BAB 11 - Penyelenggaraan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

BAB 11 PENYELENGGARAAN MAKMAL DAN BILIK SAINS

Penyelenggaraan merupakan proses penyemakan dan pemeriksaan yang dijalankan ke atas bangunan, perabot dan juga peralatan sains yang dilakukan secara berkala dan sistematik. Langkah ini penting untuk memastikan bangunan, perabot dan juga peralatan sains sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan (Rajah 11.1). Makmal dan bilik sains yang diselenggara dengan sistematik membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan.

Rajah 11.1: Pengurusan Penyelenggaraan Makmal dan Bilik Sains.

Ketua Bidang Sains dan Matematik serta Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan penyelenggaraan makmal dan bilik sains dilaksanakan oleh kakitangan makmal sains dan guru mengikut prosedur penyelenggaraan yang betul. Sebarang kerosakan yang dikenalpasti hendaklah dibaiki segera dan sekiranya tidak boleh dibaiki, langkah keselamatan hendaklah diambil sebelum laporan dibuat kepada pihak sekolah. Rujuk Lampiran 11.1. Penyelenggaraan makmal dan bilik sains adalah bangunan, perabot dan peralatan makmal seperti Rajah 11.2 di bawah.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 186

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

Rajah 11.2: Aspek Penyelenggaraan Makmal dan Bilik Sains. 11.1 Penyelenggaraan Bangunan

Penyelenggaraan bangunan makmal dan bilik sains merangkumi sembilan aspek yang perlu diberikan penekanan iaitu dari segi keretakan dan kerosakan, ketahanan warna cat, pendawaian elektrik, pengudaraan, saluran paip gas, singki, paip dan longkang, masalah kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai dan bubuk, kebersihan dan juga keceriaan makmal. 11.1.1 Keretakan dan Kerosakan a. Kenalpasti jenis keretakan dan kerosakan yang berlaku. b. Jika terdapat keretakan dan kerosakan, kakitangan makmal hendaklah membuat laporan segera kepada Ketua Bidang Sains dan Matematik. c. Jika keretakan atau kerosakan adalah teruk, pastikan kawasan tersebut dipasang pita rentangan keselamatan. d. Laporan segera hendaklah dibuat kepada Unit Pembangunan di PPD dan JPN.

187 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

11.1.2 Kelunturan Cat a. Kenalpasti bahagian makmal dan bilik sains yang luntur catnya. b. Jika cat luntur terlalu serius, permohonan baikpulih segera perlu dibuat supaya proses mengecat semula dapat dijalankan dengan mengisi borang kerosakan dan dilaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. Rujuk Lampiran 11.2. c Peruntukan pembaikan cat boleh dipohon dari pihak sekolah di bawah peruntukan LPBT atau dari PPD.

d. Kerja mengecat tembok bahagian dalam serta luar makmal dan bilik sains perlu dilakukan secara tender. 11.1.3 Pendawaian Elektrik a. Pastikan pelan kedudukan suis utama, kuasa dan lampu disediakan bagi setiap makmal. b. Pastikan peralatan elektrik berfungsi. c. Suis, soket dan pendawaian hendaklah kerap diperiksa supaya tidak ada sebarang kerosakan. d. Fius hendaklah diganti segera apabila rosak. e. Jika berlaku kerosakan sistem pendawaian elektrik, sila buat laporan kepada pihak sekolah secara mengisi borang aduan. Rujuk Lampiran 11.2. f. Dilarang membaiki sendiri kerosakan sistem elektrik yang berlaku untuk mengelakkan sebarang kemalangan tidak diingini.

11.1.4 Pengudaraan Makmal dan Bilik Sains. a. Pastikan cermin tingkap atau langsir berwarna hitam atau berwarna gelap. b. Pastikan tingkap makmal dan bilik sains sentiasa terbuka untuk pengudaraan dan pencahayaan yang sempurna. c. Jika berlaku kerosakan yang menjejaskan pengudaraan makmal, sila laporkan segera kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. Rujuk Lampiran 11.2. d. Pastikan tingkap makmal dan bilik sains sentiasa terbuka untuk pengudaraan dan pencahayaan yang sempurna. e. Alat pengedar udara hendaklah sentiasa dipasang terutama di bilik penyimpanan bahan kimia.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 188

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

11.1.5 Saluran Paip Gas a. Bilik penyimpanan silinder gas perlu mempunyai pengudaraan yang baik dan hendaklah sentiasa dikunci untuk mengelakkan diceroboh oleh manamana pihak. b. Sistem saluran gas hendaklah sentiasa diperiksa untuk mengenal pasti atau mengelakkan kerosakan dan kebocoran gas. c. Jika disyaki berlaku kebocoran, injap utama hendaklah ditutup dengan serta merta. b. Laporkan sebarang kerosakan ke pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. 11.1.6 Singki, Paip dan Longkang a. Pastikan singki sentiasa bersih. b. Pasangkan alat penapis yang bersesuaian pada singki untuk menapis sisa pepejal supaya singki tidak tersumbat. c. Jangan membuang bahan pepejal (bahan kimia reaktif dan bahan kimia tidak reaktif) dan cecair organik (bahan kimia organik dan bahan kimia tak organik) ke dalam singki. d. Paip air hendaklah sentiasa diperiksa dari masa ke semasa dan jika berlaku kebocoran dan kerosakan, hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan susulan. e. Longkang di dalam makmal dan bilik sains hendaklah sentiasa bersih dan tidak tersumbat. Sementara longkang di kaki lima bangunan yang tersumbat hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. f. Jika longkang tersumbat, hendaklah dibersihkan segera dengan menggunakan pancutan air yang kuat untuk membersih bahan buangan yang terdapat di dalam longkang.

g. Sekiranya masih tersumbat, laporan segera perlulah dibuat kepada pihak sekolah untuk diajukan kepada unit Pembangunan dan Perolehan PPD dan JPN beserta dengan laporan dan gambar bukti. 11.1.7 Kerosakan yang disebabkan oleh anai-anai dan bubuk. a. Sebagai langkah pencegahan, semburan racun anai-anai hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. b. Pemeriksaan berkala perlu dilakukan ke atas lantai dan dinding makmal sekurang-kurangnya dua bulan sekali. c. Jika serangan anai-anai dan bubuk mulai dikesan semula, tindakan pembersihan hendaklah dibuat segera diikuti dengan semburan baru racun anai-anai.

189 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

d. Jika serangan anai-anai sangat kritikal, laporan mestilah dibuat kepada pihak sekolah yang kemudiaannya akan memohon kepada unit Pembangunan dan Perolehan PPD dan JPN beserta dengan laporan dan gambar bukti untuk proses rawatan. 11.1.8 Kebersihan Makmal dan Bilik Sains. a. Pastikan tiada air yang bertakung di dalam makmal dan bilik sains bagi mengelakkan sebarang pembiakan nyamuk. b. Alatan radas yang rosak hendaklah diasing dan dikumpulkan dan dilupuskan mengikut prosedur ditetapkan. c. Langsir makmal dan bilik sains hendaklah dicuci sekurang-kurangnya setahun sekali.

Rajah 11.3: Contoh keadaan kaki lima yang bersih.

Rajah 11.4: Contoh keadaan makmal yang bersih dan ceria.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 190

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

11.1.9 Keceriaan Makmal dan Bilik Sains. a. Pastikan makmal dan kaki lima bangunan makmal diceriakan dengan lukisan mural ataupun istilah-istilah saintifik. b. Kaki lima bangunan makmal boleh dihiasi dengan beberapa jenis pokok bunga yang berwarna warni. c. Langsir makmal yang telah pudar warnanya perlu ditukar baru dengan memohon peruntukan daripada pentadbir sekolah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

11.2

Penyelenggaraan Perabot Terdapat dua jenis perabot di dalam makmal iaitu: a. Perabot asas - terdiri dari almari, bangku murid, meja murid, meja guru, papan kenyataan, papan tulis , rak bahan kimia, rak buku dan almari mikroskop. b. Perabot tambahan - merupakan kebuk wasap yang terdapat di dalam makmal kimia . 11.2.1 Perabot Asas a. Pastikan semua perabot asas sentiasa berkeadaan baik, berfungsi dan selamat untuk digunakan. b. Baiki segera jika berlaku sebarang kerosakan pada perabot asas. Jika berlaku sebarang kerosakan yang yang tidak boleh dibaiki hendaklah dilapor segera kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. c. Jika tidak boleh dibaiki, tindakan pelupusan hendaklah dibuat. Kakitangan makmal perlu melaporkan kepada Ketua Bidang untuk menyediakan surat pelupusan. d. Perabut kayu dan besi yang luntur perlu dicat atau syelek semula mengikut keperluan. 11.2.2 Perabot Tambahan-Kebuk Wasap a. Pastikan dinding, permukaan meja dan juga pintu kebuk wasap sentiasa bersih, berkeadaan baik dan berfungsi. b. Guru dan kakitangan makmal perlu memastikan kipas penyedut sentiasa berada dalam keadaan baik dan dihidupkan setiap kali kebuk wasap digunakan. c. Jangan menyimpan bahan-bahan kimia atau alat radas dalam kebuk wasap. d. Jika berlaku kerosakan, laporan hendaklah dibuat kepada pihak sekolah yang kemudiannya akan memohon peruntukan pembaikan dari Unit Pembangunan dan Perolehan PPD dan salinan kepada JPN beserta dengan laporan dan gambar bukti.

191 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

11.3

Penyelenggaraan Peralatan

Peralatan makmal dan bilik sains perlu disimpan mengikut jenis dan saiz. Peralatan tidak digalakkan disimpan terlalu tinggi atau bersama-sama benda-benda yang berat atau logam. Alat yang mahal seperti Kipps Apparatus hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak asal. Labelkan kotak dengan jelas. Terdapat lima kategori peralatan di dalam makmal iaitu: a. Alat kaca b. Instrumen c. Alat optik d. Alat elektrik e. Alat ICT 11.3.1 Alat Kaca a. Pastikan semua peralatan baik dan berfungsi. b. Pastikan semua peralatan disimpan mengikut spesifikasi dan dengan cara yang betul. c. Alat kaca yang kotor hendaklah dibersihkan dengan bahan pencuci yang sesuai dengan merendam dalam campuran tersebut sekurangkurangnya sehari dan kemudian dibasuh dengan air. d. Alat kaca yang sumbing dan boleh digunakan lagi diperbaiki oleh kakitangan makmal dengan cara digosokkan dengan kertas pasir. e. Bahagian kerosakan alat kaca borosilikat hendaklah dilicinkan semula dengan pengilat halus yang diperbuat daripada karborandum. f. Alat yang pecah hendaklah direkodkan dan disimpan di tempat yang berasingan.

g. Alat yang rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi, hendaklah dibuat pelupusan. 11.3.1.1 Jenis Alat Kaca

Jenis Alat Kaca Tiub dan Rod Kaca

Penyelenggaraan a. Diletakkan mengufuk agar tidak melentur. b. Tiub kaca yang berlubang hendaklah ditutup kedua-dua hujungnya bagi mengelakkan kemasukan habuk

Buret dan Pipet

a. Disimpan secara menegak di rak khas.


PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 192

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

Jenis Alat Kaca

Penyelenggaraan b. Gunakan buret untuk asid dalam proses titratan dan bukannya alkali; yang akan melekat padanya. Jika alkali yang digunakan, buret atau pipet hendaklah dibasuh dengan asid nitrik cair dan diikuti dengan air sebaik sahaja amali selesai. c. Bagi penyediaan, pegangkan buret atau pipet pada kaki retot bagi tujuan keselamatan.

Botol Reagen

a.

Botol reagen hendaklah dilabelkan dengan betul mengikut nama bahan, formula dan kepekatan seperti di bawah (30 cm x 20 cm)

ASID HIDROKLORIK HCl 1.0 mol dm-3


02/09/09

b.

Botol reagen yang mengandungi bahan kimia pekat serta mengkakis hendaklah menggunakan label warna merah. Label yang rosak walaupun masih boleh dibaca hendaklah diganti baru. Jika label botol reagen tidak boleh dibaca lagi, kandungannya hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul.

c. d.

Termometer

a. Disimpan di dalam kotak khas yang sesuai. b. Jika tanda skala pada termometer hilang selepas suatu jangka masa tertentu, buatkan tanda skala yang baru dengan menggunakan dakwat dan dikeringkan di dalam ketuhar pada suhu 500C-700C selama sehari. c. Jika bebenang merkuri termometer terputus, panaskan bebuli dalam kukusan minyak sehingga bebenang merkuri bercantum

193 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

Jenis Alat Kaca

Penyelenggaraan semula dan dibiarkan sejuk. d. Setelah penggunaan, termometer klinik hendaklah dicuci dengan alkohol. e. Bagi termometer digital, baterinya hendaklah dikeluarkan jika termometer tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

Sisip Kaca

a. Disimpan dalam kotak khas supaya tidak terguris. b. Jika banyak, simpan dalam kabinet yang mengandungi gel silika. c. Jika berspesimen, hendaklah dilabelkan dan disusun mengikut kategori tertentu dengan menggunakan satu sistem indeks. d. Sisip kaca yang kosong perlu dibersihkan dengan alkohol dan disimpan dalam kotak.

11.3.2 Instrumen a. Pastikan semua instrumen baik dan berfungsi. b. Semua instrumen hendaklah disimpan mengikut spesifikasi dan dengan cara yang betul. c. Instrumen yang rosak hendaklah dibaiki dan sekiranya tidak boleh dibaiki lagi, hendaklah dibuat proses pelupusan dan dibuat pembelian yang baru. 11.3.2.1 Jenis Instrumen Jenis Instrumen Galvanometer Penyelenggaraan a. Ketatkan terminal yang longgar. b. Terminal galvanometer/ammeter/voltmeter mestilah dibersihkan supaya tidak berkarat untuk menghasilkan sentuhan yang baik dengan wayar penyambung. c. Pastikan pelaras sifarnya berfungsi untuk bacaan yang tepat. d. Penggunaannya mestilah dikawal dengan satu suis tekan dan perintang pengawal yang bersesuaian kerana wayar gelungnya mudah terputus.
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 194

Ammeter

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

Jenis Instrumen

Penyelenggaraan e. Jauhi galvanometer/ammeter/volmeter daripada magnet.

f.

Pastikan ammeter dan voltmeter jenis arus terus hanya digunakan untuk litar arus terus sahaja.

Voltmeter

1) Jam Randik 30 saat 60 saat

a. Tombol disembur dengan minyak pelincir atau anti karat. b. Lap dengan kain atau tisu berminyak. c. Disimpan di dalam kotaknya setelah digunakan. d. Pastikan permukaannya tidak bercalar supaya tidak menjejaskan bacaan masa. e. Sapukan minyak pelincir atau anti karat pada tombol untuk memastikan ianya tidak berkarat. f. Bagi jam randik digital, baterinya hendaklah dikeluarkan jika tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

2) Jam Randik Digital

Angkup Vernier

a. Sembur dengan minyak pelincir atau anti karat. b. Disimpan di dalam desikator untuk mengelakkan daripada berkarat. c. Bagi angkup vernier yang berkarat, gosokkan dengan cermat angkup tersebut dengan kertas pasir halus dan digris.

195 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

Jenis Instrumen Tolok Skru Mikrometer

Penyelenggaraan a. Disembur minyak pelincir atau anti karat dan disimpan dalam kotaknya. b. Bidal digunakan untuk tujuan pelarasan kasar. c. Racet pula digunakan untuk tujuan pelarasan halus.

Neraca Tiga Alur

a. Bersih dengan bulu ayam atau lap dengan kain kering. b. Disimpan dalam stor atau dalam bilik persediaan jauh daripada bahan kimia yang mengkakis. c. Tidak digunakan sebagai tempat meletak barang-barang. d. Sapukan minyak pelincir atau anti karat tiga bulan sekali pada alang aluminium, pivot dan tombol pada neraca untuk mengelakkan berlakunya pengoksidaan. e. Jika rosak pulangkan semula ke pembekal untuk dibaikpulih.

Neraca Elektronik

a. Bersih dengan kain kering jika berhabuk. b. Disimpan dalam stor atau dalam bilik persediaan jauh daripada bahan kimia yang mengkakis. c. Tidak digunakan sebagai tempat meletak barang-barang. d. Neraca elektronik hendaklah disimpan di tempat yang khas (kotak kaca) untuk mengelak habuk dan tidak digalak dipindahkan kerana ia terlalu sensitif dan mudah rosak akibat gegaran. e. Jangan menimbang melebihi had timbangan supaya tidak rosak. f. Jika peralatan yang diterima rosak, pulangkan semula ke pembekal untuk dibaikpulih

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 196

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

Jenis Instrumen Neraca Spring

Penyelenggaraan a. Simpan dalam almari. b. Sembur dengan bahan anti karat pada spring bagi mengelakkan karat. c. Jangan menimbang melebihi had timbangan supaya tidak rosak.

Picagari

a. Hendaklah dicuci terlebih dahulu sebelum digunakan agar habuk yang terkumpul tidak menyebabkan bahagian dalam batang kaca terguris. b. Simpan jarum picagari yang telah digunakan di tempat yang berkunci.

Troli

a. Simpan dalam kabinet tertutup berlabel atau kota berlabel. b. Pin pelepas dipastikan berfungsi. c. Bahagian perlu digris manakala bahagian cerucuk dipastikan boleh dilepaskan dan dimasukkan dengan baik.

Landasan

a. Simpan di belakang makmal atau di lokasi sesuai secara mendatar. b. Skru penghadang tepi landasan diketatkan sebelum digunakan.

Jangka masa detik

a. Simpan dalam kotak atau almari bertutup yang berlabel. b. Spring pengetar disembur dengan pelincir atau anti karat.

197 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

Jenis Instrumen

Penyelenggaraan

Pita Detik

a. Simpan dalam almari bertutup dan berlabel. b. Pastikan pita detik sentiasa berada dalam keadaan bergulung dengan baik.

Stroboskop Tangan

a. Disimpan dalam almari bertutup dan berlabel. b. Bahagian skru disapu dengan minyak pelincir.

Set Neraca Inersia

a. Disimpan dalam kotak bertutup dan berlabel. b. Bilah keluli dan pemberat disembur dengan minyak pelincir atau anti karat supaya tidak berkarat.

Bilah Gergaji Keluli

a. Disimpan dalam kotak dan dilabel. b. Sapu dengan minyak supaya tidak berkarat.

Pemberat (slotted weight)

a. Disimpan dalam kotak berlabel mengikut set atau berat.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 198

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

11.3.3 Alat Optik a. Pastikan semua alat optik berfungsi dengan baik. b. Semua peralatan hendaklah disimpan mengikut spesifikasi dan dengan cara yang betul. c. Peralatan yang rosak hendaklah diperbaiki dan sekiranya tidak boleh diperbaiki lagi, hendaklah dibuat proses pelupusan. 11.3.3.1 Jenis Alat Optik Jenis Alat Optik Mikroskop Penyelenggaraan a. Disimpan dalam kotak khas dan kering dan diletakkan di dalam sebuah almari khas yang dindingnya berlubang kecil untuk pengudaraan dan dipasangkan dengan lampu karbon untuk mengelakkan pembiakan kulat. b. Juga boleh disimpan dengan cara membalut mikroskop dengan menggunakan beg plastik yang diisi dengan gel silika. c. Selepas digunakan, pastikan mikroskop itu berada dalam kuasa yang rendah supaya kanta objek tidak menyentuh pentas. d. Bagi mikroskop yang jarang digunakan, kanta objek dan kanta mata hendaklah ditanggalkan dari mikroskop dan disimpan dalam desikator sementara lubang pada mikroskop hendaklah ditutup. e. Hendaklah diselenggara setahun sekali.

Penyimpanan Mikroskop Kanta dan Prisma a. Kanta dan prisma perlu dibungkus dan disimpan di dalam bekas khas yang sesuai. b. Dibersihkan selalu dengan menggunakan kertas pembersih kanta.

199 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

Jenis Alat Optik Teleskop

Penyelenggaraan a. Disimpan dalam kotak kering yang disediakan untuk mengelakkan kantanya berkulat. b. Kantanya perlu ditanggalkan dan disimpan dalam desikator.

11.3.4 Alat Elektrik a. Pastikan semua alat elektrik bersih, berkeadaan baik, berfungsi dan selamat untuk digunakan untuk memastikan tiada kemalangan yang tidak diingini berlaku. b. Semua alat elektrik hendaklah disimpan di tempat yang kering dan jauh dari bahan kimia. c. Pastikan sambungan wayar penyambung pada alat dan palam hendaklah sentiasa kemas untuk memastikan tiada wayar yang terdedah untuk mengelakkan litar pintas berlaku. 11.3.4.1 Jenis Alat Elektrik Jenis Alat Elektrik Akumulator Penyelenggaraan a. Pastikan ketumpatan spesifik asid adalah sekurang-kurangnya S.G. 1.25 dengan menggunakan hidrometer bateri untuk mengelakkan akumulator kehilangan cas serta tidak dapat dicaskan lagi. b. Sapukan terminal akumulator dengan gris. c. Pastikan air suling sentiasa ditambah untuk memastikan aras elektrolitnya berada pada aras maksimum d. Caskan semula sekiranya ketumpatannya kurang daripada S.G. 1.25.

Bekalan Kuasa

a. Pastikan bekalan kuasa sentiasa berfungsi. b. Jika bekalan kuasa tidak berfungsi, fius hendaklah diperiksa dan diganti dengan fius yang baru ia rosak.
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 200

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

Jenis Alat Elektrik

Penyelenggaraan c. Servis hendaklah dibuat sekiranya bekalan kuasa masih tidak berfungsi. d. Tombol terminal bekalan kuasa hendaklah sentiasa bersih dan tidak berkarat.

Alat Penyulingan

a. Simpan di tempat yang jauh dari bahan kimia. b. Pastikan air dialirkan sebelum suisnya dipasang dan suisnya dimatikan dahulu sebelum pili air ditutup. c. Pastikan suis dan pili air ditutup apabila tamat waktu persekolahan pada setiap hari untuk mengelakkan kerosakan pada alat apabila tiada bekalan air.

OHP

a. Pastikan berfungsi dan disimpan dalam keadaan bertutup dan selamat. b. Penggunaannya hendaklah direkodkan di dalam buku rekod penggunaan. c. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada staf sokongan makmal untuk dibaik pulih. d. Elakkan penggunaan yang berterusan tanpa henti (tidak melebihi 30 minit) untuk jangka hayat yang lebih panjang. e. Elakkan mengangkat OHP ketika panas kerana boleh menyebabkan kerosakan pada mentol.

Cerek Elektrik Ketuhar Pengisar Makanan Peti Sejuk Transistor

a. Pastikan peralatan-peralatan elektrik berkeadaan sentiasa bersih dan di simpan secara berkumpulan. b. Peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan bahan kimia hendaklah diperiksa selalu. c. Jangan menyimpan sebarang makanan di dalam peti sejuk yang disimpan dengan bahan kimia untuk mengelakkan sebarang keracunan makanan.

201 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

Jenis Alat Elektrik

Penyelenggaraan d. Jika berlaku kerosakan, sila laporkan kepada Ketua Bidang untuk urusan pembaikan.

11.3.5 Alat ICT a. Pastikan semua alat ICT berkeadaan baik dan berfungsi untuk digunakan. b. Semua alat ICT hendaklah disimpan di dalam peti keselamatan atau di tempat yang selamat dan berkunci. c. Tanggalkan plug punca sambungan elektrik selepas digunakan peralatan ICT untuk mengelak berlakunya litar pintas. d. Peralatan ICT yang bermasalah hendaklah dilaporkan untuk dibaik pulih dengan segera kepada unit ICT sekolah untuk tindakan selanjutnya untuk dilaporkan kepada unit ICT PPD dan JPN (gunakan borang Lampiran 10.3). e. Peralatan ICT yang telah rosak dan tidak boleh dibaiki hendaklah dilakukan proses pelupusan. 11.3.5.1 Alat ICT Jenis Alat ICT Komputer Meja Penyelenggaraan a. Pastikan komputer meja berfungsi dan diletakkan di tempat yang selamat dalam bilik persediaan. b. Penggunaannya hendaklah direkodkan di dalam buku rekod penggunaan. c. Pastikan prosedur shut down dipatuhi. d. Pastikan tiada sambungan punca kuasa selepas tidak digunakan. e. Urusan penyelenggaraan hendaklah dilakukan dua kali setahun.

Komputer Riba

a. Pastikan setiap komputer riba dilabel dan direkodkan agihan dan berfungsi dengan baik. b. Komputer riba yang berlebihan hendaklah disimpan di dalam peti besi keselamatan/almari yang berkunci .

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 202

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

Jenis Alat ICT

Penyelenggaraan c. Sebarang permasalahan yang berkaitan hendaklah direkodkan dan dilaporkan ke unit ICT sekolah untuk dibuat tindakan susulan. d. Komputer hendaklah dipulangkan pada akhir tahun dalam keadaan yang selamat untuk dipastikan status keadaannya. e. Penyelenggaran bagi komputer riba yang masih dalam tempoh jaminan mestilah dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pembekal.

Mesin Pencetak

a. Semua penggunaan hendaklah direkodkan. b. Pastikan kertas yang digunakan sekurang-kurangnya 70 g untuk mengelakkan kerosakan pada printer. c. Tidak menggunakan mesin pencetak secara berterusan untuk satu tempoh yang agak lama.

Pengecas Bateri

a. Pastikan tidak menggunakan pengecas bateri sekiranya kuasa elektrik dibekalkan untuk jangka hayat yang lebih panjang. b. Pastikan kabel wayarnya tidak terbelit, untuk mengelakkan kerosakan kabel. c. Kerosakan pengecas bateri perlu dilapurkan dengan segera kepada Unit ICT.

DLP

a. Pastikan DLP sentiasa berfungsi dan berada dalam keadaan selamat dan berkunci. b. Sebarang permasalahan hendaklah segera dikenalpasti dan dibaikpulih. c. Pastikan DLP dibersihkan sebulan sekali untuk mengelak daripada keadaan yang berdebu.

Pembesar Suara

d. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada unit ICT sekolah.

203 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

Jenis Alat ICT Kabel VGA

Penyelenggaraan a. Pastikan semua sambungan tambahan sentiasa berfungsi dan berada dalam keadaan selamat dan mudah diperolehi. b. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada unit ICT sekolah untuk tindakan selanjutnya.

UPS

AV Control Box

11.4

Cadangan Sumber Kewangan 11.4.1 Cadangan Kewangan Pembangunan dan Penyelenggaraan Makmal dan Bilik Sains menggunakan peruntukan seperti berikut: a. Peruntukan PCG (Per Capita Grant) Sains b. Peruntukan Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun (LPBT). c. Unit Pembangunan PPD/ Jabatan/ KPM 11.4.2 Cadangan Pembahagian Peruntukan PCG Sains. Mengikut peruntukan di bawah Pekeliling Bil. 5/2002 telah memperuntukkan PCG bagi; a. Sains Teras Peruntukan sedia ada sebanyak 40 % (60 % x Jumlah PCG mata Pelajaran Teras) adalah tidak mencukupi. Dicadangkan bagi setiap pelajar yang mengambil Sains Teras diperuntukkan sebanyak RM 15.00.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 204

Bab 11 - Penyelenggaraan Makmal Dan Bilik Sains

b. Sains Elektif (Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan) Peruntukan sedia ada RM 14.00 setiap pelajar adalah sangat tidak mencukupi terutama sekali sekolah yang mempunyai bilangan yang sedikit. Dicadangkan bagi setiap pelajar yang mengambil Sains Elektif dinaikkan kepada RM 25.00. Manakala peruntukan sedia ada bagi Tingkatan Enam sebanyak RM 30.00 setiap pelajar dinaikkan kepada RM 45.00.

205 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

You might also like