Pkpim Memimpin Zaman

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PKPIM MEMIMPIN ZAMAN

Mohd Saifullah Mohd Zulkifli


www.saifullahzulkifli.blogspot.com

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar
Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di
Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali
sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan
hanya pada 29 September 1965 PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.

Penubuhan PKPIM ini diusahakan oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 10 orang
pemimpin pelajar daripada lima institusi pendidikan tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab
Teknik Kuala Lumpur (sekarang Universiti Teknologi Malaysia), Maktab Pertanian Malaysia
(sekarang Universiti Putra Malaysia), Kolej Islam Malaya (sekarang Maktab Perguruan Islam)
dan Maktab Perguruan Bahasa. Tujuan utama penubuhan persatuan ini pada awalnya
adalah untuk menjadi wakil tunggal pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
pada waktu itu untuk berhubung dengan badan-badan pelajar Islam di luar negeri.

PKPIM ditubuhkan atas dasar inisiatif yang timbul kesan dari Seminar Pelajar Islam Se
Malaysia yang pertama kali dianjurkan pada 4 September 1960 bertempat di Universiti
Malaya. Beberapa persatuan pelajar Islam dari luar negara seperti Malaya, Indonesia,
Singapura, Brunei, Sabah, Sarawak, Filipina dan Ceylon menjadi perwakilan pada hari
tersebut. Seminar ini merupakan seminar pertama yang dianjurkan oleh para pelajar atas
nama Islam.

Hasil dari seminar tersebut beberapa resolusi telah dibentuk iaitu persatuan pelajar-pelajar
Islam PTM perlu mengadakan satu persatuan kebangsaan bagi menyatupadukan pelajar-
pelajar Islam di PTM dan perlunya PTM mengadakan satu institusi pengajian tinggi (universiti)
bagi memenuhi keperluan pengajian Islam yang ada di negara ini. Hasil dari resolusi yang
dibuat, maka Jawatankuasa Seminar memberi mandat untuk membentuk satu Jawatankuasa
Penaja penubuhan PKPIM.

Susur Galur Perjungan Dakwah PKPIM adalah merupakan hasil kesinambungan dakwah
Rasulullah saw dalam menyebarkan risalah tauhid, pengabdian kepada satu-satunya
pencipta, Allah swt dan menyebarkan Al-Deen Islam, agama yang tinggi lagi meninggikan.
Dasar perjuangan ini adalah seperti mana yang pernah diungkapkan Mughirah ibn Syukbah
sewaktu berdepan dgn panglima parsi, Panglima Rustum yang beliau mengungkapkan ’misi
ini adalah untuk membebaskan pengabdian manusia sesama manusia kepada pengabdian
yang satu Allah swt’.

Susur galur perjuangan yang lebih dekat kepada PKPIM adalah fenomena terkini umat Islam
selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah, dimana umat Islam yang mengalami kerosakan
aqidah dan jati diri muslim yang amat sangat. Islam dibeleggu oleh penjajahan barat,
kemiskinan, rasuah, kejatuhan moral, kerapuhan aqidah dan pelbagai lagi permasalahan
umat. Perkara ini juga berlaku di tanah Melayu (Malaysia). Justeru dalam permasalahan dan
kekangan yang berlaku ini lahirnya seorang yang dikatakan sebagai mujadid alaf baru, Imam
Hassan al-Banna melalui gerakan dakwah jemaah Ihkwan Muslimin di Mesir. Satu lembaran
baru dalam gerakan dakwah Islam apabila tercetusnya gerakan dakwah yang dibawa oleh
Ikhwan pada peringkat awal. Cetusan perjuangan tersebut turut sampai ke Tanah Melayu
yang akhirnya membentuk PKPTPM dan kemudianya diubah nama kepada PKPIM.

PKPIM bukanlah jemaah Islam yang bernaung terus di bawah Ikhwan tetapi PKPIM turut
mengambil beberapa konsep penting dalam manhaj dan uslub dakwah. PKPIM mengadaptasi
sistem Usrah, Tamrin, Syura, mukhayyam dan sebagai daripada Ikhwan tetapi diubah suai
mengikut waqi’, keadaan setempat di Malaysia. Oleh kerana itu PKPIM dan ABIM
menperkenalkan mendekatan Manhaj Maliyzi dalam gerakan dakwah.

Sehingga hari ini PKPIM telah tertubuh lebih satu dekat di persada dakwah, PKPIM akan terus
berjuang demi kepentingan umat dan mengangkat risalah nubuwwah.PKPIM telah melahirkan
pelbagai pemimpin negara dan ummat Islam. PKPIM telah berjuang isu-isu yang tidak pernah
dibayangkan oleh orang lain, mendepani zaman. Hujung 60-an dan 70-an kita perjuang isu
kemiskinan, rasuah, bahasa, Islam sebagai cara hidup. PKPIM juga memainkan peranan besar
di dalam mengangkat martabat generasi muda. Kita tidak pernah memandang faktor usia
sebagai satu penghalang untuk berjasa dan terlibat di dalam membina ummat. PKPIM cukup
terkenal dengan tradisi budaya ilmu. Gerakan untuk menganggakt martabat genarasi muda
melalui medium ilmu adalah merupakan satu agenda yang sentiasa menjadi ikon dan identiti
kepada ahli PKPIM. Ahli-ahli PKPIM pada usia yang muda telah diperkenalkan dengan
penulisan dan buku-buku yang besar, ilmuwan yang tersohor, kerana itulah PKPIM sentiasa
dilihat melangkaui zaman dan penggeraknya dikatakan ’tua sebelum usia’

Kata-kata ini bukanlah kata-kata retorik untuk mengangkat bakul sendiri, tetapi sejarah telah
membuktikannya. Kepada generasi muda PKPIM, kita adalah penerus perjuangan risalah
nubuwwah, kita adalah penerus perjuangan membela nasib ummat, kita penerus gerakan
mengangkat martabat generasi muda.

PKPIM dan Masa Depan. Kalau mahu dicoret disini pasti banyak yang ingin diungkapkan
mengenai perjuangan PKPIM pada masa depan. PKPIM perlu untuk menggerakkan zaman
dengan terus menjawap persoalan-persoalan zaman. Ini merangkumi menjawap
permasalahan umat yang berlaku. Ini yang akan menentukan PKPIM terus relevan. PKPIM
terkenal dengan moto ” KEADILAN dan KEBENARAN” atas dasar ini PKPIM tidak seharusnya
bersikap apologia dengan menyatakan pendirian yang tegas dan kritikal tidak kira mana-
mana pihak. Kalaulah penjara yang menjadi harga kepada sebuah perjuangan, maka
bersedialah untuk menerima, kerana bak kata Said Nursi dan Yusuf Qardhawi, ’Penjara adalah
Rumah Kedua kepada Pejuang. Pimpinan PKPIM juga perlu sentiasa kreatif di dalam
mempelbagai medium dakwah untuk menarik generasi muda dan dalam pada masa yang
sama memperteguh fahaman dan pegangan terhadap Quran dan Sunnah. Terakhir adalah
PKPIM harus sentiasa kekal dengan memperkaya budaya Ilmu dan mengangkat generasi
muda dengan memertabatkan ilmu. Justeru penggerak PKPIM perlu lincah dalam pembacaan
dan kritikal dalam pemikiran. PKPIM akan terus relevan memimpin zaman.

Prinsip Penting PKPIM Buku-Buku Non-Haraki Buku-Buku Haraki


Dakwah Tarbiyyah Universiti Mengangkat Tradisi Islam and Sekularisme
Waqi’yah Intellektual Fiqh Awlawiyyat
Manhaj Maliyzi Mahasiswa Menggugat Risalah Kaum Muslimin
Wasotiyyah Gelombang Kebangkitan Asia Maza Ya’ni
Non-Partisan, Wahdatul Menangani Perubahan Cara Hidup Islam
Ummah Penjelasan Budaya Ilmu Petunjuk Sepanjang Jalan
Ruhul Jihad fi Sabilillah Clash of Civilization Fi Zillal al-Quran
Syura Amal Jamai End of History and The Last Tafsir Azhar
Budaya 7 Men
9 Orientasi Gerakan

Tokoh-Tokoh Haraki Tokoh-Tokoh Non-Haraki Nilai Tambah Zaman Baru


Hassan al-Banna Melcolm X Blog
Abul ala al-Maududi Mahatma Ghandi Email/groups
Syed Qutb Soe Hok Gie Muzik
Mustafa Masyhur Prof Wan Muhamad Nor Wan Sukan
Abul Hasan Ali an-Nadwi Daud Kebudayaan
Said Hawa Prof Syed Naquib al-Attas Penulisan
Mahamad Natsir Rashid Redha Majalah
HAMKA Jamaluddin al-Afghani Laman Sawang
Anwar Ibrahim Muhammad Abduh
Said Nursi Badiuzzaman
Yusuf al-Qardhawi
Said Ramadhan

Istilah Dalam Jemaah


Jemaah Wala Manhaj Shadid Rehlah Tanzim Muktamar
MPBF Aula
Harakah Syura Fikrah Usrah Futur Khittah Iftar
MKPI Ana
Islah Wajib Haraki Furu’ Tamrin Jundiyyah Mas’ul Daurah
SPP Anti
Tajdid Uslub thiqah Mukhayyam Qiyadah Murabbi MAPPIN
MPK Antum

“saudara-saudara sekalian, kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan pertubuhan parti


politik, bukan pertubuhan yang diasaskan dengan tujuan yang terbatas, tapi kamu adalah
satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya
dengan Al-Quran. Kamu adalah satu cahaya baru yang memancar., yang akan
menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah. Kamu adalah suara-
suara lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasullulah s.a.w” - Imam Hasan Al-Banna

You might also like