Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Pendahuluan Kertas Kerja Definisi kertas kerja Kertas kerja merupakan suatu dokumen yang mengandungi idea untuk

dikemukakan kepada khalayak atau pihak tertentu. Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapat maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh jadi kumpulan besar seperti seminar atau kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek. Oleh itu, Kertas kerja ditakrifkan sebagai satu bentuk penulisan berformat yang mengandungi ideaidea tertentu untuk disampaikan kepada pihak tertentu bagi mendapat kelulusan dan keyakinan daripada pihak yang tertentu. Jenis-Jenis Kertas Kerja Secara umumnya, terdapat dua jenis kertas kerja iaitu: Kertas Kerja Seminar kertas kerja seminar ialah kertas kerja tentang sesuatu perkara untuk dikemukakan kepada sebuah kumpulan atau orang ramai suatu bengkel atau seminar. Penulis akan mengemukakan idea, pandangan, kajian dan penyelidikan dan sebagainya kepada khalayak dengan tujuan untuk memberikan panduan bagi menerokai bidang-bidang baharu, menerangkan sesuatu perkara, menjelaskan sesuatu idea atau mencadangkan tindakantindakan tertentu terhadap sesuatu fenomena. Kertas kerja projek Kertas kerja projek pula dikemukakan untuk urusan-urusan perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan sesebuah badan organisasi. Kertas kerja seperti ini dikemukakan kepada pihak tertentu dengan tujuan mendapat kelulusan projek. Penulis akan

mengemukakan idea bagaimana sesuatu projek atau kajian itu akan dijalankan. Berbanding kertas kerja seminar, kertas kerja projek adalah bersifat formal tetapi menggunakan laras bahasa umum yang lebih mudah difahami. Contoh bagi kertas kerja projek ialah lawatan, perkhemahan dan hari keluarga.

Format Kertas Kerja Kertas kerja tidak mempunyai satu format khusus. Menurut Maimunah (1993), kertas kerja mestilah mengandungi bab-bab yang tertentu di mana setiapnya mengandungi latar belakang, definisi, penghuraian prinsip-prinsip dan rumusan pada setiap akhir bab. Secara umumnya kertas kerja yang lengkap mengandungi maklumat seperti nama projek, latar belakang/rasional, anggaran objektif/matlamat, penubuhan kumpulan sasaran, andaian-andaian jadual halangan, tugas dan

belanjawan,

jawatankuasa,

penentuan

pelaksanaannya. Ciri-Ciri Penulisan Kertas Kerja Yang Baik Untuk mencapai matlamat penulisannya, kertas kerja perlu memenuhi ciri-ciri dan kriteria dan penulisan yang telah ditetapkan. Antaranya ialah penggunaan bahasa yang baik dan sesuai. Penguasaan bahasa yang baik dapat menyampaikan maklumat sesuai dengan tujuannya di samping dapat meyakinkan pembacanya. Seterusnya, kertas kerja perlu mengandungi banyak maklumat akan tetapi biarlah ringkas, tepat dan padat. Laras bahasa seperti pemilihan kata, frasa, ayat, khalayak dan bidang juga perlu dititikberatkan dalam penulisan kertas kerja. Secara umumnya, penulisan kertas kerja menggunakan laras bahasa formal. Penggunaan wacana juga amat penting untuk menujukkan koheren (rentetan) dan kohesi sesuatu kertas kerja. Dengan itu, pembaca dapat memahami sesuatu idea yang hendak disampaikan. Dalam menghasilkan kertas kerja yang baik, penulisan harus dipersembahkan dengan bentuk yang tekal dan konsisten terutamanya dari segi ejaan dan penulisan subtajuk, ditulis dalam format yang sama seperti membuat inden atau jarak tepi. Kertas kerja mengandungi maklumat yang banyak. Oleh itu, penulis disarankan membuat rujukan dan semakan daripada pelbagai pihak agar tiada maklumat tertinggal ataupun tidak lengkap. Penambahbaikan perlu dibuat ke atas maklumat yang tidak lengkap agar kertas kerja yang dikemukakan mendapat kelulusan. Sesebuah kertas kerja yang baik tidak bergantung kepada kepanjangannya. Sebaliknya bergantung kepada tujuan, khalayak, apa yang diperkatakan dan sebagainya.

Tujuan Penulisan Kertas Kerja Menurut Maimunah (1993), antara tujuan umum penyediaan kertas kerja ialah untuk mengeluarkan idea-idea dan data tertentu mengenai sesuatu perkara kepada kumpulan sasaran tertentu. Di samping itu, menggalakkan perbincangan, diskusi serta penyelidikan susulan dalam bidang tertentu. Kerta kerja juga bertindak sebagai dokumen yang bermaklumat untuk ditunjukkan kepada pihak-pihak tertentu bagi mendapat kebenaran atau keizinan bagi menganjurkan sesuatu acara atau program. Ianya juga berperanan sebagai dokumen sokongan bagi mendapat sumber kewangan atau pembiayaan agar sesuatu program dapat dijalankan dengan lancar.

KAJIAN KES Kertas Kerja Kertas kerja yang dianalisis ialah kertas kerja projek. Bahagian hadapan kertas kerja prokek hendaklah memaparkan logo-logo, diikuti dengan nama program beserta tema, anjuran, pengelola, tarikh dan tempat program dilaksanakan. Namun, memandangkan kertas kerja ini diambil dari sumber laporan maka, muka depan kertas kerja tidak disertakan. Dalam kertas kerja ini juga disebut berkenaan dengan program. Dinyatakan juga objektif program, matlamat dan segala yang berkaitan dengan maklumat program. Tajuk program ini ialah Lawatan Penanda Aras Ke Sekolah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu. Pemilihan perkataan yang digunakan untuk tajuk program di atas amat sesuai kerana ianya menggambarkan seluruh idea utama penulis dan bertepatan dengan tujuan kertas kerja ditulis. Ianya ringkas, padat dan tepat. Jumlah perkataan yang digunakan pula tidak melebihi 15 kata. Nama program tidak perlu ditulis lagi kerana tajuk program telah menggambarkan dengan jelas tujuan program ini dilaksanakan. Bahagian pendahuluan memaparkan aspek berkaitan dengan tajuk secara menyeluruh tetapi ringkas. Bahagian ini menjelaskan apa yang hendak disampaikan dalam kertas kerja. Bersesuaian dengan tajuk program ialah Lawatan Penanda Aras Ke Sekolah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, pendahuluan dalam kertas ini mengetengahkan apa yang hendak dicapai dan juga serba sedikit mengenai latar belakang projek misalnya penglibatan, tujuan serta pelaksanaannya. Objektif ialah tujuan atau matlamat sesuatu kertas kerja ditulis. Objektif kertas kerja ini menepati ciri-ciri penulisan kerana ditulis secara ringkas, tepat dan padat. Objektif juga ditulis dalam bentuk yang tekal dan konsisten. Misalnya di bahagian subtajuk ditulis dengan inden atau jarak tepi yang sama. Di samping itu, penulisannya yang berbentuk pecahan/senarai yang menggunakan nombor seperti 6.1, 6.2, 6.3 dan 6.4 dapat memudahkan untuk rujukan. Bahagian anjuran tidak lagi perlu ditulis dalam kertas kerja kerana pada bahagian muka depan telah dinyatakan dengan jelas mengenai anjuran. Bahagian bilangan peserta tidak perlu dinyatakan lagi memandangkan sudah dinyatakan kumpulan sasaran. Di bahagian kumpulan sasaran haruslah dinyatakan rujukan seperti rujuk lampiran 1.di samping itu, butiran tarikh, masa dan tempat tidak perlu ditulis secara berasingan sebaliknya ditulis di satu bahagian sahaja.

Disamping itu pada bahagian ahli jawatankuasa pelaksana dan tentatif program tidak disertakan dengan frasa rujuk lampiran sebaliknya sekadar menggunakan frasa lampiran sahaja. kertas kerja ini juga tidak disertakan bahagian penutup. Kertas kerja ini juga tiada nama, tandatangan dan jawatan penulis. Secara keseluruhannya kertas kerja ini lengkap kerana mempunyai butiran-butiran yang terperinci mengenai program yang akan dijalankan di sana nanti akan tetapi terdapat penambahbaikan perlu dibaik terutamanya dari segi penyusunan dan organisasi kertas kerja.

Hasil Temu Ramah Semasa menjalankan kajian kes ini, kami telah telah menemui dan menemuramah Encik Ibrahim bin Idris, selaku tutor guru pelatih PISMP BM/PJ/PSV SEM 6 ambilan Januari 2009 dan juga pensyarah pengiring bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan terperinci mengenai program tersebut. Secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan program tersebut kerana pihak sekolah memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada semua ahli jawatankuasa. Perjalanan program ini sangat sistematik dan lancar serta mengikut jadual yang telah ditetapkan kerana setiap ahli memberikan komitmen yang sepenuhnya. Sebelum program bermula, setiap AJK telah menjalankan peranan masing-masing dan semua gerak kerja berjalan dengan lancar. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa masalah yang timbul namun segala masalah yang dihadapi berjaya diatasi dengan adanya kerjasama daripada pensyarah penasihat dan jawatankuasa penggerak. Semasa program berlangsung pula, mereka mendapat kerjasama yang erat daripada pihak sekolah. Hal ini demikian kerana pihak sekolah telah menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti. Jawatankuasa penggerak juga telah ditubuhkan di pihak sekolah bagi memastikan perjalanan program yang lancar. Keduadua belah pihak dapat mewujudkan hubungan yang erat antara satu sama lain. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Encik Ibrahim, pihak sekolah sangat mengalu-alukan dan menantikan kunjungan akademik daripada rombongan IPGKKB kerana pihak sekolah sendiri memerlukan kolaborasi daripada pusat-pusat pengajian tinggi terutamanya daripada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG). Menurut beliau lagi terdapat dua aktiviti utama yang dijalankan iaitu ucapan daripada guru cemerlang tentang cara-cara untuk menjadi guru yang cemerlang terutamanya dari segi personaliti dan cara kerja. Aktiviti ini dirancang untuk menaikkan semangat guru pelatih untuk menjadi guru cemerlang suatu masa nanti. Aktiviti yang kedua adalah guru pelatih berpeluang untuk melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru cemerlang untuk meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan serta pembelajaran secara

keseluruhannya. Dengan ini, para guru pelatih dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran untuk diaplikasikan setelah menjadi guru di sekolah kelak. Tambah beliau lagi, guru pelatih yang terlibat juga mendapat banyak input yang berguna sepanjang program ini dilaksanakan. Misalnya, mereka dapat melihat bagaimana ciri-ciri seorang guru cemerlang dan dapat merancang apa yang perlu dilakukan apabila bergelar seorang guru kelak. Selain itu, para guru pelatih juga berpeluang berkolaborasi

dengan guru-guru cemerlang di samping melihat persekitaran dan suasana sekolah yang sebenar seperti bilik darjah dan pusat sumber sekolah. Hal ini dapat membiasakan guru pelatih apabila dihantar untuk mengajar di sekolah nanti supaya tidak menjadi suatu kejutan budaya kepada mereka. Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan di sini bahawa program ini dilihat telah mencapai objektifnya. Program ini mendapat respon positif daripada semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak. Program ini bukan sahaja dapat memberi faedah kepada guru-guru pelatih bahkan kepada murid-murid sekolah juga. Kunjungan seperti ini dapat memberi dorongan kepada mereka untuk belajar dengan bersungguhsungguh untuk mencapai cita-cita dan hasrat mereka. Hal ini demikian kerana, guru-guru pelatih dilihat sebagai contoh dan teladan yang baik dan dapat memotivasikan mereka. Diharapkan agar program sebegini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan.

REFLEKSI (NORAINI BINTI ANUR)

Alhamdilillah,bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan subjek Pegurusan Kokurikulum ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Pegurusan Kokurikulum, Encik Ibrahim bin Idris yang tidak jemu memberi bantuan dan bimbingan sepanjang perjalanan tugasan. Tidak lupa rakan-rakan sekumpulan yang sudi berkongsi idea. Tugasan ini telah memberi banyak maklumat-maklumat baru kepada saya untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian. Setiap program yang ingin dijalankan memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak. Semangat bekerja secara berkumpulan perlu diterapkan dan semua pihak perlu ada sikap saling bantumembantu rakan-rakan seperjuangan. Melalui tugasan ini, banyak perkara baru yang saya pelajari terutamanya ilmu yang berkaitan dengan penganjuran sesuatu pertandingan atau aktiviti. Walaupun kelihatan agak senang dan mudah untuk menganjurkan sesuatu pertandingan ataupun aktiviti, tetapi jika diteliti dan dikaji, agak susah juga untuk merancangnya. Hal ini kerana pengelolaan sesuatu program itu memerlukan persediaan yang rapi dan memerlukan pihak pengurusan yang kuat dari segi fizikal dan mental agar dapat menghadapi segala cabaran dan teguran sepanjang mengurus dan melaksanakan aktiviti tersebut. Segala ilmu yang saya dapat semasa melaksanakan tugasan ini akan saya aplikasikan dalam kehidupan saya pada masa sekarang dan juga masa akan datang. Akhirnya, saya berharap semoga saya dan rakan-rakan terus kekal menambahkan ilmu dalam bidang pengurusan program khususnya dalam pengurusan kokurikulum. Setelah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah pembimbing, saya merasa lebih yakin dan optimis untuk terus mencuba menganjurkan program-program yang bermanfaat khasnya di bumi IPG ini.

You might also like