Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat yang tidak

bertanggungjawab, terutamanya golongan remaja. Golongan yang berfikir sempit ini sanggup melakukan aktiviti vandalism sehingga menyusahkan banyak pihak terutamanya masyarakat seumum. Pelbagai masalah boleh timbul ekoran aktiviti yang tidak sihat ini. Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pandangan di tempat-tempat seperti tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga dengan kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan yang telah disediakan di situ sudah dimusnahkan dengan begitu sahaja. Keadaan ini bukan sahaja menyakitkan mata masyarakat kita ini, malah masyarakat luar juga akan mempunyai tanggapan bahawa rakyat di negara ini tidak menghargai dan mementingkan kemudahan-kemudahan awam yang disediakan. Selain itu, masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat akan kehilangan hak untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya dapat menjamin keselesaan hidup seperti telefon awam yang seringkali digunakan oleh masyarakat. Sekiranya berlaku kecemasan, bagaimana masyarakat hendak menggunakan kemudahan ini jika dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Masalah ini boleh membawa kepada banyak keburukan, malah kematian juga boleh berlaku. Bukan itu sahaja, imej negara turut akan terjejas. Hal ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi Malaysia kerana pelancong luar tidak sudi untuk melancong ke negara kita akibat keadaan alam sekeliling yang buruk serta rakyat yang tidak prihatin. Kesannya, industri pelancongan akan merosot. Pada masa yang sama, hal ini boleh memberikan kesan buruk kepada rakyat negara. Industri pelancongan menyumbang kepada sektor lain seperti perhotelan. Sektor perhotelan tidak akan mendapat sambutan handal akibat kemerosotan industri pelancongan dan ini akan menyebabkan rakyat menganggur kerana kurang sektor pekerjaan. Kesimpulannya, masalah vandalisme ini yang membawa kepada lebih banyak masalah yang perlu dihadapi oleh semua pihak harus ditangani dengan secepat mungkin. Semua pihak patut bergabung tangan untuk menyelesaikan masalah yang boleh membawa impak negatif kepada seluruh negara ini demi kemakmuran dan kemajuan negara kita supaya boleh mencapai Wawasan 2020 yang diharapkan oleh seluruh warganegara Malaysia.

You might also like