Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 29

GARIS PANDUAN

MENGIKUTI PROGRAM SECARA


PENDIDIKAN JARAK JAUH
PADA PERINGKAT IJAZAH PERTAMA
BAGI
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
BUKAN SISWAZAH (PPPBS)

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU


Kementerian Pelajaran Malaysia
2010

ISI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN
PRAKATA
JAWATANKUASA
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
Mod Pengajian
Senarai Bidang
Tempoh Pengajian
Pembiayaan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Syarat dan Kelayakan Asas
Syarat Tambahan

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON


CARA UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

KEMUDAHAN CUTI
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON YANG MENGIKUTI KURSUS
Tindakan Sebelum Mengikuti Pengajian
Tindakan Semasa Mengikuti Pengajian
Tindakan Selepas Mengikuti Pengajian

KELULUSAN BELAJAR
Syarat-syarat Permohonan Kelulusan Belajar

TINDAKAN TATATERTIB
Kelakuan & Tatatertib
Penangguhan Pengajian
Penarikan Diri
Gagal/Diberhentikan
Pelanjutan Tempoh Pengajian

KES TIDAK MENDAFTAR/TIDAK MENGHADIRI KULIAH


HAK KERAJAAN
PENUTUP
CARTA ALIR
LAMPIRAN

BUKU PANDUAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


2011 - 2015
PRAKATA
Garis Panduan Program Pensiswazahan Guru (PPG) ini dihasilkan
selaras dengan dasar baharu yang akan mula diperkenalkan pada tahun
2011. Berpandukan ketetapan dalam Rancangan Malaysia Ke -10, maka
Garis Panduan ini akan membantu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Bukan Siswazah (PPPBS) mengikuti kursus pensiswazahan pada
peringkat ijazah pertama.
Pelbagai pihak telah terlibat untuk menghasilkan Garis Panduan
ini agar sejajar dengan matlamat untuk menghasilkan perkhidmatan
perguruan yang cekap, berkesan dan berkualiti tinggi. Di samping itu,
penghasilan Garis Panduan tersebut telah dipermudah supaya guruguru yang terlibat dapat memahami dan merancang persediaan untuk
mengikuti program ini.
Garis Panduan ini akan menjadi rujukan penting kepada Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang berkhidmat
di Bahagian/ Jabatan Pelajaran Negeri/ Pejabat Pelajaran Bahagian/
Pejabat Pelajaran Daerah/ sekolah menengah/ sekolah rendah dan
Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).

JAWATANKUASA PENYEDIAAN GARIS PANDUAN


MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH PADA
PERINGKAT IJAZAH PERTAMA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN BUKAN SISWAZAH(PPPBS)

Pengerusi
YBhg. Dato Haji Mohd Ghazali Bin Ab. Rahman
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Timbalan Pengerusi
Encik Abdul Halim bin Abdul Razak
Timbalan Pengarah
(Pembangunan Profesionalisme)
Dr. Kartini bt Baharun
Timbalan Pengarah
(Dasar dan Standard)
Penyelaras
Tengku Adli bin Raja Omar
Ketua Penolong Pengarah
Unit Peningkatan Akademik
Ahli Jawatankuasa Penyediaan Garis Panduan
Unit Dasar, Perancangan dan Pengantarabangsaan
Unit Standard Kualiti Guru
Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar
Unit Pentaksiran dan Akreditasi
Unit Penyelidikan Profesionalisme Keguruan
Unit Kewangan dan Bekalan
Unit Peningkatan Akademik Urusetia

PENDAHULUAN

Program

Pensiswazahan

Guru

(PPG)

ini

merupakan

kesinambungan daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam


RMKe-9 yang akan dilaksanakan dalam tempoh RMKe -10 (2011-2015).
Pelaksanaannya berdasarkan keputusan mesyuarat yang berkaitan
dengan Strategy Package for Higher Growth and Structural Change:
Human Capital for High Income Economy pada 24 Jun 2009 antara Unit
Perancangan Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
PPPBS yang mengikuti pengajian dalam program PPG perlu
mendapat surat kebenaran/ Surat Kelulusan Belajar daripada KPM.
KPM dicadangkan supaya terus memberikan kebenaran kepada
pegawai yang mengikuti pengajian melalui PJJ yang mematuhi syarat
yang telah ditetapkan atas pertimbangan bahawa hak mengikuti
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi adalah hak individu yang tidak
boleh dihadkan. Namun begitu, pegawai perlu akur dengan kedudukan
perjawatan yang terhad jika mereka tidak dilantik ke jawatan lebih tinggi.
Mesyuarat Peraturan Dan Urusan Bagi Mendapatkan Kelulusan
Untuk Mengikuti Pengajian Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh
(PJJ) Dan Sambilan bertarikh 27 Julai 2000 memutuskan bahawa mulai
1 Ogos 2000, kuasa untuk meluluskan Kebenaran Belajar secara PJJ
diurus oleh BPG. Sehubungan dengan itu, garis panduan bel ajar secara
PJJ adalah perlu sebagai panduan khususnya kepada PPPBS untuk
mengikuti program pensiswazahan secara tajaan atau persendirian.

LATAR BELAKANG

Kementerian Pelajaran Malaysia bersama-sama dengan Unit


Perancangan

Ekonomi

(EPU),

Jabatan

Perdana

Menteri

telah

mencadangkan supaya semua guru yang layak akan disiswazahkan


dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015) melalui Program Pensiswazahan
Guru

(PPG).

Bahagian

Pendidikan

Guru

(BPG)

telah

dipertanggungjawabkan untuk menjadi urus setia pada peringkat


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi pelaksanaan program
tersebut.
Cadangan program mensiswazahkan semua guru (rendah dan
menengah)

menjelang

tahun

2015

di

bawah

RMKe-10

telah

dibentangkan dan mendapat persetujuan dasar dalam Mesyuarat


Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 9/2009 pada 10
September 2009 sebelum dibentangkan kepada Unit Perancangan
Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia


(KPM) Bil. 16/2010 pada 29 September 2010 telah meluluskan
Cadangan Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru (PPG) di bawah
RMKe-10.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


A. Mod Pengajian
- Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)
B.Tempoh Pengajian
- 4 tahun
C. Senarai Bidang

Bil

Opsyen/Bidang Sekolah Menengah

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
18
19
20
21

Kemahiran Hidup /Rekabentuk Teknologi


Bahasa Melayu
MPV/MPAV
Bahasa Inggeris
Sejarah
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Sains
Matematik
Pendidikan Islam
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
Geografi
Bahasa Cina
Bahasa Arab
Bimbingan dan Kaunseling
Sains Sukan
Pendidikan Muzik
Perakaunan

22

Bahasa Tamil
Sumber Rujukan : Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (18 Ogos 2010)

Bil

Opsyen/Bidang Sekolah Rendah

Matematik

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Pendidikan Islam

Sains

Bahasa Cina

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Pendidikan Muzik

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

10

Pendidikan Seni Visual

11

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

12

Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

13

Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

14

Pendidikan Pemulihan

15

Bahasa Tamil

16

Kemahiran Hidup /Rekabentuk Teknologi

17

Bimbingan dan Kaunseling


Sumber Rujukan : Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia (18 Ogos 2010)

D. Kriteria Pemilihan Opsyen/Bidang Bagi Calon Guru Sekolah


Menengah / Rendah
q PPPBS sekolah menengah/rendah mengikuti bidang pengajian
yang releven dengan subjek yang ditawarkan di sekolah
menengah/rendah.
atau
q PPPBS sekolah menengah/rendah memilih bidang pengajian
dengan mengekalkan opsyen ikhtisas asal .
atau
q PPPBS sekolah menengah/rendah memilih bidang opsyen
mengikut mata pelajaran utama yang diajarkan di sekolah
menengah/rendah.

E. Pembiayaan
- Pembiayaan program ini adalah melalui pemberian biasiswa
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan ikatan perjanjian / kontrak
berdasarkan terma-terma dalam Borang Perjanjian PPG.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Syarat dan Kelayakan Asas
1.1

Warganegara Malaysia

1.2

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah


(PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian /JPN/ PPB
/PPD / sekolah menengah / sekolah rendah dan Sekolah
Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

1.3

Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011.

1.4

Telah disahkan dalam jawatan.

1.5

Tidak berdaftar dengan mana-mana institusi pengajian


sebagai pelajar sepenuh masa dan separuh masa / sambilan
dengan tajaan KPM.

1.6

Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan.

2. Syarat Tambahan
2.1

Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih


secara terus - menerus lebih daripada 3 tahun.

2.2

Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum

2.3

Mempunyai kesihatan yang baik.

2.4

Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang baik dalam


penilaian prestasi 3 tahun yang terkini.

2.5

Telah membuat perisytiharan harta tidak melebihi 5 tahun


bawah peraturan 10, Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON


3.1

Calon yang masih dikenakan tindakan tatatertib atau sedang


dalam proses tindakan tatatertib.

3.2

Calon yang tidak menamatkan kursus terdahulu tanpa


alasan yang munasabah (Contoh: PGSR, PJJ KPM/OUM).

3.3

Peminjam tegar pinjaman pelajaran Kerajaan.

CARA UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN


4.1

Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online)


sahaja dengan melayari laman sesawang (website)
Kementerian
Pelajaran
Malaysia
di
alamat
http://www.moe.gov.my .

4.2

Calon dinasihatkan melayari dahulu laman sesawang


berkenaan untuk meneliti Panduan Permohonan dan
memahami tatacara membuat permohonan secara atas
talian ini.

4.3

Calon dibenarkan untuk


permohonan sahaja.

4.4

Maklumat permohonan yang tidak


mengakibatkan permohonan ditolak.

mengemukakan

hanya

lengkap

satu
boleh

KEMUDAHAN CUTI

1. Pegawai
yang
diluluskan
untuk
mengikuti
Program
Pensiswazahan Guru Secara PJJ anjuran Kementerian Pelajaran
dengan kerjasama IPTA / IPTS dan IPG berkaitan boleh memohon
cuti kursus sambilan (CKS) mengikut Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2009 bagi tujuan kuliah /bengkel
/seminar yang disyaratkan oleh institut sekiranya kuliah / bengkel
/seminar itu diadakan semasa hari bekerja.
2. Pegawai boleh memohon cuti tanpa rekod untuk menduduki
peperiksaan sekiranya diadakan dalam hari bekerja/dalam waktu
pejabat. (Pekeliling Bil. KP(BB) 06 /1 /4 Jld 1(47) bertarikh
1.12.1997).
3. Pegawai
yang
diluluskan
untuk
mengikuti
Program
Pensiswazahan Secara PJJ anjuran Kementerian Pelajaran boleh
memohon cuti tanpa gaji / cuti rehat bagi tujuan kuliah / bengkel /
seminar yang disyaratkan oleh institut sekiranya kuliah / bengkel /
seminar itu diadakan semasa waktu pejabat. Walau
bagaimanapun, cuti tanpa gaji ini memberikan implikasi kepada
perkhidmatan dan pencen.

4. Pegawai yang diluluskan untuk mengikuti program pensiswazahan


secara PJJ mod intensif anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
(program pensiswazahan Guru Besar intensif) boleh memohon
cuti tanpa rekod. Tempoh cuti tanpa rekod yang dapat diluluskan
oleh ketua jabatan adalah mengikut tempoh sebenar kursus
intensif yang perlu diikuti dengan syarat tidak melebihi 30 hari
dalam setahun. Sekiranya tempoh kursus intensif yang perlu
dihadiri melebihi 30 hari atau bagi tujuan mengikuti kuliah/
bengkel/ seminar yang disyaratkan oleh institusi, pegawai
berkenaan perlulah menggunakan baki cuti rehat yang masih ada
ataupun memohon cuti tanpa gaji bagi menampung perbezaan
tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, cuti tanpa gaji ini
memberikan implikasi kepada perkhidmatan dan pencen.

5. Pegawai yang mengikuti pengajian secara persendirian layak


mendapatkan kemudahan cuti tanpa rekod berdasarkan Pekeliling
Bil. KP(BB) 06/1/4 Jld. 1(47) bertarikh 1.12.1997 untuk mengikuti
kursus intensif sekiranya mengikuti pengajian secara PJJ di IPTA
dan tujuh IPTS yang diluluskan oleh kerajaan iaitu ;

Universiti Multimedia Malaysia (MMU)


Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Universiti Nottingham Kampus Malaysia, Semenyih
Universiti Teknologi Curtin Kampus Sarawak, Miri
Universiti Malaysia Monash Kampus Bandar Sunway
Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Kuching

Selain itu, pegawai juga p erlu memastikan bahawa pengajian yang


perlu diikuti telah diiktiraf oleh kerajaan.

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON YANG


MENGIKUTI KURSUS
A.

Tindakan Sebelum Mengikuti Pengajian


1. Pegawai yang ingin mengikuti Program PPG secara PJJ
hendaklah merujuk kepada iklan tawaran yang dikeluarkan
oleh KPM.
2. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman
sesawang KPM di url http://www.moe.gov.my mengikut
tempoh yang ditetapkan.
3. Permohonan yang telah lengkap hendaklah disokong oleh
Pengetua / Guru Besar dan diperakukan oleh Pengarah JPN/
Bahagian / Jabatan secara dalam talian.
4. Tawaran akan dikeluarkan oleh universiti.
5. Pegawai perlu mengisi borang PPG/B untuk mendapatkan surat
kelulusan belajar.
6. Surat kelulusan belajar akan dikeluarkan sekiranya pegawai
telah mendaftar dengan universiti.

B.

Tindakan Semasa Mengikuti Pengajian


1. PPPBS yang telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti
kursus PJJ di IPTA/ IPTS/ IPG dikehendaki membuat pendaftaran
pada tarikh yang telahditetapkan.
2. PPPBS diingatkan agar memastikan bahawa kursus yang diikuti
tidak mengganggu tugas-tugas hakiki.
3. PPPBS bertanggungjawab untuk membuat pendaftaran pada
setiap semester dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
oleh institusi pengajian.

C.

Tindakan Selepas Mengikuti Pengajian

1. PPPBS yang telah menamatkan pengajian hendaklah


memaklumkan hal tersebut kepada Ketua Jabatan masingmasing untuk tujuan rekod perkhidmatan.
2. PPPBS hendaklah mengisi borang permohonan selepas
memperoleh ijazah bagi tujuan pelantikan ke jawatan PPPS
DG 41 berdasarkan iklan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan mengisi Borang SPP
Bil 1/04 yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang SPP.

KELULUSAN BELAJAR
Syarat-syarat Permohonan Kelulusan Belajar
1. Pegawai PPPBS yang telah dilantik secara tetap dalam
perkhidmatan pendidikan.
2. Pegawai yang mengikuti pengajian bawah tajaan KPM perlulah
yang telah disahkan jawatannya.
3. Pegawai yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu pada peringkat SPM/MCE atau yang setaraf
dengannya.
4. Pegawai TIDAK DIBENARKAN untuk menukar bidang
pengajian sebagaimana yang ditawarkan kecuali dengan
persetujuan daripada KPM dan institusi pengajian.
5. Had umur pegawai bagi mengikuti program ini adalah tidak
melebihi 45 tahun pada 1 Mac 2011, dan pegawai yang
mengikuti pengajian secara persendirian berumur tidak melebihi
50 tahun pada tahun permohonan.
6. Pegawai TIDAK
DIBENARKAN
untuk
menggunakan
kemudahan pejabat bagi tujuan kursus tersebut.
7. Kerajaan tidak terikat untuk memberikan jawatan yang lebih
tinggi atau sebarang jawatan yang lain setelah pegawai
memperoleh kelulusan dan penganugerahan daripada kursus
tersebut.
8. Pegawai tidak boleh menuntut sebarang elaun atau bayaranbayaran lain daripada kerajaan selain yang dinyatakan dalam
surat perjanjian.
9. Pegawai tertakluk pada peruntukan-peruntukan mengenai
kelakuan dan tatatertib di bawah Perintah-Perintah Am Bab D
/ AUKU / Akta 174.
10. Pegawai perlu membuat permohonan kepada Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan untuk pelantikan ke jawatan DG41
berdasarkan iklan yang dikeluarkan.

11. Pegawai mestilah sanggup berkhidmat dimana-mana sekolah


sebagaimana yang diarahkan oleh KPM.
12. Syarat kelulusan terbatal dengan sendirinya jika berlaku
sebarang perlanggaran syarat-syarat yang telah ditetapkan.
13. Pegawai perlu mendaftar di universiti terlebih dahulu sebelum
memohon kelulusan belajar.
14. Pegawai perlu mengisi borang PPG B/2010 dan dapatkan
sokongan Guru Besar/Pengetua dan disahkan oleh Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri sebelum dihantar ke Unit
Peningkatan Akademik, Bahagian Pendidikan Guru.
15. Surat Kelulusan Kebenaran Belajar secara PJJ adalah tertakluk
di bawah tanggungjawab Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sumber Rujukan :
Mesyuarat Peraturan Dan Urusan Bagi Mendapatkan
Kelulusan Untuk Mengikuti Pengajian Melalui Program
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Dan Sambilan bertarikh
27 Julai 2000)

TINDAKAN TATATERTIB

KELAKUAN & TATATERTIB


Semasa mengikuti program, pegawai adalah tertakluk pada
peraturan-peraturan Universiti dan mematuhi Undang-Undang
Negara mengikut Peraturan-Peraturan Awam (kelakuan dan
tatatertib) Pindaan 2002 (Perintah-Perintah Am Bab D) serta
arahan/peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Universiti/Institusi/IPG berkenaan dari semasa ke
semasa. Jika berlaku sebarang pelanggaran tatatertib, pegawai
akan dirujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk diambil
tindakan selanjutnya.

PENANGGUHAN PENGAJIAN
PPPBS tidak dibenarkan untuk membuat sebarang penangguhan
pengajian tanpa kebenaran Bahagian Pendidikan Guru (BPG),
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembiayaan akan ditamatkan
sekiranya penangguhan dibuat tanpa kebenaran. PPPBS
dikehendaki membiayai pengajian sendiri sekiranya tempoh
pengajian yang diluluskan telah tamat.

PENARIKAN DIRI
PPPBS tidak dibenarkan untuk
tanpa kebenaran BPG, KPM.
pembayaran balik pembiayaan
termaktub dalam Perjanjian
ditandatangani.

menarik diri daripada pengajian


PPPBS dikehendaki membuat
keseluruhan sebagaimana yang
Pendidikan Guru yang telah

GAGAL/DIBERHENTIKAN
PPPBS yang gagal/diberhentikan hendaklah memaklumkan hal
tersebut kepada BPG dengan serta-merta. PPPBS dikehendaki
membayar keseluruhan pembiayaan sebagaimana yang termaktub
dalam Perjanjian Pendidikan Guru yang telah ditandatangani.
PELANJUTAN TEMPOH PENGAJIAN
1. PPPBS yang tidak dapat menamatkan program dalam tempoh
yang telah diluluskan (4 tahun) hendaklah mengemukakan
permohonan kelulusan pelanjutan tempoh pengajian kepada
Bahagian Pendidikan Guru sekurang-kurangnya 3 bulan
sebelum tamat tempoh kelulusan.
2. Permohonan tersebut mestilah disertakan dengan dokumen
seperti yang berikut:
a.
b.
c.
d.
e.

surat permohonan daripada pemohon


borang permohonan PPG/Pelanjutan
surat tamat tempoh daripada Universiti
salinan surat kelulusan belajar
salinan kad pengenalan

3. Pelanjutan tempoh pengajian adalah tertakluk pada kelulusan


Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM.
4. Pembiayaan pengajian selepas tamat tempoh tidak akan ditaja
oleh KPM.

KES TIDAK MENDAFTAR/TIDAK MENGHADIRI KULIAH


1. PPPBS dikehendaki mendaftar pada setiap semester
pengajian. Kegagalan untuk membuat pendaftaran dianggap
tidak aktif.
2. Pihak institusi pengajian perlu memaklumkan senarai nama
peserta kepada Bahagian Pendidikan Guru, KPM dengan
serta-merta.
3. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan membiayai yuran
pengajian peserta PPPBS yang tidak mendaft ar pada semester
berkenaan.

HAK KERAJAAN
KPM berhak meminda syarat-syarat dalam garis panduan ini dari
semasa ke semasa tanpa memberikan notis. KPM juga berhak
untuk menarik balik kelulusan belajar sekiranya didapati maklumat
yang diberikan tidak benar atau berlakunya pelanggaran syaratsyarat kelulusan belajar tanpa memberikan sebarang sebab.

PENUTUP
Semua peraturan Garis Panduan untuk mengikuti program dan
syarat-syarat di bawah pemberian kelulusan belajar s ecara PJJ ini
berkuatkuasa serta-merta setelah mendapat kelulusan Mesyuarat
Pengurusan KPM.

CARTA ALIR

1. Lampiran A :

Permohonan Pengesahan bagi Surat Kelulusan


Asal Yang Hilang / Musnah

2. Lampiran B :

Permohonan Bagi Surat Kelulusan Belajar

3. Lampiran C

Permohonan Pertukaran Bidang Pengajian

4. Lampiran D :

Makluman Tamat Belajar Secara PJJ / Sambilan

5. Lampiran E :

Memohon Penangguhan/Menarik Diri Dari


Pengajian Secara PJJ / Sambilan

6. Lampiran F :

Memohon Perlanjutan Tempoh Pengajian Secara


PJJ / Sambilan

7. Lampiran G :

Memohon Pindaan Bagi Surat Kelulusan Belajar /


Surat Perlanjutan/Surat Pertukaran Bidang

Lampiran A - Permohonan Pengesahan Bagi Surat Kelulusan Asal Yang Hilang / Musnah

Mula

Membuat laporan polis

Isi borang dan buat pengesahan sijil dan dokumen yang diperlukan
oleh Ketua Jabatan atau JPN

Hantar ke JPN
Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan

Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses selewatlewatnya 3 bulan dari tarikh borang diterima

Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat pengesahan

Tamat

Lampiran B - Permohonan Bagi Surat Kelulusan Belajar

Mula

Dapat surat tawaraan daripada Universiti

Isi borang PPG/B .Dapatkan sokongan Pengetua/Guru Besar/


Ketua Jabatan .
Sertakan dokumen -dokumen yang diperlukan yang telah
disahkan .

Hantar ke JPN untuk pengesahan.


Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
JPN akan semak mengikut syarat yang telah ditetapkan
dan panjangkan ke Bahagian Pendidikan Guru.

Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses selewatlewatnya 3 bulan dari tarikh borang diterima

Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat kelulusan


belajar.

Tamat

Lampiran C - Permohonan Pertukaran Bidang Pengajian Secara PJJ / Sambilan

Mula

Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan

Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan


atau JPN

Hantar ke JPN
Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan

Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses

Unit Peningkatan Akademik keluarkan surat pertukaran bidang

Tamat

Lampiran D - Makluman Tamat Belajar Secara PJJ / Sambilan

Tolak jika tidak


memenuhi
syarat

Lampiran E - Memohon Penangguhan/ Menarik diri Dari Pengajian Secara PJJ / Sambilan

Mula

Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan

Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan

Hantar ke JPN
Tolak jika tidak
memenuhi
syarat
Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan

Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses

Unit Peningkatan Akademik akan mengeluarkan surat


penangguhan

Tamat

Lampiran F - Memohon Pelanjutan Tempoh Pengajian Secara PJJ / Sambilan

Tolak jika tidak


memenuhi
syarat

Lampiran G - Memohon Pindaan Bagi Surat Kelulusan Belajar/Surat Perlanjutan/Surat Pertukaran Bidang

Mula

Isi borang dan buat salinan dokumen yang diperlukan

Pengesahan borang , sijil dan dokumen oleh Ketua Jabatan

Hantar ke JPN

Tolak jika tidak


memenuhi
syarat

Semakan mengikut syarat yang telah ditetapkan

Hantar ke Unit Peningkatan Akademik untuk diproses

Unit Peningkatan Akademik akan mengeluarkan surat


Kelulusan Belajar yang baru

Tamat

LAMPIRAN
Borang-borang berkaitan :
1.

Borang PPG/B 2010 : Permohonan Kelulusan Belajar Secara


Program Pendidikan Jarak Jauh

2.

Borang PPG/Pengesahan : Permohonan Pengesahan Bagi Surat


Kelulusan Asal Yang Hilang / Musnah

3.

Borang PPG/Pelanjutan : Permohonan Pelanjutan Tempoh


Pengajian
Bagi Program Pendidikan Jarak Jauh /
Sambilan

4.

Borang PPG/Tukar Bidang : Permohonan Pertukaran Bidang


Program Pengajian Jarak Jauh /
Sambilan

5.

Borang PPG/Berhenti : Permohonan Berhenti Pengajian Program


Pengajian Jarak Jauh / Sambilan

6.

Borang PPG/Tangguh : Permohonan Penangguhan Pengajian


Program Pensiswazahan Guru Sekolah
Rendah

7.

Borang PPG/Tukar Pusat Pengajian : Permohonan Pertukaran


Pusat Pengajian Program
Pensiswazahan Guru

Boleh diperolehi daripada pihak :


Urus Setia Program Pensiswazahan Guru,
Unit Peningkatan Akademik,
Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like