Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

1 AUTISME Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk pintu rahsia anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi

dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri. Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran. Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal. Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula buat perangai, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri. Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme. Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah: a) Tidak mampu bersosial - Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti: - Tidak menghiraukan orang lain. - Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain. - Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap. - Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang). - Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran. - Lebih suka bermain sendiri.

2 - Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi. b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi - Lambat bercakap. - Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang. - Tidak boleh berkomunikasi dengan baik. - Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot. - Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap). - Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya. - Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang dewasa. c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan - Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan. - Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek. - Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan. - Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang. - Tidak boleh duduk diam. - Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa. d. Masalah tingkah laku - Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri. - Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain. - Tidak tahu bersosial jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan. - Aktif tetapi berperangai pelik kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

3 Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal mengubah anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh. Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal. Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu autisme boleh belajar di sekolah biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru menyebabkan ramai kanak-kanak autisme membesar di bawah paras kemampuan, kata Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel strategi praktikal mendidik anak autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood, masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun. Walaupun autisme belum ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini membesar dan belajar dengan baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi, terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri. Katanya, lebih awal masalah anak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah. Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme berumur empat hingga enam tahun yang diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah baik.

Panduan membentuk hubungan sosial


Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan, mementingkan diri sendiri dan sukar mengekalkan tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat pra sekolah lagi. Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh menjemput kawan datang ke rumah. Ini membuatkan anak berasa diterima, lebih yakin serta dapat mengelak mereka menjadi mangsa buli. Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang mereka dilakukan. Ini membuatkan kanak-kanak autisme berasa tertekan dan mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi sombong, berlagak dan lebih susah berkawan. Kanak-kanak autisme, terutama perempuan, ada kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima sebagai kawan. Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis permainan yang dimainkan rakan sebaya anak. Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda boleh bermain dengan anak. Ini membolehkan anak belajar untuk menunggu giliran dan berinteraksi. Kaedah lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana anak autisme ada masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah, katanya. Pada masa sama, galak anak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan kritik jika anak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah atau betul. Sebaliknya, galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat

4 diari persahabatan atau carta markah bersosial (beri satu markah apabila mereka melakukan usaha berkawan, terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun). Sebagai ibu bapa, anda juga perlu menjadi model dan kawan kepada anak, terutama apabila mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak autisme mula ada minat sama dengan rakan sebaya. Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap kerana kanak-kanak autisme sangat jujur dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan. Pada umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan televisyen seperti Mr Bean untuk mengajar anak apa yang tidak boleh dilakukan kerana pada ketika ini anak autisme mula mengambil kira pandangan orang terhadap diri mereka dan sedar wujudnya perbezaan jantina. Kanak-kanak autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli. Mereka masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan pencapaian akademik juga lemah. Walaupun mula pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes, persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar sekolah. Antara cara membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam pementasan drama atau aktiviti berkumpulan serta membuat sistem mentor, katanya. Perlu diingat, bukan semua anak autisme ada masalah pembelajaran. Ada yang cerdas otaknya seperti kanakkanak yang alami Sindrom Asperger. Bagi yang tidak berjaya dalam hubungan sosial, pencapaian akademik menjadi agenda penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak autisme. Corak pemikiran dan pembelajaran mereka berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka ada kemahiran memahami logik, dapat mengingat sesuatu secara terperinci dan boleh menyusun fakta secara sistematik. Masalah sering dihadapi golongan ini ialah pencapaian akademik tidak konsisten kerana mereka mengalami kesukaran memanipulasi minda, terutama dalam perkara yang perlukan penumpuan fikiran. Kanak-kanak Sindrom Asperger bijak bercakap dan pandai memberi alasan. Kemahiran ini bertambah jika mereka rajin membaca dan sifat ini membolehkan mereka bersembang panjang dari satu topik ke topik lain. Bagaimanapun, kata Underwood, kira-kira 75 peratus kanak-kanak Sindrom Asperger juga mengalami Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Jadi mereka susah untuk menumpukan perhatian, mudah terganggu dan sukar mengingat fakta penting. Yang boleh dilakukan ibu bapa ialah menggaris atau menandakan maklumat penting, memberi tugasan pendek (atau pecahkan satu tugasan kepada beberapa bahagian untuk membentuk sifat tanggungjawab), sentiasa memantau perkembangan anak dan memberi maklum balas secara aktif bagi mengekalkan daya tumpuan anak. Mereka juga cepat lupa apa yang dipesan guru di sekolah. Bagi guru yang ada murid autisme, minta pelajar tulis pesanan atau buat senarai kerja rumah. Ibu bapa juga boleh bekalkan anak dengan kaset rakaman atau buku nota khas untuk mencatat pesanan. Kaedah ini boleh membantu pengurusan dan pembelajaran anak autisme.

5 Apabila semakin besar, kebanyakannya bimbang melakukan kesalahan kerana tidak mahu diejek atau ditertawakan rakan sebaya. Mereka perlu diajar menerima kesalahan dan jika mereka melakukannya, ia perlu diberitahu secara lisan dan ajar cara betul membuat sesuatu perkara. Anak autisme juga cepat berasa panik dan resah. Beritahu mereka bertenang adalah langkah bijak. Lebih cepat mereka bertenang, lebih mudah sesuatu masalah dapat diselesaikan. Mempunyai anak autisme memang cabaran besar tetapi mereka boleh menikmati kehidupan sebaik orang normal dengan sokongan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Paling penting, ibu bapa jangan berputus asa dan sentiasa berdoa untuk kebaikan anak, katanya.

Disleksia
Definisi Perkataan disleksia (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu Dys yang bermaksud kesukaran dan Lexis bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah buta huruf juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ophalomotologist telah memperkenalkan perkataan Disleksia (Hammond dan Hugges, 1996:3) Disleksia ialah satu Disorder dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek (World Federation Of Neurology, 1968). Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah: - Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik - Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa - Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi motomata-tangan

Apa itu Disleksia?


Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

Siapa yang mengalami Disleksia?

6 Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanakkanak. Jenis-jenis Disleksia Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu : Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori Disleksia visual-auditori Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

Punca-punca Disleksia
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah; a) Keturunan atau genetik Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun b) Biologi Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum c) Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

Ciri-ciri Disleksia
Kanak-kanak pra-sekolah : - Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan - Suka mengganti perkataan dan hiperaktif - Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah - Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari - Tidak merangkak semasa bayi - Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri - Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan Kanak-kanak Sekolah Rendah : (6 hingga 9 tahun) - Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor - Menggunakan jari untuk mengira dan membaca - Keliru dengan kiri dan kanan - Tulisan cermin atau terbalik (9 hingga 12 tahun) - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan - Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang - Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah : - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten - Kesukaran menulis karangan - Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral - Kesukaran mempelajari bahasa lain - Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan

8 - Jenis orang yang suka senyap - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten - Kurang kemahiran bersosial

Masalah kanak-kanak yang menghadapi Disleksia


Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada; Mengeja Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti; m w y g j u n m n cepqhnbd Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti thfv Membaca Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti: Batu tuba Gula - lagu Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut: pada masa yang sama dapa masa yang masa Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut : Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu Jam jem cat - cat Menulis Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik Bercakap dan mendengar

9 Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan. Nombor Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut : 35-89-6 Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial - Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut - Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh - Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah

Langkah membantu kanak-kanak Disleksia


- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya - Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi. - Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi - Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan. - Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa - Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika - Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni - Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik - Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri - Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

You might also like