Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Pengenalan Menurut cerita orang-orang tua, Kampung Pasir Panjang Laut dibuka oleh Haji Muhammad Saman atau

lebih dikenali dengan panggilan Sagor atau Tok Janggut. Peneroka ini dikatakan berasal dari Kampung Teluk, Teluk Intan. Haji Muhammad Saman membuka kampung ini sekitar tahun 1818. Sebelum kedatangan beliau, terdapat beberapa buah perkampungan dibuka lebih awal iaitu Teluk Batu, Permatang dan Teluk Pencalang.

Pembukaan Sekolah Menurut cerita Tuan Haji Ghazali b Haji Arshad (cucu kepada Haji Muhammad Saman) bahawa pembukaan sekolah terawal di kampung ini bermula pada tahun 1898 yang diasaskan oleh Haji Muhammad Saman sendiri. Sekolah yang berbentuk sementara ini dikatakan berdekatan dengan Masjid Wataniah. Encik Abu yang berasal dari Pulau Pinang pula ditugaskan untuk mengajar murid-murid seramai 24 orang. Berikut disenaraikan muridmurid tua yang dapat dikesan oleh Haji Ramli b. Mustafa (warga tempatan yang tinggal di Kg Sg Parit): Abdul Kadir b. Muhammad Said Haji Mustafa b. Muhammad Said Haji Muhammad b. Haji Jaafar Muhammad b. Binu Jabar b. Mahidin Yeop Zahari b. Jamaludin Abdul Hamid b. Haji Arshad Memandangkan kemajuan yang begitu pesat pada tahun 1902 Jabatan Pelajaran Perak (JPN) yang beribu pejabat di Taiping telah mengambil alih pentadbiran sekolah serta mendirikan sebuah sekolah baru (bangunan kedua). Guru besar ketika itu ialah En. Abdul Kadir b. Muhammad Said dengan gaji RM8.00 sebulan. Dibantu dua orang guru penolong iaitu Tuan Haji Mustafa b. Muhammad Said dan En. Ngah. Dikatakan murid yang belajar ketika itu berumur antara 12 hingga 20 tahun. Pelajaran yang diutamakan iailah Ilmu Hisab (Matematik), Karang-mengarang, Jawi dan Rumi, berkawad dan sebagainya.

Sekolah Perempuan Pada tahun 1926 bilangan murid-murid perempuan yang belajar di sekolah ini mula meningkat sehingga 50 orang. Dengan ini pihak JPN telah menyewa sebuah rumah kepunyaan En. Yeop Zahari b. Mahidin yang terletak tidak jauh dari sekolah kedua. Guru besar yang pertama ialah Pn. Som. Ketika itu murid perempuan tidak dibenarkan belajar bersama-sama dengan murid lelaki. Oleh kerana murid bertambah ramai, pihak JPN mendirikan pula sekolah ketiga pada tahun 1931. Guru besar ketika itu ialah En Aminun b. Haji Muhammad Yasin. Sekolah kedua dijadikan sekolah perempuan dan tidak lagi

menyewa rumah En. Yeop Zahari. Setelah 27 tahun (1926-1953) sekolah lelaki berasingan dengan sekolah perempuan, pada 1 Mac 1953 sekolah perempuan dicantumkan dengan sekolah lelaki. Dan keadaan ini berkekalan hingga kini.

Bangunan Tambahan Dalam tahun 1978 didirikan pula sebuah sekolah tambahan (bangunan keempat) yang mengandungi 2 buah bilik darjah. Bangunan ini dibuat daripada batu, berbentuk satu tingkat. Dalam tahun 1981 didirikan lagi bangunan kelima. Guru Besar ketika itu ialah En. Ghazali b. Ayub. Walaupun demikian sehingga kini hanya terdapat empat buah bangunan yang masih ada.

Kejayaan Bekas Murid Dalam masa yang sebegitu lama, iaitu 90 tahun (1898-1989) sejak ianya mula dibuka hingga kini, terdapat lebih 30 orang bekas murid sekolah ini yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dalam dan luar negara. Kini ramai yang masih berkhidmat dengan agensi kerajaan dan sektor swasta. Seorang daripada bekas murid yang berjaya hingga ke puncak perkhidmatan kerajaan ialah Tan Sri Dato Dr Abdullah b. Ayob (PMN, PSM, SPCM, SPMJ, DPMT, DPSK, PGDK) yang telah memegang jawatan kerajaan sebagai : Ketua setiausaha perkhidmatan awam malaysia. Ketua perbendaharaan malaysia. Ketua setiausaha negara malaysia (1979-1980).

Sekolah Kebangsaan Muhammad Saman Semenjak tahun 1982 lagi telah diura-urakan untuk menggantikan nama Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. Hanya pada awal tahun 1984, iaitu pada 13 Mac 1984 nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Muhammad Saman telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. (Rujukan: Bil (5) dlm J. Pel. Pk . Pend.120/Jld 3). Nama SKMS diberikan kepada sekolah ini adalah untuk mengingati jasa peneroka awal KPPL. Tetapi yang penting sekali kerana beliau sebagai pengasas sekolah yang pertama dalam tahun 1898. Pembukaan rasmi nama SKMS, PPL telah dilakukan pada hari Sabtu, 27

Oktober 1984 oleh YB Dato Abdullah b. Hj Ahmad Badawi DPMP, DJN, KMN, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Sempena dengan itu jugak dirasmikan bangunan tambahan dua tingkat yang baru siap dibina. Kemajuan akademik murid-murid sekolah ini dari masa ke semasa mendapat kejayaan yang cemerlang terutama bila mereka melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah berasrama penuh.

Tuan Haji Ghazali b. Haji Arshad - Seorang ulamak terkenal di Bagan Datoh, beliau adalah cucu kepada Haji Muhammad Saman.

Tuan Haji Ramli b. Mustafa - orang tempatan berumur 75 tahun, tinggal di Kg Sg. Parit.

Abdul Kadir b. Muhammad Said - Murid terpandai daripada 24 orang di sekolah ketiga (kini dijadikan dewan yang dinamakan Dewan Abdul Kadir)

Senarai Guru Besar # 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 En. Abu En. Abdul Kadir b. Muhammad Said En. Muhammad Wazir b. Muhammad Ali En. Mat Hashim b. Bedul En. Aminun b. Hj. Muhammad Yassin En. Ngah Abbas b. Kulup Keber En. Muhammad Tawi b. Hj. Abbas En. Mahmud En. Shafie b. Muhammad Ali Tn. Hj. Husain b. Thalji Tn. Hj. Muhammad Dom b. Hj. Ibrahim En. Md. Zamin b. Hj. Mahamad En. Ghazali b. Ayob En. Md. Akhir b. Leman Tn. Hj. Ismail b. Hj. Ahmad En. Abd. Wahab b. Mohd Nordin En. Mohd Shariff bin Mohamad En. Awaluddin bin Ahmad En. Ismail bin Ngah Mamat Pn. Siti Romainah bt Ramli Pn. Rosnaini bt Hashim Guru Besar Tahun Berkhidmat 1898 - 1902 1903 - 1924 1925 - 1928 1929 - 1930 1931 - 1935 1936 - 1937 1938 - 1939 1940 - 1942 1943 - 1957 1958 - 1965 1966 - 1978 1978 (4.5 Bulan) 1978 - 1982 1983 - 1984 1984 - 1987 1987 - 1996 1996 - 1998 1998 - 2000 2000 - 2002 2002 - 2004 2004 - 2008 2008 - Kini

22 Tn. Hj. Hasnan bin Hj. Hassan

Misi dan Visi

"Mejana potensi individu secara berterusan melalui pengurusan pendidikan yang berkualiti" misi

"Sekolah Kebangsaan Muhammad Saman menjadi sekolah cemerlang di Daerah Manjung tahun 2015" - visi

Logo Sekolah

You might also like