Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ANATOMI KAYAK Kayak mempunyai bahagian yang penting: 1.

BOW DAN STERN (HALUAN DAN BURITAN) Bow= muncung bahagian hadapan Stern= muncung bahagian belakang. Bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak. Fungsinya->memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tuju kayak

2. PORT SIDE DAN STARBOD SIDE Port side = bahagian kiri kayak Starbod side = bahagian kanan kayak

3. HULL Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak. Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.

4. DECK (GELADAK ATAS) Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit. Kegunaan ->menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan. Deck hadapan dipanggil foredeck. Manakala deck belakang dipanggil aftdeck. 5. TOGGLES Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat dibahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya>memudahkan mengangkats esebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ketebing.

6. COCKPIT Ruangan yang terletak di tengah-tengah kayak dan diantara foredeck dan aftdeck. Ia merupakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit.

7. SEAT (TEMPAT DUDUK) Tempat duduk pedayung terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standard (mempunyai saiz yang tetap, tempat duduk sederhana-untuk kegunaan rekreasi, tempat duduk ketat-untuk aktiviti arus deras dan tempat duduk boleh laras.

8. COAMING Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi cockpit. Fungsi ->untuk menghalang air daripada memasuki cockpit.

9. KNEE BRACE Terletak di bahagian coaming di bahagian foredeck. Fungsi->untuk menyokong lutut pedayung dan member cengkaman kaki pedayung yang lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.

10. TOWLINE/DECKLINE Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga kebahagian stern. Fungsi >sebagai tali untuk menyelamat, penunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline

11. KEEL Terletak di bahagian geladak bawah kayak. Fungsi->untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel. 12. FOOTREST Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat melatak kaki pedayung. Fungsi->memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang dihasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan, bahu, lower back dan kaki terhadap penghasilan daya dayung yang baik. Ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang melindungi pedayung daripada terhentap atau mengeluncur kehadapan akibat hentakan atau pelanggaran 13. HATCHES Lubang penutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck. Fungsinya->menyimpan peratlatan diri dan perkhemahan.

PENDAYUNG (PADDLE) * Berfungsi untuk mengerakkan kayak * Pendayung kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya Berlawanan kedudukan.

Pendayung: 1. Blade (Bilah mata dayung) Kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Fungsi->mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. 2. Tip (Pelindung mata dayung) Kepingan logam yang berada di hujung mata dayung. Fungsi->melindungi mata dayung dari kerosakkan akibat hentakan. (tidak semua pendayung mempunyai tip)

3. Shaft/Loom/Bar (batang pendayung) Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.

4. Neck (Leher pendayung) Bahagian percantuman antara blade dan shaft.

5. Drip ring (bulatan getah) Diperbuat daripada plastic atau getah dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsi ->menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memeliki drip ring

6. Front of blade (muka dayung) Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.

You might also like