Download as ppsx, pdf, or txt
Download as ppsx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

MORFOLOGI

KATA BANTU KATA PENGUAT KATA ARAH

NAMA AHLI KUMPULAN:MOHD FARIS KHAIRUDDIN MOHD YASSER JAMALUDDIN SYAHRUL ZAIM ZAHARI NUR AZIRA AZUANI NUR AFIQAH MAHAT

PENGENALAN

Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terdapat di hadapan frasa (FN,FK,FA). Berfungsi mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat tersebut. Kata prafrasa mengandungi lapan jenis. Terdapat 3 jenis yang akan diberi penjelasan iaitu:

Kata bantu Kata penguat Kata arah

KATA BANTU

KATA BANTU

Definisi = jenis perkataan yang bertugas membantu FK, FA dan FSN. Menimbulkan makna tambahan dari segi:

Aspek waktu ragam Kata bantu aspek Kata bantu ragam

Terbahagi kepada 2 iaitu :

KATA BANTU ASPEK

Menimbulkan suasana perbezaan masa iaitu sama ada masa lampau, masa kini atau masa hadapan. Bentuk kata bantu ialah telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan dan belum.

CONTOH AYAT

Kanak-kanak itu sudah makan. Guru Besar masih menyiapkan laporan itu. Kami pernah ke selatan Malaysia. Mereka sedang melintas jalan.

KATA BANTU RAGAM

Bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Contah kata bantu ragam ialah hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan dapat.

CONTOH AYAT

Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri. Mereka mesti bayar sewa hari ini juga. Kita boleh bertolak ke Terengganu esok. Kanak-kanak itu hendak masuk bilik. Awak harus cepat supaya tidak ketinggalan bas.

KATA PENGUAT

PENGENALAN

Definisi = perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif. Berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif tersebut. Terdapat 3 jenis kata penguat iaitu:

Penguat hadapan Penguat belakang Penguat bebas

PENGUAT HADAPAN

Perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif. Contoh kata penguat hadapan ialah:

Terlalu Paling Agak

CONTOH AYAT

Bangunan itu terlalu tinggi. Pemandangan di tepi sawah itu terlalu indah. Masakan ibunya paling sedap. Buku yang dibawanya agak tebal

PENGUAT BELAKANG

Perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif. Contoh kata penguat belakang ialah:

Sekali Benar Nian

CONTOH AYAT

Indah nian puteri santubong. Lambat benar bas itu tiba. Keputusan peperiksaannya kali ini buruk sekali. Cantik benar lukisan itu.

PENGUAT BEBAS

Perkataan bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh kata penguat bebas ialah :

Amat Sangat Sungguh

CONTOH AYAT

Ayu terbeli baju yang sangat besar. Ayu terbeli baju yang besar sangat. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas. Pakaian seragam pasukan itu kemas amat. Tiupan angin di tepi pantai sungguh nyaman. Tiupan angin di tepi pantai nyaman sungguh.

KATA ARAH

PENGENALAN

Sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama. Lazimnya selepas kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh kata arah ialah:

Atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, sisi, timur, barat, selatan, hadapan, utara dan sebagainya.

CONTOH AYAT

Beg itu ada di atas meja. Masjid itu terletak di antara sekolah dengan klinik. Semua peserta masuk ke dalam dewan. Mereka bersembunyi di tepi almari.

TERIMA KASIH

You might also like