Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bahagian D (10 markah)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang anda pelajari dalam tingkatan 3.

Novel Merenang Gelora : Karya Ruslan Ngah

Berdasarkan novel yang anda kaji dalam tingkatan 3, huraikan 3 persoalan yang terdapat dalam novel tersebut.

Bahagian D Antara persoalan - persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah:

Anak-anak terlibat dalam gejala sosial rengtetan diabaikan oleh ibu bapa yang mementingkan kerjaya. Shahrul yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya telah terlibat dalam masalah disiplin sekolah dan bercampur dengan kumpulan motor.

Tanggungjawab terhadap tugas. Badri sebagai seorang pengawas menjalankan tugas menangani kes disiplin dengan baik meskipun melibatkan kawannya sendiri, Jamil.

Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah. Siew Mei memberi maklumat kepada Badri tentang penglibatan Shahrul dan rakan-rakannya dalam penjualan telefon bimbit secara ansuran kepada pelajar di sekolahnya.

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Encik Tan memohon kepada pengetua supaya Meng Kong ditempatkan di asrama sekolah supaya anaknya berdisiplin dan berjaya dalam peperiksaan.

Sikap gigih pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan. Badri, Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Bekerja sambilan demi belajar berdikari dan mendapatkan pengalaman bekerja. Badri dan Taufik bekerja sambilan di resort bapa saudara Badri sementara menunggu keputusan SPM.

Perpaduan kaum. Badri, Siew Mei,Taufik dan Kumar belajar bersama-sama walaupun mereka berlainan agama dan bangsa.

Hasad dengki dalam persahabatan. Shahrul mengarahkan Kumar memasukkan dua kotak rokok ke dalam beg sekolah Meng Kong supaya Meng Kong dibuang dari asrama.

Buruk sangka dalam kalangan pelajar. Shahrul, Kumar, Jamil dan Meng Kong buruk sangka terhadap Badri sehingga menyimbahkan air ketika Badri berada di dalam tandas sekolah.

Gejala lumba haram dalam kalangan remaja. Shahrul dan Aziz terlibat dalam perlumbaan haram sehingga hampir ditangkap oleh pihak polis.

SMK MUADZAM JAYA


UJIAN PENILAIAN TAHAP 1 (2013)

BAHASA MELAYU KERTAS 1


(1 JAM)

SMK MUADZAM JAYA


UJIAN PENILAIAN TAHAP 1 (2013)

BAHASA MELAYU KERTAS 2


(2 JAM)

SOALAN TAMAT

You might also like