Perang China Jepun Kedua PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Perang China-Jepun Kedua

Perang China-Jepun Kedua


Perang Cina-Jepun Kedua Sebahagian daripada Perang Dunia II

Peta yang menunjukkan takat penguasaan Jepun pada tahun 1940 Tarikh Lokasi Hasil 7 Julai 1937 9 September 1945 China Kemenangan China; Empayar Jepun menyerah diri dalam Perang Dunia ke-2

Perubahan Wilayah Pengambilan balik Manchuria(Timur-Laut) and Taiwan & Pescadores oleh China Yang berperang Republik China Empayar Jepun Komander dan pemimpin Chiang Kai-shek, Chen Cheng, Yan Xishan, Feng Yuxiang, Li Zongren, Xue Yue. Hideki Tojo, Matsui Iwane, Jiro Minami, Kesago Nakajima, Toshizo Nishio, Yasuji Okamura. Kekuatan 5,600,000 askar 4,100,000 askar (termasuk 900,000 askar Pihak Berikat) Kerugian 3,200,000 tentera, 17,530,000 orang awam 2,100,000 askar
[1]

Perang China-Jepun Kedua (7 Julai 19379 September 1945), juga dikenali sebagai Perang Menentang Jepun, ialah perang utama antara Republik China dan Empayar Jepun sebelum dan semasa Perang Dunia II. Walaupun kedua-dua pihak telah menyerang satu sama lain, mulai dari tahun 1931, perang telah berlaku secara besar-besaran pada tahun 1937 dan hanya diakhiri dengan penyerahan Jepun pada tahun 1945. Pencerobohan adalah satu strategi yang dilakukan oleh Tentera Empayar Jepun sebagai sebuah rancangan besar untuk menguasai China. Sebelum tahun 1937, kedua-dua pihak telah melancarkan serangan yang digelar "peristiwa." Penaklukan Manchuria oleh Jepun pada tahun 1931 dikenali sebagai "Peristiwa Mukden". 'Peristiwa' terakhir pada tahun 1937 yang dikenali sebagai Peristiwa Jambatan Marco Polo menandakan permulaan peperangan antara kedua-dua negara. Sejak dari tahun 1937 hingga tahun 1941, China melawan tanpa bantuan. Selepas Serangan Pelabuhan Mutiara, perang ini menjadi salah satu medan utama dalam Perang Dunia II.

Perang China-Jepun Kedua

Fakta-fakta Perang
Di negara China, Perang China-Jepun Kedua dikenali sebagai Perang Menentang Jepun (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Kng R Zhnzhng), atau Perang Penentangan 8 tahun ( ), atau lebih ringkas lagi, Perang Penentangan ( ). Di Jepun, perang itu dinamai Perang Jepun-China ( Nicch Sens?) untuk memberikan nada berkecuali. Ketika perang bermula pada Julai 1937 dekat Beijing, kerajaan Jepun menggunakan nama Peristiwa China Utara ( , Hokushi Jihen) tetapi dengan meletusnya perang, mereka menggunakan nama Peristiwa China ( , Shina Jihen). Perkataan peristiwa ( , jihen) digunakan oleh Jepun kerana kedua-dua pihak belum mengisytiharkan perang antara satu sama lain. Jepun ingin mengelakkan campur tangan negara barat seperti Britain dan terutamanya Amerika Syarikat yang merupakan pengeksport utama besi kepada Jepun. Presiden Roosevelt akan mengenakan sekatan disebabkan Akta Keberkecualian jika ia adalah perang. Dalam propaganda Diraja, pencerobohan China merupakan 'jihad' (seisen), langkah pertama untuk hakko ichi'u (lapan sudut di bawah satu bumbung). Pada tahun 1940, Perdana Menteri Konoe melancarkan Liga anggota Diet yang mempercayai matlamat Jihad. Apabila kedua-dua kerajaan China dan Jepun mengisytiharkan perang pada Disember 1941, nama peperangan digantikan dengan Perang Asia Timur Raya ( , Daita Sens). Walaupun kerajaan Jepun menggunakan frasa "Peristiwa Shina" dalam dokumen-dokumen rasminya kerana perkataan Shina dianggap sebagai perkataan menghina oleh China, media-media di Jepun sering memparafrasakannya dengan ungkapan-ungkapan lain seperti Peristiwa Jepun-China ( [Nikka Jihen], [Nisshi Jihen] yang digunakan oleh media sejak dari dekad 1930-an lagi. Malah nama Perang China-Jepun Kedua biasanya tidak digunakan di Jepun kerana mengikut Jepun, perangnya dengan Empayar Qing (Perang China-Jepun Pertama; , Nisshin-Sens) pada tahun 1894 langsung tidak berkait dengan perang ini.

Latar belakang
Perang China-Jepun Kedua bermula dengan Perang China-Jepun I pada tahun 1894-95, dengan China di bawah Dinasti Qing dikalahkan oleh Jepun dan dipaksa menyerahkan Taiwan serta juga mengiktiraf 'kemerdekaan' Korea melalui Perjanjian Shimonoseki. Dinasti Qing berada dalam zaman kejatuhannya, akibat imperialisme barat serta pemberontakan dalaman, manakala Jepun menjadi kuasa besar melalui proses pemodenan yang berkesan. Republik China ditubuhkan pada tahun 1912 selepas Revolusi Xinhai yang menggulingkan Dinasti Qing. Walau bagaimanpun, Republik tersebut adalah lemah, akibat penguasaan para hulubalang. Prospek menyatukan negara dan menghalau kuasa imperialis adalah tipis, dengan sesetengah hulubalang memihak kepada berbagai-bagai kuasa asing dalam usaha-usaha untuk menghapuskan satu sama lain. Umpamanya, hulubalang Zhang Zuolin dari Manchuria secara terbuka bekerjasama dengan Jepun supaya ingin menerima bantuan ketenteraan dan ekonomi. Adalah semasa tempoh awal Republik China bahawa Jepun menjadi ancaman asing yang terbesar kepadanya. Pada tahun 1915, Jepun mengisytiharkan Dua Puluh Dua Tuntutan untuk melanjutkan kepentingan politik dan perdagangan di China. Selepas Perang Dunia I, Jepun mengambil alih lingkungan pengaruh Jerman di Shandong. China di bawah kerajaan Beiyang masih berpecah belah dan tidak berupaya menentang sebarang serangan asing sehingga pelancaran Ekspedisi Utara pada tahun 1926-28 oleh Kuomintang (KMT, atau Parti Nasionalis Cina), kerajaan pesaingnya yang berpusat di Guangzhou. Ekspedisi Utara merentasi China dengan mudah sehingga disekat di Shandong apabila Zhang Zongchang, hulubalang Beiyang yang disokong oleh Jepun, cuba menghentikan Tentera Kuomintang daripada menyatukan China. Keadaan ini memuncak dengan Peristiwa Jinan pada tahun 1928 yang mengakibatkan pertempuran singkat antara tentera Kuomintang dengan tentera Jepun. Pada tahun yang sama, Zhang Zuolin, hulubalang Manchuria, dibunuh oleh Jepun apabila beliau enggan bekerjasama dengannya. Menyusul peristiwa-peristiwa ini, kerajaan

Perang China-Jepun Kedua Kuomintang di bawah Chiang Kai-shek akhirnya berjaya menyatukan China pada tahun 1928. Walaupun demikian, banyak pertempuran antara China dan Jepun masih berlarutan dengan kebangkitan nasionalisme China yang memiliki salah satu maklumat Tiga Prinsip Rakyat yang bertujuan untuk menghapuskan imperialisme asing sama sekali dari China. Bagaimanapun, Ekspedisi Utara hanya dapat menyatukan China pada nama sahaja, dengan perang-perang saudara tercetus antara bekas hulubalang-hulubalang dan puak-puak Kuomintang. Tambahan pula, para komunis Cina memberontak terhadap kerajaan pusat. Kerana keadaan-kedadaan ini, kerajaan pusat Tentera Jepun memasuki Shenyang semasa Peristiwa Mukden. China banyak mengalihkan perhatian mereka kepada perang-perang saudara dan mengikut dasar "pendamaian dalaman dahulu sebelum penentangan kuasa asing". Keadaan ini memberikan peluang yang mudah kepada Jepun untuk melanjutkan keganasannya. Pada tahun 1931, tentera Jepun menyerang Manchuria sejurus selepas Peristiwa Mukden. Selepas lima bulan bertempur pada tahun 1932, negara boneka Manchukuo diasaskan dengan Puyi, maharaja terakhir China, dilantik sebagai ketua negara. Tidak berupaya mencabar Jepun secara langsung, China merayu kepada Liga Bangsa untuk bantuan. Penyiasatan Liga menerbitkan Laporan Lytton yang mengutuk Jepun untuk serangan Manchurianya, dan mengakibatkan Jepun menarik diri daripada pertubuhan antarabangsa tersebut. Sejak dari akhir dekad 1920-an dan pada sepanjang dekad 1930-an, dasar beralah merupakan dasar komuniti antarabangsa, dengan tiadanya sebarang negara yang rela mengambil pendirian yang aktif selain daripada celaan lemah. Jepun melihatkan Manchuria sebagai suatu bekalan bahan-bahan mentah yang tidak terhad serta juga sebagai sebuah negara penampan terhadap Kesatuan Soviet. Pertempuran-pertempuran tidak henti-henti menyusul Peristiwa Mukden. Pada tahun 1932, askar-askar Cina dan Jepun bertempur dalam pertempuran singkat dalam Peristiwa 28 Januari. Perang itu menyebabkan penyahtenteraan Shanghai yang melarang China menempatkan sebarang askar di dalam bandar raya sendiri. Di Manchukuo, sebuah kempen berterusan dijalankan untuk menewaskan tentera sukarelawan yang muncul, akibat kekecewaan umum terhadap dasar ketaktentangan Jepun. Pada tahun 1933, Jepun menyerang wilayah Tembok Besar dan ekoran daripada pertempuran itu, Kedamaian Sementara Tanggu dimeterai yang memberikan Jepun penguasaan ke atas provinsi Rehe serta sebuah kawasan bebas tentera antara Tembok Besar dan wilayah Beiping-Tianjin. Jepun juga bertujuan untuk mencipta lagi sebuah wilayah penampan, kini antara Manchukuo dan Nanjing, ibu negara kerajaan Nasionalis Cina. Selain itu, Jepun semakin mempergunakan pertikaian-pertikaian dalaman antara puak-puak Cina untuk mengurangkan kekuatan mereka satu demi satu. Oleh itu, walaupun beberapa tahun telah berlalu selepas Ekspedisi Utara, kuasa politik kerajaan Nasionalis masih hanya berkisar di sekitar wilayah Delta Sungai Yangtze, dengan wilayah-wilayah China yang lain pada dasarnya dipegang oleh kuasa-kuasa tempatan. Jepun sering membayar atau mencipta hubungan khas dengan kuasa-kuasa wilayah supaya dapat menjejaskan usaha-usaha kerajaan pusat Nasionalis untuk menyatukan China. Untuk berbuat demikian, Jepun mencari-cari berbagai-bagai pengkhianat Cina untuk bekerjasama dan membantu mereka mengetuai sebilangan kerajaan

Perang China-Jepun Kedua "autonomi" yang menyokong Jepun. Dasar ini dipanggil "Pengkhususan" China Utara (Bahasa Cina: ; pinyin: habitshha), atau lebih dikenali sebagai "Gerakan Autonomi China Utara". Provinsi-provinsi utara yang terjejas oleh dasar ini ialah Chahar, Suiyuan, Hebei, Shanxi, dan Shandong. Di bawah tekanan Jepun pada tahun 1935, China memeterai Perjanjian He-Umezu yang melarang Kuomintang (KMT) daripada menjalankan operasi partinya di Hebei dan secara berkesan, menamatkan penguasaan Cina terhadap China Utara. Pada tahun yang sama, Perjanjian China-Doihara dimeterai dan mengakibatkan KMT disingkirkan dari Provinsi Chahar. Dengan itu, kerajaan pusat Cina disingkirkan sama sekali daripada China Utara menjelang akhir tahun 1935. Sebagai ganti, Majlis Autonomi Hebei Timur (disokong oleh Jepun), dan Majlis Politik Hebei-Chahar diasaskan. Untuk memahami kerumitan penglibatan Rusia, United Kingdom, dan Amerika Syarikat yang kemudian dalam Perang China-Jepun Kedua, alasan-alasan dan niat-niat yang mendasari penglibatan masing-masing dalam perang ini harus diperhatikan: Jepun: Niat-niat Jepun adalah jelas: untuk mencipta kemakmuran Jepun melalui memperoleh sumber-sumber China untuk tujuan tersebut. Jepun tidak bertujuan untuk memerintah China secara langsung, tetapi ingin mengasaskan kerajaan-kerajaan boneka yang menyokong kepentingannya. Untuk mendukung matlamat-matlamatnya, Jepun harus menguasai banyak sumber semula jadi, seperti yang terdapat di Malaysia, Indonesia, dan Filipina yang ketika itu masing-masing dikuasai oleh Britain, Belanda, dan Amerika Syarikat. China (Nationalis): China Nationalis mempunyai banyak matlamat: untuk menentang keganasan Jepun, menyatukan China di bawah sebuah kerajaan pusat, menghapuskan pengaruh asing dari China, menewaskan komunisme, serta juga untuk muncul semula sebagai sebuah negara yang kuat. China (Komunis): Pihak komunis membiarkan tentera Nasionalis melakukan kebanyakan pertempuran dengan Jepun, sementara menjalankan perang gerila terhadap tentera Jepun. Parti Komunis Cina cuba mengelakkan sebarang pertempuran langsung dengan tentera Jepun kerana berharap dapat muncul daripada peperangan lebih kuat daripada tentera Nasionalis. Dengan itu, pihak komunis akan menjadi pemenang dalam pertempuran yang tidak dapat dielakkan dengan pihak Nasionalis untuk penguasaan China. Kesatuan Soviet: Kesatuan Soviet membiarkan Jepun melampaui keupayaannya di China supaya ia dapat bertempur dengan tentera Jerman di Barat tanpa menurunkan banyak askar di Timur terhadap serangan Jepun yang mungkin. Tambahan pula, sebuah China yang dilemahkan akan membenarkan pihak komunis China berkembang dan akhirnya mengambil alih negara itu, dan memberikannya suatu sekutu yang berpotensi serta sebuah zon penampan terhadap dasar peluasan kuasa Barat dan Jepun. United Kingdom: United Kingdom terpaksa bertempur dengan Jerman di Eropah sementara membenarkan China bertempur dengan Jepun sehingga menemui jalan buntu, kerana hendak mendapatkan lebih banyak masa untuk memperoleh semula tanah-tanah jajahan Pasifiknya di Malaysia kini, Burma, dan Singapura. Kebanyakan askar British dipergunakan untuk bertempur di Eropah dan oleh itu, tidak banyak yang dapat diturunkan dalam perang di Pasifik. Amerika Syarikat: Amerika Syarikat umumnya mengamalkan dasar pemencilan sebelum serangan Pelabuhan Mutiara dan tidak ingin memprovokasi Jepun secara langsung. Menyusul kemasukan Amerika ke dalam Perang Dunia II, Amerika Syarikat harus menewaskan tentera Jepun di Pasifik sementara bertempur juga dengan tentera Jerman di Kancah Eropah. Keutamaannya adalah untuk menewaskan tentera Jerman terlebih dahulu. Amerika Syarikat memulakan kempen pelompatan dari pulau ke pulau untuk mencapai pangkalan-pangkalan yang cukup dekat dengan Jepun untuk menyokong serangan-serangan pengeboman dan akhirnya serangan langsung. Apabila tentera Jerman menyerah, perang di Timur harus ditamatkan dengan secepat mungkin tanpa banyak pengorbanan tentera Amerika Syarikat. Adalah jelas ketika itu bahawa China Nasionalis menghadapi tugas yang amat sukar kerana sekutu-sekutunya memiliki kepentingan yang tidak semestinya sepadan dengan kepentingan China. Jika fakta-fakta ini diingati,

Perang China-Jepun Kedua sesetengah keputusan Pihak Berikat akan lebih mudah difahami.

Tokoh utama
China: Pihak Nationalis Bai Chongxi ( ) Chen Cheng ( , ) Chiang Kai-Shek ( , ) Du Yuming ( ) Fang Xianjue ( , ) Feng Yuxiang ( , ) Gu Zhutong (- , ) He Yingqin ( , ) H. H. Kung ( ) Hu Zongnan ( ) Li Zongren ( ) Long Yun ( , ) Ma Zhanshan ( ) Song Zheyuan ( ) Soong May-ling ( , ) T. V. Soong ( ) Sun Lianzhong ( , ) Sun Liren ( , ) Tang Enbai ( , ) Tang Shengzhi ( ) Wang Jingwei ( , ) Wei Lihuang ( , ) Xue Yue ( ) Yan Xishan ( , ) Xie Jinyuan ( , ) Ye Ting ( ) Zhang Fakui ( ) Zhang Zhizhong ( , ) Zhang Zizhong ( , ) Zhu Shaoliang ( )

China: Pihak Komunis Chen Yi ( , ) Deng Xiaoping ( , ) He Long ( , ) Lin Biao ( ) Liu Bocheng ( , ) Liu Shaoqi ( , ) Luo Ronghuan ( , ) Mao Zedong ( , )

Nie Rongzhen ( , ) Peng Dehuai ( , )

Perang China-Jepun Kedua Su Yu ( ) Xu Xiangqian ( ) Ye Jianying ( , ) Zhang Aiping ( ) Zhou Enlai ( , !) Zhu De ( )

Jepun: Tentera Empayar Jepun Maharaja Shwa Hirohito Anami Korechika (" # $) Abe Nobuyuki (" % & ') Putera Asaka Yasuhiko Putera Chichibu Yasuhito Doihara Kenji (( ) * + ,) Putera Fushimi Hiroyasu (- . / 0 1 2) Hashimoto Kingoro (3 4 5 6 7) Hata Shunroku (8 9 :) Putera Higashikuni Naruhiko Honma Masaharu (4 ; < =) Isogai Rensuke (> ? @ ) Ishii Shiro ( A B 7) Itagaki Seishiro (C D E B 7) Putera Kan'in Kotohito Konoe Fumimaro (Kyjitai: F G H, Shinjitai: F H) Kanji Ishiwara ( * I J) Koiso Kuniaki ( > K L, > M L) Matsui Iwane (N A O) Nakajima Kesago ( P Q R S) Nishio Toshizo (T U V W, T U X W) Mutaguchi Renya (Y Z [ @ \] Sakai Takashi (^ A _) Sugiyama Hajime (` ) Putera Takeda Tsuneyochi Terauchi Hisaichi (a b V c, a b X c) Tojo Hideki ( d e, f e) Umezu Yoshijiro (g h 7) Yamaguchi Tamon ( [ i j) Yamashita Tomoyuki ( k l ) Okamura Yasuji (m n o p)

Perang China-Jepun Kedua

7 Kerajaan Boneka
Manchukuo

Tokoh asing yang menyebelahi China


Alexander von Falkenhausen Joseph Stilwell Albert Coady Wedemeyer Claire Chennault Agnes Smedley Edgar Snow Norman Bethune John Rabe Jakob Rosenfeld Morris Abraham "Two-Gun" Cohen James Gareth Endicott Dwarkanath Kotnis

Puyi Mengjiang Demchugdongrub Majilis Autonomi Hebei Timur Yin Ju-keng Kerajaan Sementara Republik China Wang Kemin 2 q r Kerajaan Nasionalis Nanjing Chen Gongbo s 0 Wang Jingwei Zhou Fohai t u

Pertempuran dalam Perang China-Jepun Kedua


Kempen
Kempen Honan-Hupeh Kempen Hunan Barat Kempen-kempen Jepun dalam Perang Cina

Pertempuran
Pertempuran dengan rencana. Bendera menunjukkan pihak pemenang, manakala tarikh menunjukkan permulaan, kecuali Changsa yang bermula pada Disember 1941. Mukden, September 1931 Penjajahan Manchuria ,September 1931 Kempen Jiangqiao , Oktober 1931 Penentangan di Jambatan Nenjiang, November 1931 Operasi Chinchow, Disember 1931 Pertahanan Harbin, Januari 1932 Shanghai (1932), Januari 1932 Pengamanan Manchukuo, Mac 1932 Operasi Anti Penyamun Manchukuo, Mac 1932 Operasi Nekka, Januari 1933

Tembok Besar, Januari 1933 Pertempuran Rehe, Februari 1933 Aksi di Mongolia Dalam (1933-36) Suiyuan, Oktober 1936 Pertempuran Jambatan Lugou (Peristiwa Jambatan Marco Polo), Julai 1937 Beiping-Tianjin, Julai 1937 Chahar, Ogos 1937 Pertempuran Shanghai, Ogos 1937 Operasi Landasan Keretapi BeipingHankou, Ogos 1937 Operasi Landasan Keretapi TianjinPukou, Ogos 1937 Taiyuan, September 1937

Perang China-Jepun Kedua Pertempuran Pingxingguan, September 1937 Pertempuran Xinkou, September 1937 Pertempuran Nanjing, Disember 1937 PertempuranXuzhou, Disember 1937 Pertempuran Taierzhuang, Mac 1938 Honan Utara dan Timur,1938, Januari 1938 Pertempuran Lanfeng, Mei 1938 Operasi Amoy, Mei 1938 Pertempuran Wuhan, Jun 1938 Pertempuran Wanjialing Operasi Canton, Oktober 1938 Operasi Pulau Hainan, Februari 1939 Pertempuran Nanchang, Mac 1939 Pertempuran Sungai Xiushui, Mac 1939 Pertempuran Suixian-Zaoyang, Mei 1939 Operasi Swatow, Jun 1939 Pertempuran Changsha (1939), September 1939 Pertempuran Guangxi Selatan, November 1939 Pertempuran Genting Kunlun, Disember 1939 Serangan Musim Sejuk (1939-40), November 1939 Pertempuran Wuyuan, Mac 1940 Pertempuran Zaoyang-Yichang, Mei 1940 Serangan Seratus Rejimen, Ogos 1940 Ekspedisi Indochina, September 1940 Operasi Hopei Tengah, November 1940 Pertempuran Henan Selatan, Januari 1941 Operasi Hopei Barat, Mac 1941 Pertempuran Shanggao, Mac 1941 Pertempuran Shanxi Selatan, Mei 1941 Pertempuran Changsha (1941), September 1941 Pertempuran Changsha (1942), Januari 1942 Pertempuran Jalan Yunnan-Burma, Mac 1942 Pertempuran Yenangyaung Pertempuran Zhejiang-Jiangxi, April 1942 Pertempuran Hubei Barat, Mei 1943 Pertempuran Buram Utara dan Yunnan Barat, Oktober 1943 Pertempuran Changde, November 1943 Pertempuran Henan-Hunan-Guangxi, April 1944 Pertempuran Changsha (1944), Ogos 1944 Pertempuran Guilin-Liuzhou, Ogos 1944 Pertempuran Hunan Barat, April - Jun 1945 Operasi Ribut Ogos, Ogos September 1945

Perang China-Jepun Kedua

Pertempuran udara
Pertempuran udara Perang China-Jepun Kedua

Serangan dan operasi terancang Jepun


Serangan Sczechwan Operasi Kuolichi-Taierhchuang Operasi CHE-KIANG Operasi Peiping-Hankow Operasi Siang-Kwei Operasi Canton-Hankow Operasi Kiangsi-Fukien Pendudukan Kwanchow-Wan Operasi Laohokow Operasi Chichiang Pendaratan di Tsingtao

Serangan ke atas orang awam


Pembunuhan beramai-ramai Nanjing Pembunuhan beramai-ramai Sook Ching (terhadap Cina perantauan) Pengeboman Chongqing Peristiwa Shantung Pertempuran Zhejiang-Jiangxi Sanko sakusen Serangan Senjata Kimia Changteh Serangan senjata kuman Kaimingye Serangan Udara Taihoku Unit 731 Unit 100 Unit 516 Unit 1855 Unit 2646 Unit 8604 Unit 9420 Unit Ei 1644 Wanita keselesaan (comfort women)
Unit-unit penyelidikan khas Tentera Empayar Jepun Unit 100 (Shenyang) | Unit 516 (Qiqihar) | Unit 543 (Hailar) | Unit 731 (Pingfang) / Unit 200 (Manchuria) / Unit 8604 atau Unit Nami (Guangzhou) | Unit 773 (Songo) | Unit Ei 1644 (Nanjing) | Unit 1855 (Nanjing) | Unit 2646 atau Unit 80 (Hailar) | Unit 9420 atau Unit Oka (Singapura)

Perang China-Jepun Kedua

10

Nota
[1] Jowett, Phillip, Rays of the Rising Sun, m.s. 72.

Rujukan
Laman web Taipei Times: Penulisan semula tidak mengendahkan kebenaran sejarah (12 Julai 2005) (http:// www.taipeitimes.com/News/editorials/archives/2005/07/12/2003263221/) ditulis oleh Chang, Flora dan Ming, Chu-cheng Gordon, David M. "Perang China-Jepun, 19311945" Jurnal Sejarah Ketenteraan (Januari 2006),70#1, m.s.13782 (http://muse.jhu.edu/journals/journal_of_military_history/v070/70.1gordon.html) gambar keseluruhan historiografi buku-buku utama Jung Chang dan Jon Halliday, Mao: The Unknown Story (London, 2005); Jonathan Cape, ISBN 0-679-42271-4 Annalee Jacoby dan Theodore H. White, Thunder out of China, New York: William Sloane Associates, 1946 Jowett, Phillip (2005). Rays of the Rising Sun: Japan's Asian Allies 1931-45 Jilid 1: China and Manchukuo. Helion and Company Ltd. ISBN 1-874622-21-3. - buku tentang orang-orang Cina dan Mongol yang bertempur untuk pihak Jepun semasa perang. Long-hsuen, Hsu; Chang Ming-kai (1972). History of the Sino-Japanese war (1937-1945). Penerbitan Chung Wu. ASIN B00005W210.

Pautan luar
Arkib Akhbar Perang Dunia II: Perang di China, 1937-1945 (http://warmuseum.ca/cwm/newspapers/ operations/china_e.html) Catatan Tahunan Harimau Terbang (http://www.warbirdforum.com/avg.htm) (Cina) Laman web KangZhan: Galeri dan sejarah Perang China-Jepun (http://www.kangzhan.org/) (Jepun) Askar Jepun dalam Perang China-Jepun, 1937-1938 (http://www.geocities.jp/torikai007/japanchina/ 1937.html) Sejarah dan Buku Peta Komersil China (http://map.huhai.net/) Percetakan Universiti Harvard oleh Albert Herrmann, Ph.D. Sila lihat bahagian bawah senarai untuk peta-peta tahun 1930. Kategori;Perang China-Jepun

Sumber dan Penyumbang Rencana

11

Sumber dan Penyumbang Rencana


Perang China-Jepun Kedua Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?oldid=3324625 Penyumbang: Algazel, Aurora, CommonsDelinker, Fanatix, Master2841, 48 suntingan oleh tanpa nama

Sumber, Lesen dan Penyumbang Imej


Fail:Japanese Occupation - Map.jpg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Japanese_Occupation_-_Map.jpg Lesen: Public Domain Penyumbang: Amysze123, Humboldt, Ianbu, Kingruedi, Kintetsubuffalo, Maximaximax, Mys 721tx, Odie5533, Prm, Ras67, Saperaud, Shizhao, Sweeper tamonten, Timeshifter, W.wolny, Yug, 1 suntingan oleh tanpa nama Fail:Flag of the Republic of China.svg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Flag_of_the_Republic_of_China.svg Lesen: Public Domain Penyumbang: User:SKopp Fail:Flag_of_Japan (bordered).svg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Flag_of_Japan_(bordered).svg Lesen: Public Domain Penyumbang: User:Bangin Fail:Mukden 1931 japan shenyang.jpg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Mukden_1931_japan_shenyang.jpg Lesen: Public Domain Penyumbang: BrokenSphere, MtBell, Shizhao, Takabeg, Themightyquill, Thib Phil Fail:Flag of Japan (bordered).svg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Flag_of_Japan_(bordered).svg Lesen: Public Domain Penyumbang: User:Bangin Fail:Naval Ensign of Japan.svg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Naval_Ensign_of_Japan.svg Lesen: GNU Free Documentation License Penyumbang: David Newton, uploader was Denelson83 Fail:Flag of the Soviet Union.svg Sumber: http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Fail:Flag_of_the_Soviet_Union.svg Lesen: Public Domain Penyumbang: A1, Ahmadi, Alex Smotrov, Alvis Jean, Art-top, BagnoHax, Beetsyres34, Brandmeister, Counny, Cycn, Denniss, Dynamicwork, ELeschev, Endless-tripper, Ericmetro, EugeneZelenko, F l a n k e r, Fred J, Fry1989, G.dallorto, Garynysmon, Herbythyme, Homo lupus, Illegitimate Barrister, Jake Wartenberg, MaggotMaster, MrAustin390, Ms2ger, Nightstallion, Palosirkka, Patrickpedia, PeaceKeeper97, Pianist, R-41, Rainforest tropicana, Sebyugez, Skeezix1000, Solbris, Storkk, Str4nd, Tabasco, ThomasPusch, Toben, Twilight Chill, Xgeorg, Zscout370, , , 4, 65 suntingan oleh tanpa nama

Lesen
Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0 //creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/

You might also like