CTH Refleksi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REFLEKSI REFLEKSI

Miss xx iaitu pensyarah bagi subjek bola jaring telah memberikan tugasan berkaitan dengan rancangan pengajaran harian mengenai tajuk gerakan kaki dalam permainan bola jaring.Kerja kursus ini telah diberikan oleh beliau pada 17 Februari 2999 dan saya dikehendaki menyiapkannya secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga orang dan dihantar pada 30 Mac 2999. Saya telah membuat jadual untuk menyiapkan tugasan ini supaya tugasan dapat disiapkan dengan lebih cepat kerana tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini adalah sebulan sahaja.Pada masa yang sama, banyak kerja khusus lain yang perlu disiapkan dan dihantar pada minggu yang sama.Saya dan rakan rakan telah mengagihkan tugasan mengikut undian.Dengan cara ini,tugasan dapat disiapkan dengan mudah dan cepat. Saya telah mendapatkan rujukan iaitu daripada buku teknik teknik dalam permainan bola jaring dan panduan mengajar permainan bola jaring. Apa yang saya lakukan ialah mengkaji dan meneliti serta menganalisis maklumat maklumat yang dirasakan sesuai bagi dimuatkan di dalam tugasan ini.Selain itu, saya turut berbincang bersama ahli kumpulan dan pensyarah bagi mengatasi kekeliruan yang timbul semasa menyiapkan tugasan.Setelah semua maklumat diperolehi dan dirasakan lengkap,maka terhasillah kerja kursus ini. Setelah menyiapkan kerja kursus, kami dikehendaki untuk membentangkan rancangan pengajaran harian kami dihadapan rakan rakan dan pensyarah bola jaring,Miss xx.Berbagai teguran dan maklumbalas mengenai rancangan pengajaran harian telah saya terima.Segala teguran dan tunjuk ajar daripada Miss,saya dan rakan rakan menjadikan ia sebagai satu panduan dan membetulkan kembali bahagian yang ditegur.

Selepas itu, kumpulan saya dikehendaki menjalankan pengajaran mikro mengikut rancangan pengajaran harian yang telah saya dan rakan rakan siapkan.Pada hari tersebut, keadaan sedikit kelam kabut.Dimana kami merupakan kumpulan yang pertama melakukan pengajaran mikro.Semasa saya mengajar, saya merasakan ilmu yang ada tidak mencukupi untuk dikongsikan kepada rakan rakan.Saya mula

menyedari bahawa bukan senang untuk mengajar.Tanpa perancangan yang rapi dan tersusun,maka perjalanan kelas pada hari tersebut akan bertukar menjadi kelam - kabut. Pelbagai perkara baru telah saya pelajari. Antaranya,mengenai cara pengajaran yang berkesan.Banyak input input yang berguna dan penting telah saya perolehi melalui kerja kursus berasaskan ilmu ini.Terdapat berbagai variasi permainan dan teknik yang boleh diajar kepada murid murid.Kesesuaian bagi setiap aktiviti adalah penting bagi menarik minat murid murid untuk mempelajari sesuatu aktiviti. Kawalan kelas juga penting bagi melicinkan pengajaran.Tanpa adanya disiplin dan kerjasama yang diberikan oleh murid murid, maka aktiviti yang dijalankan pasti akan menghadapi banyak masalah.Ketegasan dan suara guru juga memainkan peranan yang penting semasa mengajar.Ini adalah kerana, kedua dua aspek ini akan membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan.Segala arahan yang hendak diberikan akan diikuti dengan baik oleh murid murid. Pada pendapat saya, seorang bakal pendidik itu haruslah menguasai setiap teknik permainan dengan baik dan mempunyai kreativiti yang tinggi dalam menjadikan sesuatu pembelajaran itu menarik dan berkesan.Dengan cara ini, murid murid akan berasa seronok dan tidak hanya terikat kepada sesuatu teknik sahaja.Maka, objektif serta matlamat yang hendak dicapai akan tercapai dengan jayanya.

Sekian. xx PISMP BI2 SEMESTER

You might also like