Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

TRIPROLIDINE AND PSEUDOEPHEDRINE

Panduan Pengubatan Kendiri Sila baca risalah ini sebelum mula menggunakan ubat anda. Rujuk kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan ubat anda. 1. Nama Generik atau Bahan Aktif: Triprolidine dan pseudoephedrine 2. Kegunaan: Terdapat dalam bentuk ubat biji dan sirap untuk melegakan masalah bersin, batuk, hidung tersumbat, selsema dan resdung. 3. Bagaimana Ubat Ini Bertindak: Triprolidine merupakan ubat antihistamin yang membantu mengurangkan simptom selsema dengan menghalang tindakan histamine. Histamine dihasilkan secara semulajadi oleh badan sebagai tindakbalas alahan kepada bahan-bahan luaran yang memasuki badan. Pseudoephedrine mengecilkan salur darah di dalam hidung untuk melegakan hidung tersumbat akibat selsema atau resdung. 4. Jangan Ambil Ubat Ini Jika: Anda mempunyai alahan terhadap triprolidine, pseudoephedrine, atau kandungan lain ubat ini. Pesakit adalah kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah. 5. Sebelum Mengambil Ubat Ini: Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mempunyai alahan terhadap sebarang ubat lain. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mempunyai masalah glaukoma, kesukaran membuang air kecil, hipertensi teruk, penyakit jantung teruk, hipertiroidisme dan menerima rawatan ubat untuk masalah kemurungan, atau mempunyai masalah kesihatan yang lain. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mengandung, merancang untuk mengandung, atau menyusukan anak. Sila dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan ubat ini untuk kanakkanak. 6. Pengambilan Bersama Ubat Lain: Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi jika anda sedang mengambil sebarang ubat, vitamin, produk herba atau makanan kesihatan tambahan kerana ia mungkin bertindakbalas dengan ubat ini. Pengambilan dextromethorphan bersama dengan ubat kemurungan dalam kumpulan MAO-inhibitor, contohnya selegiline dan phenelzine, boleh menyebabkan reaksi yang mengancam nyawa.

Triprolidine & Pseudoephedrine

7. Bagaimana Mengambil Ubat Ini: Ikut arahan yang tertera pada label ubat anda. Rujuk ahli farmasi jika anda tidak faham atau memerlukan penerangan lanjut. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, hubungi talian bebas tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan 1800-88-6722(NPCC). a) Cara pengambilan Telan ubat biji dengan segelas air. Gunakan picagari atau cawan penyukat yang dibekalkan untuk menyukat dos ubat sirap yang perlu diambil. b) Masa pengambilan Ikut arahan ahli farmasi atau doktor anda. Jangan mengambil lebih dari 4 dos dalam tempoh 24 jam. c) Tempoh pengambilan Teruskan pengambilan ubat ini mengikut arahan doktor Jangan berhenti mengambil ubat ini kecuali atas arahan doktor, walaupun anda rasa sudah sihat. d) Jika anda terlupa untuk mengambil ubat ini: Ambil dos tertinggal sebaik sahaja anda teringat. Abaikan dos tertinggal sekiranya masa pengambilan untuk dos seterusnya sudah hampir. Jangan gandakan dos anda. 8. Semasa Menggunakan Ubat Ini: a) Perkara yang perlu dilakukan: Maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi yang anda sedang menggunakan ubat triprolidine dan pseudoephedrine. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda sedang mengambil ubat lain pada masa yang sama. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor sekiranya anda mendapat sebarang kesan sampingan terhadap ubat ini. b) Perkara yang TIDAK boleh dilakukan: Jangan kongsi ubat anda dengan orang lain, walaupun mereka mungkin menghadapi masalah kesihatan yang sama. Jangan ubah dos ubat anda tanpa nasihat ahli farmasi atau doktor, dan jangan melebihi dos harian. Jika terlebih dos, sila dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.

Triprolidine & Pseudoephedrine

9. Kesan Sampingan: Anda mungkin mengalami kesan sampingan ketika menggunakan ubat ini. Kesan sampingan ini biasanya tidak serius tetapi kadangkala boleh menjadi lebih teruk. Maklumkan kepada ahli farmasi atau doktor jika anda mengalami kesan sampingan yang serius atau berlanjutan. Kesan sampingan yang mungkin dialami: Pening Gugup atau gelisah Kesukaran tidur Sakit kepala Mual Ruam atau gatal kulit 10. Penyimpanan dan Pelupusan: Simpan pada suhu bilik dan di tempat yang kering. Lindungi dari cahaya. Jauhkan dari kanak-kanak. Jangan gunakan ubat yang telah melebihi tarikh luput. Kembalikan ubat yang tidak digunakan atau sudah luput kepada farmasi yang berdekatan. Sumber rujukan: 1. 2. 3. 4. 5. Laman web: www.medicines.ie/medicine/10738/PIL/Actifed+Tablets/ Micromedex Healthcare Series 2.0 Lexicomps Drug Information Handbook 19th edition Malaysian Index of Medical Specialities 2011 British National Formulary Vol 60

Triprolidine & Pseudoephedrine

You might also like