Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kord Kord merupakan satu kumpulan not yang terdiri daripada 3 atau lebih not yang dibunyikan.

Kord dimainkan bersama dengan melodi di tangan kanan secara serentak. Kord Asas dibahagikan kepada 3 jenis iaitu kord I, IV dan V. Kord sekunder boleh dibahagikan seperti ii, III, vi, vii. Antara empat jenis kord yang biasanya akan digunakan ialah Kord Major, Kord Minor, Kord Augmented dan Kord Diminished. Pembentukan Kord Major & Minor Pembentukan Kord Augmented & Diminished

Gambar Rajah 1.0

Gambar Rajah 1.1

Kord Lagu < Siebzehn L ndler D366 No.3 No.6 > daripada Franz Schubert adalah dalam nada A minor. Beliau telah menggunakan beberapa kord , terutamanya Kord I, IV dan V banyak dipergunakan dalam lagu ini untuk menghasilkan melodi yang kedengaran melankolik tetapi pada masa yang sama mempunyai tempo yang lively . Kord Asas Kord i

G.Rajah 1.2 Kord I dalam nada A minor ialah A-C-E. Pada permulaan chapter 3, kord I telah digunakan sebagai tanda bermulanya chapter 3 sedangkan pada lagu ini, chapter 1 & 2 adalah nada A major. Kord ini dalam kedudukan perdu dan ini dikatakan kord I kerana not bes ialah A. Kord iv

G.Rajah 1.3 Pada No. 6 , masih dalam nada A minor ialah, D-F-A. Kord IV ialah dalam kedudukan perdu. D-A-D-F-A digelar kord IV kerana bes not adalah D dan kord boleh melebihi 3 not.

Kord V

G.Rajah 1.4

Pada No.5 , kord V telah ditemui dalam skor lagu. Kord V dalam nada A minor ialah EG-B. Schubert telah menggunakan E-E-E-G#-B , bes not E telah digandakan pada bahagian tangan kiri. Kord Sekunder Kord iib

G.Rajah 1.5 Kord ii dalam skor lagu ini adalah dalam pembalikan kedua, kord iib. Kord iib dimainkan sebagai D-B-F-D , bes not D yang menentukan kord ii dalam pembalikan kedua, iib kerana kord iia ialah B-D-F.

Kord VIc

G.Rajah 1.6 Kord VI dalam pembalikan kedua, Kord VIc. Ini dikatakan VIc kerana kord VI dalam kedudukan perdu ialah F-A-C. Seperti mana yang kita boleh lihat di sini, Schubert telah menggunakan C-F-A (tangan kiri) C-F-A (tangan kanan) , C sebagai not bes, menghasilkan kord VIc . Muzik Popular

Kord i :

Kord iib : B/D

Kord IV : D

Kord V : E

Kord VI :

F/C

Not Hiasan (Ornaments) Not Hiasan banyak dijumpai dalam skor muzik terutamanya muzik zaman Renaissance dan Barok. Antara contoh not hiasan adalah acciaccatura, trills, appoggiatura, turn, inverted turn, mordent dan inverted mordent. Fungsi not hiasan dalam sebuah lagu adalah untuk memperbanyakkan variasi dan menjadikannya lebih menarik. Kebanyakan komposer menggunakan tanda-tanda yang kecil di atas not untuk menunjukkan jenis hiasan yang diingini pada bahagian-bahagian tertentu gubahan mereka. Acciacatura Acciaccatura, juga digelar grace not berasal dari acciaccare kata kerja Itali, "untuk menghancurkan". Acciaccatura (kadang-kadang dipanggil appoggiatura pendek. Ia ditulis menggunakan not grace (selalunya kuaver atau nota semikuaver), dengan garisan serong melalui batang not.

dimainkan

G.Rajah 1.7

Contoh Acciacatura yang dapat didapati daripada skor muzik < Piano Sonata in B major, K333 > Mozart seperti berikut,

G.Rajah 1.8 Trill Trill adalah permainan not yang laju antara nota yang ditunjukkan dan satu not di atas, juga dikenali sebagai gegaran. Skor yang dicetak sering akan menunjukkan tafsiran yang akan berbeza, sama ada dalam keterangan skor atau dengan menggunakan grace not. Kadang-kadang ia dijangka bahawa trill akan berakhir dengan pula turn. Perbezaan seperti ini sering ditandai dengan not grace. Biasanya, jika muzik yang mengandungi

trill yang ditulis sebelum 1800 getaran suara ,akan dimainkan oleh bermula dengan not yang ditulis.

dimainkan G.Rajah 1.9 Contoh Trill yang dapat didapati daripada skor muzik < Piano Sonata in B major, K333> Mozart seperti berikut,

G.Rajah 2.0 Appoggiatura Appoggiatura berasal dari appoggiare kata kerja Itali, "untuk bersandar atas". Appoggiatura panjang (seperti yang berlawanan appoggiatura pendek, iaitu acciaccatura) adalah penting dan sering bergantung kepada not utama dengan mengambil masa nilai appoggiatura kepadanya (umumnya setengah nilai masa not, walaupun dalam masa tiga , sebagai contoh, ia mungkin menerima dua pertiga daripada masa itu). Not tambahan (the unessential note) adalah satu tahap lebih tinggi atau lebih rendah daripada not utama dan jika lebih rendah, ia mungkin atau tidak dikromatikkan secara menaik.

dimainkan

G.Rajah 2.1

Contoh Appoggiatura yang dapat didapati daripada skor muzik <Piano Sonata in B major, K333> Mozart seperti berikut,

G.Rajah 2.2 Turn Turn (juga dikenali sebagai gruppetto) ialah tanda Sterbalik yang diletakkan di atas sesuatu not yang akan dimainkan bermula dari not asal, naik ke atas kembali ke not asal, turun ke bawah, naik semula ke not asal dan naik semula ke atas. Sila rujuk contoh di bawah,

dimainkan

G.Rajah 2.3

Contoh Turn yang dapat didapati daripada skor muzik <Piano Sonata in B major, K333> Mozart seperti berikut,

G.Rajah 2.4 Inverted turn

dimainkan

G.Rajah 2.5

Contoh Inverted Turn yang dapat didapati daripada skor muzik <Fantasia, Op.3, WWV22 >Wagner seperti berikut,

G.Rajah 2.6 Mordent Mordent dianggap permainan yang laju antara not yang dinyatakan.

dimainkan

G.Rajah 2.7

Contoh mordent yang dapat didapati daripada skor muzik < Piano Sonata in B major, K333> Mozart seperti berikut

G.Rajah 2.8 Inverted Mordent

dimainkan

G.Rajah 2.9

Contoh Inverted mordent yang dapat didapati daripada skor muzik < Sonata No.1 in C major > Haydn seperti berikut ,

G.Rajah 3.0

You might also like