Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Sejauh Manakah Tahap Perpaduan Kaum?

Diterbitkan: Jumaat 10 Feb, 2012

Oleh DR AHMAD ZAHARUDDIN SANI SABRI

NEGARA kita Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan. Kita sering mencanangkan negara kita merupakan sebuah negara yang harmoni, aman dan damai. Semua bangsa dapat bekerjasama secara kolektif dan mengamalkan prinsip-prinsip jitu perpaduan. Namun hakikatnya, tahap perpaduan kita sampai di mana? Benarkah kita bertanya kepada diri sendiri bahawa sejauh manakah tahap perpaduan yang wujud dalam negara kita? Adakah kita semua sudah berpuas hati dengan segala yang ada sekarang? Atau kita mampu mengubahnya supaya ia menjadi lebih harmoni lagi? Dari segi semantik bahasa, perkataan 'perpaduan' ini asalnya dari perkataan 'padu' iaitu 'mampat', 'pejal' dan 'padat'. Maka perkataan perpaduan membawa maksud 'penggabungan'. Selain itu, secara definasinya pula, perpaduan merupakan satu keadaan rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Perkara ini dinyatakan dengan jelas oleh Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, yang berlangsung pada Februari 1992. Jadi daripada pengabungan dua definisi di atas, kita boleh simpulkan bahawa perpaduan merupakan satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat supaya setiap anggota

masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta akan tanah air. DETIK HITAM Malangnya, tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihan raya tahun tersebut banyak isu-isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti status bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Dalam suasana yang tegang dan penuh emosi itu, maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969. Ia juga telah menyebabkan negara kita menjadi tumpuan seluruh dunia. Ironinya, 13 Mei ini merupakan antara masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. MASALAH YANG DIWARIS Masalah ini telah disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian. Apabila pengasingan kaum berdasarkan kelompok ekonomi menjerat penyatuan mahupun persefahaman antara etnik, walaupun duduk di bawah satu bumbung yang sama maka akhirnya tercetuslah insiden berdarah 13 Mei 1969. Dalam usaha membendung masalah 13 Mei supaya keamanan dan kedamaian yang berterusan dapat terus dikekalkan, kerajaan mengetahui bahawa kita memerlukan satu ideologi untuk kita bersatu. Maka Rukun Negara telah diperkenalkan. Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 dan diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Draf Rukun Negara telah dibincangkan dan dibuat pindaan beberapa kali oleh Majlis Perundingan Negara(MPN) sebelum diluluskan.

Rukun Negara juga telah menjadi platform untuk membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia ke arah perpaduan. Rukun Negara juga menjadi rujukan yang penting bagi sebarang dasar dan keputusan yang hendak dibuat oleh pihak kerajaan pada masa-masa mendatang, supaya perpaduan dapat dicapai. Memang sudah banyak usaha telah dilancarkan dan dijalankan oleh kerajaan dari dulu hingga sekarang. Hal ini kerana kerajaan menyedari betapa pentingnya perpaduan kaum, kerana tanpa perpaduan di manalah terletaknya nilai kemerdekaan negara kita. KENAPA SEKOLAH KEBANGSAAN DIPERKENALKAN Dalam usaha membangunkan negara kita supaya seiring dengan negara lain, maka perpaduan merupakan kunci utama yang kita sediakan sebelum membuka semua laluan. Kerajaan telah memperkasakan sekolah kebangsaan untuk menyatukan generasi muda melalui pendidikan dan bahasa kebangsaan. Dengan cara ini, dapat menerapkan disiplin dalam pembelajaran dan pengajaran seperti aktiviti kokurikulm dan kurikulum. Selain itu dengan adanya sekolah kebangsaan ini ia akan merapatkan lagi hubungan dan komunikasi antara kaum yang sebelum ini begitu terhad. Dasar Integrasi Nasional juga telah dilancarkan - iaitu satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri yang berteraskan Perlembangan Persekutuan dan Rukun Negara. Dasar Integrasi Nasional ini juga mesra bangsa-bangsa minoriti yang lain. Sekolah-sekolah jenis kebangsaan diwujudkan dengan memberikan hak mutlak kepada bangsa minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran MERAPATKAN JURANG Melalui Dasar Ekonomi Baru, satu lagi usaha mewujudkan keadaan di mana, tiada perbezaan fahaman pembelajaran dan tiada pengasingan dan perbezaan antara miskin

dan kaya di antara kaum. Bekerjasama dalam pergaulan khususnya agar kekayaan negara dibahagikan sama rata antara pelbagai kaum. Dan yang terkini, Program Khidmat Negara, Program Sekolah Bestari juga merupakan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap perpaduan dan hubungan mesra antara kaum yang telah dijalankan. Segala yang diusahakan oleh kerajaan selama 54 tahun tetap tidak cukup lagi. Hal ini adalah kerana peristiwa pergaduhan antara kaum tetap wujud. Misalnya satu pergaduhan terjadi di kafeteria Universiti Putra Malaysia pada 17 Julai 2006. Kejadian ini berlaku antara kumpulan pelajar Melayu dan Cina. Seramai 11 orang pelajar terbabit dalam insiden ini. Sebuah klip video menunjukkan pergaduhan antara pelajar-pelajar UPM telah dimuatnaikkan ke laman YouTube dan boleh diakses oleh seluruh dunia. Insiden terbaru, satu pergaduhan di sebuah restoran makanan segera di Shah Alam antara seorang pelanggan keturunan Cina dengan pekerja Melayu telah cuba dikaitkan dengan isu rasis. Insiden ini juga telah dimuatnaikkan dalam laman YouTube sehingga komen-komen yang dilemparkan boleh dikatakan kesemuanya berbaur rasis dan memperlihatkan kebencian di antara kaum yang sangat mendalam. Kejadian seperti ini semua akan menjadi bertambah hangat sebaik sahaja orang politik cuba campur tangan dan ingin menjadi juara kaum masing-masing dan bukannya hendak mendamaikan keadaan. Akibat daripada semua kejadian ini, adakah kita masih boleh katakan negara kita telah mencapai peringkat perpaduan yang tinggi? DI MANA SILAPNYA? Kerajaan sebenarnya perlu mengkaji tentang punca yang menyebabkan peristiwa pergaduhan dan keretakan hubungan antara kaum ini. Hal ini kerana kesan daripada pergaduhan dan keretakan antara kaum akan membawa padah lagi jika tiada tindakan yang diambil.

Perkara begini sepatutnya tidak boleh dipandang remeh. Ketegangan kaum mudah tercetus sekiranya sensitiviti antara kaum tidak dijaga. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini bukan sesuatu yang senang dan harus berlaku secara timbal balas. Kekurangan penyertaan rakyat dalam urusan pergaulan merupakan punca utama proses perpaduan antara kaum dilambatkan dan melemahkan keberkesanan apa jua dasar kerajaan yang ingin dilaksanakan untuk tujuan perpaduan. Usaha kerajaan akhirnya menjadi tidak berkesan sangat kerana hanya kerajaan saja yang beriya-iya bertindak, manakala sebagai rakyat, kebanyakkan kita menganggapkan isu perpaduan ini akan wujud dengan sendiri tanpa sebarang usaha sehingga lupa ancaman yang boleh tercetus. Sikap rakyat yang sombong dan enggan bergaul terutamanya di bandar besar serta tidak prihatin terhadap isu-isu perpaduan dan menganggap ia tidak mendatangkan sebarang faedah, akhirnya menjadikan kita semakin jauh antara satu sama lain. Sifat sombong dan bangga diri merupakan penghalang utama bagi kita untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang lain. Sikap ini turut mendorong berlakunya keretakan dan perpecahan baik di peringkat rumahtangga, keluarga, masyarakat dan juga bernegara. Sikap sombong sering membawa individu atau kumpulan tertentu melakukan keganasan dan kekerasan ke atas orang lain. Akhirnya ia mencetuskan permusuhan dan peperangan malah anarki. Selain itu, sikap tidak jujur atau tidak adil terhadap orang lain juga menimbulkan rasa tidak puas hati dan dendam yang berpanjangan antara sesama manusia, lebih-lebih lagi antara yang memerintah dengan yang diperintah. Perbuatan ini akan merenggangkan perhubungan dan menghapuskan perasaan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Di samping itu, sebilangan rakyat pula tidak memberi kerjasama, malah membantah segala yang dilakukan oleh kerajaan.

Seperti sesetengah pemuda enggan menyertai khidmat negara menjelmakan penentangan mereka terhadap berbagai-bagai perkara yang mereka anggap tidak adil. APA YANG PERLU DILAKUKAN Segala sikap yang dinyatakan merupakan faktor utama yang menjadikan tahap perpaduan kita dalam keadaan sekadar cukup makan sahaja. Sikap yang suka bergantung terhadap kerajaan harus diubah, kerana perpaduan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata tetapi memerlukan penyertaan setiap seorang daripada kita rakyat Malaysia. Bersifat terbuka merupakan kunci kejayaan pergaulan antara kaum. Pergaulan dengan mereka yang berlainan bangsa tidak bermakna kita harus mengorbankan prisip dan agama masing-masing. Kita harus bersifat terbuka dan perbezaan itu bukan penghalang untuk kita mengenali lebih rapat antara satu sama lain. Sikap terbuka ini jika tidak disemai dari kecil telah terbukti akan menyukarkan sebarang usaha mewujudkan perpaduan kaum. Ibu bapa juga berperanan besar dalam membentuk sikap yang mulia ini kepada anak-anak mereka. Hal ini kerana, segala yang ada pada ibu bapa sebenarnya akan diwaris kepada generasi akan datang. Ibu bapa perlu memahami tanggungjawab mendidik anak-anak tidaklah terhad kepada soal adab, asuhan keagamaan dan juga pembentukan jati diri. Sebaliknya kanak-kanak harus diterapkan dengan nilai-nilai murni yang universal seperti menghormati bangsa dan agama lain, bertolak ansur serta saling hormat menghormati. Semua ini patut bermula dari rumah ketika anak-anak masih kecil lagi. Kita mampu mengubahnya. Kita hanya perlu mengamalkan sikap terbuka terlebih dulu. Aktiviti merapatkan hubungan dan menjalin hubungan serta menambah kemesraan antara kaum perlu diperbanyakkan lagi.

Seperti sempena hari perayaan, rumah terbuka harus digalakkan supaya kita mempunyai peluang untuk bergaul dan memahami budaya kaum lain. Pendidikan juga merupakan alat meningkatkan tahap perpaduan yang penting. Guru-guru di sekolah juga perlu mendidik pelajarnya supaya tahu betapa pentingnya perpaduan itu kepada pembentukan sebuah masyarakat yang aman dan bersatu padu. KONGSI BERSAMA Semangat Bangsa Malaysia patut disemai ke dalam hati rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak patut dibezakan dari segi kaum. Maka dasar ini perlu diperkuatkan lagi. Bangsa Malaysia ialah satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan dikongsikan bersama. Penulis percaya, segala masalah yang wujud pasti ada faktor yang mencetuskannya. Jadi segala usaha yang dilakukan perlu berpandukan faktor itu, supaya tindakan yang diambil akan lebih berkesan. Jadi kerjasama semua lapisan masyarakat amat diperlukan untuk kita berjaya. Jika rakyat kita boleh bersikap terbuka tanpa mengira dari mana kita datang, tanpa mengira tentang kepentingan diri, dan tanpa prasangka, sudah pasti ketika itu kita semua akan bangga terhadap diri kita sendiri sebagai satu bangsa yang bersatu padu. Demi tanah tumpah darah, kita patut dan rela berkorban bukan untuk kita semua tetapi sebagai contoh kepada generasi akan datang.

Lebih 30 tahun lalu, seingat saya, isu perkauman jarang sekali berbangkit atau dibangkitkan dengan nyaringnya di negara ini. Boleh jadi zaman itu belum banyak NGO, lebih-lebih lagi yang diasaskan kepada sesuatu kaum dan agama seperti sekarang. Bukan tidak ada langsung NGO seperti ini tetapi jarang kedengaran daripada mereka suara perkauman atau pemahaman agama yang sempit. Ini bukan pula bererti mereka

tidak cintakan agama dan bangsa masing-masing, tetapi suara mereka tidaklah demikian garang dan tajam seperti sekarang. Malah pada masa itu isu rusuhan 13 Mei, jarang diingat dan dibangkitkan, walaupun jarak masanya tidaklah begitu jauh. Demikian juga parti-parti politik yang ada pada waktu itu, tidaklah begitu lantang meneriakkan isu perkauman, walaupun parti besar seperti PAS, Umno dan DAP sudah pun kukuh di tengah masyarakat, tetapi suara perkauman dan pelampau agama amat jarang terdengar. Ini menyebabkan suasana kehidupan masyarakat terasa aman dengan toleransi kaum dan agama terpelihara dengan baik, justeru jarang kedengaran suara perkauman yang membingitkan. Ini berbeza dengan keadaan sekarang, apabila suara perkauman dan suara pelampau agama begitu garang kedengaran hampir setiap hari, atau pun setiap hari. Ia diteriakkan oleh pelampau perkauman di dalam parti tertentu dan sesetengah NGO, maka keadaan ini sangat menakutkan. Ia diteriakkan dalam ceramah, kenyataan akhbar, malah diteriakkan lebih lantang di pelbagai media. Keadaan ini benar-benar mengganggu keharmonian kaum dan toleransi beragama dalam masyarakat majmuk yang terbina sekian lama di negara ini. Seingat saya, sejak lama dulu, pemimpin PAS, parti politik bernuansa Islam, dalam ceramah dan kenyataan mereka sentiasa mengingatkan masyarakat akan hadis Rasulullah bahawa Bukan dari umatku, mereka yang meneriakkan assobiyah (perkauman). Oleh itu, PAS berjuang atas dasar Islam bukan perkauman, kata pemimpin PAS. Seruan ini, yang diulang-ulang di mana saja, kelihatannya berkesan dan semakin ramai yang menyertai PAS hingga kini kerana tertarik kepada dasar PAS yang murni Islam dan tidak perkauman. Tetapi, menurut pengamatan saya, pemimpin PAS kini semakin kurang mengulang hadis Rasulullah tadi baik dalam ceramah mahupun kenyataan mereka. Padahal, saya

kira, ingatan ini sangat wajar diulang lebih-lebih lagi dalam suasana teriakan perkauman semakin lantang di tengah masyarakat. Mungkin ada hujah bahawa rakyat semakin faham di mana Islam menentang perkauman. Tetapi memandangkan jeritan perkauman semakin nyaring dan

menakutkan, maka hadis Rasulullah itu sewajarnya diulang-ulang kembali untuk mengingatkan rakyat akan bahaya perkauman. Sewajarnya kita bimbang bahawa teriakan perkauman ini dikhuatiri lama kelamaan akan mempengaruhi sesetengah anggota masyarakat, maka itu PAS/Pakatan Rakyat, malah parti politik lain, mempunyai tugas penting menerangkan kepada rakyat berbilang kaum di negara ini akan bahaya perkauman. PAS/Pakatan Rakyat sewajarnya menyusun program bersama secara besar-besaran menerangkan kepada rakyat mengenai bahaya perkauman dan mengajak rakyat menolak sebarang elemen perkauman walau dari kaum mana pun datangnya. Ini sebenarnya agenda besar perjuangan Pakatan Rakyat untuk membina keharmonian kaum dan perjuangan ini semakin penting memandangkan teriakan perkauman semakin lantang. Benar Pakatan Rakyat mempunyai tugas bebsar menegakkan keadilan, demokrasi dan hak asasi rakyat serta menentang rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan penyelewengan, tetapi dalam masa yang sama perjuangan menentang perkauman juga sangat penting. Perjuangan untuk menegakkan keadilan, rasuah, salah guna kuasa dan lain-lain akan terbantut apabila ia berdepan dengan serangan perkauman justru ia memusnahkan segalanya. Saya teringat ucapan pejuang kulit hitam dan hak asasi manusia di Amerika Syarikat, Martin Luther King, yang berkata, Saya mempunyai empat anak yang sed ang membesar. Impian saya ialah supaya anak-anak saya itu menjadi dewasa dalam suasana di mana mereka tidak dinilai berdasarkan warna kulit dan keturunan mereka, tetapi dinilai berdasarkan kebolehan dan kemampuan mereka.

Ini antara ucapan tokoh dunia yang selalu saya ingat ketika merenung kehidupan ini dan merasa sangat gusar ketika menyaksikan dan mendengar teriakan perkauman yang semakin latang, seperti tidak terkawal di negara ini. Tidak perlulah saya mengutarakan satu demi satu isu perkauman dan pemahaman agama sempit yang kedengaran sejak akhir-akhir ini. Yang pasti ia boleh merosakkan keharmonian kaum, dan masyarakat prihatin sudah mengetahui dengan jelas pelbagai isu ini yang menyala dalam pelbagai media dan berdasarkan ucapan pelbagai tokoh. Saya teringat apa yang ditulis oleh pengarang British, Anthony Burgess dalam bukunya The Malayan Trilogy pada tahun 50-an, bahawa negara ini sangat indah, sungai dan lautnya cantik, banyak ikan, muka buminya cantik, subur dan penduduknya hidup dalam aman damai. Ini persepsi seorang penulis British yang pernah berkhidmat di Malaya, tetapi bagaimana jika penulis ini masih hidup dan datang menyaksikan suasana negara ini yang kini diselubungi jerebu perkauman. Pada pendapat saya, perbuatan sesetengah pihak membangkitkan isu perkauman sebenarnya adalah suatu pengkhianatan kepada negara dan rakyat. Sebab itu, PAS/Pakatan Rakyat bersama NGO yang tidak rasis perlu bersama berganding bahu menentang elemen perkauman. Dalam hubungan ini, Muktamar Tahunan PAS dari 22 hingga 24 November ini sewajarnya antara lain, memberi tumpuan kepada usaha menentang perkauman dengan rakyat diberi pemahaman mengenai bahaya perkauman dan bersama menentangnya. Juga wajar diterangkan kepada rakyat supaya menjauhi parti politik perkauman. Apalah ertinya jika banyak projek pembangunan, bangunan pencakar langit, jalan yang cantik dan lampu bergemerlapan di malam hari di kota-kota besar tanah air, jika di pelbagai sudut bersarang elemen perkauman yang mengaum seperti singa lapar. Justeru ia adalah sampah sarap yang busuk dan hanyir serta memudaratkan rakyat. 5 November, 2013

Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya. Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan, sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.

Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diamdiam hingga boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai

kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).

Akta Hasutan telah menggariskan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum di negara ini. Kecenderungan menghasut mencakupi perlakuan ataupun kecenderungan melakukan sesuatu yang membawa kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada Raja atau kerajaan, membangkitkan perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahan kerajaan yang memerintah dengan cara yang tidak sah, menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat, menyebarluaskan perasaan dan niat jahat serta konflik antara kaum, mempersoalkan dalam apa jua bentuk atau sebarang perkara berkaitan Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan (Akta Hasutan 1948).

Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.

Contoh yang ketara ialah ketika kempen Pilihanraya Umum 1969. Semasa kempen tersebut, parti-parti politik pembangkang yang bertanding telah

memainkan isu-isu yang sensitif seperti kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang Melayu. Insiden ini disusuli dengan perarakan sempena kejayaan pembangkang (DAP dan GERAKAN) yang memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga Parti Perikatan. Orang-orang Melayu pula telah mengadakan perhimpunan susulan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan akhirnya tercetuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Imam al-Ghazali r.h. pernah menasihatkan agar manusia Muslim yang baik akhlaknya bergaul dengan sahabat yang dapat menyelamatkan diri daripada bahaya kejahatan, fitnah dan keburukan. Damaikanlah dua orang saudara yang berselisih faham dan tutuplah semua keaiban orang-orang yang beragama Islam serta bantulah kepentingan

orang-orang yang beragama Islam. Imam al-Ghazali juga melarang berburuk sangka dan memburuk-burukkan orang lain serta tenteramkanlah hati mereka yang ditimpa musibah. Imam al-Ghazali juga menyarankan agar kita harus merasa takut dalam membuat sebarang tuduhan kerana tuduhan itu mungkin timbul daripada hati yang buruk sangka ataupun lidah yang memburukkan orang lain. Al-Ghazali menjelaskan bahawa dalam pergaulan hidup manusia sehari-hari, manusia akan bertemu dengan tiga jenis manusia. Masing-masing adalah sahabat, kenalan dan umum. Ketiga-tiga jenis tersebut mempunyai tata tertibnya tersendiri untuk menghadapi pergaulan hidup bersama. Berikut adalah syarat-syarat pergaulan dengan orang ramai; (1) Tidak masuk campur dalam percakapan mereka, (2) Tidak mendengar omong kosong dan dusta mereka serta tidak mencampuri kalimat-kalimat kotor yang mereka ucapkan, (3) Jangan banyak bertemu dengan mereka, (4) Mengingatkan mereka dengan nasihat-nasihat halus dan bersikap lembut terhadap perbuatan mereka yang mungkar.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: Dan janganlah engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa (Al-Qalam: 11)

PUNCA-PUNCA PERPECAHAN KAUM DI MALAYSIAPerpaduan dalam sesebuah negara sangat penting kerana keutuhan negara banyak ditentukan oleh rakyat yang mempunyai kesepaduan yang sebenarnya. Negara yang mempunyairakyat yang tidak bersatu pasti akan menerima impak negatifnya terutama dengan keadaanekonomi dan politik dunia yang begitu berkaitan hubungannya. Kehidupan masyarakat kita yang berbilang kaum memerlukan semangat perpaduan yang tinggi kerana satu tindakan yang tidak bijak mampu menjejaskan keamanan yang dihayati selama ini. Pada masa yang sama, makna perpaduan juga penting untuk memudahkan pembangunan

dilaksanakan di negara ini. Semuaaktiviti pembangunan yang dirancang bertujuan untuk menjadikan negara ini lebih makmur danmaju. Banyak punca-punca yang telah menyebabkan berlakunya perpecahan kaum di Malaysia Antara punca-punca yang telah menyebabkan berlakunya perpecahan kaum di Malaysiaadalah jenayah antara kaum yang telah membangkitkan kemarahan kaumkaum tertentu. Sebagaicontoh, baru-baru ini kita digemparkan dengan kes kehilangan dan kematian membabitkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain memang agak mengejutkan.Pembunuhan ini dikatakan bermotifkan hal berkaitan kewangan yang mungkin berkaitanmasalah persaingan, hutang atau mungkin juga melibatkan perjanjian-perjanjian tertentu dalam perniagaan. Ini adalah kerana berdasarkan ape yang telah diketahui suspek yang terlibat juga darikaum lain, iaitu warga India dan bukan sahaja Melayu. Keadaan ini telah menimbulkantanggapan bahawa malasah perpaduan kaum juga telah menyebabkan pembunuhan kejam ini. Inimugkin disebabkan oleh sifat hasad dengki yang ade pada seseorang. Oleh itu, ini telahmembuktikan jenayah juga menjadi punca kepada masalah perkauman. Selain itu, propaganda perkauman di laman sosial seperti facebook, myspace dan tagged juga merupakan salah satu punca yang telah menyebabkan berlakunya perpecahan kaum diMalaysia. Seperti yang diketahui laman social ini banyak menjadi tumpuan oleh banyak golongan dewasa ini, bukan sahaja golongan remaja tetapi dari semua golongan. Apabiladisebarkan propaganda perkauman melalui laman ini, ia akan menimbulkan tidak puas hati dankemarahan antara golongan-golongan tertentu sama ada Melayu, Cina atau India. Ini adalahkerana propanganda mengenai perpaduan kaum adalah sangat sensitif dan tidak wajar diutarakan.

You might also like