Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

X-FACTOR SEKOLAH:

PENGUKUHAN

KANTIN

PROGRAM / AKTIVITI YANG DIJALANKAN:


Zoom-in Kantin Kantin Sumber Ilmu Kempen Makanan Sihat Gotong-royong kantin Replika Piramid Makanan Survey kepuasan pelanggan

1. SKTS mendapat kerjasama erat dengan pelbagai pihak untuk pengukuhan kantin dalam aspek kebersihan dan keceriaan kantin. 2. Pihak pengusaha kantin yang komited dan bersedia menerima cadangan dan teguran seterusnya membuat penambahbaikan terhadap kualiti perkhidmatan terutama dalam aspek penyediaan makanan. 3. Survey kepuasan pelanggan dijalankan ke atas murid berkaitan menu makanan dan minuman yang disedikan oleh pihak kantin sebelum dibuat rumusan menu apakah yang menjdi kegemaran murid. 4. Zoom-in kantin dijalankan bagi merakamkan gambaran suasana kerja pekerja kantin semasa menyediakan makanan selain suasana murid berada di kantin ketika waktu rehat. 5. AJK Unit Kantin yang komited dalam menjalankan tugas menerusi aspek pengurusan unit seperti membuat tinjauan harian dan menerima aduan guru dan murid sebelum diajukan kepada pihak penguasa kantin.

KANTIN

UNIT KANTIN SK TAMAN SEROJA BANDAR BARU SALAK TINGGI 43900 SEPANG SELANGOR

PENGENALAN
Kantin merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai tempat untuk warga sekolah khususnya murid untuk beristirehat pada waktu rehat. Di sini murid akan mendapatkan makanan dan minuman yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Pengusaha kantin yang dilantik oleh pihak sekolah harus menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya dari kalangan warga sekolah. Dalam bidang perkhidmatan makanan seperti kafeteria hospital, kafeteria kilang dan kantin sekolah ia mempunyai pelanggan yang tetap bagi kelompoknya sendiri. Keadaan begini adalah berbeza dengan restoran atau gerai yang lebih mengutamakan keuntungan. Ini penting sebagai tanggungjawab sosial dan saling pergantungan antara pengusaha perkhidmatan makanan seperti kantin sekolah yang mendapat peluang peniagaan di premis yang disediakan oleh pihak pelanggannya di situ iaitu sekolah.

j- Pendidikan Jawi* Q- al-Quran *A-Bahasa Arab* F- Fardhu Ain

CARTA ORGANISASI UNIT KANTIN SKTS 2012 PENGERUSI Pn. Hjh. Noredzan bt. A. Bakar (Guru Besar) NAIB PENGERUSI Pn. Zaitun bt. Baharuddin (Guru Penolong Kanan HEM) SETIAUSAHA En. Mohd Suhaimi b. Mohd Nizam (Ketua Unit Kantin) AHLI JAWATANKUASA En. Roslee b. Abd. Wahab (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) Pn. Norasikin bt. Adnan (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) Pn. Nadia bt. Abdullah (Ketua Guru KAFA) Pn. Hanizam bt. Abdullah (Ahli Jawatankuasa PIBG) Pn. Jamaliah bt. Din (Pembantu Tadbidr) Afiq Akmal b. Abdullah (Ketua Murid) Pn. Suzita bt. Wahil (AJK guru) Pn. Tuan Rahimah bt. Tuan Mat (AJK guru)

MISI Merancang dan menjalankan aktiviti yang

relevan dengan tugas sebagai perantara antara pelanggan dan pengusaha kantin dalam

memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual murid terutamanya menerusi menu makanan dan minuman yang disediakan selaras dengan visi dan misi sekolah.

VISI Mewujudkan persekitaran yang kondusif serta memberikan perkhidmatan yang terbaik

sekaligus menjadikan kantin sebagai salah satu medium sebaran ilmu kepada warga sekolah.

LATAR BELAKANG Kantin SKTS merupakan satu-satunya premis yang menyediakan makanan kepada murid dan guru pada waktu rehat. Ia beroperasi sejak penubuhan sekolah ini pada tahun 2001 pada waktu pagi hingga petang. Ini disebabkan KAFA yang beroperasi pada waktu petang turut memerlukan kantin ini beroperasi seperti pada waktu pagi. Kantin ini mempunyai ruang makan yang luas serta sebuah bilik makan guru yang dapat menampung 30-40 orang guru dalam satu-satu masa. Melalui Unit Kantin, Hal Ehwal Murid SKTS, kantin ini diurus dan dipantau dari segenap aspek terutamanya dalam aspek penyediaan makanan murid.

MOTTO

Hati yang suci ditempa daripada makanan yang halal.

BLOG www.kantinskts.blogspot.com

Puan Norhabshah bt. Hamzah (AJK guru) Puan Haslina bt. Hassan (AJK guru) Puan Saguntala a/p Nagai (AJK guru) Puan Irma Aznita bt. Kambali (AJK guru)

You might also like