Kesan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

KESAN-KESAN BURUK PEMBINAAN EMPANGAN

Pembinaan empangan tidak semestinya membawa kebaikan sahaja. Tetapi disebaliknya terdapat kesan buruk pembinaan empangan yang wujud sebelum dan selepas pembinaan yang harus dipertimbangkan. Ia bukan sahaja memberikan kesan terhadap persekitaran pembinaannya tetapi boleh sehingga muara sungai. Antaranya kesan pembinaan empangan adalah Masalah sistem ekologi I. Kemusnahan hutan II. Kepupusan dan gangguan flora dan fauna Masalah antropogenik Masalah perubahan mikrocuaca persekitaran Masalah pencemaran I. Air II. Tanah Kemasukan air masin Kesan mineral tanih persekitaran Masalah kaum orang asli. Masalah pembaziran wang (ekonomi) Kesan ke atas air bawah tanah

Kesan ini juga menyebabkan pelbagai masalah kepada tiga golongan biasanya. Kajian juga selalunya dikaji mengikut ini iaitu,

Tumbuhan Haiwan Manusia

MASALAH SISTEM EKOLOGI


Tidak dinafikan lagi masalah akan timbul dalam ekosistem kita. Ia biasanya bermula daripada permulaan pembinaan sehinggalah ke hilir sungai.Banyak kajian semulajadi terjejas dan banyak informasi tidak dapat dijadikan bahan rujukan sebelum terpupus. Secara tidak langsung, sumber biologikal dan kepelbagaian

genetik termusnah. Banyak spesis terancam iaitu haiwan akuatik, darat, masalah hutan dan akan diterangkan denagn lebih lanjut lagi melalui bahagian di bawah.

Kemusnahan hutan
Pembinaan empangan memerlukan pembersihan hutan yang luas tanpa kawalan. Seperti di Bakun dan di Tasik Chini telah memberikan kesan yang ketara dan dapat di lihat dengan jelas. Contoh yang paling ketara adalah Empangan Bakun telah memusnahkan habitat semulajadi sebanyak 70,000 hektar yang sebesar Singapura. Contoh lain adalah Empangan Tasik Chini, Pahang juga membersihkan 60 hektar hutan yang ada. Vagitatif ekosistem termusnah dan seterusnya memberikan kesan kepada hidupan. Habitat semulajadi terganggu dan menyebabkan organisma terpaksa mencari habitat yang baru ataupun terus pupus bagi kawasan tersebut. Pembinaan empangan yang dijalankan pada 1995 di Timah-Tasoh, Perlis. Photo : WWFM / Salahuddin Duniaku WWF

Yaacob.

Kepupusan dan gangguan flora dan fauna


Banyak flora dan fauna terancam. Masalah bertambah apabila hidupan ini telah terdedah kepada penyakit berjangkit.Masalah tebing pasir akan terhumbang semasa banjir menyebabkan kuanitinya semakin berkurang. Contohnya kawasan pembiakan penyu air tawar telah terancam melalui situasi ini. Ini juga menghalang laluan penyu dan ikan air tawar dan seterusnya mengganggu tabiat pergerakkan dan pembiakan mereka. Di Empangan Temenggor telah dikenal pasti masalah ini dengan bilangan ikan terubuk di Sungai Perak semakin berkurangan .Masalah lain adalah perpindahan hidupan dari kawasan hutan ke kawasan berkependudukan. Ini

menyebabkan masalah kepada penduduk tempatan yang tinggal berdekatan. Contohnya adalah pembinaan Empangan Bakun.Flora biasa pupus tanpa mengetahui kajian yang mendalam. Masalah ini akan bertambah jika tiada kawalan dan tindakan diambil.

MASALAH ENTROPOGENIK
Masalah banjir biasanya berkait dengan berkait dengan sistem pengaliran yang kurang teratur. Tetapi ada punca lain yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah kekurangan kawasan tadahan air dan sistem pembinaan empangan yang kurang teratur. Masalah kekurangan kawasan tadahan air di sekitar biasanya wujud. Ini kerana banyak kemusnahan hutan telah berlaku. Pendedahan tanah terbiar kepada hujan menyebabkan aliran air permukaan bertambah. Air ini tidak akan terserap kedalam tanah dan mengalir terus kedalam sungai. Seterusnya menyebabkan banjir berlaku di kawasan hilir sungai biasanya. Selain itu, masalah tanah runtuh dan juga hakisan tanah akan berlaku. Seperti yang diterangkan tadi kawasan yang kurang tadahan air akan menyebabkan masalah ini berlaku. Gambar semasa Tasik Kenyir sewaktu pembinaan telah memberikan impak yang besar terhadap persekitaran. Gambar ini diambil pada tahun 1995. Photo :WWFM/ Lena Duniaku. Chan .WWF

MASALAH PERUBAHAN MIKROCUACA PERSEKITARAN


Apabila tiada tumbuhan di sekeliling, kita akan rasa lebih panas di persekitaran kita. Situasi ini akan berlaku dengan kerata dan mempunyai bukti yang amat jelas. Haiwan berdarah sejuk biasanya akan merasakan perubahan ini secara mendadak.

Contoh ikan biasanya menukar habitatnya apabila keadaan persekitaran tidak sesuai lagi lebih-lebih lagi dalam perubahan suhu. Selain itu, ini boleh menyebebkan masalah penhijrahan haiwan dari kawasan hutan ke kawasan yang mempunyai penduduk.

MASALAH PENCEMARAN
Masalah yang biasa dihadapi dalam pembinaan empangan adalah pencemaran a ) pencemaran air b ) pencemaran tanah

pencemaran ini wujud sebaik sahaja pembinaan dijalankan. Ini membawa kesan yang amat ketara bagi hidupan akuatik . Lebih-lebih lagi dikawasan hilir sungai membawa kesan buruk yang amat ketara malah menyebabkan komposisi mineral dalam air bertukar.

Pencemaran air
Biasanya sungai akan menjadi liat dan kelodak apabila hakisan tanah berlaku sewaktu pembinaan dan pelepasan air. Dari sini, air menjadi coklat menyebabkan masalah pertumbuhan tumbuhan akuatik berlaku. Tetapi disebaliknya, sungai akan menjadi kekurangan mineral disebabkan masalah system aliran air sungai menjadi perlahan disebabkan penangkungan air. Kadar mineral dan oksigen semakin berkurangan. Tambahan lagi masalah timbul apabila penduduk bercucuk tanam hasil pertanian mereka. Penggunaan pestisid tidak dapat dialirkan dan dikitarkan dalam sungai. Kadar pengunaan baja juga turut menjejaskan kualiti air apabila air dilepaskan dari empangan.

Pencemaran tanah
Masalah ini timbul apabila sisa pembinaan empangan yang tidak teratur. Selain itu, enapan tanih di kawasan hilir dan pemendapkan di tasik menyebabkan kawasan ini menjadi semakin cetek. Ini disebabkan masalah hakisan tanih yang di kawasan tebingnya dan masalah pembuangan sisa seperti kayu-kayu pembinaan, sampah dan bahan induk pembinaan.

Secara tidak langsung, hilir sungai menjadi semakin cetek begitu juga dengan tasik. Pencemaran ini menyebabkan masalah dan gangguan kepada hidupan. Ini juga menyebabkan masalah kepada penduduk juga. Contoh yang jelas adalah Sungai Terengganu berpunca daripada masalah hakisan pantai yang amat serius di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Ini menyebabkan system pengangkutan yelah berkurang sbanyak 20 %.

KEMASUKAN AIR MASIN


Pembinaan empangan menyebabkan aliran air sungai di kawasan hilir menjadi perlahan. Aliran yang perlahan ini menyebabkan kemasukkan air masin secara perlahan-lahan dalam jangka masa tertentu. Ini menyebabkan ekosistem akuatik menjadi tidak seimbang terutama di kawasan zon air tawar. Pembiakan ikan juga akan terjejas Ini juga menyebabkan pukulan ombak bertambah dan memecahkan pantai dengan lebih kuat. Tidak hairanlah air masin ini dapat menembusi jauh ke dalam sungai.. Bahan pencemar yang berkepekatan tinggi wujud apabila air masin ini masuk. Ini kerana pengaliran air sungai adalah perlahan untuk mencairkan kandungan yang terdapat di persisiran pantai ini. Ini membawa masalah kepada penduduk yang tinggal di sisni juga.Tetapi masalah ini haruslah mengambil kira juga saizdan kecerunan sesebuah sungai serta kemerosotan aliran air sungai.

KESAN MINERAL TANIH PERSEKITARAN


Tanih adalah bahan utama dalam pertumbuhan tumbuhan kerana terdat pelbagai mineral yang penting baginya. Tetapi setelah pembinaan ini berlaku, kandungan mineral tanih semakin terjejas tidak kira di darat ataupun di sungai. Tanih akan terhakis menyebabkan kesuburan tanih semakin berkurangan. Mineral di sini dibawa turun oleh aliran air permukaan. Masalah bertambah apabila nineral ini tidak atau hanya sedikit sahaja yang terjerap masuk ke dalam tanih

tersebut.

Tanih dalam sungai juga mengalami situasi yang sama.Tetapi kesemua kandungan mineral ini akan berkumpul di dalam empangan itu sendiri Gambarajah di bawah menunjukkan keratan sebuah empangan dimana enapan sediment berlaku dalam empangan.

MASALAH KAUM ORANG ASLI


Pembinaan empangan ini memang membawa kesan kapada kaum orang asli. Banyak antara kaum ini hilang tradisi, budaya dan cara hidup terpaksa bertukar. Ini dikaitkan dengan sumber pendapatan mereka, tempat tinggal mereka dan ancaman lain seperti penyakit berjangkit. Perjalanan hutan mereka juga terpaksa bertukar disebabkan masalah pembinaan empangan. Secara tidak langsung, mereka akan tersisih daripada tradisi mereka. Dari segi, sumber mereka terancam. Masalah mencari makanan juga wujud. Contoh yang jelas adalah sumber protein mereka daripada hasil penangkapan ikan terjejas di Sungai Baloi, Sarawak yang berdekatan dengan Empangan Bakun. Kegiatan perikanan di Sungai Balui yang semakin sedikit dan saiz ikan semakin kecil mengancam penduduk disini. Ini disebabkan masalah pembinaan Empangan Bakun.Photo: The Star ,Thursday, August 11, 1994

MASALAH PEMBAZIRAN WANG (EKONOMI )


Pembinaan empangan meperuntukan jumlah perbelanjaan yang banyak.Biasanya pembinaannya menemui kejayaan tetapi sesetengah darinya menghadapi masalah. 1 )Ti dak siap Projek meerlukan perbelanjaan yang berlebihan.Contohnya empangan Bakun , Sarawak. 2)Masalah timbul Kerajaan belanja untuk memperbaki ekosistem persekitaran.Contohnya Hakisan yang berlaku di Seberang Takir berhampiran Kuala Terenganu. Usaha peneguhan dan pengorekan kawasan pantai untuk elakkan hakisan pantai berlaku telah menelankan belanja besar.

AIR BAWAH TANAH


Air berkumpul disekitar bawah tanah.Ini mengakibatkan tanah permukaan menjadi terlalu lembap, kerosakan dalam (agricultural lands), bandar dan jalan raya. Air bawah tanah kawasan lain menjadi kering kerana kurangnya aliran air bawah tanah ke kawasan tersebut.

KESAN-KESAN YANG LAIN


Pembinaan empangan telah memberikan kesan buruk terhadap hidroekosistem sungai.Diantara keburukannya adalah seperti menjejaskan populasi ikan di hilir sungai jika pembinaan empangan berlaku di kawasan hulu sungai.Keadaan ini berlaku di kawasan Empangan Temenggor, Bersia dan Kenering.Kajian yang mendalam telah dijalankan di Tasik Chenderoh.Hasil tangkapan perikanan di empangan ini adalah rendah dan hanya 22 spesies telah ditangkap, dan 15 daripadanya terdiri daripada Famili Cyprinidae.Kebanyakan ikan ditangkap dengan menggunakan pukat hanyut bemata kecil dan ini menunkjukan kekurangan ikan bersaiz besar di empangan tersebut.Hasil tangkapan per unit usaha (CPUE) pula adalah antara (2.7 12.8 kg. per nelayan- hari yang bernilai antara RM4.94-32.43 per nelayan-hari. Selain itu, pembinaan empangan yang tidak mengikut spesifikasi boleh menyebabkan kemusnahan hutan.Puncanya adalah kenaikan paras air melebihi

paras yang dirancang.Keadaan ini telah berlaku di Tasik Chini, Pahang.Menurut keratan akhbar Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kemusnahan hutan di Tasik Chini.Tetapi situasi ini boleh diibaratkan nasi sudah menjadi bubur.

Empangan, baik dan buruknya...

Kesan-kesan Kebaikan Pembinaan Empangan


Kesan-kesan baik ataupun tujuan pembinaan empangan ini adalah dapat membekalkan air kepada penduduk di kawasan terbinanya empangan.Ini memudahkan penduduk di situ menjalankan kehidupan seharian mereka.Di samping itu, pembinaan empangan ini dapat mengawal banjir.Banjir selalunya berlaku di kawasan tanah yang rendah. Tasik Kenyir merupakan contoh terbaik kerana tasik ini adalah empangan buatan manusia yang di gunakan untuk menjana kuasa elektrik selain daripada bertindak sebagai kawasan takungan air seluas 38,000 hektar dan kawasan daratan seluas 171,199 hektar. Dengan merujuk Tasik Kenyir sebagai contoh, kita dapat melihat perkembangan pesat sektor pelancongan yang banyak mendatangkan kesan yang positif dan sekaligus mendatangkan pulangan yang lumayan atau dengan kata lain sebagai sumber pendapatan.Antara contoh kawasan air terjun yang popular di Tasik Kenyir ialah Air Terjun Lasir, Air Terjun Saok, Air Terjun Tembat dan Air Terjun Pertam. Selain daripada mempunyai 340 buah pulau kecil dan besar yang asalnya adalah kemuncak bukit yang di tenggelami air kawasan Tasik Kenyir juga terkenal sebagai destinasi memancing utama di Malaysia. Pelbagai spesis ikan air tawar yang mahal harganya terdapat di dalam tasik ini di antaranya ikan toman, sebarau, kaloi, kelah, lampam dan kelisa dan faktor ini sekaligus mendatangkan kesan yang positif dari sudut ekonomi dan perlancongan . Gua Bewah dan Gua Taat yang terdapat di Tasik Kenyir ini merupakan dua buah gua yang penuh dengan bahan bahan sejarah.Melalui penemuan para pengkaji sejarah dari Muzium Negeri Terengganu telah menemui pelbagai kesan peninggalan seperti rangka manusia dan peralatan zaman pra sejarah termasuk senjata dan peralatan memasak. Segala bentuk penemuan ini membuktikan bahawa kesan daripada pembinaan empangan ini turut membantu dalam bidang arkeologi, pengkajian fosil serta membantu dalam bidang sejarah sesebuah negeri atau sesuatu kawasan. Seharusnya sebagai masyarakat kita haruslah bertindak secara positif atau memperhalusi sesuatu isu, misalnya merujuk kepada pembinaan empangan ini sebelum kita melabelkanya sebagai suatu perkara yang benar atau sebaliknya. Sementara itu, pembinaan empangan tidak begitu kisah akan tinggi rendah tanah tersebut tetapi memfokuskan samada kawasan yang berkenaan sesuai atau tidak.Contohnya kestabilan untuk takungan.Selain itu empangan adalah pengindahan sekitaran.

Pembinaan empangan ini merupakan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai membawa perubahan sosial.Nilai-nilai baru mula tersebar kedalam kehidupan kumpulan warga yang

berdekatan dengan empangan di situ terutamanya warga peribumi contohnya di Sarawak dan Sabah.Arus pemodenan yang melanda turut mengubah fikiran dan gaya hidup mereka.Umumnya sebilangan besar warga peribumi ini masih tertinggal jauh di belakang berbanding warga Malaysia yang lain. Sumber : dipetik daripada www.ukm.my

Populasi terjejas Empangan Baram dipindahkan ke penempatan baharu


Posted on May 18, 2012, Friday KUCHING: Sebanyak 24 rumah panjang Orang Ulu dengan kira-kira 10,000 populasi yang terjejas akibat pelaksanaan Empangan Hidroelektrik Baram akan dipindahkan ke sebuah penempatan baharu yang berkonsepkan Kampung Abad Ke-21. Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata, penduduk berkenaan bukan sahaja mampu menikmati pampasan yang sewajarnya daripada kerajaan tetapi rancangan jangka panjang yang mampu meningkatkan taraf hidup mereka. Sementara komuniti di Baram menikmati pampasan, mereka juga akan mendapat manfaat jangka panjang melalui kewujudan Kampung Abad Ke-21 ini seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri. Ia juga selari dengan Pusat Pertumbuhan Luar Bandar dan cadangan kampung baharu ini termasuk penduduk penempatan semula Empangan Baram, katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan daripada Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) yang turut dihadiri ADUN Telang Usan Dennis Ngau di DUN di sini, semalam. Jabu yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar berkata, kampung itu juga akan memperlengkapkan pertumbuhan ekonomi di Miri dan Bintulu memandangkan kawasan yang dicadangkan berhampiran dengan empangan. Kawasan Kampung Abad Ke-21 ini juga amat strategik kerana ia lebih dekat dengan Miri dan Bintulu yang pasti memberi manfaat kepada kaum Penan, Kenyah, Kelabit dan etnik Orang Ulu yang lain. Komuniti Orang Ulu Baram tidak lagi memerlukan masa perjalanan yang panjang untuk pergi ke dua destinasi ini, tegasnya. Malahan kata Menteri Pemodenan Pertanian itu, pusat perkampungan berkenaan akan mengukuhkan lagi ekopelancongan memandangkan ia berdekatan dengan Empangan Murum, yang memberi potensi baharu dari segi tarikan destinasi ekopelancongan dan pusat rekreasi.

Pada masa yang sama kampung baharu itu juga pasti akan mengetengahkan lagi produk-produk tempatan selain potensi perladangan dan pertanian masyarakat setempat. Sementara itu, Presiden FORUM Gerawat Gala berkata, sembilan etnik Orang Ulu Baram semalam menyokong projek pelaksanaan Empangan Hidroelektrik Baram. Malahan persatuan turut menubuhkan satu jawatankuasa sebagai wakil daripada komuniti Baram dalam usaha membantu dan menyokong kerajaan melaksanakan projek agar berjalan dengan lancar. Jawatankuasa ini diketuai Ahli Parlimen Baram Datuk Jacob Dungau Sagan dan Timbalannya Senator Lihan Jok selain ketua-ketua kaum dan ahli-ahli FORUM, tegasnya. Sumber: Borneo Post Online

Pencemaran- Beribu-ribu ikan mati di Empangan Bakun.

Kejadian ikan mati di tapak dan hilir Empangan Hidro Elektrik Bakun berulang lagi. Pada saya ini menandakan air sungai Balui yang mengairi lebah rejang sudah tidak selamat lagi untuk kegunaan penduduk sekitarnya. Siapa kata pembinaan Empangan tidak memberi kesan buruk kepada ekosistem. Negeri dan negara ini tak ada undang-undang ke? kenapa tak ambil tindakan. Kejadian ikan mati ini pernah dilaporkan pada januari 2009. Namun sehingga kini pihak yang berkuasa masih gagal menagani masalah ini. Bagaimana dengan Aduan Rakyat tak tergerak ke nak datang Sarawak??. Berikut saya lampirkan laporan yang berkaitan pada tahun 2009 yang lalu. Kematian ikan tiada kaitan dengan Empangan Bakun: Dr. Rauf 21 February 2009 MIRI: Projek Hidro Empangan Bakun bukanlah penyebab kepada kematian beribu-ribu ikan di Belaga, kata Menteri Muda Alam Sekitar Dr. Abang Abdul Rauf Abang Zen. Beliau berkata pembinaan projek ini dipantau dengan ketat dari segi perlindungan alam sekitar dan mengikut standard antarabangsa. Untuk itu, tambah beliau, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menempatkan seorang pegawai di tapak empangan untuk memantau situasi di sana dan memastikan kerjakerja pembinaan mematuhi ordinan alam sekitar.

Peningkatan kandungan pepejal di Sungai Belaga, Balui dan Baleh disebabkan oleh aktiviti aktiviti manusia seperti pembersihan tanah untuk perladangan dan pembalakan di kawasan hulu Empangan Bakun, kata Rauf dalam sidang media untuk memaklumkan hasil penyelidikan oleh pakar terhadap kejadian kematian ikan di kawasan Bakun dan Sungai Tatau semasa dan selepas banjir baru-baru ini. Penolong Pengawal (Pemantauan dan Audit) NREB iaitu Paul Ponar Sinjeng juga hadir dalam sidang media terbabit. Rauf berkata hasil penyelidikan mengecualikan toksin, ubat racun, tuba dan bom ikan sebagai punca kematian ikan-ikan. Saya mahu menyatakan bahawa kematian ikan tersebut bukanlah disebabkan racun dan ia selamat dimakan, kata Rauf. Dalam penyelidikan NREB, bacaan TSS (kandungan pepejal) adalah amat tinggi pada 2168mg/1 in di kawasan hulu Bakun iaitu 100 kali lebih tinggi daripada paras normal. Secara ringkasnya, ikan-ikan itu mati kerana kekurangan oksigen akibat ketiadaan rumpai yang telah dihanyut selepas banjir. Generasi dulu mengenali fenomena ini biasa berlaku selepas musim banjir. Bagi mereka ini bukan perkara yang luar biasa, jelas Rauf.

You might also like