Slaid Luas

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 48

SainsTingkatan 1

Bab 1 - Pengenalan Sains

1.1 Apa itu sains


Sains = kajian tentang alam yang sistematik dan pengaruhnya terhadap kehidupan kita. Bertujuan memahami fenomena alam di sekeliling kita.

Fenomena Alam
Peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Contoh : Pertumbuhan bayi Objek jatuh ke muka bumi Peleburan ais Letupan gunung berapi, gempa bumi, tsunami Ribut, kilat, salji, hujan

Bidang-Bidang Sains
Terbahagi kepada 3 bahagian: Sains hidupan Kajian tentang benda hidup (biologi,entomologi) Sains bumi Kajian tentang bumi dan angkasa lepas (geologi, meteorologi, astronomi) Sains fizikal Kajian tentang jirim dan tenaga (fizik, kimia)

Kerjaya Dalam Sains


Bidang Kerjaya

Sains Kehidupan

Doktor,pakar diet, ahli botani, ahli farmasi dan lain-lain

Sains Bumi

Ahli meteorologi, ahli geologi, ahli mineralogi dan lain-lain

Sains Fizikal

Ahli fizik, ahli kimia, jurutera, juru bina dan lain-lain

KepentinganSains
Membolehkan kita memahami diri sendiri dan alam sekeliling Menyelesaikan misteri sains menerusi penyiasatan saintifik Menyumbang dalam penemuan baru, penciptaan dan perkembangan ilmu pengetahuan Memperbaiki taraf hidup Mewujudkan peluang kerjaya yang berasaskan sains

1.2 Kaedah Saintifik


LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYIASATAN SAINTIFIK

1.3 Makmal Sains


Makmal Sains Kita juga boleh mempelajari sains di makmal sains. Makmal sains adalah merupakan sebuah bilik atau bangunan dimana penyelidikan secara saintifik dijalankan. Kebanyakan sekolah mempunyai makmal-makmal dimana pelajar boleh menjalankan eksperimen.

Adakah anda tahu tentang peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi apabila anda berada di dalam makmal sains?

Peraturan am dan langkah-langkah keselamatan


Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.

Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.

Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran guru sahaja. Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal sains. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor. Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan kebenaran guru sahaja. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut seperti apa yang diarahkan oleh guru anda sahaja.

Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta untuk berbuat demikian.

Alat-alat radas yang biasa terdapat di makmal sains


Mangkuk pijar (Crucible)
Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

Tabung uji (Test tube)


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat
Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan. Penyubat gabus & penyumbat getah Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.

Pemegang tabung uji


Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.

Picagari
Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.

Slaid kaca
Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah mikroskop.

Jam randik
Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang kon
Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang berdasar rata


Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang mana proses tersebut tidak memerlukan pemanasan.

Corong penuras/penapis
Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga


Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen burner)


Kegunaan: Untuk menyediakan nyalaan.

Rak tabung uji (Test tube rack)


Kegunaan: Untuk memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.

Rod kaca (Glass rod)


Kegunaan: Digunakan untuk mengacau larutan didalam bekas.

Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort clamp)


Kegunaan: Untuk memegang alat radas semasa eksperimen dijalankan.

Buret (Burette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Balang gas (Gas jar) Kegunaan: Untuk mengisi gas.

Penyepit mangkuk pijar


Kegunaan: Untuk memegang objek panas.

Pipet (Pipette)
Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Silinder penyukat (Measuring cylinder)


Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Jangka suhu (Termometer)


Kegunaan: Untuk menyukat suhu.

Simbol-simbol Amaran Tentang Bahaya Menghakis (Corrosive)


Contoh: Hidrogen peroksida, asid hidroklorik pekat dan natrium hidroksida.

Sangat mudah terbakar (Highly flammable)


Contoh: Fosforus putih, kuning fosforus, petrol, minyak tanah, etanol.

Meletup (Explosive) Contoh: Natrium, kalium.

Toksik / Beracun (Toxic / Poisonous)


Contoh: Raksa, plumbum, sodium cyanide, hidrogen sulfida.

Berbahaya atau Perengsa (Harmful or Irritant)


Contoh: Ammonia, klorin, klorofom.

Radioaktif (Radioactive)
Contoh: Uranium, torium, radium.

1.3 Kuantiti Fizik


Kuantiti
Panjang Jisim

Unit SI
Meter Kilogram

Simbol
m Kg

Masa
Suhu

Saat
Kelvin

s
K

Kuantiti fizik ialah panjang, jisim, masa,dan suhu. Unit SI ialah Unit Sistem Antarabangsa.

Nilai Imbuhan:
Nama Imbuhan Giga Mega Kilo Hekto Deka Desi Senti Mili Mikro Nano Piko Simbol imbuhan G M k h da d c m n p Nilai Imbuhan 1000000000 1000000 1000 100 10 0.1 0.01 0.001 0.00001 0.000000001 0.000000000001

1.5 Alat-alat Pengukuran Penyukatan Panjang


Panjang ialah jarak di antara dua titik

Unit SI bagi panjang ialah meter(m). Unit lain bagi panjang ialah millimeter(mm), sentimeter(cm), kilometer(m) dan lain-lain

Alat pengukuran ialah :


Pembaris Angkup Vernier

Pita pengukur

Angkup luar

Angkup dalam Diameter diukur dengan angkup dalam dan angkup luar

Opisometer
Panjang garis lengkung diukur dengan pembaris dan opisometer

Kedudukan mata yang betul semasa mengambil bacaan :

Objektif Pembelajaran.
1. Menganggar luas bentuk sekata dan tidak sekata menggunakan kertas graf.

Soalan???
1. Apakah bentuk-bentuk yang merupakan objek berbentuk sekata? 2. Apakah rumus untuk mengira luas segiempat dan segitiga? 3. Apakah pula bentuk-bentuk objek tidak sekata? 4. Bolehkah luas objek sekata diukur? 5. Jika boleh, bagaimana ianya boleh diukur?

Isipadu pepejal sekata dikira menggunakan formula-formula tertentu. Contoh: Kubus [Isipadu = panjang x lebar x tinggi] Kuboid [Isipadu = panjang x lebar x tinggi] Prisma [Isipadu = luas keratan rentas x panjang] Piramid [Isipadu = 1/3 luas tapak x tinggi] Silinder [Isipadu = luas keratan rentas (tapak) x tinggi / panjang] Kon [Isipadu = luas tapak x tinggi]

Penyukatan Luas
Luas ialah jumlah permukaan yang diliputi oleh sesuatu benda Unit bagi luas ialah meter persegi(m2), senti meter persegi(cm2) dan lain-lain Luas bentuk sekata dikira dengan formula

Luas bentuk tidak sekata boleh dianggarkan Contoh:

Menganggarkan luas kawasan bentuk yang tidak sekata.

1. Merujuk kepada rajah di sebelah, bentuk sehelai daun dilakarkan di atas kertas graf. Setiap segiempat sama berkeluasan 1 cm2. 2. Kawasan yang meliputi segiempat sama yang penuh ditandakan sebagai A, manakala kawasan yang mempunyai "lebih atau sama dengan 1/2 cm2 segiempat sama", ditandakan sebagai B. 3. Kira bilangan setiap segiempat sama A dan B. Kemudian barulah dikira anggaran luas permukaan daun tersebut

B4D3E1

B4D3E2

Penyukatan Isipadu
Isipadu ialah ruang yang ditempati oleh sesuatu objek Isipadu cecair disukat menggunakan silinder penyukat, pipet, buret, dan kelalang kon

Paras mata mesti sama pada aras meniskus cecair

1 ml = 1cm3 1 l = 1000ml

Isipadu pepejal tidak sekata disukat dengan kaedah sesaran air:

Penyukatan suhu [darjah kesejukan atau kepanasan] disukat dengan termometer

1.6 Konsep Jisim


Jisim ialah jumlah kuantiti jirim dalam sesuatu objek Unit SI ialah kilogram (kg)

1 kg = 1000 g 1 g = 1000 mg

Alat pengukur jisim

Neraca palang

Neraca tuas

Neraca 3 alur

Berat sesuatu objek ialah daya tarikan graviti bumi ke atas objek
Berat adalah tidak tetap Unit SI ialah newton (N) Alat pengukuran:

Neraca spring

Unit piawai pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut:


untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang berbeza supaya lebih selaras. untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan kurang mengelirukan. untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza. untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih mudah kerana unit yang sama digunakan. untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza, seperti penukaran unit.

Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai tidak diguna pakai antaranya adalah;
Timbul masalah kejituan dan kepersisan (accurate and precise) dalam pengukuran. Manusia dari negara-negara berlainan akan menghadapi masalah komunikasi terutama dalam interaksi seperti perdagangan dan pengangkutan. Kajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan.

You might also like