Keburukan Internet

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Karangan SPM...

Keburukan Internet
Pada era globalisasi ini, teknologi maklumat terutama internet sangat penting. Walau bagaimanapun, penggunaan internet turut memberikan keburukan kepada masyarakat dan negara. Bincangkan. Penggunaan internet kini sudah menjadi satu perkara biasa di Malaysia dan dunia amnya. Kepentingan internet dalam kehidupan manusia sudah tidak boleh disangkal lagi oleh manamana pihak pun. Kita boleh melihat remaja, orang tua dan kanak-kanak serta ahli perniagaan melayari internet pada setiap masa dan tempat dengan begitu mudah. Namun, ada keghairahan kita menerima teknologi ini, pelbagai impak negatif telah melanda negara dan masyarakat tanpa disedari. Internet memudahkan masyarakat untuk mengakses pelbagai maklumat yang terdapat di dalam internet itu terutama bahan-bahan pronografi. Pendedahan yang sebegini boleh meruntuhkan moral seseorang terutama golongan remaja yang belum mampu untuk memikirkan kesan pendedahan keterlaluan mereka terhadap bahan sebegitu. Remaja akan menganggap bahanbahan sebegini sesuatu yang lumrah lalu mereka berani melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan moral budaya masyarakat kita sebelum ini pula. Internet telah menyebabkan moral masyarakat yang suatu masa dahulu dipandang tinggi semakin dipinggirkan pula. Selain itu, penggunaan internet berupaya untuk menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara kita. Sudah ada banyak halaman eb yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip serta propaganda negatif untuk memastikan rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah lalu berlakunya keka!auan pula. Semua bahan yang ditulis itu mampu untuk men!etuskan salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah. "elaslah, internet memudahkan penyebaran pelbagai maklumat palsu dan mengelirukan kepada masyarakat. Re#olusi internet turut membuka peluang berlakunya kes-kes penipuan. Kita sudah banyak kali mendengar rungutan dan aduan masyarakat mengenai diri mereka ditipu oleh pihak tertentu terutama berkaitan dengan perniagaan se!ara elektronik yang semakin mendapat tempat di internet sekarang ini. Pelabur-pelabur yang tidak begitu mengetahui aspek internet telah ditipu dengan begitu mudah dalam jumlah yang banyak oleh golongan tertentu sehingga memberikan imej buruk kepada dunia perniagaan internet yang lain pula. "adi, internet menyebabkan berlakunya kerugian ke angan yang banyak kepada masyarakat negara ini. Remaja sering menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sebaik sahaja mereka pulang dari sekolah. $ihat sahaja kafeteria siber yang penuh sesak dengan pelajar-pelajar kita itu baik di bandar mahupun di desa. Semuanya menghabiskan tempoh masa yang lama dengan memba%ir sahaja selain menghabiskan sejumlah ang yang banyak pula untuk melayari internet. Remaja seolah-olah menganggap melayari internet lebih penting daripada menelaah pelajaran atau menghabikan masa membuat latihan yang diberikan oleh guru sekolah mereka.

Malahan, pengguna internet juga dikatakan golongan masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluarga, sahabat dan jiran semakin dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang pula. Sudah pasti keadaan ini tidak sesuai buat mana-mana pihak terutama remaja yang perlu menjalani kehidupan sebenar di luar yang boleh memberi banyak pengajaran kepada mereka kelak. Semakin lama seseorang itu melayari internet semakin kuranglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya. Kesimpulannya, pengguna internet terutama remaja harus bertanggungja ab dalam tindakan mereka itu. Semua maklumat yang mereka nampak haruslah diteliti dan disahkan kesahihannya sebelum mereka melakukan sebarang tindakan susulan pula. Pihak ibu bapa perlulah lebih peka dengan menga asi masa dan halaman eb yang dilayari oleh anak mereka. "ika boleh ibu bapa turut sama melayari eb bersama-sama anak supaya proses pembelajaran berjalan dengan lebih baik. Semua teknologi mempunyai kebaikan dan keburukannya tetapi manusialah yang menentukannya bak kata pepatah &tepuk dada tanya selera&.

You might also like