REFLEKSI Mesyuarat Geerko

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REFLEKSI - (Mesyuarat)

Selamat sejahtera kepada pensyarah saya iaitu Puan Maznah Manan. Saya Dhivagar A/L P.R.Gunalan dari PISMP Unit Bahasa Tamil 1/PJ ambilan Januari 2012 bersyukur kepada tuhan kerana berjaya mengadakan mesyuarat di Balai Sidang, IPG Kampus Raja Melewar pada 19 April 2012. Mesyuarat ini merupakan pengalaman yang baru kepada saya. Semua ahli kelas saya telah melibatkan diri dalam mesyuarat ini. Semua orang diberi tugasan. AJK untuk mesyuarat juga turut dipilih dalam perbincangan di dalam kelas.

Saya telah pernah menghadiri beberapa mesyuarat sebelum ini. Saya telah mendapat pengalaman yang baru dan juga berfaedah selepas mengadakan mesyuarat ini. Saya hanya pernah menghadiri mesyuarat dalam sebuah kelas, bilik mesyuarat badan pengawas dan juga dewan besar. Saya telah mendapat pengalaman yang baru ketika mengadakan mesyuarat di dalam sesebuah bilik khas untuk mesyuarat. Kemudahan yang disediakan adalah sangat berfaedah dan juga sangat selesa. Kelas kami bertanggungjawab untuk menempah biliik mesyuarat tersebut. Saya telah membuat urusan dalam hal menempah bilik mesyuarat mewakili kelas. Pada mulanya saya berpendapat bahawa urusan menempah merupakan perkara yang sangat susah. Pada akhirnya saya dapat menempah bilik mesyuarat dengan berjaya.

Semua sampai pada masa yang yang telah

ditetapkan. Pengerusi dan juga

setiausaha telah sampai awal untuk memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar. Saya telah dilantik sebagai juruteknik teknologi. Saya juga diarahkan untuk sampai awal ke bilik mesyuarat untuk tujuan menangani masalah teknikal. Saya telah diberi tugas untuk memasang LCD projektor supaya menayangkan Slideshow yang berkaitan dengan perkara yang ingin dibincangkan dalam mesyuarat. Saya telah

menggunakan kemahiran teknologi unutk menyelesaikan masalah tersebut. Saya juga telah mengajar cara mengendalikan projektor dalam sesuatu mesyuarat.

Kami telah memulakan mesyuarat pada masa yang ditetapkan. Kami juga telah membuat satu kesalahan yang agak besar dalam mesyuarat ini. Kami telah melantik seorang pengerusi majlis dalam mesyuarat tersebut. Guru bimbingan kami telah menerangkan bahawa pengerusi majlis tidak berkaitan dengan mesyuarat. Kami tidak berputus asa. Kami tetap meneruskan mesyuarat dengan penuh dedikasi dan tekun. Pengerusi dan juga setiausaha memainkan peranan yang penting dalam dalam mesyuarat tersebut.

Mesyuarat kami ialah mengenai Perkhemahan di Gunung Ledang, Johor. Kami telah melontorkan idea kami dalam mesyuarat tersebut. Kami juga telah menyoal beberapa perkara yang tidak jelas dalam mesyuarat tersebut. Saya juga telah menjawab soalan sebagai AJK alatan. Saya dapat menerangkan beberapa perkara yang tidak jelas dalam mesyuarat. Pengerusi telah menamatkan mesyuarat selepas tamat sesi soal jawab. Mesyuarat kami berjalan dengan sangat lancar. Makanan telah diberikan selepas tamat mesyuarat. Pada akhirnya, guru pembimbing telah memberi ulasan beliau. Kami telah mempelajari beberapa kesilapan dalam mesyuarat tersebut.

Kami berasa sangat bangga kerana guru pembimbing berasa sangat puas hati dengan cara pengendalian mesyuarat kami. Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyumbang tenaga dalam pelaksanaan mesyuarat ini. Saya telah memperolehi pengalaman yang berfaedah. Saya juga dapat membina keyakinan diri selepas menghadiri mesyuarat ini.

You might also like