Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PENGENALAN Skabis adalah sejenis infeksi parasit biasa yang disebabkan oleh hama Sarcoptes scabiei, daripada jenis

Hominis, sejenis atropod dari kelas Acarina. Kejadian kes yang berlaku di seluruh dunia dianggarkan kira-kira 300 juta kes setiap tahun walaupun ianya hanyalah anggaran kasar. Infestasi Skabies berlaku pada pada manusia tanpa mengira jantina, umur, kumpulan etnik dan status sosioekonomi individu. Dalam kajian epidemiologi di United Kingdom menunjukkaan bahawa infeksi Skabis lebih kerap berlaku di kawasan bandar dan di kalangan wanita dan kanak-kanak Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena scabies adalah gatal pada badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat, ketiak dan juga pada anggota sulit..

Organ utama yang terlibat adalah kulit di mana hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4 hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula.

PERNYATAAN MASALAH Sekumpulan pelajar asrama di sesebuah sekolah mengalami ruam yang teramat gatal pada badan. Pemeriksaan kulit mendapati terdapat luka interdigital, bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit (burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan dan kaki. Diagnosis mengesahkan bahawa pelajar mengalami infeksi skabis. Apakah intevensi perubatan yang harus dilakukan bagi menghentikan penularan infeksi Skabis? Pengkajian kes ini dilakukan bertujuan untuk memberi informasi dan pendidikan kesihatan serta memberi kesedaran kepada orang awam mengenai Skabis termasuklah seperti manifestasi klinikal, cara transmisi dan infeksi dan juga kaedah rawatan. Kesedaran ini penting dalam membendung penularan infeksi skabis. Masalah skabies sering berlaku di kalangan pelajar sekolah yang mengambilringan dalam penjagaan kebersihan diri. Antara aduan yang diperolehi dari pesakit ialah:

1. Rasa gatal yang teramat pada kawasan yang dijangkiti seperti celah jari, ketiak dan bahagian genitalia terutamanya pada waktu malam (pruritis). 2. Tidak boleh berpeluh kerana ianya akan meningkatkan lagi rasa gatal. 3. Telah mendapatkan rawatan di klinik sebelum ini, tetapi masalah ini masih berterusan terutamanya pada bahagian genitalia. Bagi pesakit yang mengalami masalah ini, rawatan keseluruhan diperlukan terutamanya anggota keluarga ataupun rakan sebilik (jika di asrama) kerana hama skabies boleh dijangkiti melalui pakaian, perkongsian tuala, tilam, cadar, selimut, bantal,sikat dan juga secara sentuhan langsung. Perkongsian pakaian atau tuala boleh menyebabkan transmisi kepada orang lain dan ianya berterusan selagi pakaian atautuala tersebut tidak dibasuh dengan air panas terlebih dahulu.

PENCARIAN LITERATUR Menurut penulis (Dr. A Kadir Jasin) di dalam sebuah buku bertajuk Of Bedbugs, Scabies And Killer Microbes, Scabies atau dikenali sebagai kudis buta adalah keadaan kulit berjangkit yang disebabkan oleh hama kecil dipanggil Sarcoptes Scabiei. Lubang hama ini ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatal-gatal, ruam dan sengit. Penghidap scabies jarang tahu bahawa mereka dijangkiti sehingga beberapa minggu selepas jangkitan awal, ini bermakna serangan kudis boleh merebak dengan cepat. Scabies biasanya dilihat sebagai keadaan yang di bawa oleh keadaan hidup yang tidak sihat dan kekurangan kebersihan diri, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ini adalah benar. Scabies boleh menjejaskan sesiapa sahaja dan boleh dirawat dengan krim losyen dan tertentu. Terdapat beberapa kumpulan yang mana mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah kepada keadaan penyakit ini. Gejala ini dapat dikesan, ia menjadi tanda doktor dapat mengesannya. Sebagai contoh, gejala ini gatal dan ruam merupakan tanda awal. Kadang kala tanda-tanda dan gejala kudis tidak kelihatan sehingga enam minggu selepas dijangkiti jangkitan. Tanda-tanda utama kudis kulit, ruam dan gatal-gatal yang lebih teruk pada waktu malam atau selepas mandi panas atau mandi biasa. Bintik halus yang mengandungi air jernih (vesikel) akan terbentuk di tempat-tempat gatal tersebut iaitu terowong yang digali oleh hama betina. Ruam terdiri daripada bintik kecil merah yang kelihatan seperti gigitan kecil serangga. Vesikel dan tanda merah ini biasanya muncul di anggota-angota badan berikut: Celah jari Permukaan fleksor di pergelangan tangan dan tapak tangan Di sekeliling payudara (wanita) Di pusat Lipatan gluteus Penis dan skrotum

Kawasan lain yang kurang kerap di mana ruam atau vesikel boleh muncul: Aksila Buku lali Pangkal paha Anggota bawah (lower limb) Kemaluan (wanita)

Rasa gatal ini terjadi akibat tindak balas badan apabila telur menetas di dalam teworong tersebut dan mula merayap pada waktu malam. Dalam masa 2 hingga 3 hari, bintik halus ini akan pecah akibat infeksi bakteria. Pada masa ini, pesakit mungkin mengalami demam terutama sekali di kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak dan bayi yang terkena scabies ini boleh dijumpai tanda yang bersembunyi di kawasan-kawasan lain badan mereka termasuk: Kulit kepala Kaki Tapak tangan Kawasan leher Pada muka

Scabies berlaku apabila badan manusia dipenuhi dengan hama parasit, yang dikenali sebagai Sarcoptes Scabiei. Serangan bermula apabila serangga betina muncul di dalam kulit, kemudian datangnya serangga jantan untuk mengawannya. Serangga jantan kemudian mati dan serangga betina mula bertelur, yang mengambil masa kira-kira empat hari untuk menetas. Kira-kira dua minggu kemudian ianya matang ke dewasa. Serangga betina yang menjadi matang akan kembali ke dalam kulit. Serangga jantan yang telah matang mereka kekal di permukaan kulit dan mula mencari rakan-rakannya. Melainkan dirawat proses ini akan berulang selama-lamanya. Walaupun punca gatal teruk yang dialami oleh penghidap scabies belum terbukti, pakar-pakar percaya ia adalah sistem imun pesakit bertindak balas kepada pergerakan, hama telur mereka, air liur mereka dan / atau najis mereka. Menurut penulis artikel di laman sesawang The New England Journal of Medicine dalam artikelnya mengenai Skabies, (Olivier Chosidow, M.D., Ph.D.) terdapat kajian mengenai faktor risiko bagi kes Scabies ini, yang mana transmisi boleh berlaku melalui hubungan seks , namun, tiada bukti yang menunjukkan bahawa hama boleh menyebabkan transmisi Human Immunodeficiency Virus (HIV).

PENEMUAN Semasa melakukan lawatan ke Sekolah Tadika Lok Yuk Menggatal, melalui Program Lawatan Sekolah Klinik Kesihatan Menggatal, seorang pelajar mengadu mengalami masalah kegatalan pada bahagian tapak tangan sejak seminggu yang lalu. Setelah melakukan pemeriksaan kesihatan, didapati pelajar tersebut telah dijangkiti hama skabies dan dia telah memberitahu bahawa dia tidak pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum ini.

BUTIR-BUTIR PESAKIT No. Pendaftaran Tarikh lahir Jantina Umur Bangsa :: 23 April 2008 : Lelaki : 6 Tahun : Sino-Kadazan

PEMERIKSAAN FIZIKAL Berat : 15.4 kg Tinggi : 96 cm BMI : 16.7

ADUAN PESAKIT Mengalami masalah kegatalan pada bahagian celah jari tangan selama seminggu. Dia mengadu kerap merasa gatal terutamanya pada waktu malam. Hasil pemeriksaan, kelihatan tanda-tanda lesi dan kemerahan pada bahagian tersebut dan terdapat kesan korekan akibat hama tersebut. Terdapat vesikel pada celah jari pesakit. Selain itu, pesakit menunjukkan reaksi menggaru-garu pada tempat jangkitan menyebabkan muncul kesan calar. Hasil daripada pengambilan riwayat pesakit mendapati bahawa dia pernah berkongsi menggunakan tuala abangnya yang berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah berasrama penuh. Ini berkemungkinan pesakit telah terinfeksi akibat perkongsian pakaian tersebut.

PERBINCANGAN Faktor penyebab bagi penyakit ini kebanyakannya disebabkan oleh taraf sosioekonomi yang rendah, kurang menjaga kebersihan dan sanitasi diri, sering berganti pasangan seksual, berkongsi pakaian dan selalu ke tempat-tempat yang sesak dan umum. Penularan penyakit skabies ini boleh terjadi sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung. Penyakit skabies boleh didapati dalam keluarga, di sekolah, di asrama dan di rumah asuhan. Berikut merupakan antara cara penularan infeksi Scabies: Kontak langsung (kulit dengan kulit / skin-to-skin), misalnya berjabat tangan, tidur bersama dan hubungan seksual. Kontak tak langsung (melalui benda), contohnya pakaian, tuala, tilam dan bantal. Kerap berlaku di kalangan pelajar asrama.

Penularan ini biasanya disebabkan oleh sarcoptes betina yang telah bertelur atau dalam bentuk larva. Dikenal juga dengan Sarcoptes scabei varian animals yang kadang- kadang dapat menjangkiti manusia, terutama pada orang yang memelihara haiwan seperti anjing.Penyakit ini juga berkait rapat dengan kebersihan seorang terutamanya kanak-kanak. Klasifikasi skabies terbahagi kepada : 1. Skabies pada orang bersih, iaitu mempunyai tanda-tanda lesi berupa papul yang sedikit jumlahnya sehingga jarang dijumpai. 2. Skabies nodular, iaitu lesi berupa nodus coklat kemerahan yang gatal. Nodus biasanya terdapat dikawasan tertutup, terutama pada genital lelaki. Nodus ini timbul sebagai reaksi hipersensitif terhadap skabies. 3. Skabies yang disebarkan melalui haiwan, iaitu penyebab utamanya adalah anjing. Keadaan ini berbeza dengan skabies manusia kerana tidak terdapat korekan, tidak menyerang bahagian jari dan genetalia eksterna. Lesi biasanya terdapat pada kawasan di mana orang sering kontak dengan binatang kesayangannya. Infeksi ini hanya bersifat sementara kerana kutu binatang tidak dapat bertahan lama pada manusia. 4. Skabies pada bayi dan anak, iaitu lesi skabies pada anak dapat menjangkiti seluruh tubuh, termasuk seluruh kepala, leher, telapak tangan dan kaki, dan sering terjadi infeksi sekunder.

PENGURUSAN DAN RAWATAN Diagnosis Scabies banyak bergantung melaluui sejarah dan pemeriksaan pesakit, manakala diagnosis definitive dapat dikenalpasti melalui pengambilan tisu melalui cara Scrapping from skin burrow. Tisu tersebut diambil untuk dilihat di bawah mikroskop untuk mengesan peringkat perkembangan Scabies dewasa, telur, kepompong telur, lava dan nymph fecal pellet. Kaedah: Kulit dikikis di kawasan hujung terowong kulit yang berkemungkinan mempunyai Scabies betina Letak di atas slaid kaca yang mengandungi glycerol/kalium hidroksida Diagnosis menjadi positif apabila terdapat Scabies dan telur.

Ubatan yang boleh membunuh hama dinamakan Skabisida. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit yang terkena jangkitan. Iaitu: Emulsion Benzyl Benzoate (EBB) Rawatan utama bagi Scabies adalah dengan pengunaan EBB pada kulit yang dijangkiti. Ubat ini membunuh mites tersebut dengan bertindak terus pada system saraf pada mites tersebut. Rawatan hendaklah diberikan untuk seisi keluarga kerana dikhuatiri Scabies telah menular kepada ahli keluarga yang lain. Kaedah Penggunaan : Klien yang berjangkit akan dirawat dengan emulsion benzyl benzoate 25% / Losyen Gamma Benzene Hexachloride 1%/ Prethrins / Losyen Malathion Hari Pertama (petang) Arahkan pesakit untuk mandi, berendam dengan air sabun suam untuk menanggalkan keruping. Keringkan kulit dan biarkan ia sejuk. Sapukan emulsi benzyl benzoate 25% atau losyen gamma benzene hexachloride 1% di seluruh badan iaitu dari paras leher ke kaki, termasuk kawasan kulit yang terlibat. Ini kerana mites tersebut boleh berpindah. Hari Kedua (petang) Ulang semula langkah pertama. Hari Ketiga (pagi) Mandikan pesakit.

Oral antihistamin Antihistamin digunakan untuk mengurangkan rasa gatal tetapi tidak akan membantu untuk menghilangkan sepenuhnya symptom gatal tersebut. Contoh ubat; Tab. Chlorpheniramine Maleate 4mg** TDS, max 24mg daily (dewasa) Tab. Chlorpheniramine Maleate 2mg** TDS, max 12mg daily (peds)

**sukatan dan dos berdasarkan buku panduan ubat KKM, The Bluebook.

PENCEGAHAN DAN KAWALAN Bagi mencegah dan mengawal daripada jangkitan scabies, punca perlu dirawat dengan segera serta perlu mendapat rawatan yang segera bagi menghalang daripada jangkitan merebak. Pesakit yang berjangkit perlu dikecualikan dari bersekolah sehingga pulih bagi mengelak berjangkit kepada pelajar lain. Rawatan perlu diberikan kepada seluruh ahli keluarga untuk mengelakkan jangkitan ulangan. Selain itu juga perlu mengadakan program kesihatan di sekolah untuk mengesan kes scabies pada kanak-kanak sekolah. Kebersihan persekitaran dalam rumah seperti perabot, tikar dan karpet, disinfektan lantai dan tandas juga perlu dijaga. Tidak mengamalkan perkongsian barangan peribadi seperti tuala, pakaian, cadar, bantal dan lain-lain kerana ia boleh menyebabkan jangkitan ulangan. Elakkan tempat yang sesak dan berjumpa dengan orang yang telah dijangkiti. Kebersihan diri juga perlu dijaga seperti kerap membasuh tangan dan memakai pakaian yang bersih bagi mengelakkan jangkitan. Elakkan daripada menggaru pada bahagian kulit yang telah dijangkiti untuk elakkan perebakan dan parut. Sekiranya mendapati simptom scabies pada kulit, dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

RUMUSAN Skabies adalah sejenis penyakit yang boleh meninggalkan kesan dalam jangka masa yang panjang terutamanya kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan diri. Mereka akan mudah mendapat jangkitan ini dan sukar untuk sembuh sekiranya tidak mendapatkan rawatan dengan segera. Skabies juga boleh berjangkit melalui banyak cara. Adalah perlu untuk memberikan pendidikan kesihatan kepada masyarakat tentang kepentingan pengesanan skabies dan keperluan rawatan awal. Keluarga terutamanya perlu diberikan pendidikan dalam aspek-aspek pencegahan skabies bagi mengelakkan jangkitan sesama ahli keluarga. Selain itu juga termasuk pelajar di asrama sekolah yang kurang pengetahuan perlu diberi pendidikan kesihatan tentang skabis bagi mengurangkan kes skabies di sekolah. Penggunaan ubat skabies perlu mengikut prosedur yang betul bagi mendapat hasil yang sempurna. Oleh itu, semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam mencegah daripada jangkitan skabis dengan mendapatkan rawatan yang segera dan merawat skabis dengan cara yang betul bagi mendapat kesan yang maksimum.

10

RUJUKAN Walton SF, Holt DC, Currie BJ, Kemp DJ. Scabies: new future for a neglected disease. Adv Parasitol 2004;57:309-376 Walton SF, Myerscough MR, Currie BJ. Studies in vitro on the relative efficacy of current acaricides for Sarcoptes scabiei var. hominis. Trans R Soc Trop Med Hyg 2000;94:92-96 Scabies fact sheet. Atlanta: Centers for Disease Control and Prevention, 2005. (Accessed March 24, 2006, at http://www.cdc.gov/ncidod/dpd/parasites/scabies/factsht_scabies.htm.) Usha V, Gopalakrishnan Nair TV. A comparative study of oral ivermectin and topical permethrin cream in the treatment of scabies. J Am Acad Dermatol 2000;42:236-240 Downs AMR, Harvey I, Kennedy CTC. The epidemiology of head lice and scabies in the UK. Epidemiol Infect 1999;122:471-477 J. Sciauvaud, E. Rigal, J. Pascal, C. Nourrisson, P. Poirier, V. Poirier, M. Vidal, N. Mrozek, H. Laurichesse, J. Beytout, A. Labbe, O. Lesens, E. Bottieau. (2013) Transmission of infectious diseases from internationally adopted children to their adoptive families. Clinical Microbiology and Infection. http://www.myhealth.gov.my/index.php/ubat-a-anda/fakta-ubat/kudis-buta Rekod Kesihatan Pelajar Program Kesihatan Sekolah.

11

LAMPIRAN

12

You might also like