Pen Gen Alan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGENALAN Seseorang pemerhati dapat melihat sesuatu objek apabila imej objek tersebut dihasilkan oleh kanta jauh

pada retina pemerhati. Saiz imej yang dihasilkan adalah berkadar terus dengan sudut penglihatan. Sudut

penglihatan merupakan sudut yang dicakup oleh objek dan imej pada mata pemerhati. Penglihatan manusia biasa mempunyai hadnya. Ia tidak dapat melihat sesuatu objek yang terlalu kecil, dekat dan jauh. Bagi mengatasi had penglihatan manusia, alat-alat optik seperti teleskop dan mikroskop telah diciptakan. Kedua-dua alat optik ini berupaya membesarkan sudut

penglihatan manusia. Jarak terdekat untuk penglihatan jelas manusia adalah 25 cm. Kanta cembung boleh mempengaruhi ciri-ciri imeh yang dihasilkan. Oleh itu, kebanyakan alat-alat optik menggunakan kanta cembung sebagai kanta asasnya. Sebelum mengkaji alat-alat optik ini, kita haruslah mempunyai pengetahuan tentang kegunaannya, struktur, pelarasan normal, rajah sinar dan ciri-ciri imej terakhir. Kanta merupakan sejenis bahan lutsinar yang mempunyai sekurangkurangnya satu permukaan yang melengkung. Antara alat-alat yang mempunyai kanta yang boleh dijumpai dalam kehidupan harian kita terdiri daripada kamera, cermin mata, mikroskop, teleskop dan sebagainya. Kanta pula dikategorikan kepada dua jenis iaitu kanta penumpu dan kanta pencapah. Terdapat tiga jenis kanta penumpu iaitu kanta dwicembung, kanta planocembung dan kanta meniscus menumpu. Manakala bagi kanta pencapah juga terdiri tiga jenis kanta iaitu kanta dwicekung, kanta plano-cekung dan kanta meniscus mencapah. Kanta penumpu juga dikenali sebagai kanta cembung. Bahagian tengah kanta cembung adalah lebih tebal daripada bahagian tepi. Sinar-sinar cahaya yang selari akan menumpu selepas melalui kanta ini. Kanta pencapah juga dikenali sebagai kanta cekung. Bahagian tengah kanta cekung adalah lebih nipis daripada bahagian tepinya. Kanta cekung ini akan mencapahkan sinar-sinar cahaya selari supaya ia seolah-olah berpunca dari satu titik di sebalik kanta.

kanta planocekung

kanta dwicekung

kanta meniscus mencapah.

kanta planocembung

kanta dwicembung

kanta meniscus menumpu

Sinar-sinar cahaya yang selari dari objek yang berada di kedudukan infiniti akan menumpukan selepas sinaran cahaya tersebut melalui kanta penumpu. Manakala sinar-sinar cahaya yang selari dengan objek yang berada di kedudukan infiniti akan mencapah selepas sinaran cahaya tersebut melalui kanta pencapah.

You might also like