Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Faedah Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. usteru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung. Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. !ang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke uni"ersiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. #bu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu. Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. ika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. usteru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. ika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. !ang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. usteru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain. Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. $ak kata pepatah, %ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis%. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana %sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Fakta-Faedah Membaca
Membaca memberi banyak faedah kepada kita. Tuliskan faedah-faedah membaca.

Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.

Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.

Di samping itu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita sering membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan sejarah boleh ditingkatkan dan sekali gus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia dengan membaca.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, membaca jambatan ilmu

Faedah mengumpul setem

Sejak kecil lagi, saya suka mengumpul setem. Kini, mengumpul setem telah menjadi hobi saya. Mengumpul setem banyak mendatangkan faedah kepada kita. Saya mempunyai koleksi setem dalam negara dan luar negara. Ayah telah membeli sebuah album yang besar dan cantik untuk saya bagi menyimpan setem-setem yang saya kumpul. Salah satu faedah mengumpul setem adalah dapat mengenali negeri dan negara lain. Saya dapat mengenali mata wang, tokoh, tempat bersejarah, bendera, bunga kebangsaan dan sebagaiya tentang negara lain. Mengumpul setem juga boleh mendatangkan hasil. Saya boleh menjual setemsetem yang lebih kepada peminat atau pengumpul setem. Saya akan menggunakan wang itu untuk membeli setem-setem di pejabat pos. Memang tidak dapat dinafikan, mengumpul setem-setem banyak faedahnya. Saya juga banyak mendapat sahabat pena dari negara asing. Saya dapat berkongsi minat dengan mereka. Kadang-kala, kami bertukar-tukar setem. endek kata, mengumpul setem banyak mendatangkan faedah dan pengetahuan kepada kita. engetahuan ini banyak yang tidak terdapat dalam buku pelajaran atau belajar di dalam kelas.

&aedah $ersukan
Antara akti"iti harian yang penting dalam kehidupan kita ialah bersukan. $ersukan membawa banyak kebaikan. $ersukan dapat menyihatkan badan kita. ika kita selalu bersukan, badan kita akan menjadi cergas dan kuat. Oleh itu, kita dapat menjauhkan diri daripada penyakit seperti penyakit kencing manis, penyakit jantung dan sebagainya. Seterusnya, kita boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah jika kita selalu bersukan. Kita juga tidak akan membuang masa dengan sia-sia. #ni dapat membantu kita mengelakkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat seperti merokok, menghisap dadah, lepak dan sebagainya. Selain itu, bersukan dapat menenangkan fikiran kita. Semasa kita bersukan, kita dapat menghilangkan penat selepas belajar. 'engan ini, keputusan kita dapat ditingkatkan. $ersukan juga dapat mengeratkan hubungan kita dengan kawan. (al ini adalah kerana jika kita selalu bersukan, kita dapat berjumpa dengan kawan kita dengan lebih kerap. )ontohnya sukan seperti badminton dan ping pong yang melibatkan lebih daripada satu pemain. Kesimpulannya, bersukan membawa banyak faedah kepada kita. Oleh itu, kita harus menanam tabiat baik ini sejak kecil lagi.

You might also like