Ekspresi Kreativiti Artistik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

Pengenalan Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses

tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemenelemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi. Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka. Perkembangan Artistik 1. Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. 2. Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna. 3. Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

Kepentingan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kepada kanak-kanak dari aspek : Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata. Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Aspek Sosial dan Emosi Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk. Teori-Teori Kognitif 1. Teori Gestalt Prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian. Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contohnya rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponenkomponen individu (tiang, lantai, dinding, pintu, tangga). Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif minda membuat

anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh. Hukum-hukum Teori Gestalt a. Hukum Pragnanz Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak teratur. b. Hukum Persamaan (Similarity) Konsep hukum persamaan adalah lebih mudah untuk difahami. Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama. c. Hukum Keintiman (Proximity) Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsanganrangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama. d. Hukum Lengkap (Closure) Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam kumpulan yang sama. e. Hukum Kesinambungan Positif (Good Continuation) Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat yang sama akan dikekalkan. Contohnya, garis yang lurus dilihat sebagai akan tetap lurus pada masa yang akan datang dan tidak akan berubah sifatnya. f. Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character) Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut. Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah penyelesaian masalah. Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada produk atau hasil kerja tetapi memberikan penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri.
3

2. Teori Sosial-Interaksi Piaget(ahli epistemologi genetik di dalam bidang biologi dan falsafah.) Piaget merumuskan bahawa kanak-kanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir, cuma kanak-kanak dewasa mempunyai lebih pengalaman yang mengasah minda mereka. Kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza.

Prinsip penyelidikan biologinya : a. Penyerapan (Assimilation) dan Ubahsuai (Accommodation) Piaget menjelaskan dua proses yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran, iaitu asimilasi (assimilation) dan akomodasi (accommodation). Kedua-dua proses ini sentiasa berlaku dalam diri individu dan sentiasa menimbulkan ketegangan yang memerlukan penyelesaian. Hasil daripada penyelesaian kepada ketegangan ini akan mempengaruhi perkembangan kognitif. b. Refleksi, Skema, Struktur dan Hierarki Piaget juga mengemukakan hipotesis bahawa setiap bayi dilahirkan dengan skema fungsi yang dikenali sebagai refleksi. Refleksi pada bayi ini berfungsi dalam membantu menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru (daripada dunia janin ke dunia sebenar). Apabila bayi mula biasa dengan persekitaran yang baru, refleksi ini akan digantikan dengan skema tersusun. Kanak-Kanak Dan Seni Lukis Seni lukis merupakan salah satu cara bagaimana kanak-kanak dapat meluahkan perasaan mereka. Perkaitan di antara seni lukis dan kanak-kanak adalah: (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui

lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

(c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Perkembangan Artistik Kanak-Kanak Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Terdapat banyak kajian tentang teori perkembangan artistik di kalangan kanakkanak. Bagi memenuhi keperluan tugasan ini, saya akan membincangkan dengan lebih kritis tetang teori perkembangan artistik kanak-kanak bagi dua orang tokoh seperti:

Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day. Hurwitz dan Day (2001) membahagikan perkembangan artistik kepada 3 peringkat;

Peringkat 1: Peringkat Manipulatif/zaman awal kanak-kanak (2-5 tahun) Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan tidak realistik-banyak guna garisan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Boleh melukis rupa Pada peringkat ini aktiviti melukis lebih kepada kepuasan dan keseronokan

melukis/memegang peralatan melukis adalah mengikut gaya dan cara yang mereka sukai.

Peringkat 2: Membuat Simbol (6-9 Tahun) Boleh menghasilkan simbol Kawalan tangan mula seimbang

Persekitaran mempengaruhi lukisan mereka. Biasanya ia suka melukis objek-objek yang hampir dengan diri/pengalaman mereka (cth; rumah, kakak, abang, emak, ayah, bilik tidur dll)

Imej yang penting biasanya dilukis lebih besar (cth; bapa, orang lebih besar daripada latar belakang) Warna disesuaikan (cth; langit biru, pokok hijau)

Peringkat 3: Pra-Remaja (10-13 Tahun) Cuba melukis figura dengan saiz yang betul (mengikut kadar banding) Lukisan lebih rasional-pilih warna yang tepat-ada bayang-bayang-perspektif-lebih realistik.

Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain (1992) Lowenfeld dan Britain (1992) membahagikan perkembangan artistik kepada 6 peringkat; Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas danberskala besar. Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya

dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Huraian lukisan figura

3 Tahun

4 tahun 1. Peringkat umur 2 hingga 4 tahun (Tahap Contengan) Daya Imaginasi 100% kesemuanya mempunyai daya imaginasi yang tinggi kerana gambaran atau idea yang cuba ditonjolkan menunjukkan daya kreativiti mereka terserlah walaupun mereka masih lagi diperingkat awal, tetapi gambaran-gambaran yang dihasilkan jelas menunjukkakn kepekaan mereka terhadap persekitaran atau suasana di sekeliling mereka. Walaupun penghasilan mereka berupa lakaran dan contengan tetapi tahap inilah merupakan asas bagi kebolehan melukis dan merupakan permulaan bagi kanak-kanak melakarkan idea mengikut daya imaginasi mereka. Tema 100% tema yang digambarkan adalah berkisar persekitaran atau suasana sekeliling mereka seperti buah-buahan, matahari dan orang-orang yang rapat dengan mereka seperti ayah, emak dan sebaginya. Apabila mereka melukis adalah menggunakan idea seperti yang mereka fikiran.

Rupa Dan Bentuk 100% kesemuanya pada pringkat ini, walaupun gambaran yang dihasilkan berupa lakaran atau contengan tetapi apa yang cuba disampaikan jelas menunjukkan idea seperti yang mereka fikiran. Sebagai contoh, bentuk bulat yang dilukiskan akan mewakili 'buah epaI', 'matahari' dan sebagainya. lni menujukkan mereka sudah tahu bagaimana bentuk objek tersebut.

Susunatur Dan Komposisi 71% dapat menggambarkan idea dalam susunatur dan komposisi yang baik. Apa yang cuba disampaikan adalah dalam keadaan yang teratur. Rupa dan bentuk yang dihasilkan sesuai dengan tema yang ingin disampaikan. 29% tidak dapat menghasilkan komposisi dan susunatur yang baik. Gambaran yang dibuat tidak menepati bentuk dan rupa keadaan sebenar objek yang hendak disampaikan. Idea yang dilakarkan adalah dalam keadaan berselerak iaitu diantara objek jauh dan dekat adalah sama saiznya. Garisan Kesemuanya 100% garisan yang dihasilkan adalah pelbagai jenis kerana pada peringkat ini mereka masih belum lagi dapat menggunakan jari mereka dengan berkesan hanya anggota badan digerakkan untuk melakarkan sesuatu objek pada permukaan kertas. Kadangkala dapat dilihat garisan yang berulang-ulang. Kualiti garisan yang dihasilkan adalah pelbagai disamping beberapa kesan yang tidak sengaja. Warna 100% pada peringkat ini menggunakan warna yang berbagai-bagai. Setiap individu mempunyai warna yang tersendiri, apa yang dipilih adalah mengikut apa yang dirninati. Kanak-kanak pada peringkat ini akan bermain dengan warna dan kadang-kadang warna itu tidak mempunyai kaitan dan tidak member apa-apa makna. Mereka lebih suka kepada warna yang terang, iaitu lebih kepada warna-warna asas seperti merah,biru,kuning dan sebagainya

Media 20% pada peringkat ini menggunakan bahan atau media yang ringkas dan mudah seperti pensil, pensil warna dan krayon. Media yang dianggap rapuh ini dianggap sesuai dengan kemampuan kanak-kanak seperti daya yang diperolehi pada tangan mereka. Cara penggunaannya terpulang kepada kanak-kanak itu sendiri. Teknik Kesemuanya 100% menggemari teknik kering. Pada peringkat umur begini, teknik begini paling sesuai. Penggunaan pensil, pensil wama dan krayon adalah mudah jika dibandingkan dengan teknik basah menggunakan 'water colour' iaitu cat air yang mungkin tidak sesuai untuk kanakkanak pada peringkat permulaan ini.

5 tahun

10

6 tahun

7 tahun Peringkat umur 4 hingga 7 tahun (Tahap Pra Skematik) Daya Imaginasi 50% rnernpunyai daya irnaginasi yang tinggi, ini adalah kerana lakaran yang dihasilkan adalah
pengalarnan rnereka sendiri terhadap perkara-perkara yang rnereka lihat dan narnpak setiap hari.

25% rnernpunyai daya irnaginasi yang sederhana kerana garnbaran yang dihasilkan rnasih lagi
11

tidak rnenepati dan rnasih lagi tidak tentu kedudukannya. 13% seorang sahaja yang rnernpunyai daya irnaginasi yang kurang. Apa yang dihasilkan tidak tersusun seolah-olah tidak ada kaitan diantara satu sarna lain. Tema 100% kesemuanya menggambarkan tema yang berkisar persekitaran manusia seperti alam semulajadi, hari keluarga, rumahku syurgaku dan sebagainya. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah mula melukis gambaran figura dan ditambah dengan objek-objek lain pada permukaan kertas. Rupa dan Bentuk 100% pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula mengenali bentuk atau objek yang dilakar, dimana mereka telah dapat meniru objek-objek dihadapan mereka. Setiap bentuk objek yang dihasilkan adalah jelas, walaupun dalam keadaan yang tidak teratur.
Susunatur Dan Komposisi

100% kesemuanya dapat menggambarkan hasil karya dalam keadaan yang teratur. lni adalah kerana kanak-kanak ini sudah mula mengenali objek-objek disekeliling mereka. Mereka sudah mempunyai keinginan untuk mengolah bentuk-bentuk yang mempunyai kaitan yang dilakarkan dalam suasana yang lengkap. Penghasilan idea nampak lebih terkawal kerana sensitiviti atau deria rasanya serta pengawalan gerak geri telah dapat diselaraskan walaupun tidak sepenuhnya. Garisan 100% pada peringkat ini juga, garisan yang dihasilkan adalah pelbagai jenis. Bagi sebahagian besar kanak-kanak pada peringkat ini masih mengalami kesukaran untuk menggayakan dan memegang pensil. Mereka belum pasti akan sesuatu tetapi gambaran kasar sudah mula menampakkan lakaran seni berdasarkan penggunaan dan kualiti garisan dalam penghasilan karya mereka. Warna 100% kanak-kanak pada peringkat ini masih lagi menggunakan warna-warna yang kontras. Mereka masih lagi gemar menggunakan warna yang berbagai-bagai walaupun ada sebahagian daripada mereka yang sudah pandai memadankan warna-warna yang lebih lembut 'harmoni'.
12

Warna yang biasa digunakan adalah berlainan untuk memberi perbezaan kepada bentuk-bentuk yang dilukis mengikut warna-warna tertentu atau warna yang telah dipilih seperti yang mereka minati setiap yang dihasilkan membawa makna yang tersendiri bagi dirinya, apa yang dibuat, diwarnakan boleh difahami. Media 100% kanak-kanak pada lingkungan umur ini masih lagi menggunakan media yang ringkas seperti pensil, pensil warna dan krayon, tetapi terdapat sebahagian daripada mereka yang mahu mencuba media yang barn seperti ,charcoal' dan 'water colour'. Pada peringkat ini mereka agak berani dan meyakinkan. Penggunaan terpulang kepada kreativiti pelajar itu sendiri. Mereka didapati menghasilkan karya yang lebih berani kerana kebebasan menggunakan media, penggunaan satu media nampaknya mengongkong kebebasan mereka. Contohnya : jika diminta menghasilkan dua buah lukisan yang menggunakan pensil dan krayon, jika mereka berminat pada krayon mereka didapati kurang aktif pada media yang lain.

8 tahun

13

9 tahun Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun ) Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkatawal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekananlebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusiadan objek yang terdapat di sekelilingnya.Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang padakertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangansatah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara puladibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah denganlukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 7-9 tahun ini jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Umayrah terus mengambil pensel dan melakar lukisan serta mewarnakannya. Caranya memegang pensel dan mewarnakan lukisan ini begitu jelas bagaikan minda beliau telah menetapkan apa yang perlu dilukistanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir. Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yangmenarik perhatian mereka. Lukisan ini banyak menggunakan bentuk geometri seperti bujur, empat segi, dan tiga segi. Lukisannya banyak bersifat hiasan(dekoratif). Lukisan adik ini menggambarkan keadaan pemandangan rumahnya ini kerana rumahnya baru siapdiubahsuai secara tidak langsung beliau menjadi teruja untuk menggambarkanrumahnya di dalam bentuk lukisan. Beliau banyak menggunakan alat pembaris bagimenghasilkan bentuk geometri empat segi seperti bentuk rumah
14

dan juga pasu bunga.Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan ini amat jelas dilihat kerana figura yang dilukis oleh adik ini hamper memenuhi ruangkertas lukisan

Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun )

10 tahun

11 tahun

15

12 tahun

Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahanpada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imejlukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikaldengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakansebaya dan masyarakat. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka.Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakansebaya sama jantina. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantinamelalui ciri rambut dan pakaian. Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepadakesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Menggunakan warna bagimenggambarkan sesuatu objek seperti hijau untuk pokok, biru untuk awan dansebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek dalamlukisan mereka. Garisan yang digunakan oleh adik Fatihah bagi menghasilkanlukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang digunakanbertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis di dalam garisan tersebut. .Penggunaan warna pula ialah warnawarna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk. Contohnya pada lukisan keluarga saya, saiz manusia

16

yang dilukis oleh kanak-kanak mempunyai perbezaan mengikut kepentingan. Ibu murid hasil daripada lukisan kanak-kanak ini menunjukkan ibunya mempunyai kepentingan yang lebih dalam hidup murid ini, dapat dilihat daripada saiz ibunya lebih besar daripada anggota keluarga lain. Selain itu, kita boleh lihat pada penggunaan warnanya, kanak-kanak suka menggunakan warna panas seperti merah, jingga, kuning, pada objek dan pakaian supaya dapat mewujudkan suasana keluarga dan rumahnya yang gembira, ceria dan bertenaga. Kesimpulan Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan dari pelbagai peringkatumur, jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Di mana persekitaranyang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif.Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Koster (2001), hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia membesar.Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial,intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya tanpa disedari.Dari faktor inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kanakkanak.

17

Rujukan

http://rujuknota.blogspot.com/2011/11/perkembangan-artistik-kanak-kanak.html http://psvisual.wordpress.com/2010/04/30/teori-perkembangan-artistik-kanak-kanak-oleh-lowenfelddan-britain/ http://psvisual.wordpress.com/2010/04/30/kanak-kanak-dan-seni-lukis/ http://imann9969.blogspot.com/2009/07/nota-hbae1203-perkembangan-seni-dan.html

Sumber: OUM (Dr. Sajap Maswan) http://noorainhashim.blogspot.com/2011/12/lukisan-dan-kanak-kanak.html http://kittycars.blogspot.com/2010/02/makna-lukisan-kanak-kanak.html http://www.scribd.com/doc/34618278/VIKTOR-LOWENFELD


http://www.scribd.com/doc/88571823/Kajian-Perkembangan-Seni-Kanak-Kanak-mengikut-Teori-VictorLowenfeld

18

You might also like