Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT ________________________________________________________________________

COURSE CODE : HBSC 3103 COURSE TITLE : Biology II : Continuity of Life SEPTEMBER 2013

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PELAJARAN

1. Pengenalan Kepelbagaian biologi adalah sumber di mana keluarga, masyarakat, negara dan generasi akan datang bergantung kepadanya. Iamerupakan suatu hubungan antara semua organisma di muka bumi ini, mengikat setiap hubungan kehidupan ke dalam ekosistem saling bergantung antara satu sama lain, di mana semua spesis mempunyai peranan mereka yang tersendiri. Dalam erti kata lain ianya merupakan suatu kitaran hidup haiwan dan tumbuhan yang menghuni dunia ini. Manusia secara amnya menggunakan 25% daripada sumber-sumber semulajadi di dunia ini dan hasil daripada penggunaan itu kadang kala menyebabkan ancaman secara langsung kepada biodiversiti yang ada.

Globalisasi masa kini serba sedikit telah memberikan kesan terhadap persekitaran dan perkembangan antara kehidupan. Kesan yang jelas yang boleh dilihat adalah ancaman kepada biodiversiti ekoran sifat tamak bagi mendapatkan keuntungan yang diidamkan. Ancaman biodiversiti boleh menjuruskan kepada kehidupan saling bergantung yang tidak seimbang dan boleh memudaratkan. Biodiversiti merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai oleh Allah swt. Justeru itu adalah penting untuk kita menghargainya kerana tanpa kehidupan yang saling bergantung akan menjadi sesuatu kehidupan itu tidak bernilai.

Secara umumnya biodiversiti adalah suatu sistem sokongan hidupan yang bergantung antara satu sama lain yang merangkumi semua kehidupan di alamini seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, bakteria, kulat, serangga dan lain-lain. Perkataan biodiversiti pada mula diperkenalkan penggunaannya oleh Lovejoy (1980) di mana pada asasnya berasal daripada dua perkataan iaitu biological diversity yang membawa maksud kepelbagaian biologi. Ianya didefinisikan sebagai keanekaan di antara organisma hidup daripada pelbagai sumber baik daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkaui ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks yang termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya. Menurut Ricklefs & Miller (2001), biodiversiti merupakan sejumlah variasi dari aras-aras yang berbeza dalam dunia semulajadi yang melibatkan genetic, spesis dan ekosistem. Manakala bagi Begon et al (1997), beliau menakrifkan sebagai suatu istilah yang digunakan untuk menerangkan jumlah spesis, jumlah variasi genetik atau jumlah jenis komuniti yang hadir dalam sesuatu kawasan.

Biodiversiti adalah jumlah dan kepelbagaian keseluruhan organisma hidup di dunia yang boleh memberikan kepentingan kepada manusia seperti memberikan alternatif perubatan dalam mencegah dan mengubat penyakit melalui tumbuhan herba yang wujud, juga membekalkan bahan mentah dengan kewujudan bahan mentah asli melalui tindak balas semulajadi bumi seperti bahan mentah bijih besi, bijih timah, tumbuhan, hidupan sungai seperti ikan, hidupan marin dan sebagainya. Selain itu ianya juga boleh dijadikan sebagai tempat riadah atau rekreasi yang boleh merihatkan minda manusia di samping berinteraksi dengan alam.

Dalam menjamin pengekalan berterusan biodiversiti di Negara ini Kerajaan Malaysia dengan sokongan banyak NGO telah memainkan peranan mereka bagi menjaga dan mengekalkan tahap sedia ada dengan melakukan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada penduduk di megara ini melalui kempen-kempen seperti Hari Hutan Sedunia, Hari Bumi Sedunia, Hari Alam Sekitar dan sebagainya. Kerajaan juga telah mewartakan undang-undang alam sekitar bagi mengurangkan ancaman biodiversiti sebagai contoh Akta Pemuliharaan Tanah 1960, Akta Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekitar. Selain itu kerajaan juga telah menjalankan strategi pemuliharaan In-situ dan Ex-situ bagi memantapkan lagi biodiversiti negara ini.

Aktiviti manusia yang mengakibatkan kepupusan spesis terangkan

Pemuliharaan biodiversiti penting untuk negara membangun seperti Malaysia supaya sumber genetiknya dapat dieksploitasi secara berkesan. Biodiversiti dan pengurusan sumber semulajadi perlu dikawal supaya hasilnya dapat dimanfaatkan untuk jangka masa yang lebih panjang. Pengetahuan asas dan meluas mengenai biodiversiti sumber ini di Malaysia, interaksinya dengan persekitaran dan pengurusan ekosistem yang sistematik adalah perlu bagi mengoptimumkan perkembangan industri di Malaysia. Integrasi yang sistematik di antara pengetahuan asas dan analisis saintifik yang canggih boleh meningkatkan penghasilan produk yang bermutu tinggi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa

2. Kepentingan Biodiversiti KepadaManusia Biodiversiti tidak hanya memberikan kepentingan kepada alam sejagat tetapi juga mempunyai kepentingannya kepada manusia. Antaranya adalah:

a. Memberikan nilai perubatan Menurut kajian yang telah dijalankan terdapat sebanyak 20,000jenis spesis tumbuhan yang tumbuh di negara ini bersesuaian dengan iklim hutan hujan tropika dan mempunyai nilai komersial bagi tujuan perubatan. Daripada jumlah itu sebanyak 2000 spesis dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Atas kesedaran bahawa penggunaan tumbuhan herba sebagai sumber ubatan dan juga makanan secara langsung memperlihatkan keperluan manusia terhadapnya. Selain ia digunakan dalam perubatan tradisional, tumbuhan herba juga menyumbangkan peranan dalam penemuan ubat- ubatan moden di mana Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah melaporkan bahawa sebanyak 80% daripada penduduk dunia kini bergantung kepada ubatan herba dalam penjagaan kesihatan asas. Secara tidak langsung ianya memberikan sumber pendapatan dalam penghasilan ubat-ubatan berbentuk herba atau campuran kimia di samping memberikan nilai perubatan yang baik. Pokok-pokok herba seperti misai kucing, tongkat ali, mengkudu, tunjuk langit, serai wangi, gaharu, delima, hempedu bumi dan lain lain lagi.

Data yang diperolehi dalam tahun 1996 telah menunjukkan kos penggunaan makanan herba untuk kesihatan (farmaseutikal dan nutraseutikal) mencecah RM 950 billion dan semestinya melebihi nilaian tersebut buat masa kini.

Rajah 2.1 Contoh pokok herba

b. Membekalkan bahan mentah Penjagaan biodiversiti yang baik dan berkesan membolehkan bahan mentah dibekalkan kepada manusia. Sebagai contoh mata air bawah tanah membekalkan sumber air bersih kepada manusia, hidupan laut seperti ikan memberikan sumber makanan kepada manusia, hidupan akuatik yang terpelihara memberikan sumber protein dan sebagainya. Selain itu tumbuhan seperti getah dan kelapa sawit memberikan bahan mentah bagi meningkatkan industry negara. Begitu juga dengan hasil bumi seperti bijih timah, besi, bauksit, arang batu dan sebagainya.

Rajah 2.2 Contoh Bahan Mentah

c. Menjadi tempat riadah dan pelancongan Selain itu biodiversiti juga dapat menghasilkan sesuatu tempat atau habitat itu sebagai destinasi riadah atau pelancungan secara eko. Kebiasaannya tempat tersebut dikalangan hutan simpanan, hutan bakau dan air terjun yang membolehkan manusia menikamati tempat yang menarik di samping mendapatkan udara yang segar. . Ekosistem marin misalnya boleh dijadikan kawasan tarikan bagi aktiviti pelancongan seperti taman laut yang boleh menjana kepada pembangunan ekonomi yang besar kepada sesebuah negara. Sebagai contoh di Florida, Amerika Syarikat penjanaan ekosistem terumbu karang sebagai pusat pelancongan telah member sumbangan pendapatan sebanyak USD 1.6 billion setahun. Ini menunjukkan peranan biodiversiti bagai tempat riadah dan pelancongan memberikan nilai pendapat disamping berpeluang untuk berehat.

Rajah 2.3 Terumbu karang

d. Mempunyai nilai intrinsik Maksud nilai intrisik adalah mempunyai nilai yang tersendiri di mana biodiversiti yang wujud mempunyai hak untuk hidup dan nilai yang tersendiri dari segi kegunaan dan khasiatnya. Nilaian ini boleh menjadi baik jika digunakan untuk tujuan kebaikan manakala menjadi buruk jika disalahgunakan bagi tujuan membuat kezaliman. Kepandaian manusialah yang akan memastikan pengekalan semua benda hidup di muka bumi ini. Jika manusia melakukan kezaliman ke atas biodiversiti ini, bermakna manusia menempah kesukaran hidup di masa depan dan memusnahkan peluang anak cucu mereka untuk hidup dengan sempurna.

3. Usaha kerajaan untuk mengekalkan pelbagai biodiversiti di Malaysia

a. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar Dalam usaha bagi mengekalkan biodiversiti di negara ini maka pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan antaranya adalah kempen kesedaran kepada semua peringkat umur dan diberi penekanan kepada murid-murid sekolah kerana merekalah generasi yang akan mengekalkan biodiversiti mengikut acuan yang telah dipelajari. Usaha ini dapat memberikan sentuhan dan ingatan akan kepentingan biodiversiti pada masa kini dan menjaganya untuk masa hadapan.

Di antara contoh berbentuk kempen dan kesedaran ini ialah:

Bil 1 2 3 4 5 6

Kempen Hari Hutan Sedunia Hari Air Sedunia Hari Meteorologi Sedunia Hari Bumi Sedunia Hari Alam Sekitar Sedunia Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi

Tarikh 21 Mac 22 Mac 23 Mac 22 Apr 5 Jun 8 Okt

Rajah 3.1 Kempen-kempen yang dijalankan Kesemua contoh kempen yang diadakan di atasmenunjukkan akan keperihatinan kerajaan dengan sokongan pihak-pihak NGO mengadakan kempen tersebut bagi menunjukkan keperluan mengadakan sedemikian. Kempen ini dengan harapan dapat menukar minda murid-murid bahkan rakyat di Negara ini akan peranan yang perlu diambil bagi mengekalkan biodiversiti di Negara ini. Aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan alam sekitar dan sebagainya perlu dipertingkatkan di peringkat sekolah, institut pengajian tinggi dan juga di kalangan masyarakat awam.

Rajah 3.2 Hari Bumi Sedunia

Pada tahun 2010 kerajaan Malaysia juga telah melancarkan sambutan di peringkat Kebangsaan dengan mengistiharkan sebagai Tahun Biodiversiti Antarabangsa (International Year of Biodiversiti). Tahun 2010 ini telah dipilih kesinambungan daripada Sidang Kemuncak Bumi (Earth Summit) di mana semua pemimpin-pemimpin dunia berikrar dan bersetuju bagi bersama-sama mengurangkan kehilangan biodiversiti di Negara masing-masing. Kepentingan sambutan ini adalah penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan biodiversiti dan tanggungjawab mereka untuk mengurus serta memuliharanya dengan sebaiknya. Kerajaan Malaysia menyeru dan mengajak setiap lapisan masyarakat, NGOs dan pihak swasta untuk berganding bahu bersama-sama Kerajaan di dalam melibat gandakan usaha kita untuk mengurangkan kehilangan biodiversiti di Malaysia.

Kesinambungan daripada Tahun Biodiversiti Antarabangsa 2010, kerajaan Malaysia dalam mencapai Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan telah berusaha untuk menerapkan Visi Bersama mengenai Biodiversiti (Common Vision on Biodiversiti) dan sehubungan itu Kempen Menanam 26 juta pokok (antara tahun 2010 sehingga 2014) telah dijalankan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas. Dalam ucapan perasmian beliau menyatakan akan hasrat kerajaan dalam mengekalkan kehijauan di Negara ini; Untuk melaksanakan kempen penanaman pokok ini, kita menggunakan slogan Satu Warga Satu Pokok dan ia selari dengan slogan 1Malaysia. Adalah menjadi keperluan buat kita untuk menanam pokok di seluruh Negara. Kempen yang akan mengambil masa 5 tahun ini (2010 sehingga 2014) akan dilaksanakan sehingga tercapainya 26 juta pokok di tanam di seluruh Negara.

b. Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar Dalam mengekalkan biodiversiti di Negara ini sebuah akta telah diwujudkan oleh kerajaan pada iaitu Pemuliharaan Tanah 1960, Akta Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekitar yang jelas memperuntukkan undang-undang yang boleh diguna pakai dalam memelihara alam sekitar. Undang-undang ini akan dibantu oleh teknologi terkini yang boleh mengesan dan memelihara daripada kerosakan biodiversiti di Negara ini. Sebagai contoh penggunaan teknologi satelit dalam mengawal dan memantau masalah alam sekitar. Permasalahan seperti pembakaran hutan, pembalakan tidak terkawal, keruntuhan bukit, pembesaran sungai dan sebagainya boleh dilihat menerusi satelit.

Dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 di bawah Subseksyen 34A(1) Akta 127 memberi kuasa kepada Menteri Alam Sekitar, selepas berunding dengan Majlis Kualiti Alam Sekeliling, untuk menetapkan apa-apa aktiviti yang mungkin mempunyai kesan kepada alam sekeliling, sebagai aktiviti yang ditetapkan, dan perlu dikawal bagi tujuan perlindungan alam sekitar. Sebagai contoh di antara denda yang boleh dikenakan adalah:

AKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1974 Seksyen 22 Sekatan Mengenai Pencemaran Udara Peruntukan Lesen Pelanggaran terhadap syarat-syarat yang diterima bagi melepaskan bahan buangan ke udara.

Denda

Denda - RM 10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.

Pindaan 1998 tambahan Larangan atas pembakaran terbuka seksyen 29A

Pertambahan denda kepada RM 500,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

Rajah 3.3 Akta Kualaiti Alam Sekitar 1974

c. Mengadakan pemuliharaan In-situ Pemuliharaan in-situ membawa maksud pemuliharaan terhadap spesis yang sedia ada di habitat asal mereka bagi tujuan mengembangkan spesis mereka pada masa hadapan. Usaha pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif, rekabentuk yang kreatif, pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi, pengurusan kawasan hutan simpanan dan mempromosi serta member kesedaran kepada masyarakat mengenai pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan. Strategi pemuliharaan in-situ merupakan satu strategi jangkamasa panjang dan terbaik. Kebiasannya kaedah ini dijalankan dengan penubuhan taman-taman Negara di Negara masing-masing. Sebagai contoh di Malaysia, Taman Negara yang meliputi negeri Kelantan dan Pahang, Sabah dan Sarawak. Selain itu Taman Laut juga merupakan pemuliharan in-situ dan contohnya adalah Taman Laut di Pulau Perhentian, Terengganu.

Rajah 3.4 Taman Negara Malaysia

d. Mengadakan pemuliharaan Ex-situ Pemuliharaan Ex-situ membawa maksud pemuliharaan terhadap organisma samada berupa fauna dan flora atau haiwan di luar habitat mereka. Antara tujuan pemuliharaan ini adalah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk peneyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk tujuan rujukan dan kegunaan masa hadapan dan pelbagai manfaat dan faedah lain bagi memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi.

Sebagai contoh kaedah ini adalah sesuatu spesis flora diambil di lapangan atau habiatat asal mereka dan akan dialihkan bagi tujuan pelihara dalam kawasan baru yang

disediakan. Spesis yang diambil bukan sahaja daripada bahagian tumbuhan tersebut malah merangkumi biji benih, debunga, sel, kultur dan sebagainya. Contoh peralihan lapangan bagi flora dan fauna adalah penubuhan Taman Botani yang bertujuan sebagai pusat rujukan, pendidikan, penyelidikan, perhiasan di samping dapat member reakrasi kepada manusia. Antara Taman Botani yang diwujudkan adalah Taman Herba, Taman Paku Pakis, Taman Orkid, Taman Bunga Ros, kebun buah-buahan dan sebagainya. Satu contoh bagi Taman Botani adalah taman Botani Di Raja yang terletak di Kew, England. Taman ini mempunyai 25,000 spesis tanaman dunia dan 2700 merupakan spesis yang terancam diseluruh dunia. Bagi Negara Malaysia kita juga mempunyai taman tersebut sebagai contoh Taman Botani Rimba Ilmu, Universiti Malaya, Taman Botani Bukit Cahaya, Selangor, Taman Botani Putrajaya dan sebagainya.

Rajah 3.5 Taman Botani Putrajaya

Bagi haiwan pula pemuliharaan ex-situ adalah dengan tertubuhnya zoo dan akuarium yang berperanan selain sebagai pusat pameran haiwan ianya juga sebagai pusat perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti terancam. Antara matlamat zoo pada masa kini adalah memantapkan program pembiakbakaan hidupan liar terutamanya hidupan yang mengalami kepupusan. Antara contoh adalah Zoo Melaka dan Zoo Taiping yang menitikberatkan pembiakbakaan manakala Zoo Negara sebagai pusat rekreasi dan sumber rujukan dan penyelidikan.

Bagi haiwan marin penubuhan Aquaria merupakan satu matlamat bagi tujuan memelihara biodiversiti kehidupan haiwan tersebut di samping dapat mempamerkan spesis marin bagi tujuan pendidikan kepada pelawat. Sebagai contoh adalah Aquaria KLCC dan Aquaria Waterworld di langkawi.

Rajah 3.6 Aquaria KLCC

4. Aktiviti manusia yang mengakibatkan kepupusan spesis

a. Pemburuan haram haiwan liar Pemburuan haram berlaku ekoran daripada permintaan yang tertinggi bagi sesetengah haiwan eksotik yang difikirkan dapat memberikan keuntungan kepada pemburu. Ianya bukan setakat memburu bahkan melibatkan pembunuhan atau menangkap binatang tersebut. Antara contoh adalah pemburuan secara tidak berlesen yang menggunakan senjata yang dilarang diluar masa berburu dan membunuh jantina dan haiwan pada peringkat umur yang tidak dibenarkan. Kebanyakan pemburu ingin mendapatkan produk haiwan seperti kulit, tanduk, gading, gigi dan tulang yang boleh dijadikan barang hiasan, barang kemas dan membuat alatan aksesori pakaian.

Sebagai contoh Taman Negara Kruger di Afrika Selatan telah kehilangan sebanyak 362 badak sumbu ekoran pemburuan haram. Daripada berpuluh spesis badak yang tinggal pada masa kini adalah 5 jenis sahaja. Selain itu pada tahun 2009 sebanyak 36,000 gajah telah dibunuh kerana gadingnya yang boleh dijadikan pelbagai perhiasan. Statistik menunjukkan pada tahun 1930 terdapat antara 5 hingga 10 juta gajah di Afrika tetapi telah berkurangan kepada 600,000 pada tahun 1989 setelah disenaraikan sebagai binatang

terancam. Pengurangan ini merupakan suatu ancaman kepada kewujudan spesis tersebut disebabkan oleh kerakusan dan ketamakan manusia.

Rajah 4.1 Pemburuan haram gajah

b. Penyeludupan haiwan liar Penyeludupan haiwan melibatkan aktiviti pengumpulan, pengangkutan dan pengedaran haiwan liar dari satu Negara ke satu Negara lain tanpa lessen atau permit yang sah secara peringkat domestic atau pun secara antarabangsa. Sebab utama penyeludupan ini berlaku adalah ekoran daripada keuntungan ekonomi dalam bidang tersebut. Permintaan untuk produk hidupan liar dan haiwan eksotik seperti makanan, perubatan tradisional, pakaian dan barang perhiasan yang diperbuat daripada gading, sirip, kulit, tanduk dan organ-organ dalaman haiwan semakin meningkat di seluruh dunia dimana permintaan tertinggi datangnya dari Amerika Syarikat, Republik Rakyat China dan Kesatuan Eropah. Di Asia permintaan kepada bahagian-bahagian badan haiwan dan organ-organ tertentu, yang digunakan dalam amalan perubatan tradisional meningkatkan lagi usaha penyeludupan ini dilakukan.

Laporan World Wildlife Fund (WWF) pada tahun 2012 menunjukkan pemerdagangan hidupan liar secara haram dianggarkan berjumlah USD 19 billion setahun. Ini boleh dibuktikan dengan statistic beberapa Negara seperti Persatuan Pencegahan Penganiyaan haiwan Ireland yang menunjukkan puluhan ribu anjing telah diperdagangkan dari Ireland ke United Kingdom setahun. Pemerdagangan ini meningkat dari tahun ke tahun ekoran permintaan yang tinggi. Sebagai contoh pada tahun 2002 harga gading gajah di pasaran adalah USD 150 bagi sekilo telah meningkat dua kali ganda pada tahun 2004 dengan harga pasaran USD 300 sekilo. Dan masa kini harganya telah meningaklat melebihi USD

900 per paun. Rama-rama terbesar dunia yang dinamakan Queen Alexandra Birdwing dijual dipasaran secara seludup dengan harga USD 8195 sepasang rama-rama tersebut.

Rajah 4.2 Penjualan haram anjing di Thailand

c. Penebangan Hutan (Deforestation) Keluasan hutan meliputi 31% daripada keluasan bumi yang didiami. Hutan memberikan sumber oksigen yang terpenting kepada manusia dan menyediakan tempat tinggal atau habitat bagi hidupan liar dan flora dan fauna. Kebanyakan haiwan yang paling terancam dan mengalami kepupusan di dunia adalah berasal daripada hutan. Hutan selain membekalkan udara segar ianya juga merupakan kerbergantungan faedah yang diperolehi daripadanya iaitu sumber makanan, air tawar, pakaian, ubat-ubatan tradisional dan tempat tinggal. Namun pada masa kini manusia telah banyak kehilangan hutan di seluruh dunia dengan ancaman pelbagai bentuk seperti pembalakan haram, penebangan untuk pertanian, kebakaran secara sengaja bagi tujuan penerokaan dan perubahan iklim dunia. Secara tidak langsung ianya memberikan kesan dan ancaman kepada pelbagai bentuk spesis tumbuhan dan haiwan.

Mengikut kajian yang telah dijalankan sebanyak 46 hingga 58 ribu km persegi keluasan hutan di seluruh dunia hilang setiap tahun dan ini adalah bersamaan dengan 36 padang bola setiap minit. Hutan memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan perubahan iklim kerana mereka bertindak sebagai perangkap karbon dan menyerap karbon dioksida daripada bebas dalam atmosfera dan menyumbang kepada perubahan yang berterusan dalam corak iklim. Penebangan hutan akanmelemahkan fungsi ini dan

menjuruskan kepada iklim yang tidak elok. Adalah dianggarkan bahawa 15% daripada semua pengeluaran gas rumah hijau adalah hasil daripada penebangan hutan.

Rajah 4.3 Penebangan hutan

Antara contoh yang baik adalah di Amazon di mana sekitar 17 % daripada hutan telah hilang dalam tempoh 50 tahun kebelakangan ini disebabkan oleh penebangan hutan bagi tujuan penternakan lembu . Penebangan hutan di rantau ini tidak ketinggalan juga berleluasa terutamanya yang berhampiran dengan jalan raya dan sungai bahkan juga tidak ketinggalan sekiranya sesuatu tempat di hutan itu mempunyai hasil yang berharga seperti emas dan minyak.

5. Ramalan terhadap kelemahan pengurusan biodiversiti a. Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran alam sekitar mendorong kepada kerosakan kepada ekosistem dan terjadinya pencemaran habitat. Terbukti bahawa apabila sesuatu kawasan itu tercemar maka secara tidak langsung spesis di kawasan itu akan mula berkurangan dan ini disebabkan oleh spesies mati atau berpindah ke tempat yang selamat. Pencemaran boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti pencemaran udara, air, tanah dan sebagainya. Pencemaran air dan tanah oleh bahan-bahan kimia hasil dari aktiviti manusia menyumbang kepada kepupusan spesis hidupan air dan hidupan tanah termasuk juga tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuhan eksotik akan mengalami kepupusan yang ketara apabila kawasan semulajadi mereka tercemar.

Rajah 5.1 Pencemaran sungai menyebabkan kematian ikan

Pencemaran air tawar, air laut dan tanah boleh membawa kepada lenyapnya jumlah spesis dalam sesuatu ekosistem. Racun serangga dan baja pertanian yang berlebihan boleh meresap masuk ke dalam tanah dan menyebabkan pencemaran tanah. Racun dan baja ini juga akan melarut lesap ke dalam aliran air bawah tanah di mana air ini memasuki sungai dan laut di mana ia akan menjejaskan segala hidupan akuatik di kawasan yang diliputinya. Manakala pencemaran atmosfera pula boleh menyumbang kepada perubahan iklim yang mendadak dan di jangka akan mengakibatkan gangguan kepada taburan spesis dan akhirnya membawa kepada kepupusan biodiversiti.

b. Bencana Alam Bencana alam seperti letusan gunung berapi, kebakaran hutan yang besar, taufan, banjir, tanah runtuh dan sebagainya memberikan impaks yang tidak kurang hebatnya kepada biodiversiti. Banyak spesis tumbuhan dan haiwan mati disebabkan oleh pelbagai bencana yang melanda bumi.

Rajah 5.2 Bencana alam seperti banjir

c. Perubahan Iklim Aktiviti penyahutanan akan mengurangkan jumlah pokok yang amat ketara sekarang ini. Pengurangan hutan akan mengurangkan proses transpirasi, kekerapan hujan, dan kadar penggunaan dalam atmosfera semasa proses fotosintesis. Penggunaan karbon dioksida oleh pokok bagi tujuan fotosintesis akan berkurang dan ini akan menyebabkan paras karbon dioksida dalam atmosfera meningkat yang kemudiannya menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau yang membawa kepada fenomena pemanasan global.

Rajah 5.3 Kesan pemanasan global kepada kutub utara Pemanasan global akan meningkatkan suhu bumi yang akan memberi kesan kepada kecairan ais dan glasier di kutub utara dan selatan. Pencairan ais akan meningkatkan isipadu air laut yang menyebabkan paras air laut meningkat dan menenggelamkan daratan sedikit demi sedikit. Fenomena ini akan merubah lanskap muka bumi. Pemanasan global juga akan mempengaruhi tekanan angin dunia dan suhu akuatik dunia. Semua ini akan mengubah hala tiupan angin dan juga arah aliran arus laut. Ini akan menyebabkan perubahan iklim yang sangat ketara dewasa ini.

d. Kehilangan Sumber Bahan Mentah Kepupusan biodiversiti juga mengakibatkan kehilangan sumber bahan mentah yang berpotensi untuk pelbagai tujuan dan nilai yang tinggi. Aktiviti manusia yang mengubah ekosistem akan menyebabkan hilangnya diversiti genetik sesuatu spesis sekaligus menyebabkan berlakunya kepupusan. Malah kepelbagaian diversiti juga akan berkurangan akibat daripada kehilangan takungan genetik yang sedia ada. Kehilangan diversiti akan mempengaruhi rantai dan siratan makanan dalam ekosistem. Akhirnya semua makhluk bumi akan mengalami krisis makanan dan ini akan mempercepatkan lagi proses kepupusan.

6. Kesimpulan Aktiviti manusia merujuk kepada aktiviti harian yang melibatkan interaksi dengan alam sekitar untuk mencapai kesejahteraan hidup. Aktiviti manusia seperti pertanian, pembalakan, perikanan dan lain-lain memberi ancaman ke atas biodiversiti seperti kemusnahan habitat, populasi berkurangan, fragmentasi populasi seterusnya kepupusan spesies, jika tidak diurus dengan baik. Bagi menjamin agar biodiversiti dapat dikekalkan adalah perlu bagi manusia berterusan menjaga dan mengelakkan daripada berlakunya kehancuran dalam alam sekitar. Saling bergantung di antara manusia dan sistem sokongan hidupan akan membentuk suatu kitaran hidupan yang bermakna di mana setiap satu akan memainkan peranan masing-masing. Peranan ini akhirnya akan membentuk satu persekitaran yang baik dan berterusan kepada generasi yang seterusnya. Kehancuran dalam biodiversiti boleh mengakibatkan perubahan ketara kepada alam ini dan akhirnya menuju kepada kehancuran.

Rujukan

Burgman M.A. & Lindenmayer D.B (1998) Conservation Biology for the Australian Environment. Surrey Beatty & Sons. Chapter 2 What should be conserved ? sections 2.1-2.5. Primack R.B. (2002) Essentials of Conservation Biology 3rd edition. Sinauer Associates, Publishers. Chapter 2 What is biological diversity pp 27-33. Primack, R.B. (1998). Essentials of Conservation Biology 2nd edition. Sinauer Associates, Sunderland, Massachusetts. Chapter 14 Ex situ Conservation Strategies Fiedler, P. L., and Jain, S. K. (eds.). (1992). Conservation Biology: The Theory and Practice of Nature Conservation, Preservation and Management. Chapman and Hall, New York. Gaston and Spicer (1998). Biodiversity: An Introduction. Blackwell Science, Oxford, United Kingdom

You might also like