Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

TARIKH 5 Oktober 2002 bersamaan 28 Rejab 1423H TEMPAT Sekolah Bestari As-Solihin Shah Alam

JENAYAH ROGOL Dl DALAM UNDANGUNDANG JENAYAH ISLAM: KAJIAN TERHADAP ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD & QISAS) TERENGGANU 2002
Oleh: Dr. Hj. Zulfakar Hj. Ramlee Universiti Islam Antarabangsa
ANJURAN Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL)

Seminar Wanita & Undang-Undang Jenayah Islam

Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor

JENAYAH ROGOL Dl DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM: KAJIAN TERHADAP ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD & QISAS) 1 TERENGGANU 2002

Oleh: Dr. Hj. Zulfakar Hj. Ramlee Universiti Islam Antarabangsa PENGENALAN Rogol suatu perbuatan yang menyalahi naluri insaniyah telah menjadi satu fenomena yang kian mengancam keharmonian masyarakat kita dewasa ini. Di dada-dada akhbar, dipaparkan kesalahan ini pada setiap hari. Peratus laporan kejadian ini juga makin meningkat. Sesetengah kes menjadi sensasi kerana sifat perbuatan itu dilakukan dan setengahnya kerana akibat akhir dari rogol ialah membawa kepada pembunuhan. Justeru itu tidak hairanlah jika masyarakat mula bangun dan desakan demi desakan dibuat demi untuk menjamin keselamatan mereka dari ancaman wabak rogol ini. Satu dari kejaya^n tersebut ialah pindaan pada tahun 2001 Kanun Keseksaan. KESALAHAN ROGOL DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM Definasi: Rogol disebut sebagai igtisab al-untha /al-mar'ah dalam bahasa Arab.
Secara istilahat, igtisab samalah dengan definasi zina, cuma pada igtisab ada elemen atau unsur paksaan (ikrah/ijbar). Sebab itu ia Juga dipanggil sebagai zina bi-ijbar atau zina biikrah.

Antara unsur/elemen yang dipersetujui ulama'yang perlu ada pada perbuatan zina ialah: - persetubuhan melibatkan kelamin dua jenis manusia berbeza - tiada hubungan yang sah/ shubhat - secara sukarela. Mereka berbeza pandangan dalam soal-soal: - persetubuhan melalui dubur - insan yang hidup - perbuatan tersebut berlaku di dalam Negara Islam.

Kertas Kerja ini dibentangkan di Seminar Wanita & Undang-Undang Jenayah Islam anjuran Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Cawangan Selangor pada 5 Oktober 2002 bersamaan 28 Rejab 1423H di Sekolah Bestari AI-Solihin, Shah Alam, Selangor.

Seminar Wanita & Undang-Undang Jenayah Islam

Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor

Jenis Kesalahan Hudud atau Tazir? Ulama tidak terlepas dari berbeza pandangan dalam mengklasifikasikan jenis kesalahan-kesalahan yang termasuk dalam kesalahan hudud. Secara ringkasnya kesalahan hudud adalah: - huquq Allah - menjaga kemaslahatan umum - hukuman yang telah ditetapkan (fixed/muqadarah) - berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah (dan menurut Ibn Abidain dim. Hashiyah Rad al-Mukhtar, termasuk Ijma') Jenis -jenis kesalahan; Secara dasarnya, ulama bersetuju bahawa kesalahan hudud adalah 7 w/pun ada yang membatasinya kepada. 4 sahaja: 1. Zina 2. Qadhaf 3. Mencuri (Sariqah) 4. Hirabah 5. Riddah 6. al-Shurb 7. al-Baghi Jelaslah disini bahawa rogol tidak dimasukkan dalam kesalahan hudud secara nyata atau langsung. Persoalannya adakah rogol. itu di bawah zina? Seperti yang di nyatakan tadi bahawa rogol dan zina mempunyai kesamaan dari segi perbuatan tetapi tidak sama dari segi niat/qasad/mens rea. Kedua-dua pihak dalam zina, bersetuju/rela dan tiada unsur paksaan. Dalam kesalahan rogol, terdapat unsur "paksaan" atau "tiada kerelaan" pada satu pihak! Kalau disamakan dengan zina, adakah kaedah pembuktian dan hukuman juga sama? Ada juga ulama yang berpandangan bahawa rogol adalah dibawah kesalahan al- hirabah!. Dalam al-hirabah terdapat unsur "ugutan/ancaman/kekerasan." Tetapi, bagaimana keadaannya, sekiranya tiada unsur ugutan/ancaman/kekerasan."tetapi "tiada kerelaan/without consent" seperti dalam kes wanita di khayalkan atau ditipu atau disalah faktakan? Hukuman Hudud atau Ta'zir ? Oleh kerana ulama telah meletakkan rogol dalam salah satu dari kesalahan Hudud iaitu zina atau hirabah, maka hukuman(uqubah/punishment) juga mengikut kesalahan tersebut. Bagi yang menyamakan rogol dengan zina, maka hukumannya adalah juga sama macam zina.Tetapi dalam penulisan ulama, tidak dinyatakan secara jelas samada sebat 100 rotan dikenakan kepada perogol yang belum berkahwin dan rejam ke atas perogol yang sudah berkahwin (muhsan).

Seminar Wanita & Undang-Undang Jenayah Islam

Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor

Begitu juga bagi yang menyamakan rogol dengan hirabah, apakah hukuman yang patut dikenakan keatas perogol? Adakah sekadar potong tangan dan kaki sahaja? Atau tecmasuk disalibkan yakni hukuman mati? Pembuktian? Kaedah pembuktian juga kurang jelas, bagi yang menyamakan "rogol" dengan zina Adakah perlu kepada 4 orang saksi lelaki? Ini adalah aliran di Pakistan dan juga di Kelantan. Bagi yang menyamakan dengan "hirabah", adakah cukup dengan 2 saksi lelaki? Bagaimana dengan kesaksian wanita? Bagaimana dengan kaedah lain? Qarinah? Ujian DNA? ROGOL DALAM ENAKMEN HUDUD TERENGGANU. Definasi Rogol: ? Definasi Zina terdapat dibawah seksyen 12. Jenis Kesalahan Hudud atau Tazir? Kedudukan kesalahan rogc di bawah Enakmen Hudud Terengganu adalah tidak jelas kerana tiada peruntukan khas mengenai rogol. Yang ada hanyalah dibawah seksyen 49:
" Kecuali bagi kesalahan zina paksa atau rogol dan seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) Jan (3) keterangan qahnah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud'

Dari peruntukan di atas bolehlah di andaikan bahawa pengubal Undang-undang ini becmaksud "rogol" adalah juga termasuk dalam kategori "hudud". Sekiranya rogol tidak dikira sebagai satu daripada kesalahan hudud, ia tidak perlu dimasukkan dalam peruntukan ini yang jelas mengecualikan penggunaan qarinah dalam kesalahan kesalahan hudud melainkan seperti yang diperuntukan dalam subseksyan (2) dan (3).

Hukuman Hudud atau Ta'zir? Seperti yang telah dinyatakan bahawa dalam Enakmen Hudud Terengganu, kesalahan "rogol" tidak dinyatakan secara jelas samada ia mecupakan satu daripada hudud atau hanya sebagai Ta'zir. Seksyen 9 memperuntukkan; Sekiranya rogol dianggap sebagai "ta'zir" amat wajarlah ia tidak dimasukkan dalam Enakmen ini. Malangnya dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001, pun tiada peruntukan khas mengenai rogol! Mungkin seksyen 36 (tiada dalam FT Act)'boleh digunakan untuk kesalahan rogol! " Mana-mana orang yang mewatie dengan mana-mana lelaki atau perempuan kecuali suami atau isterinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh

Seminar Wanita & Undang-Undang Jenayah Islam

Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor

didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kecua-duanya,"

Pembuktian? Persoalan yang sama seperti di atas iaitu: Kalau sama dengan hudud zina adakah perlu kepada 4 orang saksi lelaki? Kalau sama dengan hudud "hirabah", adakah cukup dengan 2 saksi lelaki? Bagaimana dengan kesaksian wanita? Bagaimana dengan kaedah lain? Qarinah? Ujian DNA? Kalau ianya TA'ZIR?Laws

You might also like