Syarahan BM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kata disusun indah bahasa Bibir tersenyum manis bicara Satu negara satu bangsa Lahir perpaduan 1 malaysia

Seuntai kata tuan pengacara majlis, panel hakim yang menegakkan paksi kebenaran, siding dewan yang saya muliakan, selamat sejahtera pembuka bicara, salam satu Malaysia pembuka kata.

gagasan 1 malaysia membawa perpaduan negara begitula tajuk syarahan saya pada hari ini. Gagasan 1 malaysia menampilkan matlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara kita. Konsep gagasan 1 malaysia juga selari dengan dasar kerajaan yang berpegang kepada slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Hadirin yang dimuliakan, Cuba fikir sejenak, mampukah rakyat negara kita yang berbilang kaum mengecapi kemajuan dan kemakmuran tanpa perpaduan? Tentunya tidak. Oleh itu, kita harus sedar bahawa perpaduan kaum merupakan aset yang penting dalam mengekalkan kestabilan dan kemajuan negara. Bak kata pepatah bulat air kerana pembentuk, bulat manusia kerana muafakat. Justeru itu, konsep gagasan 1 malaysia telah diiktirafkan oleh perdana menteri dato seri najib tunrazak bagi menyatupadukan rakyat malaysia.

Hadirin yang dihormati,

8 nilai iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti yang merupakan tongkak dalam konteks gagasan 1 malaysia perlu kita hayati dan amalkan untuk menyatupadukan seluruh rakyat yang berjiwa kepada satu tujuan iaitu demi tanah air yang tercinta.

Prinsip kebersamaan dan kekitaan yang ditekankan dalam konteks 1 malaysia dapat mengukuhkan perpaduan antara kaum yang kian longgar kebelakangan ini. Kedua-dua prinsip ini menyuntik perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan saling

mempercayai antara kaum. Semua kaum merasa mereka sebagai bangsa malaysia dimana segala-galanya perlu dinikmati bersama-sama. Peribahasa melayu mengatakan bahawa hati kuman sama dicecah, hati gajah samah dilapah.

Kita juga harus berfikir dan bertindak sebagai bangsa malaysia yang mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk negara. Sesungguhnya semua rakyat dapat menjiwai prinsip-prinsip satu malaysia pasti negara kita akan gah di mata dunia.

Warga dewan yang dihormati, Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, apa lagi yang perlu kita tunggu, marilah kita bersatupadu dalam memartabatkan malaysia menjadi sebuah negara yang mampu bersaing dalam segala bidang yang disegani oleh seluruh dunia.

Biar gelora ganas membara, biar mentari hangus membakar, namun satu malaysia tetap kita julang.

Sekian terima kasih.

You might also like