Relay Run Combined Kjdshdnfklsdmfksjvisvnjs

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

TUGASAN 2: MEMPERINCIKAN SALAH SATU ACARA OLAHRAGA

LARI BERGANTI- GANTI 4X100 METER DAN 4 X 400 METER

2.0 PENGENALAN

Lari berganti- ganti merupakan satu-satunya acara berpasukan atau berkumpulan dalam sukan olahraga. Ada acara untuk peserta lelaki dan ada juga acara untuk peserta wanita. acara lari berganti- ganti sering menjadi tumpuan ramai sama ada pada pihak peserta ataupun penonton. Menurut sejarah, lari berganti-ganti bertitik-tolak daripada suatu perjalanan perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau beritaberita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain. Selain itu, pada zaman dahulu wujudnya suatu permainan yang membabitkan pasukan ahli bomba. Setiap ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini adalah sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia. Selepas daripada itu, lari berganti- ganti mula diadakan pada akhir abad ke19 di Amerika Syarikat dan diwujudkan oleh dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennsylvania, iaitu Frank Ellis dan Laussat Geyelin. Mereka memulakan larian ini untuk jarak metrik, dengan satu pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Seorang pelari akan berlari sejauh 402.34 meter (suku batu) dengan membawa baton untuk diterima oleh rakannya. Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berlari pada jarak yang sama. Terdapat dua pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1893. Selepas daripada itu, semakin banyak kejohanan olahraga yang membabitkan acara lari berganti- ganti di Amerika Syarikat dan dan juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara- negara lain.

Acara lari berganti- ganti 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter banyak didedahkan kepada peminat sukan olahraga walaupun banyak lagi acara lain. Pada prinsipnya kesemua empat orang pelari akan berlari pada jarak yang sama. Bagaimanapun, dalam larian sebenar, disebabkan berlakunya pertukaran baton, maka terdapatnya perbezaan jarak larian di kalangan empat pelari yang terlibat. Ini bermakna ada pelari yang berlari lebih jauh daripada pelari yang lain dan ada pelari yang berlari pada jarak dekat. Matlamat acara lari berganti-ganti ialah berlari sambil membawa baton dari seorang pelari sehingga semua pelari mendapat giliran masing- masing. Pelari akhir akan berlari sehingga ke garisan penamat. Dalam acara ini, perkara yang perlu diambil berat ialah persefahaman antara pelari dalam pasukan. Persefahaman dalam memberi dan menerima baton dianggap perkara penting dalam menentukan kejayaan pasukan. Jika berlaku sedikit kesilapan akan memberi kesan kepada pencapaian pasukan yang terlibat. Baton merupakan peralatan utama yang diperlukan dalam acara lari bergantiganti. Pemilihan baton adalah berdasarkan kepada ukuran yang telah ditetapkan seperti panjang dan saiz diameter baton tersebut. Secara amnya, ukuran panjang bagi sebatang baton adalah 23 hingga 30 cm dan diameternya adalah 1.2cm.

Rajah 1: Baton yang biasa digunakan di dalam acara lari berganti- ganti Memegang baton dalam lari berganti- ganti, khususnya 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter adalah penting. Seseorang atlet seharusnya memegang baton di bahagian pangkalnya dan atlet tersebut harus memegang baton tersebut dengan genggaman yang kemas dan selesa bagi mengelakkan baton tersebut jatuh terutamanya semasa berlari. Ia juga mestilah tidak menghalang pelari daripada berlari dan dapat diberikan kepada rakan dengan baik dan licin. Baton boleh

dipegang melalui beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan. Bagi pelari pertama, dua keadaan harus diberikan perhatian dalam memegang baton. Pertama ialah ketika memulakan larian dan kedua iaitu ketika membawa dan memberikan baton kepada rakan.

http://treebuilder.blogspot.com/2011/01/lari-berganti-ganti.html 2.1 ACARA LARI BERGANTI- GANTI 4 X 100 METER 2.1.1 Peraturan larian Empat orang pelari dari pasukan yang berbeza diperlukan bagi membentuk sebuah pasukan lari berganti- ganti 4 x 100 meter, serta seorang pelari simpanan bagi setiap pasukan. Kedudukan pelari bagi sesebuah pasukan ditentukan oleh jurulatih sebelum perlumbaan dijalankan. Semua pelari dalam sesebuah pasukan akan berlari dalam lorong yang sama yang telah ditetapkan menerusi undian sebelum perlumbaan dijalankan. Pelari pertama akan memulakan larian dengan membawa baton. Pertukaran baton kepada pelari kedua dan seterusnya hendaklah dilakukan di dalam petak atau kawasan yang telah ditetapkan. Pelari hendaklah membuat pertukaran baton yang bersih Pertukaran yang dibuat di luar kawasan dikira batal. Selain itu, semua pelari dalam pasukan hendaklah berlari sambil memegang baton dari pelari pertama hinggalah kepada pelari terakhir yang memecut ke garisan penamat. Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang - undang yang ditetapkan. Sebarang tindakan, perbuatan atau perlakuan yang boleh mengganggu atau menghalang perjalanan acara ini boleh menyebabkan acara larian dibatalkan. Setiap pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan baju yang bernombor serta lambing dan warna pasukan masing- masing. Pelari pertama hanya akan memulakan larian setelah isyarat diberikan oleh pegawai pelepas. Sebarang pertukaran pelari hendaklah dibuat sebelum perlumbaan dimulakan. Pasukan berkenaan hendaklah memaklumkan kepada pegawai perlumbaan tentang pertukaran ini.

Perkara-perkara penting: Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan dibatalkan.

2.1.2 Pemilihan dan ciri- ciri pelari

Untuk mendapatkan empat atau lima orang pelari pecut bukanlah suatu perkara yang mudah. Biasanya untuk pembentukan satu pasukan lari berganti-ganti 4 x 100 meter, pihak berkenaan akan mengadakan satu ujian khas. Selain itu, pelari yang mempunyai persefahaman yang baik juga dijadikan pertimbangan dalam hal ini. Secara amnya, pemilihan boleh dibuat berdasarkan beberapa ciri yang tertentu iaitu pelari tersebut biasanya mempunyai jarak langkah yang besar, gerakan kaki yang pantas serta kuasa otot yang tinggi. Pelari Pertama

Pelari pertama merupakan pendorong yang penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik. Antara aspek penting yang perlu ada pada pelari ini ialah harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton di samping berkeupayaan berlari di selekoh. Biasanya, pelari ini adalah pelari yang kedua terpantas di dalam sesebuah pasukan. Biasanya pelari pertama akan berlari lebih jauh bersama baton. Jila pelari pertama dapat memulakan larian dengan baik, sudah tentu akan menjadi pendorong kepada pelari lain untuk demikian. Sebaliknya jika pelari pertama gagal melakukan permulaan atau larian yang baik akan menjejaskan larian pelari lain.

Pelari Kedua

Pelari kedua yang baik pula haruslah seorang yang boleh berlari pantas pada garis lurus dengan baik. Pelari ini mesti bijak daripada segi menerima &

menghantar baton. Biasanya, jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri. Perkara lain yang harus diutamakan dalam pemilihan pelari kedua ialah keupayaannya menerima dan menghantar baton dengan baik daripada pelari pertama kepada pelari ketiga. Pelari Ketiga

Pelari ini biasanya ialah pelari ketiga terpantas dalam sesebuah pasukan. Dia berkebolehan dan berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton

menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya. Pelari ini perlu diberikan latihan dalam usaha mendapatkan persefahaman dan kelincinan dalam pertukaran baton, terutamanya daripada pelari ketiga kepada pelari keempat. Pelari Akhir

Pelari akhir merupakan pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya. Pelari ini harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan dan kelajuan, ia adalah penting. Walaupun dari segi jarak larian sebenar, jarak larian pelari terakhir ini adalah yang paling pendek, tetapi dari segi kepantasan, larian pecut adalah penting. Pelari Simpanan

Seorang lagi pelari perlu disediakan sebagai simpanan. Ini juga penting sebagai persediaan jika berlaku sesuatu yang tidak diduga kepada salah seorang pelari atau sekiranya prestasi salah seorang daripada mereka merosot, atau juga sebagai salah satu strategi ketika berlumba dengan sesebuah pasukan yang sudah biasa.

http://tanchyelengd20102045278.blogspot.com/2011/12/larian-berganti-ganti-4-x100-meter.html 2.1.3 Panduan asas Perkara- perkara berikut adalah antara panduan yang harus diketahui oleh para pelari, jurulatih dan guru pengawas, khususnya untuk acara lari berganti- ganti.

1. Jarak larian Walaupun anggapan umum bahawa semua pelari berlari pada yang sama, hakikatnya mereka berlari pada jarak yang berbeza- beza. Jika pertukaran baton dilakukan selepas atau di luar zon pertengahan pertukaran baton, setiap pelari berlari pada jarak yang berikut:

Pelari 1 2 3 4

Jarak larian maksimum Jarak larian biasa Jarak (purata) 106 m 126 m 126 m 120 m 101.5 m 121.5 m 121.5 m 120 m 101.5 m 99.0 m 99.0 m 97.5 m

larian

dengan baton

Jadual 1: Jarak larian pelari dalam acara lari berganti- ganti Setiap pelari dalam acara ini perlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menerima dan memberi baton, terutamanya pelari kedua dan ketiga. Walaupun pelari pertama dan terakhir hanya perlu melakukan sama ada memberi atau menerima baton, mereka juga perlu mahir dalam perlakuan ini.

2. Pemilihan mengikut keupayaan berlari. Keupayaan berlari mengikut kedudukan dan keperluan pelari hendaklah diberikan keutamaan dalam membuat pemilihan ke atas pelari yang akan membentuk pasukan. Kepantasan berlari juga tidak harus diketepikan kerana kepantasan akan menjamin kemampuan pasukan.

3. Semangat berpasukan Sebagai acara berpasukan, sewajarnya setiap pelari dapat memantapkan persefahaman dan semangat kerjasama yang tinggi sesama ahli dalam pasukan. Latihan yang konsisten dan intensif merupakan satu- satunya cara terbaik untuk mencapai hasrat ini.

2.1.4 Kedudukan dan gaya permulaan larian pelari- pelari dalam acara 4 x 100 meter

1) Pelari Pertama Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan. Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 meter. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukannya bersesuaian dengan baton. Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan. Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki. Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan. Pelari mula berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas. Pelari berlari pada selekoh pertama (pantas di selekoh) Baton boleh dipegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan. Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang baton adalah seperti berikut:

Rajah 2: Cara memegang baton oleh pelari pertama semasa permulaan larian

2) Pelari Kedua Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri. Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri. Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri) 3) Pelari Ketiga Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri. Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh). Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan). Lari di sebelah dalam lorong sendiri. 4) Pelari Keempat Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri. Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri. Tamatkan larian di garisan penamat. Pelari yang penuh keazaman & tenang.

Rajah 3: Pelan trek bagi acara lari berganti- ganti dan kedudukan setiap pelari

2.1.5 Gaya dan teknik pertukaran baton Dalam acara lari berganti- ganti, setiap pelari akan berpeluang membawa baton dari satu jarak ke satu jarak tertentu, sehingga pasukan itu menamatkan keseluruhan larian. Kelancaran dan kelicinan dalam melakukan pertukaran baton dapat membantu pencapaian sesebuah pasukan dalam acara ini. Setiap pertukaran baton hendaklah dilakukan di dalam kawasan atau petak yang disediakan. Jika dilakukan di luar kawasan tersebut, larian dianggap batal dan larian pasukan yang terlibat turut dibatalkan. Terdapat beberapa cara pertukaran yang boleh dilakukan antara seorang pelari dengan pelari yang lain.

1. Hantaran dari atas ke bawah.

Cara ini adalah yang paling pantas dan sering digunakan. Akan tetapi ada risikonya jika tidak diberi dengan betul iaitu baton akan mudah terjatuh. Jika pelari pertama yang membawa baton menggunakan tangan kanan, dan apabila tiba ke kawasan pertukaran baton, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya. Sambil berlari, pelari kedua bersedia mengangkat tangan kirinya sambil membuka tapak tangannya atau menadah untuk menerima baton daripada pelari pertama. Pelari pertama hendaklah memberi isyarat untuk pelari kedua mengangkat dan membuka tangannya.

Pelari pertama akan memberi baton dengan pergerakan tangan dari atas ke bawah, atau secara memukul tapak tangan pelari kedua. Pelari kedua akan membawa baton dengan tangan kiri, dan memberi kepada pelari ketiga dengan tangan kiri, juga dari atas ke bawah. Pelari ketiga yang membawa baton dengan tangan kanan akan memberi baton kepada pelari terakhir yang akan menerima dengan tangan kiri untuk memecut ke garisan penamat.

Rajah 4: Hantaran menggunakan teknik Atas-Bawah

2. Hantaran dari bawah ke atas

Cara menghantar dan menerima baton seperti ini juga sering digunakan oleh kebanyakan pasukan lari berganti- ganti 4 x 100 meter ini. Cara ini adalah kurang risikonya, tetapi persefahaman yang baik antara penghantar dan penerima baton menjadikan hantaran tersebut menarik dan pantas. Jika pelari pertama membawa baton dengan tangan kanan, dia akan memberi kepada pelari kedua yang menerimanya dengan tangan kiri. Apabila pelari pertama tiba hampir dengan kawasan pertukaran baton, pelari kedua akan mula memecut. Pelari pertama akan memberi baton dengan pergerakan tangan dari bawah ke atas. Pelari kedua yang mendapat isyarat bersedia daripada pelari pertama akan menghulurkan tangan kirinya sambil membuka tapak tangan menghala ke bawah. Pelari ini akan menerima baton itu lalu memegang dengan selesa untuk berlari menuju kepada pelari ketiga. Pelari kedua akan memberi baton kepada pelari ketiga menggunakan teknik yang sama seperti yang diterimanya daripada pelari pertama. Pelari ketiga juga boleh memberi baton kepada pelari terakhir dengan cara yang sama.

Rajah 5 : Hantaran menggunakan teknik Bawah-Atas

2.1.6 Teknik penerimaan baton Terdapat dua teknik menerima baton daripada seorang pelari yang sebelumnya dalam acara 4 x 100 meter ini yang selalu digunakan oleh pasukan lari berganti- ganti, tidak kira sama ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri atau sekolah. Teknik yang kerap dan selesa digunakan ialah:

CARA SELANG- SELI TANPA PANDANG

CARA SELANG- SELI DENGAN PANDANG

1. Cara selang- seli tanpa pandang Cara ini biasanya diamalkan dalam acara berganti- ganti 4 x 100 meter. Dalam teknik ini, pelari pertama dan ketiga berlari sambil membawa baton dengan tangan yang sama, sementara pelari kedua dan keempat berlari membawa baton dengan tangan yang sama. Ini bermakna kedudukan tangan yang memegang baton di sepanjang larian ialah kiri-kanan-kiri-kanan, atau kanan-kiri-kanan-kiri. Semasa melakukan pertukaran baton: a. setiap pelari yang menerima baton akan berlari terus tanpa menoleh ke belakang untuk melihat baton. b. Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari seterusnya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton. Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Jari-jari penerima baton hendaklah dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Penerima baton haruslah meluruskan tangan dan jangan menggoyangkannya. Pelari yang memberikan baton

akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan. Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta merta. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

Rajah 6: Cara selang seli tanpa pandang

2. Cara selang- seli dengan pandang Kedudukan pelari adalah sama seperti cara pertama, iaitu kiri-kanan-kiri-kanan, atau kanan-kiri-kanan-kiri. Pelari akan terus berlari seperti biasa dan yang berbeza hanyalah ketika berlaku pertukaran baton, iaitu pelari yang menerima baton akan memandang ke belakang. Sebenarnya, cara ini kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400 meter. Tapi, tidak dapat dinafikan cara ini adalah lebih tepat dan berisiko rendah, tetapi disebabkan penerima baton terpaksa menoleh ke belakang, bererti dia sudah kehilangan beberapa saat daripada masanya. Kemungkinan juga dia akan menerima baton di luar kawasan yang dibenarkan kerana terlalu menumpukan perhatian kepada baton.

Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton. Cara pertukaran yang betul menggunakan cara ini adalah seperti berikut: Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Dia akan menghulurkan tangan kanan ke belakang dan harus meluruskan tangannya. Tapak tangan penerima baton hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka. Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jarijarinya yang sebelah lagi. Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu. Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya. Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.

Rajah 7: Cara selang seli dengan pandang

2.1.7 Zon pertukaran baton Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter. Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton. Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.

Rajah 8: Zon pertukaran baton acara 4 x 100 meter

2.2 ACARA LARI BERGANTI- GANTI 4 X 400 METER

2.2.1 Aturan berlari lari berganti-ganti 4 x 400 meter. Di dalam aturan berlari, empat orang pelari diperlukan bagi membentuk satu satu pasukan lari berganti-ganti 4 x 400 meter, serta seorang sebagai pelari simpanan. Walaupun kedudukan pelari hanya ditentukan semasa acara berlangsung iaitu berdasarkan kedudukan pelari pertama, tetapi kedudukan pelari pertama ditentukan sebelum perlumbaan bermula. Pelari pertama akan memulakan larian dengan membawa baton manakala pelari keempat akan menamatkannya. Pelari pertama akan berlari mengiku lorong yang ditetapkan. Pelari kedua akan menerima baton daripada pelari kedua selepas pelari pertama menamatkan lariannya. Pelari itu akan berlari mengikut lorong

sehingga melepasi selekoh pertama, selepas itu dia boleh memotong memasuki lorong paling dalam untuk meneruskan larian. Pelari ketiga dan keempat akan menunggu rakannya di garisan penamat untuk mendapatkan baton. Semua pelari hendaklah berlari dengan memegang baton dari permulaan larian hingga ke garisan penamat. Jika pelari terakhir tiada baton, peserta itu dan pasukannya akan dikira batal. Pelari pertama akan memulakan larian setelah isyarat diberi oleh pegawai pelepas. Sebarang pertukaran pelari hendaklah dibuat sebelum perlumbaan dimulakan. Pasukan berkenaan hendaklah memaklumkan kepada pegawai perlumbaan tentang perubahan pelari ini. Setiap ahli dalam pasukan hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan baju yang bernombor serta lambing dan warna pasukan masing -masing. Semua pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan undang -undang yang ditetapkan. Sebarang tindakan, perbuatan atau perlakuan yang boleh menghalang atau menganggu perjalanan acara ini boleh menyebabkan pembatalan kepada pasukan berkenaan.

Rajah 9: Kedudukan dan bentuk balapan bagi acara 4 x 400 meter.

Rajah 10: Permulaan dan zon penukaran baton.

2.2.2 Pemilihan calon dan ciri-ciri pelari lari berganti-ganti 4 x 400 meter.

Tidaklah sukar, untuk mendapatkan seorang atau dua pelari yang betul -betul berkemampuan dalam satu-satu acara tetapi untuk mendapatkan lima orang pelari mungkin menimbulkan masalah. Bagaimanapun, ada kalanya terlalu ramai peserta yang berpendapat mempunyai prestasi yang baik sehingga mampu membariskan mereka dalam pasukan lari berganti-ganti. Biasanya untuk menentukan pemilihan pelari, diadakan ujian demi ujian dan peringkat demi peringkat. Lima orang pelari terbaik akan dipilih atau mungkin bilangan ini ditambah menjadi sepuluh orang, untuk membentuk dua pasukan lari berganti-ganti. Ini bertujuan, mana-mana pelari yang mampu menunjukkan peningkatan mungkin boleh dipilih kemudiannya dan sebagai persediaan dalam menghadapi kemungkinan pelari mengalami kecederaan atau menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan. Pemilihan menerusi ujian begini adalah salah satu cara terbaik yang boleh dilakukan, tetapi ada cara lain yang dibuat oleh seseorang jurulatih. Dalam memilih pelari untuk acara 4 x 100 meter, selain mempunyai kelajuan yang tinggi, kriteria lain yang diutamakan ialah persefahaman, kemahiran dalam pertukaran baton, serta kemampuan berlari di selekoh. Bagi acara 4 x 400 meter, semua ini tidak begitu

penting, yang penting dan utama ialah keupayaan pelari berlari dengan pantas dan mempunyai strategi larian yang berbagai-bagai. Dengan demikian, ciri-ciri pelari mengikut kedudukan dalam pasukan tidak penting. Ini bermakna kesemua lima orang pelari secara amnya hendaklah mempunyai ciri-ciri dan kebolehan yang hampir sama, dan hendaklah yang terbaik dari[ada pelari lain yang menghadiri ujian.

2.2.3 Panduan asas lari berganti-ganti 4 x 400 meter. Sebelum pelari memulakan larian, mereka perlu mengetahui panduan asas dalam acara larian 4 X 400 meter ini. Terdapat empat panduan asas dalam larian 4 X 400 meter ini ialah jarak larian, pertukaran baton, pemilihan pelari mengikut keupayaan berlari dan semangat berpasukan. Di bawah ini terdapat keterangan panduan asas dalam acara larian 4 X 400 meter. 1- Jarak larian. Dalam acara lari bergnati-ganti 4 x 400 meter, kita telah diberitahu bahawa jarak yang diambil oleh keempat-empat pelari adalah berbeza mengikut kedudukan mereka. Dalam acara 4 x 400 meter, semua pelari berlari pada jarak yang sama. 2- Pertukaran baton. Walaupun pertukaran baton tidaklah sesukar 4 x 100 meter, tetapi setiap pelari hendaklah mempunyai kemahiran dalam memberi dan menerima baton. Biasanya pelari terakhir adalah daripada pelari terbaik dalam 400 meter pasukannya. Kedudukan pelari ketiga dan keempat di garisan penerimaan baton adalah bergantung kepada kedudukan pelari kedua. Ini bermakna jika pelari kedua pasukan A berada di hadapan, rakannya berada di lorong paling dalam untuk menerima baton diikuti oleh pelari kedua terpantas dengan penerima baton berada di sebelahnya. Jika pelari kedua berapa pada kedudukan terkebelakang, bermakna pelari ketiga pasukannya akan menerima baton yang terakhir.

3- Pemilihan mengikut keupayaan berlari. Keupayaan berlari tanpa mengikut kedudukan serta keperluan tertentu, asalkan mempunyai kelajuan yang tinggi selalu diberi keutamaan. Andainya ada pelari yang lebih baik, pelari itu hendaklah diberi peluang walaupun dia tidak menghadiri ujian. 4- Bersemangat berpasukan. Sebagai acara berpasukan, sewajarnyalah setiap pelari dapat memantapkan persefahaman dan semangat kerjasama yang tinggi sesama ahli dalam pasukan serta pegawai dan jurulatih. Latihan intensif dan konsisten adalah satu -satunya cara terbaik mencapai hasrat ini.

2.2.4 Susunan berlari, lari berganti-ganti 4 x 400 meter. Susunan pelari dalam sebarang acara lari berganti-ganti termasuk 4 x 400 meter merupakan strategi penting bagi sesebuah pasukan dalam usaha memenangi perlumbaan ini. Susunan yang betul dan tepat menjanjikan keputusan yang membanggakan, dan susunan yang tidak tepat akan menjejaskan persembahan pasukan. Hanya jurulatih yang mempunyai cara dan strategi yang difikirkannya sesuai dalam menentukan susunan pelari. Sekirannya sesebuah pasukan lari berganti-ganti 4 x 400 meter mempunyai kesemua pelarinya yang mempunyai keupayaan atau kelajuan larian yang hampir sama, jurulatih boleh meletakkan pelari yang agak lemah untuk memulakan larian diikuti oleh pelari kedua lemah dan diikuti oleh dua pelari yang lebih pantas. Jurulatih boleh juga mengadakan susunan pelari dengan meletakkan pelari yang terpantas memulakan larian diikuti dengan pelari lain mengikut susunan kepantasan mereka. dengan demikian, kesemua keempat-empat orang pelari berpeluang mengalahkan lawan masing-masing sehingga pelari terakhir. Ada kalanya sesebuah pasukan itu terdiri daripada pelari yang mempunyai kelajuan larian yang berbeza-beza. Pada pandangan umum, sudah tentu akan menimbulkan kesukaran kepada jurulatih untuk meletak kedudukan yang paling sesuai. Biasanya pelari yang kedua terpantas akan memulakan larian. Pelari ketiga terbaik diletak sebagai pelari kedua, pelari yang ketiga terbaik sebagai pelari ketiga

dan pelari yang mempunyai kelajuan terpantas diletakkan sebagai pelari terakhir. Ini penting kerana sebarang kesilapan atau jika tertewas di peringkat pelari kedua atau ketiga, pelari terakhir masih berpeluang melakukan sesuatu untuk pasukannya. Bagaimanapun kedudukan setiap pelari dalam sesebuah pasukan bukanlah seseuatu yang tetap. Jurulatih boleh menukar kedudukan pelari bukan sekadar berdasarkan keupayaannya berlari, tetapi mungkin juga berdasarkan kekuatan pasukan lain yang mengambil bahagian. Bagaimanapun, sebarang pertukaran kedudukan ini hendaklah diputuskan oleh jurulatih sebelum perlumbaan bermula. Pegawai perlumbaan mempunyai kuasa untuk membatalkan sesebuah pasukan jika tidak mematuhi aturan yang ditetapkan. Umumnya, setiap pasukan lari berganti -ganti meletakkan pelari yang terpantas dalam pasukannya sebagai pelari terakhir. Ini menjadikan saingan dan perebutan kedudukan ditentukan oleh pelari terakhir ini. Keadaan akan menjadi menarik apabila tiba giliran pelari terakhir, ini disebabkan setiap pelari akan berusaha untuk mendapatkan tempat pertama. Oleh itu, susunan kedudukan pelari dalam acara 4 x 400 meter juga adalah penting, walaupun tidak begitu diberikan perhatian seperti dalam susunan pelari untuk acara 4 x 100 meter. Semua pelari hendaklah saling berkerjasama, walaupun salah seorang rakannya tidak dapat mencapai kedudukan terbaik.

2.2.5 Teknik larian lari berganti-ganti 4 x 400 meter. Teknik larian sangat penting dalam acara larian 4 X 400 meter ini. Teknik larian berbeza antara keempat-empat larian. Di bawah menunjukkan teknik larian keempat-empat larian bagi pelari dalam satu pasukan. 2.2.5.1 Pelari pertama. Peranan utama pelari pertama ialah memulakan perlumbaan. Sebelum memulakan larian, setiap pelari pertama hendaklah memastikan mereka mempunyai baton. Semua pelari akan beratur di hadapan garisan permulaan mengikut lorong masing-masing menerusi undian yang telah dijalankan. Apabila semuanya sudah bersedia, pelari pertama akan mengambil tempat di garisan permulaan mengikut lorong masing-masing, manakala pelari lainnya akan beredar daripada tempat

permulaan dan menanti giliran mereka di tepi balapan. Mereka kini hanya menantikan pegawai pelepas memberikan isyarat permulaan sahaja. Setelah semuanya bersedia, pegawai pelepas akan mengarahkan semua pelari pertama Ke Garisan, Sedia, dan di sudahi dengan tembakan pistol menandakan permulaan larian acara 4 x 400 meter. Pelari pertama digalakkan menggunakan blok permulaan bagi memantapkan perlumbaan. Pelari pertama akan berlari mengikut lorong sepanjang lariannya, dan meneruskan larian sehingga baton diberi kepada pelari kedua. Walaupun pelari yang berlari di lorong paling luar kelihatan mendahului pelari-pelari lain semasa permulaan, mereka sebenarnya akan menghabiskan jarak larian yang sama. Sudah tentu setiap pelari pertama akan berlari sedaya mungkin bagi memberikan permulaan yang seterusnya akan mendorong rakan-rakan pasukannya untuk berlari lebih baik. 2.2.5.2 Pelari kedua. Selepas pelari pertama berlari, pelari kedua akan mengambil tempat di garisan permulaan mengikut kedudukan pelari pertama. Mereka akan bersedia dengan larian masing-masing di samping sama-sama memerhatikan larian yang dilakukan oleh pelari pertama mereka. Sebaik sahaja mendapat baton daripada pelari pertama, pelari kedua akan meneruskan larian di lorongnya. Hanya selepas melepasi jarak 100 meter, baharulah mereka dibenarkan memasuki lorong di sebelah dalam balapan. Sudah tentu semua pelari akan berusaha untuk berlari di lorong paling dalam dan selepas itu penonton dapat melihat mereka cuba memotong lawan masing-masing, semuanya pada satu lorong. Namun ada kalanya pelari berlari di lorong kedua atau ketiga terutamanya ketika memotong, tetapi biasanya pada lorong selekoh semua pelari berlari dalam lorong paling dalam. Di sini juga sering berlaku kejar mengejar dan potong memotong sehingga menjadikan perlumbaan ini menarik. Dengan kedudukan sedemikian, adalah masih terlalu awal untuk memilih pasukan mana yang akan memenangi perlumbaan itu, sekiranya taraf atau pencapaian mereka adalah sama. Lainlah jika terdapat pasukan yang mempunyai prestasi yang lebih baik atau jauh lebih baik daripada pasukan lain.

Apa yang pasti setiap pelari akan berusaha menamatkan larian terlebih dahulu daripada pelari lain.

rajah 11 : pergerakan pertukaran baton dari atas ke bawah.

Rajah 12: Pergerakan pertukaran baton dari bawah ke atas

2.2.5.3 Pelari ketiga. Sebaik sahaja pelari kedua berlepas untuk berlari, semua pelari ketiga akan berada di garisan permulaan untuk meneruskan cabaran masing-masing. Oleh sebab pelari kedua berlari tanpa mengikut lorong seperti pelari pertama, sudah tentu

semua pelari ketiga berusaha untuk menunggu rakannya pada lorong paling dalam, walaupun rakannya itu ketinggalan atau berada pada kedudukan paling corot. Bagi mengelakkan perebutan ini, kedudukan pelari ketiga ditentukan menerusi kedudukan pelari kedua. Ini bermakna jika pelari kedua pasukan A sedang mengahului perlumbaan, bermakna pelari ketiga pasukan itu akan menunggu pada lorong paling dalam untuk mendapatkan baton. Dalam keghairahan berlari, semua pelari jangan sekali-kali cuba melakukan sesuatu kepada lawan untuk mendahului mereka atau untuk menganggu larian mereka. Semangat kesukanan tetap diutamakan walaupun ramai yang mahukan kemenangan. Pegawai perlumbaan sentiasa memerhatikan tingkah laku dan adab larian setiap peserta, dan mereka akan mengangkat bendera mereka jika berlaku kesalahan atau kekasaran. 2.2.5.4 Pelari keempat. Pelari keempat atau terakhir juga akan menunggu rakannya memberi baton pada garisan permulaan mengikut kedudukan terkini pelari ketiga. Untuk mengelakkan daripada berlaku perebutan lorong ini, pegawai perlumbaan akan memastikan kedudukan sebenar pelari terakhir. Dengan ini sudah tentu akan memberi sedikit kelebihan kepada pelari yang berada paling hadapan ketika pertukaran baton berlaku. Tugas utama pelari keempat atau pelari terakhir dalam acara lari bergantiganti 4 x 400 meter ini ialah memastikan dia melepasi pita penamat terlebih dahulu daripada pelari lain. Sebagai pelari terakhir, kemenangan atau kekalahan pasukannya sememangnya terletak di bahunya. Pelari terakhir ini hendaklah bijak mengatur strategi larian supaya tidak mudah ditewaskan oleh lawannya. Dia juga hendaklah jangan terlalu yakin walaupun sedang mendahului larian. Tidak mungkin disebabkan terlalu yakin, dia akan ditewaskan lawan. Kemuncak acara lari berganti-ganti 4 x 400 meter ini ialah pada peringkat 200ataupun 100 meter terakhir. Semua pelari akan memecut atau meningkatkan kepantasan masing-masing untuk tiba terlebih dahulu di garisan penamat. Di sini terletaknya kemahiran mereka dalam berlari acara lari berganti-ganti ini. Disebabkan saingan yang sengit dan kepantasan yang kemuncak, ada kalanya pihak penganjur terpaksa menggunakan kaedah photo-finish untuk menentukan pemenangnya. Tidak

kurang pula adakalanya disebabkan perbezaan yang ketara. Antara sebuah pasukan dengan yang lain, jarak atau perbezaan jarak pada akhir perlumbaan adalah terlalu jauh. 2.2.6 Pertukaran baton lari berganti-ganti 4 x 400 meter. Berlari sambil membawa baton merupakan aturan utama dalam lari bergantiganti. Dengan membawa baton menjadikannya berbeza daripada acara-acara lain. Ini bermakna setiap pelari dalam pasukan lari berganti -ganti akan berlari sambil membawa baton sehinggalah kesemua pelari menamatkan larian, dan masih memegang baton. Pertukaran baton berlaku selepas seseorang pelari menamatkan lariannya. Pelari yang membawa baton akan memberikannya kepada pelari berikutnya dalam pasukannya. Sekiranya pelari berlari tanpa baton atau baton terlepas daripada pegangannya atau terkeluar daripada kawasan pertukaran yang dibenarkan akan menyebabkan lariannya dibatalkan. Ini bermakna pasukannya juga akan menerima nasib yang sama. Disebabkan pelari terpaksa berlari pada jarak yang agak jauh dan kepantasan dalam pertukaran baton tidaklah sepantas dalam larian lari berganti-ganti 4 x 100 meter, kaedah memandang dilakukan oleh pelari yang akan menerima baton. Juga pelari yang akan memberi baton sudah keletihan ketika tiba ke garisan penamat, sudah tentu akan menyulitkannya jika pelari yang akan menerima baton terus berlari dengan pantas. Pelari ini akan memberi baton kepada rakannya secara menegak, sama ada pada tangan kanan atau tangan kiri, bergantung pada pegangan baton pelari sebelumnya. Elakkan daripada memberi dan menerima baton pada tangan yang sama, kerana ini menganggu larian. Ketika hendak menerima baton, pelari hendaklah membukakan tangannya dengan jari telunjuk dan ibu jari membentuk huruf V supaya baton tidak mudah terjatuh atau tidak dapat diberikan kepada penerima dengan baik atau tepat sehingga boleh menimbulkan masalah kepadanya pula. Pelari yang menerima baton hendaklah melakukannya pada zon atau kawasan yang dibenarkan. Pelari yang menamatkan larian pula tidak dibenarkan terus keluar daripada lorongnya atau memasuki lorong pelari pasukan lain bagi mengelakkan kemungkinan berlaku kemalangan atau perlanggaran.

Rajah 13: Penerima baton menerima di garis permulaan dan pemberi bersedia memberi kepada pelari yang seterusnya.

Rajah 14: pertukaran baton

Rajah 15: penerima terus memecut.

2.2.7 Perkara-perkara penting lari berganti-ganti 4 x 400 meter. Terdahulu kita telah membincangkan kedua-dua acara lari berganti-ganti ini secara agak mendalam. Ini penting kerana inilah satu-satunya acara berpasukan dalam olahraga. Oleh sebab berpasukan, bererti persefahaman dan kerjasama di antara rakan sepasukan adalah penting. Berikut adalah antara perkara -perkara penting yang harus diberikan perhatian oleh semua pelari. Setiap pelari hendaklah mempunyai identiti atau pengenalan diri, iaitu menerusi pemakaian yang mempunyai abjad dan berwarna sama dengan pelari sepasukan. Selain itu, sesebuah pasukan 4 x 400 meter hendaklah terdiri daripada empat orang pelari serta seorang pelari simpanan. Pelari juga hendaklah berlari sambil membawa baton, mengelilingi balapan 400 meter. Tambahan pula, pertukaran baton antara pelari hendaklah dilakukan di dalam kawasan sejarak 20 meter yang ditetapkan. Pertukaran yang dibuat di luar kawasan ini dikira batal. Selepas memberi baton kepada rakannya, seseorang pelari tidak boleh serta merta keluar dari lorongnya bagi mengelakkan sesuatu daripada berlaku.

Dalam

memberikan

baton

kepada

rakan,

pelari

tidak

boleh

mencampakkannya atau terus membuang baton selepas tamat larian. Selain itu, setiap pelari hendaklah mematuhi segala syarat dan aturan perlumbaan sepanjang perlumbaan diadakan. Keputusan yang dibuat oleh pegawai perlumbaan adalah muktamad. Bagaimanapun mana-mana pegawai atau peserta yang tidak berpuas hati atas sesuatu perkara dalam perlumbaan ini boleh merujuk kepada jawatankuasa rayuan.

You might also like