Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 68

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas

2.0 Kategori Kanak-kanak Pendidikan Khas

Kategori kanak-kanak berkeperluan khas

Terencat akal sederhana dan teruk Cacat Fizikal Teruk

Kecacatan penglihatan Kecacatan pendengaran Kecacatan pertuturan Masalah pembelajaran Disleksia Autistik Lewat Perkembangan Hiperaktif (ADHD,ADD) Pintar Cerdas dan berbakat Masalah emosi dan tingkah laku

Terdapat beberapa kategori kanak-kanak berkeperluan khas.

Kepada yang

terencat akal, mereka sering mempunyai batasan dalam fungsi intelek dan kemahirankemahiran penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri, kehidupan harian sosial, kesihatan dan keselamatan serta dalam akademik. Mereka juga mungkin menunjukkan kadar pembelajaran yang rendah dan sukar untuk memahami idea-idea yang abstrak.

Menurut Halizah Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) dalam buku yang bertajuk Pengurusan Bilik Darjah dan TIngkah Laku, masalah penglihatan pula merujuk kepada kerosakan visual yang boleh menjejaskan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Seseorang akan dikategorikan buta sekiranya visualnya adalah 20/200 walaupun dengan bantuan alat visual. Kanak-kanak ini ada kalanya tidak dapat melihat sama sekali.

Masalah pendengaran pula boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu separa pendengaran ataupun pekak. Kanak-kanak tersebut boleh berkomunikasi secara biasa dengan mendengar suara guru dan memerhati pergerakan bibir mereka sekiranya mereka mengalami masalah separa pendengaran. Bagi kanak-kanak yang pekak pula, mereka

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


sebenarnya mengalami kerosakan pendegaran sehingga mengahalang mereka

memproses maklumat linguistik walaupun dengan alat bantuan pendengaran.

Masalah pembelajaran adalah kecacatan yang menghalang kemajuan akademik seseorang individu yang bukan terencat akal dan bukan mengalami masalah emosi.

Masalah pembelajaran mungkin disebabkan beberapa masalah yang berpunca daripada otak dan sistem saraf pusat individu tersebut. Hal ini menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti membaca, menulis, mengira dan mengingat kembali maklumat. Masalah pembelajaran boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu disleksia, diskalkulia dan disgrafia. Kanak-kanak disleksia sering mengalami masalah membaca dan sering menghadapi masalah ketika sedang memproses perkataan atau imej yang dilihat. Mereka ada kalanya sering menterbalikkan perkataan atau huruf dan kurang kesedaran serta minat terhadap buku. Bagi kanak-kanak diskalkulia, mereka sering menghadapi kesukaran semasa

membuat sering membuat kesilapan semasa melakukan pengiraan matematik. Manakala bagi kanak-kanak disgrafia pula sering mengalami kesukaran menulis secara fizikal dan tugasan kognitif seperti tulisan yang lemah atau masalah ejaan. 3.0 ISU BERKAITAN DENGAN PRASEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

3.1 Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Kanak-Kanak Bekeperluan Khas

Penglibatan ibu bapa dalam program pendidikan khas yang masih berada pada tahap yang minima merupakan antara isu yang harus diberi perhatian. penelitian yang telah dibuat, saya mendapati bahawa terdapat Berdasarkan

ibu bapa yang hanya

bergantung kepada pihak sekolah semata-mata sahaja dalam usaha memberi didikan kepada anak-anak mereka, terutama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan diri. Di samping itu, terdapat juga segelintir ibu bapa yang mengharapkan sesuatu yang mustahil dalam masa yang singkat. Keenganan ibu bapa memahami

perjalanan pengurusan pendidikan khas menjadikan ianya semakin sukar untuk dilaksanakan. Mereka berpendapat bahawa anak mereka harus diajar seperti kanak-kanak lain. Keghairahan menjadikan anak mereka sama seperti kanak-kanak normal yang lain sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada pengurusan pendidikan khas.

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Situasi ini menjadi satu cabaran yang besar dalam pendidikan khas. Hal yang demikian kerana tidak ada kesinambungan dan komitmen daripada pihak ibu bapa terhadap pembelajaran anak mereka di luar waktu persekolahan. Peranan sesebuah

institusi keluarga amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan transformasi dalam pendidikan. Dari aspek

penglibatan ibu bapa juga, saya mendapati bahawa tahap kesedaran ibu bapa mengenai masa depan anak-anak yang berkeperluan khas di Malaysia adalah rendah. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini tidak layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pada masa yang sama, terdapat sebahagian ibu bapa merasa rendah diri kerana mempunyai anak yang tidak sempurna dan berasa malu pada ahli keluarga yang lain. Anggapan dan perasaan sedemikian menyebabkan berlakunya

keciciran murid-murid berkeperluan khas daripada alam persekolahan.

Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa pentingnya memberi pendidikan ataupun kemahiran mengurus diri kepada anak-anak yang istimewa. Pada masa yang sama, berdasarkan penelitian yang telah dibuat, terdapat juga sesetengah ibu bapa yang memberi perlindungan yang berlebihan terhadap anak-anak mereka. Faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh kurangnya keyakinan akan kebolehan anak-anak istimewa dan kebanyakan ibu bapa juga risau akan keselamatan anak mereka. Perlindungan yang berlebihan ini turut dibincangkan dalam laman sesawang http://ruzimi-mohamed.blogspot.com/2011/05/masalah-sebenaroku-part3.html, yang menyatakan bahawa pelrindungan berlebihan ini tidak sepatutnya berlaku. Walaupun mereka ini sememangnya memerlukan penjagaan rapi daripada ibu bapa, tetapi kadang-kala mereka juga hanya memerlukan perhatian dalam sesuatu perkara sahaja dan bukan semuanya untuk membolehkan mereka belajar berdikari.

Lantaran itu, dapat saya rumuskan bahawa penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah bekeperluan khas di Malaysia adalah amat kurang. Justeru,

kesedaran harus diberikan kepada golongan ibu bapa ini untuk memastikan penglibatan mereka secara aktif dalam pendidikan anak-anak supaya dapat membantu dalam membangunkan kejayaan kanak-kanak prasekolah bekeperluan khas ini.

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Implikasinya, penglibatan yang minima dalam kalangan ibu bapa dalam pendidikan khas kanak-kanak bekeperluan khas telah memberi pengaruh yang amat besar terhadap perkembangan mereka secara menyeluruh. sekolah dalam mendidik anak mereka Kebergantungan ibu bapa kepada pihak telah melambatkan proses penerimaan

pembelajaran kanak-kanak.

Berbeza dengan sesetengah ibu bapa atau penjaga yang

prihatin seperti mengajar anak mereka semasa di rumah atau menghantar anak mereka ke NGO setelah pulang sekolah, perkembangan anak mereka adalah lebih baik. Hal ini

kerana guru tidak memiliki kepelbagaian kemahiran atau multidiscipline seperti menangani masalah pertuturan atau terapi pergerakan. Oleh itu, sikap menyerahkan anak-anak

secara sepenuhnya di bawah jagaan sekolah dan menganggap sekolah seperti pusat jagaan kanak-kanak adalah perlu dikikis.

Selain itu, persepsi bahawa kanak-kanak istimewa ini tidak berkeupayaan untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran ditambah dengan perasaan malu kerana mempunyai anak yang tidak sempurna juga menyebabkan kanak-kanak istimewa ini tidak mempunyai kemahiran hidup yang baik, tidak mempunyai motivasi untuk berdikari dan berjaya yang akhirnya memberi bebanan kembali kepada keluarga masing-masing. Secara ringkasnya, dapat saya katakana bahawa situasi inilah yang menyebabkan kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia agak ketinggalan. Justeru, kesedaran harus diberikan

kepada golongan ibu bapa ini untuk memastikan penglibatan mereka secara aktif dalam pendidikan anak-anak supaya dapat membantu dalam membangunkan kejayaan kanakkanak prasekolah bekeperluan khas. Ibu bapa pada seorang kanak-kanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam tentang anak mereka. Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri kurang upaya anak mereka. Oleh itu, guru hendaklah memainkan peranan dalam melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka.

Pada suatu ketika dahulu, tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada sekolah dan guru pendidikan khas. Ibu bapa juga berpendapat bahawa biarlah guru yang mendidik anak mereka kerana guru adalah seorang pakar dan ibu bapa tidak begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas walaupun merekalah yang paling rapat dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an, peranan ibu bapa telah berubah. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Kini, kolaborasi antara ibu bapa pelajar kurang upaya dan guru pendidikan khas hendaklah digalakkan. 4 Program pendidikan khas tidak hanya

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


bertumpu kepada pelajar sahaja tetapi seluruh keluarga pelajar berkenaan termasuk ibu bapa, adik-beradik, nenek dan datuk. dan keluarga dalam pelaksanaan Pendidikan Khas.

Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah dan guru pendidikan khas untuk menggalakkan penglibatan keluarga dalam pendidikan anak mereka. Antaranya ialah mereka perlu menerangkan istilah penting kepada ibu bapa. Hal ini kerana ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Ia mungkin merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak kurang upaya. Contohnya, konsepsi mereka terhadap kerencatan mental atau kurang upaya penglihatan berlainan daripada konsepsi seorang profesional seperti guru pendidikan khas. Oleh itu, pihak sekolah perlu menerangkan kepada ibu bapa tentang ciri-ciri kurang upaya yang dihadapi oleh anak mereka. Selain itu, perasaan ibu bapa hendaklah diambil kira.

Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negatif apabila mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya. Ahli professional seperti guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu bapa bahawa tidak salah mereka mempunyai perasaan sedemikian dan anak mereka boleh berkembang dengan asuhan yang teratur.

Seterusnya, guru juga perlu mendengar apa yang dikatakan oleh ibu bapa. Ini adalah untuk mengetahui pemikiran dan perasaan ibu bapa. Dengan ini, dia dapat mencari jalan untuk meyakinkan mereka tentang masa depan anak mereka. Pada masa yang

sama, guru juga hendaklah memberi maklumat kepada ibu bapa. Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu bapa perlu diberitahu tentang

prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan bahawa guru mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama. Akhir sekali, guru hendaklah meyakinkan ibu bapa, iaitu pihak sekolah ingin membantu anak mereka merealisasikan potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai sahabat yang ingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan individu yang berdikari. Dalam usaha memupuk kerjasama antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada latar belakang keluarga. Oleh itu, guru harus sabar dan mengambil kira perbezaan kepercayaan dalam usaha mendidik kanak-kanak berkeperluan khas atau kurang upaya.

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


3.2 Pandangan Ibu Bapa Terhadap Guru dan Sekolah Pendidikan Khas

Saya juga mendapati bahawa ada dalam kalangan ibu bapa yang memandang rendah akan peranan dan profesion sebagai guru pendidikan khas. Sikap sebegini akan memburukkan hubungan kedua-dua pihak dan secara tidak langsung akan memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana secara psikologinya guru akan mula kurang bermotivasi dalam pengajarannya. pandangan negatif Berdasarkan analisis yang telah dijalankan,

terhadap guru dan pihak sekolah ini berkait rapat dengan isu

professionalisme guru sendiri, iaitu masalah kekurangan guru khas yang terlatih. Akibatnya, pihak kerajaan telah menerima masuk permohonan guru aliran perdana ke dalam aliran pendidikan khas. Hal ini menyebabkan wujudnya pertentangan kaedah

pengajaran guru tadi terhadap kanak-kanak khas.

Pemilihan kriteria guru yang tidak telus semasa temuduga juga boleh menyebabkan masalah dalam mendidik bakal guru yang betul-betul layak menjadi guru Pendidikan Khas. Kesannya mungkin hanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak, namun, hakikatnya kesan itu boleh menyebabkan nasib yang malang kepada murid-murid. Sikap guru yang tidak bertanggungjawab dalam mendidik muridnya sudah tentu akan menyebabkan murid-murid tadi terabai dan sekali gus mendorong masalah yang lain seperti masalah keciciran dan sosial. Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih juga seringkali disebut dalam kalangan pendidik dan juga golongan akademik yang lain. Faktor inilah yang menyebabkan kerajaan mengadakan Kursus Dalam Cuti untuk Guru Sandaran Tidak Terlatih.

Namun, apa yang menjadi persoalan di sini apakah kesan terhadap murid-murid yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru yang tidak terlatih tadi semasa mereka dalam proses pembelajaran? Seperti yang kita ketahui, guru ini langsung tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai ilmu perguruan mengenai kanakkanak bekeperluan khas, maka, sudah tentulah akan berlaku juga kepincangan dan kelemahan dalam mendidik anak-anak murid. Dalam Pendidikan Khas, kurangnya

pengetahuan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas boleh menyebabkan guru menggunakan kaedah dan teknik yang salah dan kegagalan dalam pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Disebabkan itulah wujudnya guru Pendidikan Khas yang merotan dan memukul murid. Perkara ini sangatlah memalukan golongan guru kerana guru tidak mampu

memahami keperluan dan ketidakupayaan murid-murid berkeperluan khas itu tadi. Pada pandangan saya, tindakan ini tidak sesuai kerana murid berkeperluan khas adalah murid yang istimewa. Maka, sudah tentulah layanan yang diberikan kepada mereka sepatutnya lebih istimewa dan bukannya dikasari dengan sewenang-wenangnya.

Implikasinya,

apabila

merujuk

kepada

analisis

terhadap

isu

yang

telah

dibincangkan, iaitu berkenaan pandangan negatif ibu bapa terhadap guru dan sekolah pendidikan khas yang berkait rapat dengan faktor profesionalisme guru itu sendiri, terdapat beberapa impak negatif yang timbul baik kepada guru mahupun kanak-kanak bekeperluan khas itu sendiri. Antaranya ialah guru akan mengalami tekanan kerana persepsi ibu bapa terhadap mereka dan seterusnya tidak mempunyai motivasi untuk mengajar serta memberikan pendidikan yang terbaik untuk kanak-kanak. Pada masa yang sama, kanakkanak akan mengalami tekanan dan tidak mampu menjalani proses pembelajaran dan pengajaran dengan perasaan gembira di dalam kelas. Hal ini adalah kerana kegagalan guru untuk menyediakan suasana pembelaran yang menyeronokkan dan dan bersesuaian dengan keupayaan dan juga kemahiran mereka.

Justeru itu, kedua-dua pihak iaitu pihak guru dan juga ibu bapa perlu bersikap professional akan peranan masing-masing dan perlu ada sifat memberi dan menerima. Pihak Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri, sekolah dan Badan Bukan Kerajaan perlu bekerjasama dalam memberi pendedahan ilmu kepada ibu bapa atau penjaga berhubung dengan permasalahan anak-anak mereka. Ilmu penting untuk

kesemua pihak memahami fungsi dan peranan masing-masing dan tidak menyalahkan serta mengharapkan orang lain semata-mata.

Pada masa yang sama, guru juga hendaklah berusaha untuk meningkatkan profesionalisme mereka sebagai seorang guru Pendidikan Khas. Saya berpendapat

bahawa antara inisiatif yang boleh diambil untuk mengatasi isu professionalisnme guru ialah pihak sekolah harus menempatkan guru yang terlatih sahaja untuk mengajar kanakkanak berkeperluan khas. Guru yang terlatih lebih memahami dan mempunyai ilmu dan pengetahuan yang cukup bagi mencurahkan bakti dalam pendidikan khas. Jadi tumpuan dan perhatian yang sepenuhnya dapat diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas. 7

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Berkaitan sikap sambil lewa dan kurang motivasi guru, ianya boleh dikurangkan dengan menyedarkan mereka mengenai tanggungjawabnya sebagai guru sendiri. Di samping itu, kursus dan latihan serta bimbingan yang sesuai boleh dijalankan bagi membantu guru ini lebih bermotivasi dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran yang dilakukannya di sekolah.

3.3 Pandangan Masyarakat terhadap Golongan Kurang Upaya

Pandangan masyarakat terhadap golongan kurang upaya amat mempengaruhi kejayaan mereka, misalnya dari segi peluang kerjaya. penting kepada individu. Kerjaya merupakan apek yang

Setiap individu perlu mempunyai kerjaya masing-masing.

Pemilihan kerja yang tepat dapat menentukan corak kehidupan serta taraf hidup seseorang. Orang Kurang Upaya (OKU) tidak terlepas dalam mempunyai kerjaya dalam hidup. Hal ini kerana mereka juga memerlukan kerjaya bagi memenuhi keperluan dan kehendak hidup mereka. Namun, apa yang menjadi isunya ialah terdapat golongan

masyarakat yang menunjukkan sikap negatif dan memandang rendah terhadap keupayaan yang dimiliki oleh golongan kurang upaya untuk bekerja yang menyebabkan mereka dilayan seperti orang kelas kedua. Isu ini harus dibendung kerana golongan ini juga

berhak untuk mendapat layanan yang sama seperti masyarakat lain.

Kebanyakan masyarakat mempertikaikan keupayaan golongan OKU semasa mengambil pekerja OKU untuk bekerja. Hal ini kerana apabila seseorang OKU datang untuk ditemuduga, timbul pelbagai persoalan yang negatif dalam fikiran penemuduga tentang kebolehan yang ada pada golongan ini. Misalnya, bolehkan dia melakukan pekerjaan ini?, bagaimanakah dia dapat menerima arahan? dan sebagainya.

Selain itu, terdapat sesetengah majikan yang masih belum terbuka dan belum bersedia dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU. Berdasarkan dapatan yang diperoleh daripada laman sesawang http://meeze89.blogspot.com/2010/12/kerjaya-

merupakan-suatu-aspek-yang.html, antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah pekerja kurang upaya memerlukan cuti sakit, kadar insurans yang tinggi, memerlukan kemudahan khas dan mungkin beberapa perubahan terpaksa dilakukan di tempat kerja bagi menjamin keselamatan pekerja kurang upaya. Hal ini akan melibatkan perbelanjaan yang tinggi jika majikan mengambil mereka bekerja. 8

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Implikasinya, golongan masyarakat yang menunjukkan sikap negatif dan

memandang rendah terhadap keupayaan yang dimiliki oleh golongan kurang upaya untuk bekerja telah mempengaruhi peluang kerjaya mereka. Hal ini jelas terbukti apabila OKU tidak dapat dan kurang penerimaannya dalam bidang pekerjaan. dengan kajian yang diperoleh daripada Hal ini dikukuhkan sesawang yang

laman

http://meeze89.blogspot.com/2010/12/kerjaya-merupakan-suatu-aspek-yang.html

menunjukkan terdapat 50% hingga 70% golongan OKU yang tidak mempunyai pekerjaan da nada dalam kalangan mereka yang menerima pendapatan yang minimum. Dalam erti kata lain, dapat saya katakana bahawa masyarakat yang mempunyai pandangan yang stereotaip ini menyebabkan golongan kurang upaya didiskriminasikan, baik dari segi peluang pekerjaan dan pelbagai aspek lain dalam kehidupan secara tidak langsung.

Oleh itu, masyarakat harus diberikan pendedahan yang sewajarnya dalam memberi peluang kerjaya kepada golongam OKU. Sifat terbuka harus disemai dalam kalangan diri masyarakat supaya mereka mengetahui manfaat yang diperolehi jika mengambil golongan OKU untuk bekerja. Hal ini kerana sekiranya golongan ini tidak diberi peluang untuk

bekerja, mereka tidak akan dapat mengetengahkan bakat yang dimiliki, meningkatkan taraf hidup dan terus mundur. Sebenarnya, walaupun golongan OKU serba kekurangan, tetapi mereka mempunyai kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka. Jadi, tidak salah jika mereka diberi peluang dalam mendapat pekerjaan. Mungkin dengan pemberian peluang ini, kita dapat memberi bantuan kepada mereka dan seterusnya bersama-sama memajukan ekonomi dan pembangunan negara.

Saya tidak menyalahkan golongan normal yang tidak memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU sepenuhnya. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa golongan OKU sendiri juga perlu bersikap lebih berani dan terbuka dari segi pemikiran bagi menerima cabaran baru jika mereka ingin meraih kejayaan. Bidang kerjaya yang diceburi lebih luas, iaitu melibatkan semua golongan masyarakat dan tidak tertumpu kepada golongan minoriti sahaja. Sikap ingin bersama-sama dengan rakan senasib perlu dikikis. Mereka perlu berfikiran terbuka dan tidak takut untuk menghadapi cabaran. Keupayaan dan kebolehan fizikal serta intelek perlu difikirkan menguasai bidang yang diceburi. bagi menjamin individu mampu

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Sesungguhnya, jika masyarakat berfikiran terbuka dan golongan OKU mengubah sikap dalam diri, interaksi antara kedua-dua pihak akan dapat dijalinkan. Setiap individu mempunyai kelebihan masing-masing. masyarakat berusaha untuk Kelebihan itu akan terserlah jika individu dan Natijahnya, pembangunan dan

meningkatkannya.

keharmonian sesebuah negara akan dapat dicapai kerana unsur-unsur diskriminasi dan pandangan negatif dihakis oleh seluruh masyarakat.

3.4 Isu: Murid yang berlainan kompetensi dicampur adukkan dalam sebuah kelas

Setiap individu mempunyai kepelbagaian kompetensi masing-masing. Setiap murid berkeperluan khas juga mempunyai kecerdasan dan keupayaan Antara satu sama lain. yang berbeza-beza

Munurut Howard Garner (1983) berdasarkan laman sesawang

http://www.slideshare.net/rosidaida9/isu-isu-pendidikan-khas-25407912, beliau menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai 9 kecerdasan yang pelbagai dan setiap tahap kecerdasan manusia boleh diukur berdasarkan ujian IQ. Terdapat ujian tertentu

bagimengukur potensi bagi setiap kecerdasan yang terdapat pada individu tersebut. Di prasekolah pendidikan khas, sudah pasti setiap murid yang terdapat dalam kelas tersebut mempunyai kepelbagaian kompetensi masing-masing. Isu yang timbul adalah, terdapat sekolah Pendidikan Khas Integrasi yang masih menempatkan murid ke dalam kelas yang tidak sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid tersebut. Sebagai contoh,

adakalanya sekolah Pendidikan Khas sering mencampurkan sahaja murid yang berlainan keperluan seperti murid-murid autism dicampurkan sahaja dengan kanak-kanak syndrom down. Hal ini sudah pasti menyukarkan mereka untuk mengadaptasi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas terutama sekali apabila guru hanya menggunakan kaedah pengajaran yang sama sedangkan tahap IQ dan penerimaan pembelajaran bagi kedua-dua kanak-kanak ini adalah berbeza-beza. Kanak-kanak autism selalunya mempunyai tahap IQ yang sederhana berbanding dengan kanak-kanak Sindrom Down yang mempunyai IQ yang rendah. Terdapat guru yang menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang

sesuai digunakan oleh murid autism tetapi tidak sesuai digunakan oleh murid sindrom down. Implikasinya, hal ini akan menyebabkan murid sindrom down yang mempunyai

tahap IQ yang rendah akan lebih ketinggalan untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dia dalam kelas. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan murid ini tidak tidak berminat untuk belajar dan menumpukan perhatian dengan baik di dalam kelas. 10

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas

3.5 Isu: Bahasa dan Komunikasi

Manusia menggunakan Bahasa untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Di dalam kelas, bahasa digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dan berkongsi maklumat Antara guru dan murid. Isu yang sering diperhatikan mengenai bahasa dan komunikasi adalah kesukaran guru untuk berkomunikasi dengan murid-murid berkeperluan khas. Hal ini dapat dilihat apabila guru sukar untuk berkomunikasi dan

memahami murid seperti autism kerana ada kalanya mereka sering berada di dalam dunia mereka sendiri dan tidak menghiraukan orang lain. Mereka juga sering mengulang-ulang perkataan yang disebut orang lain dan nada kalanya mempunyai bahasa sendiri seperti ekolalia yang bersifat pengulangan dengan nada yang sterotaip.

Di samping itu, terdapat juga guru atau pembantu yang tidak dapat memahami bahasa isyarat yang ditunjukkan oleh sesetengah murid sehingga ada kalanya murid terpaksa menangi atau menjerit ketika engine ke tandas. Selain itu, terdapat murid-murid yang tidak berkomunikasi kerana menghidapi masalah Aphasia iaitu penyakit yang disebabkan oleh kecederaan atau kecacatan pada otak sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu berbahasa.

Implikasinya, murid-murid ini seringkali ketinggalan di dalam kelas.

Bukan itu

sahaja, rakan-rakannya juga sukar untuk memahami dan berinteraksi dengan mereka sehingga mereka tidak dipedulikan murid ini.

3.6 Isu: Kemudahan Yang Disediakan Tidak Seperti Negara Maju Yang Lain.

Murid berkeperluan khas memerlukan persekitaran fizikal yang baik.

Menurut

Haliza Joy (2009) dalam bukunya yang bertajuk Pengurusan Bilik Darjah, pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat memaksimunkan peluang pembelajaran murid-murid. Oleh itu, Kemudahan fizikal memainkan peranan yang penting dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Susun atur fizikal di dalam bilik darjah

mampu menampakkan stail pengajaran seorang guru, menimbulkan rasa kepunyaan dan membolehkan interaksi berlaku di dalam bilik darjah. Isu yang boleh diperhatikan adalah 11

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


dari segi kemudahan fizikal yang digunakan. Terdapat kemudahan yang tidak disediakan khasnya bagi murid prasekolah berkeperluan khas ini. Prasekolah Pendidikan Khas di negara kita tidak seperti prasekolah pendidikan khas di negara maju.

Di Malaysia, terdapat sekolah yang tidak dilengkapkan dengan alat-alat teknologi yang dapat mengakomodasikan murid-murid keperluan khas seperti di luar negara. Sebagai contoh, sekiranya kita melihat sekolah pendidikan khas di luar negara, terdapat kemudahan yang disediakan bagi murid yang mempunyai pergerakan motor yang terhad dan masalah penglihatan adalah seperti papan kekunci altenatif. Papan kekunci ini adalah lebih besar agar murid yang rabun dapat melihat dengan jelas serta mudah untuk mereka menekan huruf-huruf yang terdapat pada papan tersebut. Antara contoh kemudahan yang lain adalah Reminder Watch yang boleh membantu murid-murid hiperaktif atau sindrom down untuk mengurus masalah kehidupan seharian mereka. Jam ini juga digabungkan dengan terapi ekonomi token iaitu sekiranya murid berjaya mengikuti jam tersebut maka mereka layak untuk diberikan token.

Implikasinya, murid-murid yang menghadapi masalah pmbelajaran dan masalah fizikal dapat dibantu secara optima. Di Malaysia kurangnya kemudahan seperti ini kerana negara kita tidak mampu untuk membeli kemudahan yang disediakan oleh negara maju disebabkan harganya sayang sangat mahal.

Gambar : Menunjukkan kemudahan dari segi teknologi di luar negara yang menggunakan papan kekunci alternatif dan Reminder Watch. 12

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


3.7 Isu : Menyalahgunakan Elaun

Setiap kanak-kanak berkeperluan khas sebenarnya telah diberikan wang peruntukan sebanyak RM 150 sebulan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Elaun tersebut diberikan untuk membantu mereka meringankan bebanan ibu bapa murid berkeperluan khas untuk berkemampuan. menampung kos hidup mereka khasnya bagi yang tidak

Elaun tersebut juga diberikan untuk menampung kos perubatan dan

terapi yang melibatkan pertuturan dan fisioterapi.

Namun, perkara yang meibatkan elaun sering menjadi isu apabila berlakunya penyalahgunaan elaun yang diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas ini. Ibu

bapa seharusnya menjaga dan menggunakan wang saku yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaiknya namun wang tersebut telah disalahgunakan untuk rusan peribadi dan kemudahan keluarga masing-masing.

Selain itu, isu yang hangat diperkatakan adalah berkaitan dengan elaun khas yang diberikan kepada guru-guru pendidikan khas. Elaun tersebut diberikan oleh kerajaan

sebagai ganjaran kerana sabar dan tabah untuk menghadapi pelbagai karenah muridmurid khas di sekolah. Tetapi adakalanya pihak tertentu telah mengambil kesempatan untuk mendapatkan elaun ini. Contohnya, terdapat guru-guru aliran perdana yang bukan dikhaskan untuk mengajar murid pendidikan khas tetapi memohon masuk ke aliran khas Bagi mendapatkan elaun khas tersebut bagi tujuan kepentingan diri. Implikasinyanya, guru yang pada asalnya bukan aliran khas akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid-murid ini menjadi kurang berkualiti. Selain itu, terdapat juga murid-murid ini tidak dipedulikan kerana guru tersebut hanya bekerja semata-mata untuk mendapatkan elaun khas tersebut.

Di samping itu, isu lain yang timbul di sekolah adalah peruntukan kewangan yang diberikan tidak mencukupi untuk menjayakan program-program khas. Contohnya terdapat program di sekolah seperti program terapi tidak dilaksanakan secara meluas disebabkan kekurangab bajet untuk membayar tenaga pakar daripada ahli terapi yang berkebolehan. Implikasinya, murid-murid di sekolah terutama di luar bandar kurang memperoleh peluang untuk mengikuti mana-mana terapi. Selain itu, disebabkan kekurangan bajet, terdapat

sekolah yang mempunyai program pendidikan khas tidak mampu untuk menyediakan 13

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


kemudahan yang lengkap. Kebanyakan sekolah mempunyai kemudahan fizikal yang

asas sahaja tetapi Keperluan fizikal yang berbentuk sampingan seperti bilik terapi, bilik snoozlen dan kolam mini renang tidak dapat disediakan disebabkan bajet tidak mencukupi. Hal ini akan menyebabkan murid-murid kurang mendapat kemahiran yang sepatutnya mereka perlukan.

14

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


4.0 LAPORAN TOKOH (FERYN FANERA JEFFERY) 4.1 Terry Fox (28 Julai 1958 28 Jun 1981)

4.1.1 Latar Belakang

Fox lahir pada 28 Julai 1958 di bandar Winnipeg, Manitoba, kepada pasangan Rolly dan Betty Fox. Rolly bekerja sebagai tukang suis Canadian National Railway. Terry

mempunyai seorang abang, Fred, seorang adik lelaki, Darrell dan seorang adik perempuan, Judith.

Terry Fox adalah seorang atlit yang sungguh berminat bermain bola sepak, ragbi dan besbol sewaktu kecil. Beliau lebih suka terhadap bola keranjang; biarpun hanya lima kaki tingginya dan kurang mahir bermain pada ketika itu. Namun Fox berusaha menyertai pasukan sekolahnya dalam tingkatan dua. Guru pendidikan jasmani dan jurulatih bola keranjangnya di Mary Hill Junior High School merasakan bahawa beliau lebih sesuai 15

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


dengan larian jarak jauh, lantas menggalakkannya agar menceburi sukan larian. Fox tidak ingin menceburi larian rentas desa, tetapi akhirnya berbuat demikian untuk menghormati dan menyenangkan hati jurulatihnya. Beliau tekad untuk terus bermain bola keranjang, walaupun hanya menjadi pemain ganti terakhir. Fox menghabiskan musim-musim

panasnya memperbaiki mutu permainannya kemudian menjadi pemain tetap sewaktu di tingkatan tiga dan memperoleh kedudukan permulaan ketika dalam tingkatan empat. Semasa di tingkatan enam, beliau memenangi anugerah olahragawan terbaik sekolah tingginya bersama sahabatnya Doug Alward.

4.1.2 Cacat Disebabkan Kemalangan/ Penyakit Barah Pada Lutut

Pada 12 November 1976, apabila Fox memandu pulang ke Port Coquitlam, beliau teralih perhatian pada kawasan pembinaan jambatan yang berdekatan, lalu terlanggar belakang lori. Fox terselamat namun lutut kanannya yang kesakitan. Setelah dikeluarkan dari hospital, sekali lagi beliau merasakan kesakitan pada bulan Disember, tetapi mengabaikannya sehingga akhir musim bola keranjang. Pada Mac 1977, kesakitannya bertambah buruk sehingga beliau terpaksa ke hospital, lalu didiagnosis dengan osteosarkoma, sejenis barah yang biasanya berpunca dari tepi lutut. Fox percaya bahawa kemalangan keretanya melemahkan lututnya dan menyebabkannya terdedah kepada penyakit, tetapi doktor-doktornya merasakan ianya tidak mempunyai kaitan. Beliau

diberitahu bahawa kakinya terpaksa dipotong dan memerlukan rawatan kemoterapi. Dia hanya mengikut perkembangan perubatan pada ketika itu dan peluang hidupnya hanya ada 50 peratus sahaja. Kakinya terpaksa dibuang dan digantikan dengan kaki buatan.

Dengan bantuan kaki buatan, Fox mampu berjalan tiga minggu selepas kakinya dipotong dan boleh bermain golf bersama bapanya. Para doktor amat mengagumi

pandangan positif Fox yang dikatakan menyumbang kepada penyembuhannya dengan pantas. Beliau hanya menahan keperitan kemoterapi selama 16 bulan di kemudahan

British Columbia Cancer Control Agency sambil menyaksikan pesakit-pesakit barah yang lain menderita dan meninggal akibat daripada penyakit itu. Fox mengakhiri rawatannya dengan azam baru. Oleh kerana beliau merasa dirinya masih boleh bernafas dengan bantuan kemajuan perubatan, beliau ingin menjalani kehidupan dengan cara membantu orang lain mencari keberanian.

16

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Fox diberi senaskhah rencana tentang Dick Traum, seorang pesakit amputasi pertama yang berjaya menghabiskan Maraton New York. Rencana tersebut

mengilhamkannya untuk memulakan program latihan 14 bulan, di samping meluahkan hasratnya untuk bertanding dalam maraton kepada keluarganya. Secara senyap-senyap, beliau memikirkan rancangan yang lebih menyeluruh. Pengalamannya di hospital

menyebabkan Fox berasa kecewa akan betapa sedikitnya dana yang ditujukan kepada penyelidikan barah. Beliau berniat untuk berlari sepanjang negara Kanada dengan harapan meningkatkan kesedaran barah, satu matlamat yang asalnya hanya didedahkan kepada sahabatnya Doug Alward.

Gaya larian Fox sangat luar biasa. Namun, beliau turut merasakan kesakitan ketika berlatih kerana tekanan berlebihan yang terpaksa dikenakannya pada kakinya yang elok manakala kaki kudungnya menyebabkan tulangnya menjadi lebam, kulit melecet dan kesakitan yang teruk. Selepas lebih kurang 20 minit setiap larian, beliau mendapati dirinya dapat melepasi ambang kesakitan dan lariannya makin mudah.

Pada Ogos 1979, Fox bertanding dalam maraton di Prince George, British Columbia. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat terakhir, sepuluh minit di belakang pesaing terdekatnya dan usahanya disambut oleh air mata dan tepukan tangan dari para peserta yang lain. Selepas maraton itu, beliau mendedahkan seluruh rancangannya Fox berharap untuk mengumpul dana sebanyak $1 juta

kepada sanak saudaranya.

daripada marathon tersebut untuk penyelidikan barah.

Nama Fox semakin meningkat naik dan Persatuan Barah menjadualkannya untuk menghadiri pelbagai majlis dan menjemputnya untuk memberikan ucapan. Fox cuba

menampung mana-mana permintaan yang disangkanya mampu memberi peluang untuknya mengumpul dana, tanpa mengira betapa jauhnya tempat itu. Namun, desakan

fizikal berlari maraton setiap hari memberikan kesan kepada kesihatan Fox.

Pada bulan-bulan berikutnya, Fox menerima berkali-kali rawatan kemoterapi; malangnya, penyakitnya masih merebak. Fox dikejarkan semula ke hospital pada 19 Jun Beliau menjadi koma dan

1981 kerana berasa sesak nafas dan mendapat Pneumonia.

tidak lama kemudian beliau meninggal dunia. Biarpun sudah lama meninggal dunia, Fox masih kekal sebagai tokoh penting dalam budaya rakyat Kanada. 17 Keazamannya

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


menyatukan bangsa iaitu semua golongan masyarakat menghulurkan sokongan kepada lariannya dan kenangannya mengilhamkan rasa bangga di seluruh negara. 4.1.3 Kejayaan

Terrance

Stanley

"Terry"

Fox,

ialah

seorang

olahragawan

dan

pejuang

kemanusiaan berbangsa Kanada. cacat, beliau

Pada tahun 1980, setelah kaki sebelahnya menjadi

telah melakukan larian rentas Kanada untuk mengumpul dana sambil

memupuk kesedaran untuk penyelidikan barah. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa menghentikan perjuangannya disebabkan barah dalam badannya telah merebak. Beliau

kemudianya meninggal akibat dari penyakit tersebut. Namun usaha beliau memberikan kesan yang mendalam dan berkekalan di seluruh dunia. Larian Terry Fox tahunan yang julung kali diadakan pada tahun 1981, telah berkembang sehingga melibatkan berjuta-juta peserta di lebih 60 negara, dan kini merupakan acara kumpul dana sehari untuk penyelidikan barah yang terbesar di dunia. 4.1.5 Faktor Kejayaan

Biarpun mengalami kecacatan, namun Fox tetap tetap bersemangat.

Beliau

enggan menganggap dirinya sebagai orang kurang upaya dan tidak mengizinkan sesiapa mengasihaninya. Beliau memberitahu sebuah stesen radio di Toronto bahawa hidupnya semakin mendatangkan kepuasan dan cabaran semenjak kehilangan sebelah kakinya. Kejayaannya membantu membetulkan pandangan rakyat Kanada terhadap kecacatan dan penyertaan golongan kurang upaya dalam masyarakat. Tindakan Fox membantu untuk menerangi lagi pemikiran golongan kurang upaya dan mempengaruhi sikap mereka

dengan memperlihatkan kecacatan mereka dari sudut positif. Lariannya juga mencabar masyarakat agar memberi tumpuan kepada keupayaan, bukan kekurangan upaya. yang dirasakan sebagai batasan. Selepas itu, golongan kurang upaya mula melihat dengan cara yang berbeza.

18

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas

4.2 Helen Keller (1880-1968)

4.2.1 Latar Belakang

Helen Adams Keller dilahirkan pada l 27 Jun 1880 di Tuscumbia, sebuah kota kecil di barat laut Alabama, Amerika Serikat. Ayahnya bernama Arthur Henley Keller merupakan keturunan Alexander Spottswood seorang gabernor colonial dari Virginia yang juga memiliki hubungan dengan keluarga-keluarga pahlawan Utara Amerika dan merupakan seorang editor surat khabar North Alabamian. Kapten Arthur Keller juga merupakan orang yang sangat berpengaruh pada ketika itu. Ibunya bernama Kate Adam Keller yang memiliki hubungan darah dengan keluarga-keluarga New England termasuk Hales, Everetts dan Adamses. 4.2.2 Cacat Pendengaran, Penglihatan dan Bisu

Sebenarnya Helen dilahirkan sebagai seorang bayi yang normal. Pada asalnya, beliau mampu bertindak balas dengan persekitarannya seperti bayi normal yang lain. 19

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Namun, ketika beliau berumur 19 bulan, kehidupannya telah berubah secara drastik apabila dia diserang penyakit berjangkit. Penyakit ini telah menyerang perut dan otaknya

sehinggakan doktor pada ketika itu menyatakan bahawa beliau mungkin tidak mempunyai hidup yang lama. Namun, keajaiaban terjadi apabila dia mampu sembuh dari penyakit yang dihidapinya tetapi malangnya penyakit tersebut telah mengakibatkan kedua-dua mata beliau menjadi buta dan pendengaranya tidak dapat berfungsi lagi (tuli). Sejak dari itu, Helen sering hidup dalam kegelapan dan kesunyian. Keluarga Keller berasa sangat sedih mendengar berita buruk tersebut. Oleh itu, keluarga Keller telah mengirim Helen kepada Alexander Graham Bell namun, Bell tidak dapat menangani Helen dan menyarankan untuk mengirim Helen kepada Institusi Perkins yang dipimpin Michael Anagnos. kemudian mengirim Anne Mansfield Sullivan. 4.2.3 Kejayaan

Pelajaran selanjutnya yang diterima oleh Helen adalah membaca. Anne Sullivan turut memperkenalkan Helen huruf Latin dengan menggunakan kertas karton. Bukan itu sahaja, Anne juga memperkenalkan puisi dan cerita indah melalui gerakan jari dan Helen juga mulai memperluas wawasannya untuk mengenal dunia.

Walaupun mempunyai kekurangan, tapi Helen dapat menunjukkan kelebihan yang dimilikinya. Helen suka menulis tentang kisah hidupnya dalam sebuah buku. The Story of My Life, buku yang diterbitkan tahun 1903 ini sudah diterjemahkan ke dalam 50 bahasa sehingga ke hari ini. Bukan itu sahaja, kisah mengenai perjalanan hidupnya telah menjadi filem dan dipentaskan di teater Broadway.

Berkat bimbingan Anne Sullivan dan orang-orang yang menyayanginya, Helen berjaya lulus di Universiti Havard pada tahun 1904 dengan predikat Magna Cum Laude dalam masa 4 tahun. Beliau tercatat sebagai seorang pelajar buta dan tuli pertama yang sanggup menamatkan pendidikannya hingga ke peringkat universiti. Bukan hanya itu saja, Helen juga berjaya menjadi seorang penulis dan sering aktif dalam kegiatan kemanusiaan untuk menolong orang-orang "kekurangan" seperti dirinya.

Helen juga turut diianugerahkan

Honorary University Degrees Women's Hall of

Fame, The Presidential Medal of Freedom, The Lions Humanitarian Award, bahkan kisah 20

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


hidupnya turut meraih 2 piala Oscar. Beliau turut menulis artikel serta buku-buku terkenal, diantaranya "The World I Live In" dan "The Story of My Life" (ditulis dengan huruf biasa dan huruf Braille), yang menjadi literatur klasik di Amerika. Beliau juga turut mengelilingi ke 39 negara untuk berbicara dengan para presiden, mengumpulkan dana untuk orang-orang buta dan tuli dan telah mendirikan American Foundation for the Blind dan American Foundation for the Overseas Blind. 4.2.4 Faktor Kejayaan

Anne Sullivan mengubah kehidupan Hellen yang pada asalnya tidak mempunyai masa depan menjadi seorang gadis yang mempunyai masa depan cerah. Sebelum ini, ketika Helen masih berada dibawah pengawasan keluarganya, Helen hanya mampu berkomunikasi dengan gerakan yang sangat sederhana. Semasa Anne melihat Helen buat pertama kali, Anne dapat mengetahui bahawa Helen adalah anak yang cerdas. Walau bagaimanapun, Anne sering menghadapi masalah sepanjang dia menangani Helen. Pada awalnya, Helen sangat susah untuk diurus, sangat liar dan tidak patuh kepada orang lain. Akhirnya, Anne memutuskan membawa Helen untuk tinggal sementara di rumah kecil yang berjarak 500 meter dari rumah Helen. Di sana, Helen diajar tentang etika makan dan patuh kepada orang tua.

Helen kembali dilatih oleh Anne tentang bahasa isyarat dan huruf Braille. Keluarga Keller dan Anne Sullivan telah memutuskan untuk memasukkan Helen di Sekolah Boston. Di sana beliau terus menimba ilmu dengan penuh semangat berkobar-kobar, Sejak saat itu Helen mulai bercita-cita untuk menanam hasratnya untuk mengambil pendidikan hingga tingkat universiti. Untuk menggapai cita-citanya itu, Helen harus melalui berbagai macam rintangan yang sukar. Bermula dengan menyesuaikan diri dengan rakan-rakan

sekelasnya yang normal dan kesangsian para guru terhadap kemampuannya mengikuti pelajaran seperti pelajar yang lain. Namun hal ini tidak pernah memadamkan niat Helen

untuk terus maju mencapai impiannya.

Helen berusaha untuk masuk ke Universiti Harvad dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajarannya di sana. Keinginannya untuk dapat membantu orang buta dan

tuli di seluruh dunia telah mendapat tarikan dari ramai pihak. Terdapat banyak sumbangan yang ditujukan kepada orang buta dan tuli di seluruh dunia hasil daripada cerita Helen. 21

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Keinginan Helen untuk maju semakin tinggi. Beliau mulai ingin melakukan sesuatu yang sangat sukart dilakukan oleh seorang yang buta dan tuli sekaligus. Pada ketika itu, beliau ingin belajar berkomunikasi. Ianya hasil inspirasi oleh seorang gadis Norwegia

bernama Ragnhild Kaata yang juga bisu dan tuli, namun boleh belajar berkomunikasi. Di bawah bimbingan Sarah Fuller, Helen mulai di perkenalkan dengan suara,. Sarah Fuller meletakkan tangan Helen diwajahnya dan membiarkan Helen mengetahui posisi bibir dan lidahnya ketika Sarah bercakap. Helen berusaha keras untuk mampu berkomunikasi. Beliau mempunyai harapan yang sangat kuat bahawa orang-orang akan memahami apa yang ingin dia katakana oleh Helen. Di bawah bimbingan Sarah Fuller, kemampuan Helen mulai berkembang dan dia tidak hanya belajar bagaimana membaca gerakan bibir, tetapi ia juga belajar mata pelajaran yang lain seperti Arithmetic, fizik, geografi, bahasa Perancis dan bahasa Jerman. 4.3. Barbie Thomas

4.3.1 Latar Belakang

Barbie merupakan seorang yang berasal dari keluarga yang sederhana di kota New York. Kemudian, orang tuanya telah membawanya untuk hidup di Texas dan hidup dengan 22

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


tenang. Barbie dilahirkan dalam keadaan normal seperti bayi normal yang lain. Semasa zaman kanak-kanak, dia mempunyai tunuh badan yang sihat dan tidak memiliki sebarang cacat cela. Beliau juga merupakan seorang budak yang comel dan lincah bermain dan petah berbicara.

4.3.2 Kecacatan ( Tidak mempunyai tangan)

Semasa beliau berumur dua tahun, Barbie tidak sengaja memanjat sebuah tiang elektrik berhampiran rumahnya. Ketika itu dia, tangannya menarik dawai elektrik yang berjurai. Elektrik tersebut terus mengalir dalam tubuhnya dan membakar kedua-dua

tangannya sehingga ke tulang dan beliau terus dikejarkan ke hospital. Akibat daripada kesan kebakaran tersebut, kedua-dua tangannya terpaksa dipotong hingga ke paras bahu kerana tulangnya turut terbakar dengan teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Kedua orang tuanya sangat sedih apabila doktor mengatakan Barbie akan membesar dalam keadaan lemah dan rendah diri sepanjang hayatnya. 4.3.3 Kejayaan

Menyoroti kejayaan, Barbie sebenarnya telah terlibat dalam sukan bina badan lebih dari 10 tahun. Dalam tempoh itu, pelbagai kejayaan yang beliau telah perolehi. Antaranya adalah Anugerah Inspirasi dalam National Physique Committee yang merupakan pertandingan yang paling sukar bagi orang sepertinya kerana gabungan tarian, sukan sorak dan gymnastik. Ternyata itu bukan masalah baginya. Hal ini terbukti apabila dia juga mampu mendapat tempat ke lima dalam pertandingan Jr. Nationals dalam kejohanan bina badan di Amerika Utara dan banyak lagi anugerah serta kejayaan yang lain.

Kerana keistimewaan itu juga, beliau juga pernah menerima ramai tawaran dari produksi filem untuk berlakon dalam filem. Kini, Barbie sedang sibuk menjalani

pengambaran beberapa filem Hollywood. Beliau juga pernah ditawarkan untuk berlakon dalam filem Steven Speilberg. Namun beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana pada ketika itu Barbie sedang mengandung.

23

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


4.3.4 Faktor Kejayaan

Di sebalik kekurangannya itu, beliau tidak menganggap hal itu sebagai satu kelemahan. Sebaliknya tangannya yang hilang itulah pembakar semangat untuk dirinya terus maju. Kerana kekentalan itu, dia mampu belajar berdikari tanpa mengharapkan

bantuan orang lain. Kini, selepas 35 tahun, hidupnya sangat bahagia sehingga dia boleh melakukan apa sahaja perkara walaupun dianggap mustahil bagi orang sepertinya. Selain itu, beliau berjaya menjadi ahli bina badan yang unggul. Walaupun tidak ke peringkat

antarabangsa, namun beliau tetap berbangga kerana walaupun tergolong sebagai orang kurang upaya, tetapi dia berjaya melakukan sesuatu di luar akal logikal. Barbie sangat gigih berusaha dan mampu melakukan apa sahaja aktiviti. Setiap hari, beliau akan pergi ke gym untuk melakukan rutin latihan harian. Selepas melakukan latihan kardiologi beliau akan memulakan latihan ujian berat badan, tarian, latihan trek serta latihan mengangkat berat menggunakan kedua-dua kakinya.

Oleh kerana semangat yang luar biasa, Barbie telah beberapa kali dipanggil untuk menyampaikan ceramah-ceramah motivasi kepada orang ramai. Inspirasi demi inspirasi, sokongan demi sokongan, benar-benar telah membuatkan dirinya yakin untuk mengorak langkah lebih maju dalam kehidupannya. 4.4 Martha Mason (1973-2009)

24

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


4.4.1 Latar Belakang

Martha Mason dilahirkan pada 31 Mei 1937 di Lattimore, sebuah Bandar kecil yang jaraknya kira-kira 50 kilometer dari Charlotte, Amerika Syarikat. Pada asalnya,

kelahirannya disahkan sebagai seorang bayi yang sihat dan cukup sifat. Malangnya, ketika berusia 11 tahun, beliau diserang penyakit polio sehingga menyebabkan tubuhnya lumpuh dari leher hingga ke bawah kaki secara kekal. 4.4.2 Kecacatan (Penyakit Polio)

Akibat penyakit yang dideritainya itu, Martha terpaksa tinggal dalam tabung besi. Di situlah beliau terbaring kaku dalam bekas silinder besi seberat 363 kilogram dengan tujuh kaki panjang. Bekas tersebut cukup-cukup untuk memuatkan seluruh tubuhnya Dalam bekas silinder tersebut itu jugalah Martha Tabung besi yang digunakan olehnya

kecuali di bahagian kepala.

menghabiskan sisa hidupnya selama 60 tahun.

berfungsi untuk membantu mengalirkan oksigen agar dia mampu untuk bernafas disebabkan oleh paru-parunya yang lemah.

4.4.3 Kejayaan

Walaupun dalam keadaan sedemikian, namun Martha tetap boleh membuktikan bahawa beliau boleh berjaya. Antara perkara yang membanggakan beliau adalah wanita ini lulus dengan kepujian tertinggi dalam Ijazah Bersekutu dari Gardner-Webb College di Boiling Spring pada tahun 1958 dan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari Make Forest College pada tahun 1960.

Selepas tamat belajar, Martha tidak betah duduk diam dalam dunia datarnya. Dari tempat perbaringannya, dia bekerja sebagai penulis untuk akhbar tempatan. Euphra, setia membantu beliau untuk menulis kata-kata yang diucapkannya. senggang pula, dia menulis sebuah buku yang menceritakan tentang hidupnya . Ibunya Di masa

25

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


4.4.4 Faktor kejayaan

Walaupun hidup dalam keterbatasan, namun hal tersebut tidak membuatkan dia menyerah dan berputus asa. Dalam keterbatasan itu, Martha tetap bersemangat menjalani kehidupan seperti biasa. Dia tetap bersekolah dengan kunjungan guru ke rumahnya. Di samping itu, Martha juga mampu menyambung pelajarannya ke peringkat tinggi dengan menghadiri kuliah menerusi webcam, sebuah kamera digital kecil yang dihubungkan ke komputer. Ibu dan rakan sebayanya banyak membantunya menyelesaikan kerja sekolah dan tugas kuliah.

4.5 Stephen Hawking

4.5.1 Latar Belakang

Stephen Hawaking merupakan seorang saintis kelahiran British. Beliau boleh dikatakan salah seorang yang memiliki minda saintifik terhebat di abad ini yang masih hidup. Beliau begitu terkenal dengan sumbangannya dalam bidang fizik teori dan kosmologi (bidang kajian alam semesta).

Stephen Hawking dilahirkan pada 8 Januari 1942 dari pasangan keluarga Frank Hawking dan Isobel Hawking. Stephen Hawking memulakan alam persekolahan di St

Albans School for Girls, kemudian berpindah ke St Alban School ketika berusia 11 tahun. 26

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Sikap bapanya yang tegas dalam pendidikan sering memberikan tekanan kepadanya, Stephen Hawking berjaya memasuki University College di Oxford dan memperolehi ijazah di sana dalam bidang fizik. Selepas meninggalkan Oxford, Hawking bekerja di Trinity Hall di Cambridge sebagai pembantu penyelidik.

Semasa di universiti Hawking merasa dipinggirkan dan terasing dengan komuniti. Lantas Hawking memilih untuk melibatkan diri di dalam sukan Rowing. Namun kerana beliau tidak mempunyai tubuh badan yang sasa beliau ditempatkan sebagai jurumudi. Semenjak itu Hawking semakin popular sehingga ada yang menggelarnya sebagai 'budak penuh cabaran'. Walaupun pasukannya berjaya menaikkan populariti Hawking namun pelajarannya agak terjejas berikutan latihan dan komitmen yang terpaksa dikorbankan. 4.5 2 Kecacatan

Setelah tiba di Cambridge, gejala sklerosis lateral amiotrofik (ALS) mulai muncul iaitu penyakit yang berkaitan dengan neuron motor. Hawking berjuang dan hidup jauh lebih lama berbanding mana-mana pesakit ALS lain yang diketahui, walaupun diramalkan tidak mungkin. Bagaimanapun, keadaan hilang upayanya semakin bertambah buruk. Suaranya

Pada tahun 1974, ia tidak mampu untuk makan atau bangun tidur sendiri.

menjadi tidak jelas sehingga hanya dapat difahami oleh orang yang mengenalnya dengan baik sahaja. Pada tahun 1985, ia menghidap penyakit pneumonia dan harus dilakukan trakeostomi sehingga ia tidak dapat bercakap sama sekali. Seorang ilmuwan Cambridge membuat alat yang memperbolehkan Hawking menulis apa yang ingin ia katakan pada sebuah komputer, lalu akan dilafazkan melalui sebuah voice synthesizer (pensintesis suara). Tidak lama kemudian, beliau beransur-ansur hilang keupayaannya untuk

menggunakan lengan, kaki, dan suaranya, dan kini hampir benar-benar lumpuh. Sistem komputer yang dipasang pada kerusi rodanya dikendalikan oleh Hawking melalui 'suis kedipan' inframerah yang dipasang pada cermin matanya. Dengan mengerutkan pipi

kanannya, beliau dapat bertutur, mengarang ucapan dan kertas kerja penyelidikan, serta melayari Jaringan Sejagat (WWW), dan menggunakan emel. Sistem itu juga

menggunakan pemancaran radio untuk mengawal pintu rumah dan pejabatnya.

27

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


4.5.3Kejayaan

Hawking mengambil alih tanggungjawab Einstein dan menyelesaikan banyak daripada paradoks-paradoks kerelatifan melalui pembinaan teori tentang kewujudan objekobjek yang mempunyai jisim yang terlalu tinggi dan ruang sifar dengan graviti yang terlalu kuat sehingga semua cahaya diserap dan tidak dapat dilihat. Teori tersebut kini telah

diperhalus supaya dapat sepadan dengan mekanik kuantum dan perkembanganperkembangan am dalam bidang fizik.

Selain daripada kerja akademiknya, Hawking mempercayai bahawa setiap orang harus memahami konsep-konsep itu dan beliau menulis sebuah siri buku sains yang popular. Buku pertamanya,iaitu "Sejarah Ringkas Masa" ("A Brief History of Time") diterbitkan pada 1 April 1988, dan dipadankan untuk filem dokumentari pada tahun 1991. Filem itu menonjolkan Hawking, keluarganya serta kawan-kawan, termasuk ahli-ahli sains yang utama. Tanpa dijangka, buku itu menjadi buku terlaris, dan kemudian diikuti oleh "Alam Semesta Seringkas-ringkasnya (The Universe in a Nutshell"). Kedua-dua buku itu masih amat popular di seluruh dunia. "Lohong-lohong Hitam dan Alam-alam Semesta Bayi" ialah sebuah koleksi karangannya yang turut terkenal. Beliau kini sedang menulis sebuah buku yang baru, "Sejarah Lebih Ringkas Mengenai Masa" ("A Briefer History of Time") (2005), yang mengemaskinikan karya-karyanya yang awal, serta bertujuan untuk memanfaatkan lebih banyak orang.

Stephen Hawking juga adalah seorang Fellow Kehormat Royal Society of Arts, ahli seumur hidup Akademi Sains Pontifical dan penerima Pingat Kebebasan Presiden, anugerah tertinggi untuk masyarakat di Amerika Syarikat dan juga terkenal sebagai gelaran Profesor Matematik Lucasian di Universiti Cambridge.

4.5.6 Faktor kejayaan

Kesihatannya tidak terlalu menjejaskan tumpuan tugasnya sebagai saintis. Beliau tetap meneruskan usaha dan kajiannya dengan kerjasama saintis dan penyelidik terkenal. Beliau begitu terkenal dan mendapat penghormatan dalam komuniti fizik di seluruh dunia. Stephen Hawking menerima banyak anugerah kecemerlangan sepanjang kerjayanya. Salah satu daripadanya ialah Presidential Medal of Freedom. Nama beliau juga diabadikan 28

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


di beberapa pusat penyelidikan saintifik dan bangunan universiti. Dia orang yang

cemerlang, dan dia berusaha dengan mengharungi banyak kesulitan untuk mencapai semua hal yang telah dicapainya. 4.6 Rumusan Faktor Kejayaan Tokoh

Terdapat beberpa faktor yang dapat dilihat yang membolehkan tokoh kurang upaya ini berjaya. Pertama sekali adalah semangat dan usaha untuk mencapai kejayaan. Walaupun tokoh-tokoh ini tidak memiliki pancaindera yang sempurna sebagaimana kita, tetapi mereka berjaya disebabkan oleh fokus, disiplin dan komitmen yang tinggi. Setiap tokoh yang saya pilih pada asalnya lahir dalam keadaan yang normal sehingga pada satu masa terdapat di Antara mereka yang menjadi cacat disebabkan penyakit berjangkit dan kemalangan. Namun, sebalik kekurangan mereka itu, mereka tidak menganggap hal itu sebagai satu kelemahan. Sebaliknya kekurangan tersebut itulah pembakar semangat

untuk mereka terus maju dan ada di antara tokoh-tokoh tersebut yang mampu berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. menganggap hal itu sebagai satu kelemahan. sebalik kekurangannya itu, beliau tidak

Faktor yang kedua adalah sokongan dari orang di sekitar mereka seperti keluarga, masyarakat dan rakan-rakan. Sememangnya, terdapat orang tua tokoh-tokoh ini sangat sedih akan keadaan yang menimpa anak mereka. Wala bagaimanapun, mereka tetap memberi sokongan, bantuan dan bimbingan kepada mereka. Sokongan dan bantuan oleh ahli keluarga khasnya ibu bapa amat penting kerana mampu memberikan semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan mereka. Di sini, ibu bapa amat berperanan untuk menyediakan segala keperluan mereka sama ada dari segi pendidikan atau kasih sayang agar mereka merasakan diri mereka dihargai Sokongan daripada masyarakat juga amat penting. Terdapat tokoh yang telah menjadi pejuang kemanusiaan seperti Terry Fox yang melakukan larian rentas Kanada untuk mengumpul dana sambil memupuk kesedaran untuk penyelidikan barah. Larian rentasnya mendapat sokongan yang menggalakkan

sehingga dia mampu memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa dia boleh melakukan hal yang dianggap mustahil bagi orang sepertinya.

Faktor yang ketiga adalah peluang pendidikan dan sikap guru itu sendiri. Kejayaan tokoh-tokoh ini bergantung dengan peluang pendidikan yang diperolehi. Contohnya seperti 29

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Helen Keller, Martha Mason dan Stephen Hawking yang pada awalnya berusaha untuk berjaya sehingga ke menara gading walaupun dalam keadaan fizikal yang serba kekurangan. Peluang pendidikan yang dsediakan jugalah membuatkan mereka ingin

meluaskan lagi pengetahuan mereka sehingga mereka mempunyai semangat yang mendalam untuk berjaya.

Faktor yang keempat adalah disebabkan kemudahan teknologi. Dengan adanya bantuan teknologi, hal ini memudahkan mereka untuk berdikari dan melakukan banyak perkara. Contohnya seperti Martha Mason. Walaupun terpaksa hidup dalam keadaan lumpuh sepanjang hidupnya, namun dengan bantuan teknologi seperti web cam dan camera digital, beliau mampu berhubung dengan gurunya dan mengikuti kuliah dan pembelajaran. Selain itu, Stephen Hawking juga menggunakan alat teknologi yang

disediakan untuk beliau oleh seorang ilmuwan di Cambrige yang memperbolehkan Hawking menulis apa yang ingin ia katakan pada sebuah komputer, lalu akan dilafazkan melalui sebuah voice synthesizer (pensintesis suara). Justeru kemudahan teknologi

mampu membantu mereka mempermudahkan segala urusan dan aktiviti mereka. Selain itu, kemajuan dari segi perubatan juga membantu para tokoh untuk meneruskan kehidupan mereka. Dengan adanya kemajuan teknologi, mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka. Walaupun mempunyai kekurangan, namun mereka tidak menganggap

kekurangan itu sebagai alasan mereka untuk menghentikan hasrat mereka untuk berjaya.

Faktor yang terakhir adalah inspirasi daripada orang lain. Tokoh seperti Terry Fox pada mulanya ingin melakukan rentas larian setelah mendapat inspirasi daripada Dick Traum, seorang pesakit amputasi pertama yang berjaya menghabiskan Maraton New York. Hal ini membuatkan Terry ingin berusaha untuk mencapai impiannya berlari marathon. Selain itu, Helen Keller juga mendapat inspirasi untuk belajar berkomunikasi daripada Ragnhild Kaata yang juga bisu dan tuli, namun boleh belajar berkomunikasi. Akhirnya Helen berjaya mencapai hasratnya untuk berkomunikasi disebabkan semangat yang ada dalam dirinya.

Kesimpulannya kekurangan atau kelemahan seperti keterbatasan fizikal bukanlah penghalang untuk seseorang individu untuk berjaya. Dengan adanya semangat luar biasa yang tinggi serta sokongan dan inspirasi dari orang sekeliling disertai kemudahan teknologi yang canggih akan mampu membantu seseorang individu kurang upaya untuk berjaya. 30

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


4.7 Cadangan Untuk Membangunkan Kejayaan Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Terdapat beberapa usaha yang boleh dijalankan bagi membantu dalam membangunkan kejayaan kanak-kanak berkeperluan khas di negara ini. Antaranya adalah:

a) Perkongsian Kemudahan dengan pihak Bukan Kerajaan

Perkongsian

pintar

diantara pihak

Sekolah Pendidikan

Khas Bermasalah

Pembelajaran dengan Pihak Bukan Kerajaan (NGO) seperti The National Autism Society of Malaysia (NASOM), KIWANIS, Sri Mengasih serta pihak swasta yang lain seharusnya diwujudkan. Hal ini kerana kemudahan, infrastuktur serta kemahiran yang mereka miliki adalah lebih baik sekiranya dibandingkan kemudahan yang terdapat di Malaysia. Pihak NASOM misalnya sebuah NGO yang pakar dalam

melatih kanak-kanak Autisme yang pada kebiasaanya mempunyai alat yang lebih canggih dan terbaru. Perkongsian kepakaran dan maklumat diantara pihak NGO dengan Jabatan Pendididkan khas atau Jabatan Pelajaran Negeri boleh membantu dalam mengurangkan masalah kekurangan kepakaran serta kekurangan bahan mengajar di sekolah-sekolah khas. Perkongsian secara berterusan ini juga perlu bagi pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendapatkan maklumat untuk memberikan alternatif kepada ibubapa dalam menempatkan anak mereka ke pusat latihan di NGO. Ini kerana terdapat beberapa ibubapa hanya melihat sekolah -sekolah kerajaan sebagai tempat mereka menyekolahkan anak mereka sedangkan anak mereka memerlukan lebih perhatian serta terapi pertuturan atau pergerakkan. b) Peranan Ibu bapa

Sikap menyerahan anak-anak mereka sepenuhnya dibawah jagaan sekolah dan menganggap sekolah seperti pusat jagaan kanak-kanak adalah perlu dikikis. Dapat diperhatikan bahawa ada dikalangan ibubapa yang memandang rendah akan peranan dan profesion sebagai guru pendidikan khas. Sikap sebegini akan

memburukkan hubungan kedua - dua pihak dan secara tidak lansung akan memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana secara psikologinya guru akan mula kurang bermotivasi dalam pengajarannya. Justeru itu, kedua- dua pihak iaitu pihak guru dan juga ibubapa perlu bersikap professional akan peranan masing31

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


masing. Pihak Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri, sekolah dan pihak Bukan Kerajaan perlu bekerjasama dalam memberi pendedahan kepada ibubapa/penjaga berhubung dengan permasalahan anak-anak mereka. Ilmu

penting untuk kesemua pihak memahami fungsi dan peranan masing-masing dan tidak menyalahkan serta mengharapkan orang lain semata-mata. Keterlibatan

ibubapa dalam program yang dianjurkan sekolah bukan sahaja memperlihatkan mereka diperlukan di sekolah tetapi juga satu usaha dalam membina hubungan yang baik. Hasil daripada program yang dijalankan oleh pihak sekola, ianya

mampu memberikan kesedaran kepada ibu bapa akan pentingnya sokongan moral kepada anak-anak mereka agar mereka lebih bermotivasi untuk berjaya. c) Peranan Guru dan Jabatan Pendidikan Khas

Guru perlu pendidikan khas perlu sentiasa bersemmangat dan bersedia menanmabh ilmu pengetahuan tehadap bidang mereka. Selain daripada inisiatif guru itu sendiri perlu mencari maklumat dan kemahiran diri, pihak Jabatan Pendidikan Khas juga perlu peka terhadap keperluan guru-guru tersebut. Selain menambah dana penganjuran kurusus sumber manusia dalam negeri, pihak JPK juga perlu menghantar guru -guru untuk ke luar Negara untuk melihat sendiri bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran di sana dilaksanakan di samping memnatapkan kemahiran dalam bidang pendidikan khas ini. Lawatan keluar

Negara adalah lebih bermakna sekiranya melibatkan guru pendidikan khas kerana merekalah yang terlibat secara lansung terhadap pengurusan murid ini. Tambahan pula, pengalaman lansung adalah lebih praktikal berbanding hanya mendapat banyangan daripada pihak lain. Jabatan Pendidikan Khas juga perlu berperanan dalam memperbaiki Dasar Pendidikan Khas.

32

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


5.0 Analisis Tokoh (Golongan Istimewa) (FATMA ZUHRA BT. ABDUL HAI)

Berdasarkan pembacaan yang dibuat secara meluas melalui artikel-artikel serta jurnaljurnal, saya mendapati bahawa kehadiran golongan orang kurang upaya (OKU) dalam masyarakat bukanlah beban kepada kerajaan kerana mereka juga berupaya

menyumbangkan khidmat bakti kepada negara. Hal ini kerana terdapat banyak individu dalam kalangan OKU yang berjaya meraih kejayaan dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, pendidikan, pengucapan awam, lakonan dan sebagainya serta mampu bersaing dengan golongan masyarakat yang normal. Justeru itu, saya telah membawakan beberapa tokoh yang telah berjaya mencuri tumpuan saya dengan kejayaan mereka yang amat membanggakan walaupun dilahirkan dalam keadaan yang serba kekurangan. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Prof Datuk Dr. Ismail Md. Salleh, Tom Cruise, Nick Vujivic, Tengku Arman Harris Tengku Ismail dan Louise Braille.. Saya telah membuat analisis secara terperinci mengenai tokoh-tokoh ini dari pelbagai aspek seperti latar belakang, jenis kecacatan, kejayaan serta faktor yang membawa kepada kejayaan mereka. 5.1 Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh

5.1.1 Latar Belakang

Berdasarkan pembacaan yang dibuat mengenai golongan yang istimewa yang telah berjaya, Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh merupakan salah seorang tokoh yang berjaya mencuri tumpuan saya. Beliau dilahirkan pada 2 September 1947 di Pasir Mas, Kelantan 33

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


dan meninggal dunia pada 27 Ogos 2009. Beliau mempunyai seorang isteri bernama Datin Hasnah Wahab dan dikurniakan enam orang anak, iaitu tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Beliau juga mempunyai sembilan orang adik beradik. Meskipun lahir tanpa pancaindera, beliau tetap mendapat layanan yang sama rata daripada ibu bapanya dan berpeluang untuk mengecap nikmat hidup seperti bermain dengan kanak-kanak lain.

Merujuk kepada analisis yang telah dijalankan, saya mendapati beliau sudah mula menunjukkan kecenderungannya untuk belajar sejak kecil lagi. Setiap kali abangnya

pulang dari sekolah, dia akan menyambut kepulangan abangnya dengan bertanya apa yang dipelajari di sekolah dan meminta abangnya untuk mengajarnya. Ibu bapa beliau juga amat menitikberatkan pendidikan anak-anak meskipun keadaan ekonomi mereka tidak begitu kukuh. Sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai Sekolah Princess Elizabeth untuk kanak-kanak cacat penglihatan yang terletak di Johor Bahru, mereka terus nekad untuk menghantar anak mereka ke sana walaupun menerima pelbagai tohmahan daripada penduduk kampung yang menyatakan bahawa mereka hendak cuci tangan daripada menjaga anak kurang upaya.

Keadaan Sekolah Princess Ellizabeth ketika itu amat daif, di mana tidak ada bahan bacaan Braille. Mereka banyak menghabiskan masa dalam bilik darjah dengan mendengar guru-guru membaca buku-buku cerita dan diselang-seli dengan menghafal sifir. Di luar waktu persekolahan, beliau dan rakan-rakannya dilatih untuk berdikari, di mana mereka diajar kemahiran mengurus diri seperti membasuh dan melipat pakaian, mengemas almari, tempat tidur dan mengemas meja makan. Pada hari minggu pula, mereka diajar kemahiran asas di dapur seperti memotong dan membersihkan sayur-sayuran, mengopek udang, kerang dan sebagainya. Selain itu, murid-murid sekolah ini turut diajar mobiliti. Mereka dilatih untuk memahirkan diri dengan penggunaan tongkat putih. Selain aspek akademik dan pengurusan diri, sekolah ini turut memberi penekanan kepada pengajian Al-Quran dan fardhu ain yang diadakan pada waktu petang.

Bahan bacaan braille mula bertambah sewaktu beliau berada dalam darjah tiga. Bahan-bahan ini dibekalkan oleh Persatuan Bagi Orang-orang Buta Malaysia. Mulai darjah tiga juga, potensi beliau dalam bidang akademik mula terserlah. Beliau sentiasa mendapat tempat pertama di dalam kelas setiap kali peperiksaan penggal dijalankan. Pelajaran yang paling diminatinya ialah matematik dan sejarah. Pada tahun 1962, beliau telah menduduki 34

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


peperiksaan Malaysian Secondary School Entrance Examination dan memperoleh gred A dan meneruskan pengajiannya ke peringkat menengah di Sultan Ismail College, Kota Baru pada tahun berikutnya. Sekolah ini merupakan sekolah berprestij yang ternama di

Kelantan dan di Malaysia ketika itu. Pelajar yang terpilih untuk memasuki sekolah ini harus cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Ini merupakan titik peralihan dalam hidup beliau kerana beliau tidak lagi belajar dan tinggal bersama dengan rakan-rakan senasibnya, tetapi beliau sekelas dan seasrama dengan rakan-rakan yang sempurna pancaindera dan beliau juga terpaksa melakukan kerja-kerja membasuh dan mengemas tanpa seliaan guru dan pengasuh seperti di sekolah rendah.

Ketiadaan bahan bacaan Braille adalah masalah utama yang terpaksa dihadapi oleh beliau sebagai murid cacat penglihatan yang pertama di sekolah tersebut. Beliau terpaksa menyalin buku-buku teksnya sendiri di sebelah petang dengan bantuan rakanrakan. Beliau juga terpaksa menaip kerja rumahnya dengan menggunakan mesin taip biasa untuk disemak oleh guru-guru yang mengajar di dalam kelas. Namun begitu, prestasi beliau terus meningkat. Sewaktu di tingkatan satu, dia telah memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Esei Peringkat Kebangsaan kategori sekolah menengah sempena Minggu Orang-Orang Cacat. Antara perkara lain yang membanggakan ialah

beliau berjaya mengatasi rakan-rakannya yang normal dalam setiap peperiksaan semasa di tingkatan empat dan lima dan ini membolehkan Ismail merangkul Pingat "The Best Ismaililian in Academic" pada tahun 1967.

Pada mulanya, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang peguam kerana minatnya yang mendalam dalam pelajaran sejarah. Setelah meraih keputusan cemerlang dalam Malaysian Certificate of Examination, beliau telah meneruskan pelajarannya ke tingkatan enam rendah di St. John Institution, Kuala Lumpur. Ini adalah hasil usaha salah seorang gurunya, iaitu Encik Raymond Hall yang menulis surat rayuan kepada Kementerian Pelajaran. Ketika di tingkatan enam inilah beliau diperkenalkan dengan pelajaran ekonomi dan terus meminati pelajaran itu. Pada tahun 1969, beliau telah menduduki peperiksaan Higher School Certificate dan keputusan yang diperoleh telah melayakkan beliau untuk mendapat tawaran biasiswa MARA bagi melanjutkan pengajian dalam bidang sains politik dan ekonomi di State University of New York. Dalam sesi temuduga, Encik Wahab Alwi salah seorang panel penemuduga telah meyakinkan ahli-ahlli panel yang lain mengenai

35

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


keupayaan anak muda ini. Berikutan dengan itu, MARA terus menghubungi Kedutaan Amerika bagi menguruskan kemasukan beliau ke universiti tersebut.

Pada tahun 1970, beliau telah berangkat ke Amerika.

Salah seorang penuntut

Malaysia yang berangkat bersamanya ialah Siti Zaharah Sulaiman yang kemudiannya menjadi rakan baik dan pembaca sukarelanya. Proses pembelajaran seorang mahasiswa cacat penglihatan di Amerika agak mudah. Hal ini kerana terdapat ramai sukarelawan yang menyediakan bahan-bahan bacaan dalam bentuk rakaman dan bentuk Braille. Pada tahun 1973, beliau melanjutkan pengajiannya ke peringkat sarjana di University of Illinois dan memilih pengkhususan dalam bidang pembiayaan awam di bawah bimbingan Prof. Dr John Due, salah seorang pensyarah terkemuka ketika itu dan berkenalan dengan rakanrakan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka telah menyarankan beliau memohon jawatan pensyarah di universiti berkenaan. Meskipun memiliki kelayakan yang diperlukan, laluannya untuk menjadi pensyarah bukanlah mudah. Dekan Fakulti Ekonomi, iaitu Datuk Dr Halim Ismail mengambil masa kira-kira setahun untuk meyakinkan pihak pengurusan universiti tersebut.

Beliau meneruskan lagi kembara ilmunya ke peringkat doktor falsafah di universiti yang sama selama tiga tahun dan memilih bidang pencukaian sebagai pengkhususannya. Beliau telah pulang ke tanah air pada tahun 1977 setelah menamatkan pengajiannya. 5.1.2 Jenis Kecacatan

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, saya mendapati bahawa Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh telah menghadapi masalah cacat penglihatan sejak lahir. 5.1.3 Kejayaan

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, saya mendapati bahawa banyak kejayaan yang telah dicapai oleh beliau. Antaranya ialah beliau telah mendapat anugerah Guiness Book of Record kerana berjaya menjadi orang cacat penglihatan pertama di Malaysia yang mendapat ijazah Doktor Falsafah. Beliau memulakan tugasnya sebagai pensyarah

Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia. Susah payahnya membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi 36

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Analisa pada tahun 1982 selepas memangku jawatan tersebut selama setahun. Pada tahun yang sama, beliau juga telah mendapat profesor madya.

Pada tahun 1985, beliau menghabiskan cuti sabatikalnya di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS). Setelah tempoh sabatikalnya tamat, beliau ditawarkan untuk berkhidmat di sana. Tun Hussein Onn yang ketika itu merupakan pengerusi institut

berkenaan, telah menulis surat meminta perlepasan kontrak beliau daripada Universiti Kebangsaan. Namun demikian, permohonan tersebut tidak diluluskan. Walau

bagaimanapun, dia dibenarkan menjadi pensyarah sambilan di ISIS. Pada tahun 1990, beliau telah meletak jawatan di Universiti Kebangsaan dengan mengorbankan peluang untuk mendapat pencen serta menolak pelawaan untuk memohon jawatan professor dan kemudiannya berkhidmat sepenuh masa dengan ISIS.

Di ISIS, beliau terlibat secara langsung dalam menyediakan dasar-dasar kerajaan termasuk pembentukan Kawasan Konsep Pertumbuhan Segitiga (EAEC) dan Wawasan 2020. Beliau turut terlibat dalam perancangan pelan strategik beberapa buah negeri.

Seterusnya, dia telah dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Timbalan Ketua Pengarah ISIS. Dia turut mengetuai Secretariet Malaysian Business Business Council yang

dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Pada bulan Julai 1994, Ismail cuba mengalih sedikit haluan hidupnya dengan menceburi bidang perniagaan pendidikan.

Dia telah mengasaskan Twintech Institute of Technology kerana didorong oleh kekurangan tenaga kerja teknikal dan professional Melayu. Institusi pendidikan ini telah bermula dengan 87 orang mahasiswa dan enam orang pensyarah. Kini, institusi ini

mempunyai 3500 orang penuntut dan 200 tenaga pengajar. Pada bulan September 2003, institusi ini telah dinaikkan taraf menjadi sebuah kolej universiti dan beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Sepanjang kerjayanya sebagai pensyarah dan penyelidik, beliau telah membuat banyak kajian merangkumi bidang-bidang seperti makroekonomi, penilaian semula projek, ekonomi industri dan pembahagian pendapatan dan hubungan etnik. Berikutan itu, beliau telah menghasilkan lebih daripada 80 kertas kerja. Selain itu, beliau juga telah

menghasilkan lebih daripada 20 buah buku sama ada secara perseorangan atau bersama 37

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


pengkaji-pengkaji lain. Antara bukunya ialah The Privatisation of Public Enterprise: A Case Study of Malaysia, Privatization and Public Enterprise, A Review of The Price Subsidy Scheme For Padi dan Makroekonomi Untuk STPM.

Beliau turut menyumbang rencana berkaitan isu-isu ekonomi semasa dalam majalah dan akhbar. Beliau juga sering dijemput untuk memberi pandangan tentang

belanjawan negara dan dasar-dasar ekonomi dalam rancangan-rancangan berupa diskusi dan forum yang disiarkan oleh stesyen-stesyen televisyen. Kegigihan dan kesungguhan pakar ekonomi ini telah diiktiraf di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Selain itu, beliau turut diberi kepercayaan untuk menganggotai Majlis Perundingan Ekonomi Nasional (MAPEN), Majlis Tindakan Ekonomi Nasional (MTEN) dan Kelantan. Panel Penasihat Ekonomi

Beliau juga adalah Presiden Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera, Ahli

Lembaga Pengarah KWSP dan Ahli Majlis Pendidikan Tinggi Kebangsaan. Di samping itu, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tenaga Nasional (YTN), Yayasan Kajian Strategi Melayu (YKSM), Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Kompleks Penyayang Bakti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Yayasan

Amanah Pembinaan Insan (YAPI). Di samping itu, beliau turut mendapat ijazah Doktor Persuratan daripada Irish International University pada tahun 2001.

Pengetahuan, kepakaran dan pengalaman yang ada pada ahli ekonomi ini telah menyebabkan pihak-pihak tertentu tidak ragu-ragu untuk menerima khidmat perundingnya. Ini termasuk Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Melaka, UNIDO, UNCTAD, PETRONAS, NOMURA, ESCAP, Bank Pembangunan Asia dan Bank Dunia. Kejayaan yang telah diraih oleh pakar ekonomi ini telah melayakkannya mendapat beberapa pingat dan anugerah. Antara pingat yang telah dikurniakan kepadanya ialah Pingat Johan Setia Mahkota dan Pingat Panglima Jasa Negara daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Selain itu, beliau turut dikurniakan Pingat Kepujian Tertinggi daripada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan pernah terpilih sebagai Tokoh Kebangsaan Orang Kurang Upaya

Beliau tidak pernah melupakan rakan-rakan senasibnya meskipun nama beliau sebagai intelek ekonomi amat gah. Beliau adalah Presiden Persatuan Bagi Orang-orang Buta Malaysia dan Pengerusi Hospital Mata Tun Hussein Onn dan tidak pernah keberatan untuk menerima jemputan Majlis Kebangsaan Orang-orang Buta Malaysia untuk memberi 38

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


ceramah atau membentang kertas kerja dalam seminar atau forum yang dianjurkan. Dalam majlis-majlis seperti ini, beliau telah memperturunkan tips penting kepada pelajar cacat penglihatan dan rakan-rakan senasibnya untuk berjaya dalam hidup. Pada masa yang sama, dari semasa ke semasa, beliau juga berunding dan menghantar kertas cadangan kepada kerajaan bagi menyarankan pemberian insentif tertentu kepada mereka yang kurang upaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Insentif itu tidak terbatas kepada bantuan kewangan semata-mata., sebaliknya, ia turut merangkumi bantuan dalam bentuk peralatan yang dapat mempermudah proses pembelajaran penuntut cacat penglihatan di sekolah dan institusi pendidikan tinggi. Kemudahan dalam bentuk peralatan juga dapat mempertingkat kualiti kerja petugas cacat penglihatan di pejabat.

Walaupun sibuk dengan tugas-tugas seharian dan kerja-kerja sukarela, beliau memastikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dijalankan sesempurna mungkin. Demikianlah rentetan kejayaan hidup seorang insan yang begitu tabah dalam meniti likuliku kehidupan bersama mereka yang sempurna pancaindera. Apapun, beliau telah

membuktikan bahawa orang kurang upaya boleh berjaya selama mana mereka diberi peluang dan kepercayaan untuk menunjukkan potensi dan kebolehan mereka.

5.1.4 Faktor Kejayaan Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh

Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh merupakan salah seorang tokoh negara yang merupakan golongan OKU yang telah membuka mata kita bahawa kecacatan itu bukanlah penghalang untuk berjaya. Berdasarkan penghayatan terhadap perjalanan hidup beliau, terdapat beberapa faktor yang boleh saya kaitkan dengan kejayaan beliau. Faktor pertama yang boleh saya katakan sebagai pencetus utama kejayaan beliau ialah minatnya untuk belajar sejak kecil. Hal ini jelas terbukti apabila saya difahamkan bahawa beliau sudah mula menunjukkan kecenderungannya untuk belajar sejak kecil lagi, di mana setiap kali abangnya pulang dari sekolah, dia akan menyambut kepulangan abangnya dengan bertanya apa yang dipelajari di sekolah dan meminta abangnya supaya mengajarnya.

Di samping itu, kasih sayang serta layanan sama rata yang diberikan oleh ibu bapa kepada beliau juga menyebabkan beliau tidak merasa rendah diri dan berupaya untuk menjalani hidup seperti kanak-kanak lain yang sempurna pancaindera. Layanan sama rata turut diberikan dari segi pendidikan anak-anak. 39 Kesedaran ibu bapa beliau terhadap

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


kepentingan pendidikan merupakan titik tolak kepada permulaan kejayaan hidup beliau. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila ibu bapa beliau sanggup berjauhan dan menghantar beliau untuk belajar meskipun keadaan ekonomi tidak kukuh serta menerima tohmahan daripada penduduk kampung yang menyatakan mereka sudah tidak mampu menjaga beliau. Pada masa yang sama, pendedahan mengenai peluang pendidikan serta kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak cacat penglihatan sendiri yang disediakan oleh pihak kerajaan turut menyumbang kepada kejayaan beliau pada hari ini. Saya mendapati bahawa pihak kerajaan sememangnya sudah mula mengambil perhatian yang serius terhadap pendidikan kanak-kanak istimewa seperti beliau. Pendedahan awal mengenai peluang pendidikan yang telah diadakan melalui pameran membolehkan ibu bapa beliau menghantarnya ke sekolah untuk kanak-kanak sepertinya dan mendapat pendidikan sama seperti anak-anak mereka yang lain.

Berdasarkan analisis yang dibuat, saya mendapati bahawa inovasi dalan teknologi pendidikan untuk kanak-kanak sepertinya pada ketika itu juga banyak membantu beliau sehingga membolehkan beliau berjaya. Hal ini amat jelas apabila semenjak bahan bacaan Braille yang dibekalkan oleh Persatuan Bagi Orang-orang Buta Malaysia bertambah, beliau mula menyerlah dalam bidang akademik.

Selain itu, kegigihan dan ketekunan beliau sendiri untuk belajar juga merupakan antara faktor penggerak kepada kejayaan beliau dalam pelajarannya. Hal ini semakin

ketara sewaktu beliau beliau telah terpilih untuk memasuki sekolah berprestij di Kelantan, di mana terdapat pelbagai masalah yang perlu ditempuh kerana beliau akan belajar bersama rakan-rakan yang sempurna panca indera, misalnya tidak ada bahan bacaan braille dan beliau juga terpaksa melakukan pekerjaan seperti membasuh dan mengemas tanpa seliaan guru seperti di sekolah rendah. Namun demikan, beliau tidak berputus asa dan berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Saya juga mendapati Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh berjaya hasil sokongan serta dorongan daripada masyarakat sekeliling seperti rakan-rakan serta guru. Sewaktu beliau menjalani pengajian di peringkat menengah di Sultan Ismail College, Kota Baru, tidak terdapat bahan bacaan braille di sekolah dan beliau terpaksa menyalin buku-buku teks dan ianya berjaya dilakukan dengan bantuan rakan-rakan. Kejayaan beliau dalam pelajaran 40

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


telah meyakinkan salah seorang gurunya, iaitu Encik Raymod Hall akan keupayaan dirinya dan beliau telah menulis surat rayuan kepada Kementerian Pelajaran sehingga membolehkan Prof. Datuk Dr. Ismail Md Salleh meneruskan pelajarannya ke tingkatan enam rendah di St. John Institution, Kuala Lumpur.

Saya turut melihat bahawa bantuan yang diberikan oleh badan-badan kerajaan, misalnya dalam bentuk tawaran biasiswa juga turut mempengaruhi kejayaan beliau pada hari ini. Hal ini kerana biasiswa yang diberikan ini telah membantu beliau melanjutkan pelajaran di luar negara, iaitu di State University of New York, bagi mengembangkan lagi potensi dalam bidang yang diminati, iaitu sains politik dan ekonomi.

Faktor seterusnya yang boleh dikaitkan dengan kejayaan beliau ialah kemudahan untuk mendapatkan sumber pembelajaran di luar negara. Terdapat ramai sukarelawan yang menyediakan bahan-bahan bacaan dalam bentuk rakaman dan bentuk braille di luar negara. Justeru, peluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara ini telah

membolehkan proses pembelajaran seorang mahasiswa cacat penglihatan seperti Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh agak mudah.

5.2 Tom Cruise

41

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


5.2.1 Latar Belakang

Tom Cruise atau nama sebenarnya Thomas Cruise Mapother IV merupakan selebriti layar perak bertaraf antarabangsa yang paling laris dan berjaya daripada Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan salah seorang golongan istimewa yang berjaya. Artis kacak berketurunan Jerman dan Wales ini sering dikaitkan dengan filem-filem aksi terutamanya siri filem "Mission Impossible" dan beliau juga adalah penyokong kuat fahaman Gereja Saintologi. Popularitinya cukup terserlah dan enam dari filem lakonannya telah mengutip lebih ASD 100 juta bagi setiap filem. Selepas tiga kali berkahwin, akhirnya dia telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suri, bersama isterinya yang terbaru iaitu Katie Holmes. Ketika kecil, Tom Cruise didapati tidak tahu membaca dan juga tidak mengenal huruf. Ibu bapa Cruise menyedari anak mereka masih tidak mengenal huruf dan membaca ketika berumur tujuh tahun.

Tom Cruise dilahirkan pada 3 Julai 1962, di Syracuse, New York. Bapanya adalah seorang jurutera yang sering berpindah-randah. Akibatnya, pada usia 14 tahun dia telah memasuki 15 sekolah yang berlainan di Amerika Syarikat dan juga Kanada. Akhirnya, keluarganya telah menetap di Glen Ridge, New Jersey. Tom mempunyai empat orang adik- beradik dan kesemuanya adalah perempuan. Sebagai anak lelaki yang tunggal,

ibunya sangat memanjakannya. Manakala, bapanya pula adalah seorang yang sangat bengis dan kejam. Tom mengakui bahawa dia sering didera oleh bapanya. Pada usia 11 tahun, bapanya telah meninggalkan keluarganya dan enggan membayar nafkah kepada mereka. Akibatnya, keluarga Tom Cruise telah hidup dalam kemiskinan sehingga ibunya terpaksa mengambil tiga pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka. Faktor-faktor ini telah menjadikan Tom seorang pemalu yang kerap dibuli di sekolah. Selain itu, Tom juga menghidapi masalah disleksia dan ini telah menjejaskan pelajarannya. Sewaktu

menghadiri sebuah sekolah mubaligh di Cincinnati, dia mula bercita-cita menjadi seorang paderi Katolik. Walaupun begitu sewaktu di sekolah tinggi, minatnya berubah kepada dunia lakonan apabila berjaya mendapat watak utama dalam persembahan muzikal yang bertajuk Guys and Dolls.

Pada usia 18 tahun, dia telah meninggalkan alam persekolahan untuk berhijrah ke Hollywood bagi mencapai cita-citanya sebagai pelakon terkenal. Setahun kemudian, dia berjaya mendapat watak yang kecil dalam filem Endless Love di samping pelakon popular 42

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Brooke Shields. Pada tahun yang sama dia juga berlakon dalam filem remaja Taps. Filem yang berjaya melonjakkan namanya sebagai pelakon remaja terkenal ialah filem Risky Business pada tahun 1983. Adegan di mana dia menyanyi dengan hanya memakai seluar dalamnya telah menarik minat ramai remaja generasi-X ketika itu. Kejayaannya di layar perak telah memberinya dorongan untuk mengasahkan bakatnya sebagai pelakon yang berkaliber. Kemudian, dia telah mendaftar untuk belajar drama di sekolah lakonan

berprestij, iaitu Neighborhood Playhouse School of the Theatre di New York. Sewaktu di sana, Tom telah berguru dengan pelatih lakonan yang terkenal termasuklah guru lakonan tersohor, iaitu Sanford Meisner.

Dengan ilmu yang diperolehinya, lakonannya menjadi bertambah mantap. Filemfilem lakonannya mula mencapai box-office pada pertengahan 1980-an, bermula dengan filem drama Top Gun (1986), The Color of Money (1986), Rain Man (1988) dan Born on the Fourth of July (1989). Walaupun tubuhnya agak rendah, wajahnya yang kebudak-budakan telah berjaya menambat hati ramai penonton wanita. Setelah sekian lama berlakon, Tom Cruise telah mencuba nasibnya sebagai Pengarah filem. Pada 1996, dia telah mengarah dan berlakon dalam pembuatan semula siri TV popular Mission Impossible.

5.2.2 Jenis Kecacatan

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa Tom Cruise menghadapi masalah pembelajaran, iaitu disleksia yang merujuk kepada masalah membaca. Hal ini jelas terbukti apabila Tom Cruise didapati tidak tahu membaca dan juga tidak mengenal huruf sejak kecil. Masalah ini semakin jelas apabila ibu bapa Cruise

menyedari anak mereka masih tidak mengenal huruf dan membaca ketika berumur tujuh tahun. Oleh yang demikian, setiap kali berlakon, seseorang akan membacakan skrip untuk beliau dan beliau hanya mendengar serta menghafal skrip tersebut melalui pendengaran.

5.2.3 Kejayaan

Sepanjang penglibatan dalam bidang lakonan, Tom Cruise telah meraih banyak kejayaan. Antaranya ialah beliau telah mendapat Anugerah Pengarah Terbaik melalui filem arahannya, iaitu "Mission Impossible". Selain itu, dia juga telah dicalonkan sebagai

Pelakon Komedi Terbaik, Pelakon Drama Terbaik, Pelakon Terbaik, Pelakon Pembantu 43

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Terbaik dalam beberapa anugerah filem dan Pengarah Terbaik melalui filem arahannya, iaitu "The Last Samurai". 5.2.4 Faktor Kejayaan Tom Cruise

Berdasarkan penghayatan mengenai latar belakang serta perjalanan hidup Tom Cruise, saya mendapati bahawa faktor utama kejayaan beliau sebagai seorang pelakon adalah disebabkan oleh minat yang amat mendalam dalam bidang lakonan. Selain itu, peluang yang diberikan oleh masyarakat untuk mengetengahkan bakat dalam bidang lakonan turut menyuntik semangat beliau untuk lebih berjaya dalam bidang yang beliau gemari. Hal ini jelas terbukti apabila sebelum beliau menjadi seorang pelakon yang

terkenal, beliau telah diambil untuk berlakon sebagai watak kecil dalam beberapa buah filem. Peluang serta minat beliau yang mendalam ini juga telah mendorong beliau untuk mendapatkan latihan bagi mengasah bakatnya sebagai pelakon berkaliber.

Pada masa yang sama, kewujudan sekolah, penerimaan dan bimbingan daripada guru turut mempengaruhi kejayaan beliau dalam bidang lakonan ini. Penerimaan untuk belajar ke sekolah lakonan, iaitu Neighborhood Playhouse School of the Theatre di New York, membolehkan beliau mencungkil bakat dalam bidang yang diminatinya itu dengan adanya bantuan daripada guru-guru yang mahir. Kegigihan serta keyakinan untuk

menonjolkan diri juga menjadi pencetus utama kejayaan beliau di samping sokongan yang diberikan oleh orang sekeliling yang sentiasa bersedia untuk membantu dengan membacakan skrip kepada beliau.

44

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


5.3 Nick Vujicic

5.3.1 Latar Belakang

Antara golongan istimewa berjaya yang turut mencuri tumpuan saya ialah Nicholas James Vujicic atau lebih dikenali sebagai Nick Vujicic. Beliau merupakan seorang

pengkhutbah Australia dan motivator yang lahir dengan Tetra-amelia sindrom, iaitu gangguan langka yang ditandai dengan tidak adanya keempat-empat anggota badan. Anak tertua dari keluarga Serbia ini lahir di Melbourne, Australia pada 4 Disember 1982 tanpa kedua-dua lengan setinggi bahu, dan tidak berkaki tapi dengan dua kaki kecil, salah satu daripadanya mempunyai dua jari. Beliau telah berkahwin dengan seorang wanita bernama, Kanae Miyahara pada 12 Februari 2012 dan mendapat seorang bayi lelaki yang sihat pada awal tahun 2013.

Keadaan tubuh badan beliau yang cacat menyebabkan ayahnya yang merupakan seorang ahli agama dan programmer komputer dan ibunya yang bekerja sebagai seorang jururawat menyalahkan diri sendiri. Namun, tidak lama kemudian, mereka dapat menerima dan mensyukuri keadaan yang dialami oleh beliau apabila melihat beliau membesar dengan kuat, sihat, dan ceria seperti anak-anak lainnya walaupun cacat. Ibu bapa beliau telah banyak membantu beliau belajar berdikari. Ayahnya telah membimbingnya untuk berdiri, menyeimbangkan tubuh, dan berenang sejak usia 18 bulan. Kemudian, beliau juga

45

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


diajar menggunakan jari-jari kakinya untuk menulis, mengambil barang, dan mengetik dengan tekun dan sabar ketika berusia 6 tahun.

Pada mulanya, hukum negara bahagian Victoria telah menghalang beliau untuk menghadiri sekolah utama disebabkan kecacatan fizikal yang dialaminya, meskipun beliau tidak mengalami gangguan mental. Namun demikian, setelah undang-undang berubah, beliau telah menjadi siswa cacat pertama diintegrasikan ke dalam sekolah umum. Beliau berasa amat tertekan kerana sering ditindas di sekolahnya. Pada usia 8 tahun, beliau mulai berfikir untuk mengakhiri hidupnya dan pada usia 10 tahun, beliau telah membuat percubaan membunuh diri dengan menenggelamkan dirinya dalam air setinggi 4 inci. Namun, percubaan beliau telah gagal. Semenjak peristiwa itu, timbul rasa cinta akan orang tuanya dan menyedari betapa untung beliau kerana dikurniakan kesihatan yang baik serta keluarga dan para sahabat yang menyayanginya.

Setahun kemudian, ketika membaca surat khabar, Nick dan ibunya menemukan sebuah artikel yang sangat menggugah jiwanya, yang berkisar tentang seorang pemuda cacat tubuh yang mampu melakukan hal-hal hebat, termasuk menolong banyak orang. Semenjak itu, beliau telah menyedari bahawa Tuhan memang menciptakan manusia untuk berguna bagi orang lain dan memutuskan untuk bersyukur dengan keadaan dirinya serta berharap beliau mampu mengikut jejak langkah pemuda itu dengan menolong dan memberi inspirasi kepada orang ramai. Setelah itu, beliau mulai menguasai tugas dalam kehidupan seharian. BeIiau belajar menulis dengan menggunakan dua jari kaki di kaki kirinya dengan pegangan khusus yang meluncur ke ibu jari kakinya. BeIiau juga belajar menggunakan komputer dan jenis menggunakan "tumit dan kaki" metode. Selain itu,

beliau turut belajar untuk melemparkan bola tenis, bermain pedal drum, mendapatkan dirinya segelas air, menyisir rambut, menggosok gigi, menjawab telefon dan bercukur.

5.3.2 Jenis Kecacatan

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, saya mendapati bahawa Nick Vujicic menghadapi masalah cacat anggota badan sejak lahir, yang dikenali sebagai Tetra-amelia sindrom, iaitu gangguan langka yang ditandai dengan tidak adanya keempat-empat anggota badan. Dalam erti kata lain, beliau lahir tanpa kedua-dua lengan setinggi bahu, dan tidak berkaki tapi dengan dua kaki kecil, salah satu daripadanya mempunyai dua jari. 46

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


5.3.3 Kejayaan

Merujuk kepada analisis yang telah dijalankan, terdapat beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Nick Vujicic dan antaranya yang berjaya menjangkau peringkat antarabangsa. Antara kejayaan awal yang diperoleh oleh beliau adalah terpilih sebagai kapten daripada tujuh buah sekolah dan bekerja dengan dewan mahasiswa untuk pengumpulan dana bagi badan amal tempatan dan persatuan cacat. Ketika berusia tujuh belas tahun, beliau telah berjaya menonjolkan dirinya dengan mula memberikan ceramah dalam kalangan kelompoknya dan akhirnya berjaya menubuhkan organisasi tidak bermotifkan keuntungannya yang turut dikenali sebagai Life Without Limbs.

Pada tahun 2005 pula, beliau telah dinominasikan untuk Penghargaan "Young Australian of the Year". Beliau juga telah berjaya mengeluarkan sebuah muzik video baru yang disebut "Something More", yang tersedia untuk dilihat di YouTube. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan buku berjudul Life Without Limits: Inspiration for A Ridiculously Good Life yang diterbitkan buat pertama kalinya oleh Random House tahun 2010. Buku tersebut menceritakan pengalaman mengatasi tentangan baik secara fizikal mahupun mental yang dilalui oleh Nick kerana keadaan tubuhnya. Buku ini juga telah diterjemahkan dan

diterbitkan dalam bahasa Indonesia oleh penerbit Gramedia Pustaka Utama dengan judul, Tanpa Lengan dan Tungkai, Aku Bisa Menaklukkan Dunia.

Di samping itu, beliau juga telah berjaya meraih gelaran Sarjana bidang Perakaunan dan Perencanaan Kewangan pada usia 21 tahun. Setelah itu, beliau juga telah berjaya mengembangkan lembaga non-profit, Life Without Limbs yang ditubuhkan pada usia 17 tahun. Kini, beliau merupakan adalah motivator dan penceramah antarabangsa yang sangat gemilang. Beliau sudah menjelajah ke lebih dari 24 negara di empat benua termasuk Indonesia, untuk memotivasi lebih dari 2 juta orang, khususnya kaum muda.

Pada masa yang sama, beliau telah menghasilkan beberapa produk DVD dan ianya telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dalam kalangan masyarakat. Antara produk beliau yang terkenal adalah DVD motivasi Lifes Greater Purpose, difilemkan pada tahun 2005, yang menampilkan dokumenteri singkat tentang kehidupan rumahnya dan bagaimana beliau melakukan hal-hal biasa tanpa anggota badan. Bahagian 47

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


kedua dari DVD tersebut pula difilemkan di gereja setempat di Brisbane, dan merupakan salah satu daripada pidato pertama motivasi professional oleh beliau. Sebuah lagi DVD bagi kaum muda yang telah dhasilkan berjudul No Arms, No Legs, No Worries dapat dilihat pada Website Speaker Biro Premiere.

Beliau juga muncul dalam filem pendek "The Circus Butterfly" yang memenangkan Doorpost Film Project's tahun 2009. Di samping itu, beliau juga Pelakon Terbaik bagi filem pendek dalam Method Fest Film Festival. Pada masa yang sama, filem Butterfly Circus lakonan beliau juga telah mendapat anugerah Filem Pendek Terbaik dalam Feel Good Film Festival di Hollywood pada tahun 2010. 5.3.4 Faktor Kejayaan Nick Vujivic

Berdasarkan penghayatan mengenai latar belakang serta kejayaan seorang penceramah dan juga motivator yang terkemuka, Nick Vujivic yang tidak mempunyai kedua-dua lengan setinggi bahu, dan tak berkaki tapi dengan dua kaki kecil, di mana salah satu daripadanya mempunyai dua jari, saya mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang membolehkan beliau mampu meraih kejayaan dalam kehidupan. Antara faktor yang paling jelas ketara ialah sokongan pada daripada kedua-dua ibu bapa beliau. Walaupun dilahirkan dalam keadaan serba kekurangan, beliau masih mampu untuk bertahan kerana mendapat kasih sayang serta bimbingan daripada kedua ibu bapanya untuk membolehkan beliau menguruskan diri sendiri dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa. .

Selain itu, perubahan undang-undang dalam sistem pendidikan di tempatnya yang pada mulanya menghalang kepada membenarkan kanak-kanak seperti beliau

mendapatkan juga membolehkan beliau memasuki sekolah umum dan mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak yang dilahirkan dengan sempurna secara fizikal. Kesedaran yang timbul setelah kegagalan percubaan membunuh diri yang

berpunca daripada penindasan rakan-rakan di sekolah juga merupakan salah satu faktor yang menjadikan beliau lebih menghargai nyawa dan meneruskan kehidupan dengan jayanya. Saya juga melihat bahawa kejayaan yang dicapai oleh beliau pada hari ini adalah inspirasi daripada golongan OKU yang berjaya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas, yakni setelah Nick dan ibunya menemukan sebuah artikel mengenai seorang pemuda cacat tubuh yang mampu melakukan perkara yang hebat serta menolong banyak orang. 48

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Semenjak itu, beliau turut menyedari bahawa Tuhan memang menciptakan manusia untuk berguna bagi orang lain dan memutuskan untuk bersyukur atas keadaan diri sendiri dan beliau juga ingin mengikut jejak langkah pemuda itu dengan menolong dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

5.4 Louis Braille

5.4.1 Latar Belakang

Berdasarkan analisis yang telahi dibuat, saya mendapati bahawa Louise Braille merupakan salah seorang golongan istimewa yang telah berjaya, terutamanya melalui sumbangannya dalam membantu orang-orang buta di seluruh dunia. Beliau dilahirkan

pada 4 Januari 1809 di bandar Coupvray berhampiran Paris. Beliau merupakan pengasas tulisan Braille, iaitu titik timbul bagi menggantikan huruf dan nombor. Louis Braille

merupakan anak keempat kepada seorang tukang kulit bernama Simon Rene Braille dan mempunyai penglihatan normal ketika kecil, dan ibunya bernama Monique. Namun

demikian, beliau telah menjadi buta ketika berusia 3 tahun. Pada tahun 1952, jasadnya dipindahkan ke Paris di mana dia dikebumikan di Pantheon, tempat pengkebumian wira negara Perancis. Melalui usaha Louis Braille, beribu-ribu orang buta dapat membaca dan menulis.

49

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


5.4.1 Jenis Kecacatan

Louise Braille menghadapi masalah cacat penglihatan.

Ketika berusia 3 tahun,

Louis Braille telah bermain-main di kedai ayahnya apabila dia tercucuk matanya dengan sejenis peralatan menebuk lubang pada kulit kepunyaan bapanya. Walaupun mendapat khidmat perubatan terbaik pada masa itu, matanya yang sebelah lagi terkena jangkitan kuman mengakibatkan Louis Braille kehilangan penglihatan di kedua-dua belah matanya. 5.4.2 Kejayaan

Walaupun buta, Louis Braille mendapat galakan ibu bapanya, paderi tempatan dan guru sekolah untuk menghadiri kelas, di mana beliau telah mendahului rakan-rakannya yang celik. Namun demikian, beliau tidak dapat membaca atau menulis. Pada tahun 1819, ketika berusia 10 tahun, Louis Braille telah mendapat biasiswa untuk belajar di Paris, iaitu di Institut Kanak-Kanak Buta. Valentin Hauy yang merupakan pengasas bagi institut

tersebut telah mendapat idea untuk membekalkan buku dengan huruf timbul untuk dibaca oleh orang buta. Buku-buku tersebut agak sukar dibaca, tebal dan mahal untuk dibuat, dengan setiap hurufnya sebesar satu inci tinggi. Sistem disiplin di sekolah tersebut amat tegas. Pelajar yang bersalah akan dirotan, dikurung, dan diberi roti keras dan air.

Kehidupan semua orang adalah susah dan kebanyakan pelajar yang dapat melihat akan bekerja ketika berusia 12 tahun di kilang atau dalam lombong arang batu.

Semasa di sekolah, pelajar buta termasuk Louise Braille diajar kemahiran praktikal seperti menganyam kerusi dan membuat selipar agar mereka dapat mencari nafkah selepas menamatkan persekolahan. taman dengan tali diikat di pinggang. Sekali seminggu, mereka akan dibawa bersiar di Mereka juga diajar membaca tetapi tidak untuk

menulis. Huruf di buku dibuat dengan menggunakan wayar tembaga yang ditekan pada kertas. Disebabkan setiap huruf perlu dibentuk menggunakan wayar, orang buta tidak dapat melakukannya dengan sendiri. Di sekolah itu hanya terdapat empat belas buku seperti itu dan Loius Braille membaca kesemuannya. Louis Braille merupakan seorang yang berbakat. Beliau mempelajari cara bermain cello dan organ ketika masih muda dan bermain organ di gereja seluruh bandar Paris. Muzik memberikannya pendapatan yang tetap.

50

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Pada tahun 1821, seorang pegawai tentera Charles Barbier de la Serre telah membuktikan bahawa perutusan yang ditulis dengan titik dan tanda sengkang dapat ditekan di atas kertas tebal untuk kegunaan perhubungan ketenteraan pada waktu malam ketika dalam parit pertahanan. Ini untuk mengelak daripada dikesan oleh musuh, tetapi ditolak oleh pihak tentera disebabkan kesukaran untuk melatih tentera. Sistem penulisan malam ataupun sonography menggunakan dua belas titik dan sengkang yang timbul mewakili bunyi berlainan. Tanda sengkang memakan banyak ruang dan setiap muka surat hanya dapat diisi dengan satu atau dua ayat. Charles Barbier menunjukkan cara

penggunaan tulisan malam di sekolah Louis Braille yang menerimanya sebagai percubaan sahaja. Louis Braille menyedari kebaikan sistem titik timbul dan berusaha untuk

memudahkannya.

Louis Braille banyak menghabiskan masanya memperbaiki cara penulisan timbul ini. Louis Braille menyedari kelemahan sistem penulisan tersebut. Ketika berada di bengkel ayahnya, beliau menyentuh alat penebuk ayahnya dan dia mendapat idea untuk menggunakan alat penebuk yang tumpul untuk membentuk tanda titik timbul di atas kertas. Selepas beberapa bulan berusaha, dia mendapati sistem enam titik timbul sebagai yang terbaik. Kedudukan titik yang berbeza mewakili huruf berbeza. Beliau terus memajukan penulisan Braille selama beberapa tahun, memajukan kod matematik dan muzik.

Pada tahun 1827, buku Braille yang pertama dikeluarkan. Namun semikian, sistem baru ini tidak diterima serta merta. Ini disebabkan terdapat halangan oleh mereka yang tidak memahami keperluan orang buta dan tidak mahu menerima atau menggalakkan penggunaan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca oleh orang biasa. Malah, salah

seorang pengetua di sekolah Louis Braille melarang penggunaan tulisan Braille dan membakar buku Braille yang ada. Namun demikian, tulisan Braille terus dipelajari dan digunakan oleh pelajar-pelajar dengan secara bersembunyi. Louis Braille sentiasa gigih menyebarkan tulisan braille dan akhirnya barulah tulisan braille diterima. Pada tahun 1834, beliau menyempurnakan sistemnya dan menerbitkan buku yang berjudul, "Method of Writing Words, Music and Plain Song by Means of Dots, for Use by the Blind and Arranged by Them.

Dengan menggunakan tulisan Braille, sekarang orang buta bukan saja boleh membaca, malah dapat menulis dengan menggunakan peralatan tajam menyerupai 51

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


penebuk, iaitu 'awl' yang membutakan mata Louis Braille dahulu. Louis Braille menjadi guru di sekolah tempat dia belajar dahulu. Beliau amat dikagumi dan dihormati oleh pelajarpelajarnya kerana kegigihannya, tetapi dia tidak dapat melihat sistem penulisan braillenya diterima ramai. Louis Braille sering diserang penyakit dan pada tahun 6 Januari 1852 ketika berumur 43 dia mati akibat penyakit Penyakit Batuk Kering.

Pada mulanya, sistem tulisannya hampir terkubur. Tetapi, beberapa orang penting menyedari kepentingan ciptaan Louis Braille dan pada tahun 1868, iaitu Dr. Thomas Armitage dan tiga rakannya mengasaskan 'British and Foreign Society for Improving the Embossed Literature of the Blind'. Kumpulan sahabat yang kecil ini bertambah dan

menjadi Institusi Negara Diraja Untuk Orang Buta atau 'Royal National Institute for the Blind', pencetak buku braille terbesar di Eropah dan British. Pada tahun 1990, tulisan Braille digunakan di seluruh dunia dan diterima pakai oleh hampir semua bahasa daripada Albani hingga ke Zulu. kebangsaan. 5.5 Tengku Arman Harris Tengku Ismail Pencapaian Louis Braille di Perancis diakui pada tahap

5.5.1 Latar Belakang

Golongan istimewa kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaan mereka sebagai penjawat awam malahan dalam bidang keusahawanan. Berdasarkan analisis

yang telah dibuat mengenai golongan istimewa ini, saya mendapati bahawa Tengku Arman Harris Tengku Ismail merupakan salah seorang golongan istimewa di Malaysia yang telah 52

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


menjadi tokoh yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Beliau dilahirkan pada tahun 1972 di Kuala Terengganu dan menghadapi masalah cacat pendengaran sejak lahir. Sebelum menceburi perusahaan batik, beliau mula bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990, yakni selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam, Selangor. Setahun selepas bekerja di ibu kota, beliau yang

merupakan anak sulung daripada enam beradik terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya, yang terkorban dalam nahas jalan raya.

Selepas itu, beliau mula bekerja di kilang Romi Batik di Chendering pada 1991 serta sebuah syarikat batik di Batu Burok selama beberapa tahun sebelum membuka syarikatnya sendiri. Beliau mempelajari pelbagai cara pembuatan batik sehingga tahun 1996 sebelum membuka syarikatnya sendiri, iaitu Arman Batik di rumahnya yang terletak di Kampung Tebauk. Tengku Arman juga telah mendirikan sebuah bangsal berhampiran rumah yang mengusahakan pembuatan batik secara kecil-kecilan. Berbekalkan bakat dan

kebolehannya, beliau telah mendapat bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu untuk mengembangkan perusahaannya. Setelah

perusahaan anaknya itu menampakkan kejayaan, beliau telah memohon pinjaman sebanyak RM20,000 daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan perusahaannya menjadi bertambah maju.

Beliau juga telah menunjukkan kejayaan yang amat membanggakan kerana memiliki sebuah lagi kedai batik sutera iaitu "Anas Butik" di Subang Jaya, yang diurus oleh adiknya. Kejayaan beliau itu juga sebenarnya adalah hasil sokongan kuat daripada keluarganya terutama isteri, Azizah Md. Yasin, 32, yang juga insan OKU. Azizah yang cacat pendengaran membantu beliau dengan menjahit pakaian sebelum dijual di pasaran.

5.5.2 Jenis Kecacatan

Merujuk kepada pembacaan yang telah dibuat, saya mendapati bahawa beliau telah menghadapi masalah cacat pendengaran sejak lahir.

53

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


5.5.3 Kejayaan

Secara ringkasnya, usaha gigih Tengku Arman Harris Tengku Ismail telah membolehkan beliau meraih banyak kejayaan. Antaranya kejayaan beliau yang amat

membanggakan ialah beliau telah berjaya memiliki dua buah kedai batik sutera iaitu Arman Batik dan "Anas Butik" yang terletak di Subang Jaya. Kain-kain batik sutera yang beliau dihasilkan oleh beliau juga mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai. Rentetan itu, beliau telah menaja pakaian-pakaian batik eksklusif beliau untuk perantara-perantara dan selebriti-selebriti TV3 serta RTM1 dan RTM2.

Beliau juga telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT) yang pertama sejak ia ditubuhkan pada 2001. Apa yang lebih membanggakan kita ialah PKOCPT telah mencapai kegemilangan di bawah kepimpinan Tengku Arman Harris Tengku Ismail dan seterusnya telah diiktiraf sebagai persatuan OKU terbaik Terengganu sempena Hari Orang Kurang Upaya peringkat negeri anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 2003. Kebolehan dan pencapaian beliau itu juga telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan termasuk sebagai Tokoh OKU Bahagian Ekonomi pada 2007 dan Tokoh OKU Keseluruhan pada 2005.

5.5.4 Faktor Kejayaan Tengku Arman Harris Tengku Ismail

Berdasarkan penelitian yang telah dibuat mengenai latar belakang Tengku Arman, saya telah dapat mengenal pasti beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan kejayaan beliau sebagai pengusaha batik. Antara faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan beliau ialah keprihatinan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak. Walaupun Tengku

Arman dilahirkan sebagai kanak-kanak pekak, ibu bapa beliau tidak berputus asa dengan kecacatan yang dialaminya dan beliau telah diberikan pendidikan awal di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Shah Alam, Selangor.

Selain itu, saya berpendapat bahawa kemudahan pendidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti sekolah juga telah membolehkan Tengku Arman mendapat pendidikan sesuai dengan minat dan juga keupayaannya. Kewujudan sekolah ini telah membolehkan beliau mencungkil serta mengasah bakat yang ada pada diri beliau. 54

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Pada masa yang sama, saya mendapati bahawa antara faktor pencetus kepada kejayaan beliau adalah penerimaan Tengku Arman terhadap keadaan dirinya sendiri. Meskipun cacat pendengaran sejak lahir, saya melihat bahawa kecacatan ini tidak mendorong beliau untuk mengasingkan diri dari dunia luar. Hal ini jelas terpapar apabila beliau turut melibatkan diri dalam dunia pekerjaan dan bersosial dengan golongan biasa dengan bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990 selepas menamatkan persekolahan dan mula bekerja di kilang Romi Batik di

Chendering, Kuala Terengganu pada tahun 1991 selama lima tahun.

Berdasarkan analisis yang telahi dijalankan, saya juga melihat keggihan dan keazaman yang didorong dengan keyakinan diri yang tinggi merupakan faktor pendorong kepada kejayaan beliau dalam perusahaan membuat batik sutera. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila beliau berani menyahut cabaran untuk mendirikan sebuah bangsal berhampiran rumahnya, dengan mengusahakan pembuatan batik secara kecil-kecilan.

Di sebalik kejayaan Tengku Arman dalam perusahaan membuat batik sutera ini, sokongan ahli keluarga juga merupakan antara faktor yang paling dominan. Hasil

sokongan kuat daripada keluarga terutama isterinya, Azizah Md. Yasin, 32, yang juga insan OKU.Azizah yang cacat pendengaran. Dia banyak membantu Tengku Arman dengan

menjahit pakaian sebelum dijual di pasaran. Begitu juga dengan adik-adiknya yang banyak membantu dalam kerja-kerja pemasaran dan mendapatkan projek-projek untuk keluaran batik beliau. Tanpa sokongan daripada mereka, saya berpendapat agak sukar bagi beliau untuk meraih kejayaan seperti sekarang.

Di samping itu, antara faktor lain yang turut membawa kepada kejayaan Tengku Arman yang boleh saya perhatikan ialah bantuan kewangan yang diberikan. Saya percaya bantuan-bantuan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan MARA untuk mengembangkan perusahaannya telah memberi motivasi dan menyuntik semangat beliau untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memajukan perniagaannya.

55

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


5.6 Rumusan Faktor Kejayaan

Berdasarkan analisis yang telah dibuat mengenai faktor kejayaan golongan istimewa dan juga pemerhatian secara keseluruhannya, dapat saya rumuskan bahawa terdapat beberapa faktor yang menjadi pemangkin kepada kejayaan golongan istimewa ini. Antaranya ialah faktor motivasi yang dapat dibahagikan kepada dua, iaitu motivasi ekstrinsik dan juga instrinsik, usaha-usaha kerajaan dan juga badan bukan kerajaan.

Saya mendapati bahawa motivasi merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan golongan istimewa ini. Sebelum saya mengupas dengan lebih lanjut mengenai bagaimana faktor motivasi ini mempengaruhi kejayaan golongan ini, eloklah kiranya saya menjelaskan terlebih dahulu mengenai definisi motivasi itu sendiri. Menurut Noriati A. Rashid (2012), motivasi didefinisikan sebagai keadaan dalaman yang merangsang, mengarah dan mengekalkan tingkah laku. Berdasarkan definisi tersebut,

saya berpendapat motivasi merupakan penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan demi mencapai matlamat dan faktor motivasi inilah yang mendorong golongan istimewa untuk berjaya. Secara ringkasnya, dapat saya katakan

bahawa kejayaan yang dicapai oleh golongan ini didorong oleh motivasi instrinsik dan juga ekstrinsik yang diperoleh daripada persekitaran mereka.

Berdasarkan analisis yang telah dibuat mengenai perjalanan golongan istimewa ini, saya melihat kejayaan mereka adalah dipengaruhi oleh motivasi instrinsik atau dalaman yang ingin berjaya. Saya percaya tanpa dorongan yang terdapat dalam diri seseorang itu sendiri untuk berjaya, mereka tidak akan mampu mengharungi liku-liku dalam kehidupan yang berbeza daripada orang lain. Oleh itu, ingin saya rangkumkan bahawa kegigihan dan keazaman yang didorong dengan keyakinan diri yang tinggi merupakan pencetus kepada kejayaan golongan kurang upaya ini. Hal ini dapat dilihat dengan jelas pada seorang

usahawan berjaya, iaitu John TC Yeh. Meskipun beliau gagal untuk mendapat pekerjaan dalam bidang yang diminati kerana masalah cacat pendengaran, beliau tidak pernah berputus asa. Sebaliknya, beliau telah berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang usahawan dan peguam bela kecacatan yang dapat memperjuangkan nasib mereka yang mengalami masalah yang sama sepertinya.

56

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Selain itu, saya juga mendapati bahawa motivasi ekstrinsik yang wujud daripada persekitaran seperti ahli keluarga, guru, rakan-rakan dan sekolah banyak membantu dalam membentuk konsep kendiri yang positif dalam diri golongan istimewa sehingga mereka berjaya dalam kehidupan. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, saya mendapati motivasi daripada ahli keluarga merupakan penyumbang utama kepada kepada kejayaan mereka. Motivasi daripada ibu bapa misalnya, telah menggalakkan perkembangan yang positif dalam diri golongan ini. Hal ini kerana hubungan yang erat dan mesra telah

menimbulkan perasaan disayangi yang memberi perasaan tenang dan juga tabah dalam menghadapi cabaran. Sebagai contoh, selain tokoh-tokoh yang dibincangkan sebelum ini, Tuah Atan yang cacat anggota sejak kecil merupakan antara Tokoh Usahawan Orang Kurang Upaya, yang mampu meraih kejayaan berkat sokongan dan kasih sayang serta kefahaman ibu bapanya. Saya difahamkan bahawa walaupun beliau dilahirkan dengan kecacatan, ibu bapanya yang tidak pernah kecewa atau berputus asa dengan keadaan dirinya. Kepentingan sokongan ibu bapa dalam memastikan kejayaan golongan istimewa ini turut disokong dengan kenyataan beliau yang dipetik daripada akhbar Mystar bertarikh 6 April 2010, yang berkata :

"Saya rasa kanak-kanak OKU macam saya, kalau tak ada ibu bapa yang beri sokongan dan kasih sayang serta kefahaman, agak sukar untuk kita maju dan keluar dari kepompong kecacatan,"

Begitu juga dengan Prof. Datuk Dr, Ismail Salleh. Kejayaan beliau bertitik tolak daripada kesedaran kedua ibu bapanya terhadap kepentingan pendidikan kepada anak-anak dan minat beliau untuk belajar. Meskipun kewangan tidak begitu kukuh dan mendapat pelbagai tohmahan daripada penduduk kampung yang mendakwa bahawa mereka sudah tidak mampu menjaga beliau yang kurang upaya, ibu bapanya tetap nekad untuk menghantar beliau untuk bersekolah demi kepentingan masa depan beliau. Lantaran itu, dapat saya katakan bahawa motivasi daripada ibu bapa amat penting untuk memastikan golongan ini berjaya.

Selain itu, faktor persekitaran yang lain seperti guru turut menjadi faktor penggerak kejayaan golongan istimewa ini. Dengan kemahiran yang ada, guru memainkan peranan dalam merangsang minat minat mereka untuk belajar, memberi bimbingan dengan penuh dedikasi sehingga berupaya membentuk personaliti yang positif ke arah pembelajaran dan 57

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


seterusnya menjadi insan yang berjaya. Antara contoh yang paling dekat ialah Hellen Keller. Hellen Keller yang diserang penyakit yang serius ketika berusia 19 bulan telah mengakibatkan kedua-dua matanya buta dan tuli. Ketika berusia 7 tahun, Anne Sullivan telah diberi kepercayaan oleh kedua ibu bapa beliau untuk menjadi guru peribadi dan mentor Hellen. Terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Anne untuk menarik minat serta membantu beliau terhadap pembelajaran, misalnya mengajar Hellen bercakap melalui gerakan mulut dan membaca melalui huruf Braille. Semenjak itu, Hellen telah

menunjukkan minat serta perkembangan dalam pembelajaran dan akhirnya menjadi seorang penulis, aktivis politik dan pensyarah Amerika yang berjaya. saya simpulkan bahawa Justeru itu, dapat

sokongan dan bimbingan yang berterusan daripada guru

merupakan antara faktor pemangkin kejayaan golongan istimewa.

Komuniti sekolah seperti rakan sebaya turut memainkan peranan dalam membantu golongan istimewa untuk berjaya. Hal ini kerana motivasi serta bimbingan rakan sebaya dapat mewujudkan rasa dipunyai dan diterima dalam diri mereka dan ini akan memberi semangat untuk terus belajar. Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh merupakan salah seorang tokoh yang berjaya mencapai kejayaan berkat sokongan daripada rakan-rakan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas ketika beliau beliau mendapat pendidikan di peringkat sekolah menengah. Rakan-rakan telah banyak memberi sokongan kepada beliau dalam proses pembelajaran dengan membantu beliau yang terpaksa menyalin buku-buku teksnya sendiri di sebelah petang dengan membacakan kepadanya. Hal ini kerana tidak terdapat bahan bacaan Braille di sekolah memandangkan beliau merupakan pelajar pertama yang menghadapi masalah cacat penglihatan ketika itu. Namun begitu, hasil dorongan daripada rakan-rakannya, beliau dapat mengatasi masalah yang dihadapi dengan baik dan prestasi beliau juga semakin meningkat. Selain itu, komuniti di tempat kerja seperti rakan sekerja turut mempengaruhi kejayaan golongan istimewa ini. Keprihatinan pihak pengurusan di tempat kerja, sebagai contoh, Mahadzir Derani Bin Abdul Ghani, yang menyediakan komputer bercakap untuk memudahkan kerja beliau telah memberi motivasi kepada beliau yang cacat penglihatan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sehingga berjaya dinobatkan sebagai penerima anugerah pekerja cemerlang 2011.

Pihak sekolah turut memberi sumbangan yang besar dalam memastikan kejayaan golongan istimewa. Keprihatinan pihak pengurusan sekolah dalam menggiatkan usaha untuk menyediakan keperluan pembelajaran untuk pelajar ini telah menyuntik semangat 58

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


mereka untuk terus berjaya. Hal ini kerana segala keperluan yang disediakan ini dapat memudahkan mereka untuk belajar. Seperti yang kita dapat lihat, penyediaan bahan

bacaan Braille oleh pihak sekolah telah banyak membantu Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh dalam proses pembelajaran. Prestasi beliau dalam bidang akademik semakin menyerlah semenjak pertambahan bahan bacaan Braille di sekolahnya dan hal ini telah merangsang minatnya untuk terus belajar sehingga berjaya. Dalam erti kata lain, dapat saya katakan bahawa perkembangan teknologi dalam bidang pendidikan merupakan antara faktor yang merangsang kejayaan golongan kurang upaya. Terdapat pelbagai teknologi yang telah direka untuk memastikan golongan ini dapat mengikuti proses pembelajaran dengan lancar dan menjalani kehidupan seperti biasa, terutamanya di luar negara. Hal ini kerana terdapat ramai sukarelawan yang menyediakan bahan-bahan bacaan dalam bentuk rakaman dan bentuk Braille bagi membantu golongan kurang upaya, misalnya cacat penglihatan.

Merujuk kepada analisis yang telah dibuat, dapat saya rumuskan bahawa kejayaan golongan istimewa ini turut didorong oleh usaha pihak kerajaan. Terdapat pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang telah memberi harapan kepada golongan ini untuk berjaya seperti golongan biasa. Antara usaha kerajaan yang dapat saya lihat dengan jelas ialah melalui penggubalan dasar sosial. Penggubalan dasar sosial ini telah memberi peluang kepada golongan istimewa untuk mendapat pelbagai faedah, keistimewaan serta kemudahan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila rentetan itu, terdapat beberapa akta yang digubal, misalnya Akta Pendidikan Khas 1997 dan Akta Orang Cacat 2002 yang telah menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang kurang upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuhnya dalam kalangan masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berhak di negara ini.

Berdasarkan penelitian yang telah dijalankan, saya mendapati bahawa penubuhan sekolah pendidikan khas oleh pihak kerajaan merupakan antara faktor penggerak utama kejayaan golongan istimewa ini. Penubuhan sekolah pendidikan khas baik pada peringkat prasekolah, sekolah rendah, menengah dan universiti telah memudahkan akses golongan ini terhadap pendidikan. Pada masa yang sama, kemudahan yang disediakan di sekolah juga turut membantu dalam meningkatkan kualiti serta mutu pendidikan golongan istimewa ini. Sebagai contoh, kewujudan sekolah Princess Elizabeth untuk kanak-kanak yang

menghadapi masalah penglihatan telah memberi peluang kepada Prof. Datuk Dr Ismail 59

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Salleh untuk mendapat pendidikan awal. Melalui penubuhan sekolah ini, beliau bukan

sahaja berpeluang untuk menyerlahkan potensinya dalam bidang akademik dengan adanya kemudahan pembelajaran di sekolah tersebut, malah beliau juga telah memperoleh banyak kemahiran yang membantunya untuk menjalani hidup dengan lancar seperti kemahiran menggunakan tongkat putih, mengurus diri dan kemahiran asas di dapur.

Selain itu, pelaksanaan pelbagai program oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memenuhi serta meningkatkan kualiti pendidikan golongan istimewa, misalnya Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Penglihatan, Program Pendidikan Khas Integrasi, Program Pendidikan Khas Prasekolah, Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional serta Program Pendidikan Inklusif juga merupakan antara faktor penggerak utama kejayaan golongan istimewa ini. Hal ini jelas terbukti apabila terdapat individu

daripada golongan istimewa yang berjaya hasil daripada pelaksanaan program-program ini seperti Tengku Arman Harris Tengku Ismail dan juga Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh. Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional misalnya, telah menawarkan pelbagai latihan asas kemahiran vokasional yang memberi ruang kepada golongan istimewa, sebagai contoh Tengku Arman untuk mengasah bakat dan bergiat dalam pasaran terbuka dan industri mengikut kemampuan serta minatnya sendiri. Program Pendidikan Inklusif juga merupakan antara faktor penyumbang kejayaan Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh. Hal ini kerana melalui penyertaan dalam program pendidikan inklusif ini, beliau dapat membentuk personaliti yang positif dalam diri untuk berjaya melalui pengurusan iklim bilik darjah yang kondusif serta peluang untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain, menjadi ahli dan mendapat akses pendidikan yang sama seperti orang lain.

Di samping itu, kejayaan golongan istimewa ini juga boleh dikaitkan dengan peranan yang dimainkan oleh salah sebuah badan kerajaan, iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Terdapat pelbagai keistimewaan yang diperoleh oleh golongan

istimewa melalui peranan yang dimainkan oleh badan kerajaan ini yang telah memberi galakan kepada mereka untuk berjaya. Berdasarkan pemerhatian serta penelitian yang telah dibuat, saya mendapati bahawa antara keistimewaan yang jelas ketara menyumbang kepada kejayaan golongan istimewa ini ialah dari aspek kemudahan pendidikan, peluang pekerjaan dan juga bantuan kewangan yang disediakan. Namun demikian, terdapat

beberapa keistimewaan lain yang turut memberi sumbangan secara tidak langsung dalam merangsang golongan ini untuk berjaya seperti kemudahan aktiviti harian yang disediakan, 60

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


alat ganti orang kurang upaya, elaun pekerja kurang upaya dan juga beberapa kemudahan lain.

Pemberian peluang pekerjaan yang diperuntukkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu medium yang membolehkan golongan istimewa ini berjaya. Hal ini terbukti di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988, di mana satu

peratus peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan OKU. Peluang pekerjaan juga terbuka dalam sektor swasta. Peluang yang diberikan ini memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan kebolehan dalam dalam bidang yang diceburi. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila terdapat beberapa golongan istimewa yang diberi peluang untuk bekerja dan akhirnya berjaya, misalnya Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh. Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh merupakan senator dewan negara yang pertama dalam kalangan OKU yang telah berjaya meraih banyak kejayaan. Begitu juga dengan golongan istimewa yang lain seperti Tengku Arman yang diberi peluang untuk menjadi peniaga.

Selain itu, saya juga berpendapat bahawa bantuan dari segi kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada OKU untuk bekerja sendiri dan berdikari turut memberi galakan kepada golongan istimewa ini untuk berjaya. Bantuan kewangan ini sedikit

sebanyak telah membuka peluang kepada golongan istimewa yang cenderung untuk bekerja sendiri untuk bergiat aktif dalam pasaran terbuka dan industri mengikut kemampuan serta minatnya sendiri. Sebagai contoh, Tengku Arman Harris Tengku Ismail merupakan antara golongan istimewa yang telah berjaya dalam bidang keusahawanan dengan berbekalkan bantuan kewangan oleh pihak kerajaan. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, saya mendapati bahawa JKM Terengganu telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM2000 untuk mengembangkan perusahaan membuat batiknya. Dengan

berbekalkan bantuan kewangan serta bakat dan kebolehan yang dimiliki, beliau akhirnya menjadi antara usahawan orang kurang upaya yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu.

Selain mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya, membuka peluang pekerjaan dan memberi bantuan kewangan, JKM turut menyumbang secara tidak langsung dalam merangsang kejayaan golongan istimewa melalui peranan dalam menggalakkan pelbagai kemudahan bagi membolehkan OKU bergerak bebas. Antaranya termasuklah laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka 61

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya. Pada masa yang sama, saya juga melihat kemudahan alat ganti orang kurang upaya yang diberikan oleh JKM juga amat membantu kerana ia membolehkan OKU menjalani kehidupan secara normal. Bantuan alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kaki palsu, tangan palsu,

kalipers, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain ini telah memudahkan mereka bergerak, menjalankan aktiviti harian dengan lancar dan seterusnya berjaya dalam hidup. Berdasarkan pemerhatian secara menyeluruh, saya mendapati

bahawa kemudahan serta bantuan oleh pihak kerajaan seperti yang dinyatakan sebelum ini merupakan antara elemen penting yang membolehkan golongan istimewa ini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat biasa.

Selain itu, sokongan badan bukan kerajaan juga merupakan antara faktor yang membawa kepada kejayaan golongan istimewa. Sokongan yang diberikan dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti sokongan dari segi kemudahan pembelajaran di sekolah, bantuan kewangan dan juga penganjuran pelbagai program untuk meningkatkan nilai kendiri golongan istimewa. Sebagai contoh, menurut laman sesawang

http://duniakirakira.blogspot.com/2011/12/profesor-datuk-dr-ismail-md-saleh.html, Persatuan Orang-Orang Buta Malaysia adalah antara badan bukan kerajaan yang banyak membantu dalam membekalkan bahan-bahan bacaan berbentuk Braille di sekolah sehingga berjaya meningkatkan lagi motivasi pelajar untuk belajar sekali gus melonjakkan prestasi pelajar dalam bidang akademik.

Konklusinya, dapat saya rangkumkan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kejayaan golongan istimewa ini. Kesemua faktor ini harus bergerak seiring untuk memastikan golongan ini dapat meneruskan hidup dalam era globalisasi masa kini yang penuh dengan cabaran. Gambar rajah 1 menunjukkan rumusan secara keseluruhan mengenai faktor kejayaan golongan istimewa.

62

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


Faktor Kejayaan Golongan Istimewa

Motivasi

Usaha-Usaha Kerajaan

Sokongan Badan Bukan Kerajaan

Intrinsik

Ekstrinsik

Ahli Keluarga

Guru

Rakan

Sekolah

Gambar Rajah 1: Faktor Kejayaan Golongan Istimewa

5.7 Cadangan Usaha-Usaha untuk Membantu Kanak-Kanak Bekeperluan Khas

Usaha-Usaha untuk Membantu Kanak-Kanak Bekeperluan Khas

Berdasarkan pemerhatian secara menyeluruh mengenai kanak-kanak bekeperluan khas di Malaysia, saya telah mengemukakan beberapa cadangan usaha yang boleh dilaksanakan untuk membangunkan kejayaan mereka. Walau bagaimanapun, untuk

memastikan keberkesanan usaha ini, setiap pihak yang terlibat hendaklah melaksanakan tugas masing-masing supaya kanak-kanak bekeperluan khas dapat dibantu secara maksima untuk berjaya.

Untuk membangunkan kejayaan kanak-kanak bekeperluan khas, saya berpendapat bahawa guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf professionalisme melalui latihan dalam perkhidmatan, pelaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini setiap masa. Di samping itu, guru hendaklah berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran dan 63

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


pendidikan terkini. Selain itu, guru pendidikan khas juga perlu mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Pada masa yang sama, guru perlu menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincangkan dan mencari penyelesaian.

Kewibawaan dan kebolehan guru pendidikan khas amat diperlukan bagi melahirkan seorang murid pendidikan khas yang cemerlang dalam akademik dan juga juga tingkah laku. Oleh itu. selain sentiasa menunjukkan sikap proaktif dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk kesediaan menggunakan pelbagai alatan pengajaran bagi mencapai objektif pengajaran, saya berpendapat bahawa guru pendidikan khas perlu mempunyai pengurusan emosi dan spiritual yang tinggi supaya dapat mengekalkan kualiti dalam perkhidmatan. Keterampilan diri hendaklah seiring dengan kepercayaan pada diri sendiri dan berteraskan iman yang kuat agar tidak kecundang dengan dengan tanggapan negatif pihak lain. Di samping itu, guru hendaklah mewujudkan iklim bilik darjah yang mengutamakan hubungan, layanan, semangat kerjasama, perkongsian dalam pelbagai aspek, penerimaan, penghargaan dan rasa selamat supaya kanak-kanak ini bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik. Saya juga mencadangkan supaya ibu bapa melibatkan diri sepenuhnya dalam pendidikan anak sejak kecil. Dalam erti kata lain, ibu bapa perlu berusaha bersamasama untuk memastikan anak-anak dapat menguasai pelajaran dengan baik. Oleh itu, ibu bapa juga perlu mengelakkan daripada memberi perlindungan yang berlebihan kepada mereka. Hal ini kerana perlindungan berlebihan daripada keluarga juga boleh menyekat proses pembelajaran dan merosakkan mereka. Selain memberi tunjuk ajar kepada anak di rumah, ibu bapa juga perlu berusaha untuk membantu anak ketika mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat tempat di sekolah pilihan dan institusi pengajian tinggi tertentu dengan bertemu dengan guru atau pentadbir institusi untuk memastikan kanak-kanak bekeperluan khas ini mendapat hak yang sepatutnya seperti pelajar lain. Di samping itu, ibu bapa hendaklah menceritakan keadaan sebenar anak mereka supaya guru lebih memahami dan dapat memikirkan cara untuk membantu anak mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu mewujudkan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan guru64

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


guru yang mengajar anak mereka supaya dapat bekerjasama untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.

Saya

berpendapat

bahawa

untuk

membangunkan

kejayaan

kanak-kanak

bekeperluan khas ini, pihak sekolah juga harus menempatkan guru yang terlatih sahaja untuk mengajar mereka. Tulang belakang sesuatu program pendidikan khas ialah kecekapan dan kemahiran kakitangan professionalnya. Faktor kemahiran tenaga pengajar adalah amat penting kerana hanya mereka yang mengetahui teknik pengajaran dan pembelajaran yang menepati keperluan golongan ini dan mampu memahami kebolehan mereka dalam mempelajari sesuatu pelajaran. Justeru itu, tenaga pengajar bagi golongan ini memerlukan latihan khas sebelum melayakkan mereka untuk mengajar golongan berkenaan. Hal ini semakin kukuh apabila ada kajian yang menyatakan guru yang berpengetahuan mengenai kecacatan memiliki sikap yang lebih positif berbanding guruguru tanpa pengetahuan berkaitan kecacatan.

Selain itu, saya juga berpendapat bahawa sukatan pelajaran yang digunakan hendaklah menyediakan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan kanakkanak bekeperluan khas. Dalam erti kata lain, sistem pendidikan perlu diselaraskan

supaya peluang sama dapat diberi kepada murid-murid khas seperti yang diberi kepada murid-murid lain. Guru hendaklah menjadikan sukatan pelajaran tersebut sebagai panduan dan membuat pengubahsuaian dari segi pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai supaya pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Guru tidak seharusnya mengajar perkara yang sama dan juga mudah setiap hari, sebaliknya latih tubi dan juga peningkatan aras pembelajaran perlu dibuat secara beransur-ansur mengikut kemampuan kanak-kanak bekeperluan khas supaya dapat melahirkan kanak-kanak bekeperluan khas yang mampu bersaing dengan masyarakat biasa. Melalui perancangan sukatan pelajaran yang selaras dan penggunaan pendekatan pengajaran yang sesuai, sikap negatif kanak-kanak bekeperluan khas terhadap pembelajaran dapat diubah dengan memulihkan sifat yakin dalam diri mereka.

Persekitaran fizikal yang terancang dan selamat memberikan pengaruh yang optimum kepada pembelajaran kanak-kanak bekeperluan khas. Justeru itu, saya

berpendapat bahawa guru hendaklah memastikan bahawa persekitaran sekolah dan bilik darjah yang adalah teratur, lengkap dengan kemudahan alatan, bahan bantu 65

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


mengajar dan sesuai dengan keperluan kanak-kanak supaya kanak-kanak ini dapat berkembang dengan lebih baik. Kemudahan fizikal sekolah dan bilik darjah yang tidak mencukupi seringkali dikaitkan dengan jumlah peruntukan yang diberikan oleh sekolah. Untuk mengatasi masalah ini, guru, ibu bapa dan pihak pentadbiran sekolah perlu berganding bahu untuk mencari dana bagi menampung kekurangan yang dialami. Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan mengadakan jualan amal dan memohon derma atau bantuan daripada pihak tertentu. Guru juga tidak seharusnya terlalu bergantung

dengan sekolah, sebaliknya mereka hendaklah memikirkan alternatif lain untuk meningkatkan kualiti pendidikan kanak-kanak ini, misalnya dengan mengadakan pertukaran ilmu pengetahuan dengan guru-guru yang lain.

Berdasarkan

dapatan

yang

daripada

laman

sesawang

http://ruzimi-

mohamed.blogspot.com/2011/05/masalah-sebenar-oku-part3.html, sifat malu dan rendah diri golongan orang kurang upaya (OKU) yang keterlaluan sehingga menjejaskan keyakinan diri mereka serta tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah terhadap golongan OKU merupakan dua faktor utama permasalahan sebenar OKU di Malaysia ini. Melihat kepada permasalahan tersebut, saya juga mencadangkan supaya Badan Bukan Kerajaan menggiatkan usaha mereka dengan melaksanakan lebih banyak program yang membolehkan kanak-kanak istimewa ini bersosial atau mendekatkan kanak-kanak dengan masyarakat biasa supaya dapat memupuk perasaan diterima dalam diri mereka. Pada masa yang sama, mereka hendaklah menyebarkan maklumat mengenai

perkhidmatan yang ditawarkan, seperti penyediaan pusat latihan, kumpulan sokongan ibu bapa, intervensi awal, bahasa isyarat dan kaunseling dengan lebih meluas. Di samping itu, badan bukan kerajaan ini juga boleh mewujudkan perkongsian pintar dengan sekolah pendidikan khas untuk memantapkan lagi teknologi di sekolah sekali gus membangunkan kejayaan kanak-kanak bekeperluan khas.

Pada pendapat

saya, media massa juga dapat

dijadikan wadah untuk

membangunkan kejayaan kanak-kanak bekeperluan khas. Perkembangan media massa membolehkan maklumat lanjut tentang golongan istimewa dan cara untuk membantu mereka disalurkan dengan lebih cepat dan berkesan. Oleh itu, media massa hendaklah menayangkan siaran yang menekankan keprihatinan masyarakat terhadap golongan istimewa dan menghormati mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. Iklan yang berkaitan dengan sumbangan yang perlu diberikan oleh golongan istimewa harus diuar-uarkan 66

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


supaya semua masyarakat mengetahui dan menyalurkan sumbangan kepada yang memerlukan. Pada masa yang sama, media massa boleh bekerjasama artis-artis

tempatan yang terkenal untuk mempengaruhi masyarakat memberi perhatian serta sokongan kepada golongan OKU serta menyedarkan mereka bahawa kecacatan bukan penghalang dalam memberikan sumbangan yang bermakna kepada negara, di mana ramai individu kurang upaya yang telah berjaya dalam dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sukan dan juga perniagaan.

Saya melihat kolaborasi antara agensi juga amat penting untuk membangunkan kejayaan kanak-kanak bekeperluan khas. Menurut risalah yang diterbitkan oleh

Jawatankuasa Inter-agensi Program Perkembangan dan Pembangunan Kanak-Kanak Negara (2003), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pelajaran dan Badan bukan kerajaan telah menawarkan perkhidmatan khusus untuk membantu kanak-kanak bekeperluan khas dalam pelbagai aspek mengikut bidang masingmasing. Situasi ini bererti dasar untuk mewujudkan jawatankuasa inter-agensi telah Walau bagaimanapun, dapatan laman sesawang

dilaksanakan.

http://repo.uum.edu.my/1074/1/Shahrul_Arba'iah_othman.pdf, menunjukkan agensi-agensi ini telah menjalankan aktiviti secara terpisah. Hal ini berlaku mungkin kerana tidak

ditetapkan pegawai atau agensi untuk mengetuai atau memantau aktiviti yang dilaksanakan oleh pelbagai agensi dalam jawatankuasa tersebut. Oleh itu, saya mencadangkan agar Kementerian Pelajaran, khususnya Bahagian Pendidikan Khas dilantik sebagai agensi yang mengetuai jawatankuasa inter-agensi ini kerana kanakkanak ini akan berada di sekolah dari usia empat tahun sehingga mereka tamat tingkatan lima. Kolaborasi antara agensi ini juga boleh ditingkatkan lagi dengan penyaluran terus maklumat tentang jumlah kelahiran baru kanak-kanak bekeperluan khas bagi

membolehkan BPK menyediakan unjuran keperluan pendidikan dari segi latihan guru, penyediaan kelas atau sekolah, keperluan pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.

Kesimpulannya cabaran dan halatuju pengurusan pendidikan khas perlu seiring. Isu-isu yang dihadapi bukanlah satu halangan dalam mentadbir sesuatu program. Semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu supaya murid-murid pendidikan khas mendapat peluang dan hak yang sama dalam pendidikan. Kecekapan pengurusan sangat bergantung kepada kebijaksanaan dalam melaksanakan hal-hal yang berkaitan dengan komunikasi dua hala. Pihak-pihak yang terlibat secara langsung seharusnya diberi 67

PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas


pendedahan yang sebaiknya mengenai pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas. Dengan adanya kerjasama dan hubungan baik, maka kecemerlangan murid-murid pendidikan khas sudah pasti dapat ditingkatkan. Pendidkan Khas juga mempunyai murid yang mempunyai matlamat untuk mencapai kehidupan bermakna dan berketrampilan dengan didikan golongan guru yang inovatif dan kreatif. Justeru itu, ruang harus diberikan kepada mereka untuk menjadi rakyat yang berpendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

68

You might also like