Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Dalam memperkatakan tentang ayat, ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan komunikasi bahasa Melayu.

Setiap tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza tentang makna ayat. Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah Pendeta Zaba melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu,Penggal 1 dalam permulaan nahu Melayu.Menurut Zaba : ayat susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu....Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya

Melalui maksud ayat yang diberi oleh Zaba maka boleh dibuat kesimpulan bahawa ayat ini bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna. Mengikut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui buku mereka,ayat boleh didefinisikan sebagai : Apabila kita bercakap,kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun menjadi ayat...Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja...Tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian 1: benda atau subjek,bahagian 2: cerita atau predikat.

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd itu,dapat disimpulkan bahawa ayat tidak semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua patah perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami.Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,ayat mestilah terdiri dari dua kompenen iaitu subjek dan predikat. Menurut Asmah Haji Omar pula sebagaimana yang disebut dalam bukunya Nahu Bahasa Melayu Mutakhir : Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.Ayat terdiri dari klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap,yakni yang di mulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.

Menurut Asmah Haji Omar pula,aat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu.Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap.Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut. .Mengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M.Onn,Hashim Musa dan Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai :

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula,ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan .Sebagaimana pendapat Asmah Haji Omar,ayat ini dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan diatas maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana ia dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan.Pembentukan kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan atau konsturksi.Binaan ayat terdiri daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disipli bahasa yang juga dikenali sebagai unsur atau konsituen.

You might also like