Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 27

PIM 3111

PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN ISLAM

PENSYARAH : USTAZ SHAIROZI BIN HASHIM


NAMA PEMBENTANG: NORASIKIN MAT RAIS NORHIDAYATI MOHAMAD YUNOS )KUMP. 2(

RIWAYAT HIDUP
Nama penuh beliau ialah Khadijah Binti Khuwalid bin Asad bin 'Abdul 'Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah. Dari Qusay bin Kilab bertemu nasab beliau dengan Rasulullah s.a.w.(A.Guillaume,1978:82). Sejak zaman Jahiliah kedudukan Khadijah amat tinggi dengan keturunan yang baik juga keperibadian beliau yang cukup dihormati. Faktor keturunan, kebijaksanaan, kecantikan dan kekayaan terkumpul pada dirinya segala kelebihan dan kebaikan (Qadariyyah Husin,t.t. :8). Beliau juga adalah seorang pengurus yang berjaya.Ibn Kathir mensifatkan Khadijah adalah seorang yang cukup matang, berpandangan jauh (Ibn Kathir,1971:262). Ini terbukti dari pemilihannya menjadikan Muhammad sebagai suaminya

walaupun dia lebih tua dari suaminya itu.

Adalah luar biasa,Khadijah berupaya mengangkat martabat dirinya ketika adat masyarakat jahiliah merendah-rendahkan taraf wanita.Beliau hidup di tengah

kemungkaran,tetapi mampu menepis segala gejala buruk itu sehinggakan beliau


dikenali sebagai('Afifah Tahirah). Perkahwinan beliau dengan nabi Muhammad s.a.w. membawa kebahagiaan sejati.

Apabila wahyu pertama diturunkan dia lah yang pertama beriman.Ketika Rasulullah
s.a. w. dilakukan sewenang-wenang, dia jualah yang menjadi perisai. Justeru itu beliau mengorbankan seluruh harta kekayaannya untuk perjuangan Rasulullah s.a. w. Apabila beliau wafat maka tahun itu dinamakan "tahun dukacitabagi Rasulullah.

Selepas bertemu Rasulullah s.a. w. beliau meninggalkan segala kemewahan dan


kesenangan hidup untuk berabdi diri kepada Tuhan dan berjuang menegakkan kebenaran. Penganut Islam amat bersyukur atas segala jasanya itu. Beliau

menumpukan perhatian kepada suami dan anak-anak serta penyebaran Islam.

JOM KENAL

SAIDATINA Siti Khadijah binti Khuwailid atau Khadijah al Kubra


merupakan isteri pertama Nabi Muhammad . Nama penuhnya Siti Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai. Beliau ialah anak perempuan pasangan Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Zaidah berasal daripada kabilah Bani Asad dari suku kaum Quraisy namun dikatakan bapanya itu terbunuh dalam peperangan Fujjar.

Siti Khadijah sebelum mengahwini Rasulullah pernah berkahwin

sebanyak dua kali, iaitu perkahwinan pertamanya bersama Ais atau Atiq
bin Abid dan mendapat dua orang anak iaitu Abdullah dan Jariyah dan perkahwinan keduanya, adalah dengan Abu Halah bin Malik dan

mempunyai anak iaitu Hindun dan Zainab.


Kedua-dua suaminya meninggal dunia menyebabkan Siti Khadijah menjadi janda atau balu sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad.

Begitupun dikatakan Siti Khadijah telah puas menolak lamaran


daripada ramai lelaki Quraisy yang kaya, berkedudukan tinggi dan berpengaruh besar di Kota Mekah sebaik sahaja kematian suami

keduanya itu. Ini termasuklah pinangan daripada Uqbah bin Abi Muith,
Abu Jahal dan Abu Suffyan.

Isteri setia sanggup berkorban bagi mendukung perjuangan Rasulullah


SIFAT isteri solehah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang

mempunyai sifat seperti cantik, kaya, cergas, cerdas, dermawan dan


berketurunan mulia. Selain itu, beliau adalah seorang al-wadud al-walud iaitu wanita penyayang dan subur. Hasil perkongsian hidup beliau dengan Rasulullah SAW, dikurniakan empat puteri dan tiga putera.

Sifat isteri solihah dan keibuan boleh dicontohi dan dijadikan iktibar daripada perjalanan hidup Syaidatina Khadijah antaranya:
Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira. Ingatan Baginda terhadap Saidatina Khadijah juga amat mendalam sehinggakan Saiditina Aisyah berasa cemburu terhadap Khadijah. Wanita yang diberi gelaran Ummul Mukminin (Ibu bagi mukmin) adalah seorang yang hebat untuk dijadikan Ibu Mithali bagi setiap individu Muslim.

Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan dakwah Islam. Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah SAW. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim dan Bani Mutalib selama tiga tahun.

Keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi.


Diriwayatkan bahawa Allah menyampaikan salam-Nya kepada Khadijah ketika hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada Nabi SAW. Baginda menyampaikan salam itu: Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril sudah menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil Alamin. Khadijah menjawab salam itu dengan katanya: Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali

keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.

Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik


Jasanya dikenang Rasulullah SAW selepas beliau pergi dijemput menemui Allah SWT. Diriwayatkan pada suatu hari Khaulah Binti Hakim bertanyakan baginda: Wahai Rasulullah, apakah engkau kesepian berpisah dengan Khadijah? Rasulullah SAW menjawab dengan katanya: Ya! Demi Allah, Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik. Saiditina Khadijah: # Seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama di Gua Hira selain penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah. # Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW.
# Meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya. # Sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Wanita Terbaik di Muka Bumi


Riwayat Muslim dan al-Bukhari mengatakan sebaik-baik wanita adalah Maryam Binti 'Imran dan Khadijah Binti Khuwailid. Justeru itu Khadijah mempunyai kedudukan yang istimewa di hati Rasulullah s.a. w. meskipuan sesudah meninggal dunia ia dicemburui oleh 'Aisyah r.a. Bukti kesayangan nabi kepada Khadijah ialah riwayat 'Aisyah yang mengatakan setiap kali keluar dari rumah nabi Muhammad s.a.w. akan memuji Khadijah sehinggalah pada suatu hari 'Aisyah merasai cemburu lalu meluncur dari mulutnya: Tidak adakah yang lain dapat mengganti si tua itu?Rasulullah menjawab dengan marahnya:

Demi Allah!Tidak ada yang dapat menggantikan dari segi kebaikan selain darinya.Dia beriman ketika manusia kufur,dia membenarkan aku ketika orang lain membohongi ku,dia bersimpati dengan hananya ketika orang lain mengalangi ku.Allah menganugerahkan kepadaku darinya anak dan tidak perempuan lain. Perkahwinan baginda Rasulullah s.a.w.dengan wanita ideal ini membawa ke akhir hayat. Khadijah pada masa itu sudah berusia enam puluh lima tahun.Muhammad s.a.w. pula berusia lima puluh tahun. Selama bersama khadijah dua puluh lima tahun Muhammad tidak pemah berniat untuk berkahwin lagi. Hanya selepas kewafatan Khadijah barulah Rasulullah s.a. w. berkahwin dengan 'Aisyah dan isteri-isteri lain-Iain (ibid:53).

Ia adalah wanita terbaik sepanjang masa


Ia selalu memberi semangat dan kelapangan pada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam untuk mencari kebenaran. Ia sendiri yang menyiapkan bekal untuk Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam saat beliau menyendiri dan beribadah di gua Hira. Seorang pun tidak akan lupa perkataannya yang masyhur yang menjadikan Nabi merasakan tenang setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali yang

pertama, Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selama-lamanya.


Kerana sungguh engkau suka menyambung silaturahmi, menanggung keperluan orang yang lemah, menyediakan keperluan orang yang tidak

punya, menjamu dan memuliakan tamu dan engkau menolong setiap usaha
menegakkan kebenaran. (HR. Muttafaqun alaih) (Mazin bin Abdul Karim Al Farih dalam kitabnya Al Usratu bilaa Masyaakil)

Lambang Kasih Seorang Isteri


Kasih sayang dan saling mengerti serta kecenderungan yang sama adalah punca keharmonian rumahtangga. Inilah yang terjadi kapada pasangan ideal ini.Mereka bertemu jodoh dengan pilihan masing-masing yang tepat. Nabi SAW Muhammad cukup bertuah seperti juga Khadijah amat bertuah kerana mendapat pasangan secucuk dan sepadan. Ia hubungan kesetiaan yang tiada tolak bandingnya,memberikan contoh teladan dalam kasih sayang dan pengorbanan.Masing-masing bersedia menanggung kesusahan dan bersedia memberi pertolongan. Khadi'ah melaksanakan segala kewajipan dan tanggung jawab sehingga Nabi Muhammadtmendapat kedamaian yang tiada bandingan(Qadariyyah,op.cit:20). Kehadiran Khadijah dalam kehidupan nabi memberi suatu kekuatan dan tenaga pendorong untuk menghadapi tugas yang amat berat. Beliau menjadi temanhidup yang dapat menghilangkan kesepian,memberi hiburan di kala duka, malah rela berkorban sepanjang masa.

Semasa suaminya berangkat ke gua-gua di sekitar Mekah untuk bersedirian,dia mempersiapkan bekalan yang diperlukan.Jika suaminya lambat pulang dia amat gelisah.Bila dilihat suaminya bermunajat dia merasa tenang dan sabar tanpa mengomel. Sebenamya,bukanlah suatu perkara yang enteng bagi seorang isteri menahan kesabaran untuk suami yang

sering meninggalkan rumah dengan alasan untuk beribadat,terutama pada


zaman jahiliah yang penuh kemaksiatan dan kemungkaran. Sekiranya Khadijah mengikutkan perasaan sudah pasti dia memprotes perbuatan

Rasulullah itu. Tetapi Khadijah mempunyai keyakinan yang teguh terhadap


suaminya itu. Dua puluh lima tahun bersama Rasulullah Khadijah sumber kebahagiaan,

ketenangan, kemesraan yang mendalam. Dia meninggalkan contoh terbaik


sebagai suri yang patuh dan taat.

Khadijah Ibu Sejati


Tidak banyak fakta sejarah yang secara jelas menulis tentang peranan Khadijah sebagai ibu.Namun ada disebut anaknya dengan Rasulullah seramai tujuh orang. Anak lelaki kesemuanya meninggal iaitu al-Qasim,Tahir dan Tayyib. Hanya anak perempuan yang kekal hidup iaitu Zainab,Ruqayyah, Umm Kalthum dan Fatimah(Abdul Salam Harun,1977:44). Apa yang difahami dia amat memberikan perhatian berat kepada pendidikan anak-anak perempuan ini. Ibu adalah guru pertama bagi anak muslim. Khadijah mendidik sendiri anak-anaknya bersama Rasulullah. Zainab anak sulung dilatih sejak awal bukan dalam keadaan manja,tetapi lebih cepat matang. Zainab menjadi "ibu kecil" bagi adik-adiknya. Dia ditugas mengawasi adiknya Fatimah,mengisi waktu dengan bermain,apalagi ibunya sudah agak berumur(Binti sl Syati,1975:85).

Pendidikan melalui tauladan menjadi teras bagi Khadijah. Hasil didikannya tidaklah aneh jika anak-anaknya seperti Ruqayyah dan Fatimah mampu bersabar dan mampu pula menghadapi kesulitan hidup. Sebab dari buah dikenal pokoknya, demikian kata pepatah Melayu, maka itulah jua yang berlaku kepada Khadijah, keunggulan beliau sebagai ibu dikenal melalui sahsiah anak-

anaknya.

Muslimah Pembantu/Penyokong kepada Tugasan Suami


Memang sukar memperincikan sumbangan beliau secara khusus,tetapi seawal perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. sehingga wafatnya,kisah hidup beliau penuh dengan pengorbanan. Ketika Nabi Muhammad menyatakan resah di datangi Jibril, biasanya si perempuan akan menjadi lebih resah dari suami. Mungkin sifat keibuan yang tinggi dan isteri yang penyayang ini membuat Khadijah dapat menenangkan nabi Muhammad. Ketika nabi berdakwah dia pula menjadi pembantu. Contoh sebaiknya apabila dia turut bersama diboikot di lorong Abu Talib,sehingga kesan dari situ menyebabkan beliau sakit dan menemui ajalnya. Dia tidak seperti isteri Nuh dan Lut. Dia berdiri di samping nabi mempertahankan Islam hingga merakamkan namanya sebagai pembela agama yang kental. Malah dialah lambang penyertaan aktif wanita dalam gerakan Islam yang tidak dapat dinafikan.

Khadijah bukan hanya sanggup memberikan sokongan moral tetapi juga material. Pengorbanan beliau secara tidak langsung dirakam oleh Allah S.W.t. dalam surah al-

Duha:6-8. Dia mengeluarkan harta untuk jihad dan perbelanjaan umum.Malah kekuatan
Islam pada peringkat awal digerakkan oleh dana yang disumbangkan oleh beliau. Rasulullah dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada dakwah kerana dokongan sumber dari Khadijah.

Perkahwinan Rasulullah SAW dengan Khadijah bukan bermotif dunia atau syahwat.
Perkahwinan baginda berdasarkan pertimbangan yang matang, Baginda pernah datang kepada Khadijah dengan menyatakan kekhuatirannya. aku khuatir diriku. Khadijah menenangkan baginda; Demi Allah, Allah tidak mungkin akan menghina dirimu selama-lamanya. Sesungguhnya engkau sentiasa menjalinkan silaturrahim, meringankan beban kesusahan orang, memberi kepada orang miskin dan menolong orang semasa bencana. Sebelum berkahwin, kita harus berfikir kepada pertimbangan yang matang. Jangan hanya setakat bicara manis dan semangat cinta sahaja. Rasulullah SAW dan Khadijah mencintai di antara satu sama atas dasar akhlak kedua-duanya. Berlainan sekali dengan umat sekarang yang bercinta kerana syahwat sahaja. Pelbagai dugaan yang berlaku terhadap Nabi SAW dan Khadijah. Celaan orang Quraish dan kematian putera Nabi SAW. Semua dihadapi dengan sabar dan tabah.

Perawat Duka, Khairul Anam


Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat

penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang


menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku. Diselimutinya


Rasulullah Sallallahu alaihi waSallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,

Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya.

Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seo rang yang


suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu

kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan


bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana . Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan

ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk


mencermati serta memahami dengan jelasmasalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,

Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku
di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini.

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut. Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang an-namsal-akbar kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi
juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat. Di sinilah titik mula

kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah
manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu.

Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban

perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.


Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu

alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang
hamba miliknya, beliau segeramenghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah

seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah Sallallahu alaihi wa
Sallam.

Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihiwa Sallam untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan

tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat
di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah

meninggal dunia.
Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah

sebagaimana dibuktikan dari penceritaan Saidatina Aisyah radhiallahu anha.


Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya ,

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like