Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

CONTOH SOALAN ESEI

1. Pendirian tegas yang ditunjukkan oleh Malaysia ketika membincangkan isu-isu antarabangsa telah membawa kesan negatif dan positif kepada negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?.

JAWAPAN : 1. Sesebuah negara yang telah merdeka, adalah wajar menggunakan konsep Kedaulatan. 2. Malaysia sebagai negara berdaulat dan dihormati oleh kebanyakan negara di dunia. Malaysia yang mengamalkan dasar berkecuali dan adalah bebas untuk menyatakan pendiriannya dengan tegas dan berani. Kesan negatif: 1. Hubungan Malaysia vs England (1983-1985) Hubungan Malaysia dengan Britain renggang seketika akibat sikap radikal pemimpin kita melaksanakan atau sekitar melancarkan Dasar Pandang Ke Timur dan mengimport barang-barang Britain sebagai langkah terakhir. Akibat masalah ini Menteri Luar England dihantar ke Malaysia untuk berunding. Akibat dasar kerajaan ini, kerajaan Britain dan Australia telah menaikkan yuran mahasiswa- mahasiswi di Universiti. 2. Hubungan Malaysia-Australia-England. Awal tahun 1980an hubungan diplomatik Malaysia dan Australia serta Britain agak rengang sedikit kerana ketegasan badan justisari atau kehakiman menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada Kelvin Barlow dan Brian Chambers kerana kesalahan mengedar dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas kedua-dua rakyat Australia. Apa yang menyedihkan negara kita ialah tuduhan kerajaan Britain dan Australia terhadap negara Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak berperikemanusiaan dan boleh dianggap sebagai negara barbarian. 3. Sistem Keutamaan Am Malaysia (GSP) Sistem Keutamaan Am Malaysia (General System of Preferences) dengan Amerika Syarikat hampir ditarik balik pada tahun 1991 kerana tindakan kerajaan Malaysia yang mengutuk perbuatan Amerika Syarikat pada peringkat antarabangsa, sedangkan tindakan kerajaan kita tersebut adalah kena pada tempatnya. Bagi Amerika Syarikat pula ugutan untuk menarik balik GSP kerana mereka menuduh Malaysia tidak memberi dan tidak menjaga hak asasi kepada para pekerja iaitu kebebasan membentuk kesatuan sekerja 4.Penubuhan EAEC. Tindakan tegas pemimpin kita yang mengeluarkan idea untuk menubuhkan Perundingan Ekonomi Asia Timur(EAEC) pada tahun 1991 menyebabkan kebanyakan negara-negara maju merasa tidak senang, terutamanya Amerika Syarikat. Amerika Syarikat cuba memujuk dan menyekat kerajaan Jepun daripada menyertai EAEC yang katanya merupakan satu pakatan kerjasama ekonomi dan

bukan sebagai badan penasihat atau badan perundingan ekonomi. Bagi Amerika Syarikat, cuba mengagalkan kewujudan EAEC. Kesan Positif : 1. Dasar Apartheid. Perlaksanaan Dasar Apartheid di Afrika Selatan menampakkan kesan positif. Regim Afrika Selatan semakin longgar mengenakan syarat-syarat pemerintahannya, iaitu cuba mengurangkan dasar membezakan kaum. Sebagai contoh Parti KOngres Kebangsaan Afrika (ANC) tidak lagi diisytihar sebagai parti haram, Presiden ANC, Nelson Mandela telah dibebaskan dan kelonggaran kepada rakyat Afrika untuk menyertai kongres tersebut. 2. Suruhanjaya Selatan-selatan (1986). Hasil daripada sikap lantang negara Malaysia, iaitu saranan Dr. Mahathir ketika menghadiri persidangan Pergerakan negara-negara berkecuali (6) di Harare, Simbabwe pada tahun 1985. Tujuan penubuhan Suruhanjaya tersebut adalah untuk mewujudkan satu bentuk kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara kecil dan bukan sahaja bergantung kepada negara-negara maju. Untuk bertentangan dengan 67, diwujudkan G15 dari kalangan negara yang menganggotai Suruhanjaya Selatan-selatan. Contoh: Malaysia, Thai, Filipina, Singapura dll. Untuk mengatasi masalah ketidakstabilan ekonomi negara-negara membangun. Wujudnya G15 adalah hasil usaha Malysia pada 1990. 3. Undang-undang dadah. Ketegasan Malaysia di dalam soal dadah menampakkan ciri yang positif, iaitu lebih banyak negara-negara lain di dunia cuba meniru undang-undang Malaysia yang menjatuhi hukuman mati kepada pengedar-pengedar dadah. Contoh: Singapura juga telah menjatuhi hukuman mati kepada pengedar dadah dan kedengaran ura-ura Amerika Syarikat pun akan menjatuhi hukuman mati kepada pengedar-pengedar dadah. 4. Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang melaksanakan Dasar Pandang ke Timur menampakkan kesan yang positif kepada negara. Banyak pelabur-pelabur Jepun membuka firma-firmanya di Malaysia. Malaysia berjaya menghasilkan kereta nasional (Proton Saga ) dan akan mengeluarkan kereta jenis Daihatsu serta kereta sport dengan kerajaan Australia. 5. Kutukan pencerobohan Iraq di Kuwait Ketegasan Malaysia menyatakan pendiriannya iaitu mengutuk penceroboh Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990 serta mengundi untuk menyokong pihak bersekutu menggunakan tentera untuk menghalau Iraq keluar dari Kuwait, sememangnya mendatangkan kesan yang positif. Untuk menjaga kepentingan GSP antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan untuk mengekalkan bantuan yang sentiasa diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia. 6. Pendirian Malaysia bagi isu Kampuchea . Isu di Kampuchea berjaya diselesaikan apabila pen- dirian tegas Malaysia dinyatakan dalam beberapa mesyuarat Agung ASEAN dan pada peringkat antarabangsa (PBB). Hasilnya Kampuchea sekarang diperintah oleh Majlis Tertinggi Kebangsaan Kampuchea dengan diawasi oleh Pasukan Pengaman PBB. Kesimpulan : 1. Malaysia cuma memainkan peranannya dalam mengamankan dunia dengan menyertai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

SOALAN 1. Huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan pelaburan asing. 2. Pelaburan asing bantu mengatasi masalah kemelesetan ekonomi negara. Sejauh manakah pelaburan asing dapat membawa kebaikan terhadap pembangunan negara ?. JAWAPAN :
Konsep ekonomi dan pelaburan : 1. Kemelesetan ekonomi dunia yang serius telah menimbulkan beberapa implikasi negatif terhadap negara. Pertumbuhan ekonomi yang lembab telah mengakibatkan pengganguran, kejatuhan eksport dan menambahkan hutang negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai pendekatan baru demi menarik kemasukan pelaburan asing agar dapat membawa manfaat ke arah mempercepatkan kemajuan negara. 2. Pelaburan asing merupakan nadi penggerak ke arah pembangunan negara. Kemasukan pemodalpemodal asing dapat menambahkan pendapatan negara, meningkatkan gunatenaga dan mempercepatkan pemindahan teknologi dan kepakaran ke dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk menggalakkan pelaburan asing di negara ini. Konsep ekonomi dan pelaburan : 1. Kemelesetan ekonomi dunia yang serius telah menimbulkan beberapa implikasi negatif terhadap negara. Pertumbuhan ekonomi yang lembab telah mengakibatkan pengganguran, kejatuhan eksport dan menambahkan hutang negara. Oleh itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai pendekatan baru demi menarik kemasukan pelaburan asing agar dapat membawa manfaat ke arah mempercepatkan kemajuan negara. 2. Pelaburan asing merupakan nadi penggerak ke arah pembangunan negara. Kemasukan pemodalpemodal asing dapat menambahkan pendapatan negara, meningkatkan gunatenaga dan mempercepatkan pemindahan teknologi dan kepakaran ke dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk menggalakkan pelaburan asing di negara ini. Sumbangan pelaburan asing : 1. Teknologi muktahir. Membolehkan pemindahan teknologi moden ke negara ini. Malaysia masih kekurangan sumber kewangan untuk membiayai projek-projek latihan dan penyelidikan demi mencapai teknologi moden. Masalah ini merupakan satu penghalang yang menyekat kemajuan sektor perindustrian. Pelabur- pelabur asing akan membawa bersama teknologi dan sistem pengurusan moden serta tenaga profesional yang pakar dan produktif. Mereka juga akan melaksanakan pelbagai program untuk melatih buruh tempatan demi mengembangkan pengetahuan kepakaran agar pekerja-pekerja tempatan dapat diserapkan ke dalam projek pelaburan mereka. Contohnya, projek mencarigali minyak di Terengganu. 2. Gunatenaga yang mahir. Matlamat utama kerajaan menggalakkan pelaburan asing ialah untuk meningkatkan gunatenaga dan mengurangkan kadar pengganguran negara. Apabila pelaburan asing bertambah, banyak kilang baru akan didirikan. Dalam usaha menjayakan projek ini, negara kita memerlukan banyak tenaga buruh. Maka wujudlah peluang pekerjaan yang lebih banyak.

Perkembangan ini memberi kesempatan kepada para penganggur untuk mendapatkan pekerjaan dalam kilang- kilang tersebut.

3. Pendapatan negara bertambah. Pengaliran wang ke luar negeri akan berkurangan kerana banyak barangan import telah digantikan dengan barangan tempatan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport ke negara-negara maju dengan harga yang rendah. Kemudian bahan mentah ini diproses menjadi barangan siap dan dijual semula semula ke negara ini dengan harga yang lebih tinggi. Kemasukan pelaburan asing membolehkan banyak modal dan kepakaran disalurkan ke kilang-kilang perusahaan tempatan. Bahan-bahan tempatan boleh diproses oleh kilang-kilang di negara ini. Dengan cara ini, harga dan penggunaan bahan mentah tempatan lebih terjamin. 4. Menyelesaikan hutang negara. Sumber kewangan dalam projek-projek pelaburan asing itu merupakan modal pelaburan yang tidak perlu dibayar balik. Dalam usaha mengatasi kemelesetan ekonomi dan memajukan taraf hidup rakyat, pihak kerajaan banyak meminjam daripada intitusi kewangan asing sehingga menyebabkan hutang negara mencapai 45 billion ringgit pada tahun 1989. Ini merupakan perkembangan yang kurang sihat kerana setiap tahun negara kita terpaksa membayar balik sejumlah besar hutang tersebut ke luar negeri.
5. Pembangunan infrastruktur. Kemudahan asas yang sempurna merupakan nadi utama untuk mempergiatkan pembangunan perindustrian. Justeru itu, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kemudahan elektrik dan air, di samping sistem pengangkutan yang baik demi menarik dan menjayakan projek pelaburan asing. Pelabur-pelabur asing sendiri juga akan menyediakan kemudahan rekreasi dan tempat kediaman untuk para pekerja. Penyediaan perhidmatan sosial ini akan meninggikan taraf hidup sosial rakyat negara ini. Contoh : Jalan Sultan Azlan Shah telah dibina untuk memudahkan haluan kilang-kilang di Bayan Lepas dan Bayan Baru di Pulau Pinang. Langkah : 1. Skim galakan. Merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat- syarikat asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan ini dapat menarik pera pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing. 2. Rombongan penggalakan pelaburan. Penghantaran rombongan penggalakan pelaburan ke luar negeri adalah langkah yang wajar untuk menarik kemasukan pelaburan asing. Sejak bulan Mei 1987, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri telah mengetuai banyak rombongan penggalakan ke luar negeri. Untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Malaysia melalui seminar pelaburan, mesyuarat serta laporan media massa. Maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga disampaikan menerusi pejabat Lambaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di luar negeri dan kedutaan asing. Langkah ini dapat memberi penjelasan mengenai dasardasar baru kerajaan dan galakan serta peluang pelaburan kepada bakal pelabur asing. Ini akan menimbulkan minat di kalangan pengusaha asing dan memandang Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang menguntungkan.

SOALAN : 1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negaranegara yang menjadi ahli. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini peranan PBB untuk mewujudkan keharmonian masyarakat antarabangsa semakin terbatas dan kurang berkesan. Huraikan pendapat tersebut. JAWAPAN : 1. Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua, telah membuka ruang kepada kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB ditubuhkan pada Persidangan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 24 Oktober 1945. Keanggotaannya kini sudah melebihi 165 buah negara apabila beberapa buah bekas republik di Soviet Union dan beberapa buah negara di Kepulauan Pasifik menyertainya. Fungsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu : 1. Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia terutama berusaha mencegah berlakunya perang dunia. Untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh negara- negara di dunia dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial. 2. Bantuan-bantuan dalam bentuk kewangan, fizikal dan kepakaran diberikan kepada negara-negara yang memerlukannya seperti dalam bidang ekonomi, teknikal dan sosial. 3. Struktur PBB secara umumnya dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan-badan utama (principal organ), pertubuhan khas dan pertubuhan cawangan. Perhimpunan Agung, Majlis Pemegang Amanah, Majlis Ekonomi dan Sosial, pertubuhan- pertubuhan khas yang berperanan memberi sumbangan dalam bidang-bidang khusu termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), UNESCO dan sebagainya. 4. Pertubuhan-pertubuhan cawangan pula diwujudkan atas kehendak PBB sekiranya ada sesuatu isu misalnya Tabung kanak-kanak PBB (UNICEF), Program Pembangunan PBB (UNDP), Pasukan Tentera Pengaman PBB di Kampuchea dan sebagainya. 5. Tugas untuk mengendalikan keselamatan dunia diserahkan kepada Majlis Keselamatan. Majlis ini dianggotai oleh 15 buah anggota. Lima daripadanya anggota tetap dan 10 buah negara lagi dipilih untuk tempoh dua tahun. Sebab Kegagalan : 1. Salahguna kuasa VETO. Lima buah negara menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan (Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China) sering menggunakan kuasa Veto terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan mereka. Kuasa Veto ialah kuasa pembatal atau pemutus yang diberikan oleh PBB kepada kuasa-kuasa besar dunia dianggap istimewa. Ini kerana negara-negara tersebut boleh mengenepikan kutukan dan kritikan dari negara-negara anggota dalam Perhimpunan Agung PBB. Amerika Syarikat dan Rusia sering menggunakan kuasa Veto ini untuk kepentingan sendiri. Contoh : isu pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan, isu Palestin dan isu pengeboman Amerika Syarikat ke atas Libya pada tahun 1987.

2. PBB untuk kepentingan sendiri. Dalam keadaan tertentu PBB dijadikan alat oleh negara tertentu untuk mencapai tujuan politik negara tersebut. Kuasa-kuasa besar menggunakan PBB untuk menekan negara lain supaya tunduk kepada kemahuan mereka. Jelas Amerika Syarikat mendesak PBB supaya mewujudkan kumpulan pakar pengkaji nuklear yang ditugaskan oleh PBB menyiasat senjata-senjata di Iraq iaitu kuasa baru di Timur Tengah yang boleh mengugat kepentingan mereka. Pasukan penyiasat juga dikatakan sedang berusaha untuk menyiasat senjata nuklear di Korea Utara. Tindakan sedemikian sebenarnya didalangi oleh kuasa-kuasa besar.

3. Pasukan tentera menghadapi masalah. Peranan pasukan tentera pengaman PBB juga menghadapi masalah terutama mengenai pembiayaan, diplomatik, kebenaran negara-negara terlibat halangan PBB dan menyerang dua kampung di Selatan Lebanon hingga menyebabkan 30 pejuang Hizbulah terbunuh, dianggap paling hebat kepada imej dan maruah PBB. Menurut laporan, tentera Israel dan askar PBB bertumbuk ketika pasukan Israel mara ke kampung Kafra dan Yater. Dua askar PBB cedera dalam pergaduhan itu. Israel juga menggunakan jentolak untuk melanyak dua buah kenderaan PBB yang diletak di tengah jalan bagi menghalang kemaraan Israel. 4. Campurtangan kuasa-kuasa besar. Sikap suka campurtangan kuasa-kuasa besar khususnya Rusia dan Amerika Syarikat terhadap negara-negara yang tidak stabil menyebabkan peranan PBB untuk menyelesaikan konflik di negara-negara tersebut kurang berkesan. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan pencerobohan Amerika ke atas Panama untuk menangkap Presiden negara tersebut Jeneral Noriega. Begitu juga dengan kes Grenada dan El Savador, kedua-dua kuasa besar itu (Amerika Syarikat dan Rusia) cuba mengembangkan pengaruh mereka terhadap dua kumpulan yang sedang berebut kuasa memerintah negara-negara tersebut. 5. Keputusan PMM tidak dilaksanakan. Tiada kuasa melaksanakan keputusan terhadap sesuatu resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung. Walaupun dalam Perhimpunan Agung hampir keseluruhan negara mengutuk tindakan dan layanan Israel terhadap rakyat Palestin, tetapi masih tidak ada perlindungan kepada rakyat Palestin hingga hari ini. Ini kerana soal- soal yang berkaitan dengan keselamatan diserahkan bulat- bulat kepada Majlis Keselamatan yang diterajui oleh Amerika Syarikat dan Rusia. Kesimpulan : 1. PBB nyata kurang berkesan dalam menyelesaikan konflik antarbangsa. Isu Palestin dan Kampuchea masih berlarutan hampir setengah abad. Usaha-usaha yang lebih positif perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan negara-negara anggota terhadap pertubuhan yang bersifat World Govermemt ini.
Kesan migrasi terhadap kawasan asal dan kawasan destinasi. 1. Perpindahan penduduk di antara kawasan dalam sesebuah negara boleh meninggalkan berbagai-bagai kesan ke atas kawasan yang ditinggalkan dan kawasan yang didatangi. Kesan perpindahan mungkin positif atau negatif. 2. Perpindahan penduduk seringkali dikaitkan dengan aspek pembangunan penduduk. Perpindahan, sekiranya tidak dikawal boleh meninggalkan kesan negatif dan kawasan yang ditinggalkan ataupun yang dituju. Sebaliknya. melalui perancangan yang teliti, perpindahan boleh dijadikan suatu strategi penting bagi tujuan pembangunan negara. 3. Kesan positif migrasi (a). Aspek positif kesan migrasi penduduk ialah perpindahan telah dapat mengimbangi taburan penduduk antara kawasan-kawasan di dalam negeri. Misalnya perpindahan penduduk Selangor ke negeri Pahang kerana programprogram pembangunan.

(b). Selain itu, penduduk di bandar utama dipindahkan ke bandar-bandar baru di luar bandar bagi mengurangkan kesesakan seterusnya memajukan kawasan yang sebelumnya mundur. (c). Migran menyediakan bekalan tenaga kerja yang mencukupi untuk memajukan dan memanfaatkan sumbersumber ekonomi yang ada. (d). Perpindahan penduduk Melayu luar bandar ke bandar dapat mengimbangi penduduk Cina dan mewujudkan perseimbangan kaum. 4. Kesan negatif migrasi (a). Aspek negatif kesan migrasi ialah kawasan asal kehilangan sebahagian besar tenaga muda yang umumnya lebih produktif dan mahir (lepasan sekolah). Akibatnya banyak tanah pertanian terbiar. (b). Perpindahan juga menyebabkan wujudnya masalah sosial sekiranya penduduk yang berhijrah tidak bersedia iaitu tidak berpelajaran atau berpengalaman untuk bekerja di bandar. Masalah seperti pengangguran, kemiskinan, kewujudan kawasan setinggan, jenayah dan sebagai akan berlaku. (c). Perpindahan ke bandar besar juga menyebabkan kesesakan di bandar. Kemasukan penduduk pada jumlah yang ramai menyebabkan wujud keadaan bilangan penduduk tidak seimbang dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Misalnya pertambahan bilangan kenderaan sejajar dengan pertambahan penduduk tanpa diikuti dengan penyediaan jalan raya yang lebar dan panjang menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

You might also like