat ( Sayyid al-Sharif Ali bin Muhammad al-Jurjani) dan banyak lagi.15

7.1

PENYEBARAN MAZHAB HANAFI

Mazhab Hanafi merupakan mazhab yang paling luas penyebarannya. Ini kerana pengembangan mazhab ini telah dibantu oleh keadaan semasa yang berlaku pada waktu itu, di mana mazhab ini menjadi pengangan kerajaan Abbasiyyah selama 500 tahun. Ramai dari kalangan ulama mazhab tersebut telah dilantik menjadi qadi seperti Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Hasan al-Shaybani yang membantu kea rah pengembangan mazhabnya. Mazhab ini juga telah menjadi mazhab rasmi bagi kerajaan Uthmaniyyah.

Pada hari ini, banyak Negara telah mengikut mazhab Hanafi seperti Negara-negara bekas jajahan kerajaan Uthmananiyyah seperti Mesir, Syria, Lubnan, Jordan, Iraq dan Turki. Mazhab ini juga diikuti di Negara-negara Balkan, Afghanistan, Pakistan, Turkistan, Asia Tengah, India dan China. Mazhab ini mempunyai pengikut yang ramai di Negara-negara yang berlainan dan dianggarkan berjumlah lebih dari 180 juta orang yang merupakan 1 per 3 umat Islam di dunia. Ia juga mempunyai hampir 25 juta pengikut di Amerika Selatan16.

8.1

KESIMPULAN

Apa yang dapat kami rumuskan melalui tugasan ini ialah kami dapat mengetahui serba sedikit menegenai sejarah hidup Imam Abu Hanifah. Selain itu, kami juga dapat mengetahui kesukaran yang dihadapi oleh beliau semasa menuntut ilmu. Beliau juga dikurniakan keperibadian yang mulia iaitu beliau merupakan seorang pedagang yang jujur terhadap pelanggan yang membeli barangan beliau. Sebagai contohnya, terdapat kisah berkaitan dengan kejujuran beliau iaitu Suatu hari,datang seorang perempuan yang memerlukan duit,lalu perempuan itu ingin menjual baju sutera peninggalan arwah suaminya.Abu Hanifah bertanya kepada perempuan tersebut Baju ini cantik,berapa harganya?. Perempuan itu menjawab : Sepuluh dinar. Abu Hanifah berkata janganlah bergurau kerana baju itu harganya lebih mahal daripada yang kamu sebutkan. Setelah
15 16

IBID ( ) 10 IBID ( )

16

mendengar itu,perempuan tersebut menaikkan harga baju tersebut sehingga dia tiada hujah untuk berlawan dengan Abu Hanifah. Akhirnya, Abu Hanifah berpendapat bahawa baju tersebut berharga lebih 40 Dinar. Perempuan itu tidak percaya. Tiba-tiba, datang seorang lelaki yang tertarik kepada baju tersebut lalu menawarkan harga 50 Dinar untuk membeli baju tersebut. Perempuan itu, dengan berasa gembira berkata : Sekiranya tuan membeli baju tadi dengan harga 10 Dinar, tuan dapat menjual dengan harga 50 Dinar. Tuan akan mendapat keuntungan yang banyak,tetapi mengapa tuan tidak melakukannya?. Abu Hanifah menjawab : Saya lebih suka bersikap jujur dalam perniagaan. Jelaslah melalui cerita ini, kita dapat mengetahui keperibadian beliau yang sangat mulia iaitu kkejujuran yang dimilikinya di dalam perniagaan. Selain itu, beliau juga pandai membahagikan masa antara berniaga dan menimba ilmu pengetahuan. Kehidupan beliau sering diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan berfaedah. Oleh itu, kita sebagai umat islam haruslah mencontohi sifat peribadi mulia yang ada pada ulama tersohor ini.

17

RUJUKAN

K.H. Munawar Khalil, 1983, Biografi Empat Serangkai Imam Mazhab, P.T Bulan Bintang, Jakarta,Indonesia.

Mohd. Nasran Mohamad. Anwar Fakhri Omar. Mohd Zamri Muda. ect, 2001, Metodologi Fiqh, Penerbit Uneversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2013, Istilah-Istilah Fiqh Dan Usul:Empat Mazhab, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Muhammad Abu Zahrah, 1997, Hayatuhu,wa Asruhu,wa Arahu wa Fiqhuhu, Darul Fikr Arab, Kaherah,Mesir. Imam Muhammad Abu Zahrah, 2011, Imam Abu Hanifah Salasilah Perjalanan Hidup, Pendapatan dan Kefakihannya Dalam Memahami Syariat, Jasmin Publications, Selangor. Muhammad Said Mursi, 2007, Tokoh-Tokoh Islam Sepanjang Sejarah, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta, Indonesia.

Abdurrahman Asy-Syarqawi, 2000, Riwayat Sembilan Imam Fiqh, Pustaka Hidayah, Bandung, Indonesia.

You might also like